Thursday, February 9, 2012

VCD OMBAK RINDU: DIN PUDURAYA


Sesuatu yang memeranjat dan menjengkelkan apabila YB Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian berhajat untuk bertanding di Johor bagi merealisasikan hajatnya menjadi Menteri Besar Johor pertama dari PAS dalam sejarah Johor seterusnya bolehlah dimasukkan namanya dalam buku Pengukir Sejarah Johor. YB kene ingat Johor adalah bumi Selempang Merah yang penuh sejarah kepahlawanan menentang komunis Bintang Tiga manakan boleh menerima parti yang bersekongkol dengan DAP yang menyokong agenda komunis. Terperanjat dengan berita bakal Menteri Besar Johor 'in making', Dato Mustafa Ali memberi komen bahawa calon PAS bagi PRU 13 masih belum muktamad.
Apa yang Tukang Screw hendak nasihatkan kepada YB eloklah jangan bertanding mana-mana kerusi pun di Malaysia ini bagi menjaga maruah dan kehormatan YB. Nasihat ini ikhlas dari saudara seagama kerana musuh-musuh politik YB sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan reputasi dan imej YB dengan cara yang paling hina. Jangan sampai sejarah Dato' Seri Anwar dengan video China Doll nya berulang kembali. Tukang Screw baru sahaja menerima satu salinan VCD bertajuk "Ombak Rindu Din Puduraya" yang cover hadapannya memaparkan salah sebuah hotel berhampiran Hentian Puduraya. Setelah meneliti VCD tersebut Tukang Screw tidak mampu memberi sebarang komen kerana bakal menimbulkan fitnah. Eloklah disimpan sahaja untuk tatapan anak cucu di masa mendatang bahawa inilah Menteri Besar Johor yang kamu lihat sebenarnya.
Tukang Screw yakin VCD ini telah dicetak dengan banyaknya dan siap sedia untuk diedarkan menjelang PRU 13 akan datang. Mungkin YB rasakan VCD ini tidak wujud tetapi nasihat Tukang Screw bersiap sedialah kerana politik ini ada masa pasang surut dan turun naiknya. Kalau masih meneruskan hasrat untuk bertanding eloklah jika YB bersihkan nama YB dahulu dan bersumpah laknat bahawa YB memang tidak ada sebarang skandal atau hubungan terlarang dengan sebarang wanita. Akhir kalam, kalau takut dilanda badai jangan berumah di tepi pantai.

Wallahualam.

6 comments:

Anonymous said...

hermmm mesti dia cakap, itu bukan dia perut dia tak buncit macam tu, muka dia tak pecah macam tu...ahaks

dah ada pengesahan dari pakar antarabangsa pun nanti dia cakap, ini konspirasi najib nak jatuh kan dia, najib upah pelanduk dua serupa untuk buat seks macam dia!!!

adoi pas tu masuk makamah..hadi plak cakap video tak boleh jadi bukti sebab besi..kena pakai hukum hudud, video tak layak jadi bukti.

pastu buat laporan polis kata video palsu(heran aku pesal si anwar tak kena tangkap lagi pasal buat laporan palsu ek)

Anonymous said...

...nanti klu nak check DNA, Mursidul Am akan tampil buat kenyataan " DNA tak boleh pakai sbb zaman Rasulullah mana ada DNA".... Hehee, malunya aku, ulamak kata mcm ni.

Anonymous said...

Cakaplah sepuas hati,fitnahlah semahunya,kamu semualah iblis yang bertopengkan manusia ...menuduh tanpa bukti .Jawablah di depan Allah Rabbul jalil. Ya Allah hancurkan Umno dan barisan nasional !!

Anonymous said...

Mmg susah nak dapat bukti 4 saksi skrg ni. Kalau ada 4 saksi pun tak cukup syarat saksi. Minta yg empunya badan mengaku dalam ceramah ajelah, betul atau tidak, kan senang. Kita yg tak berkaitan ni jgnlah dok sebok2 nak kata betul atau salah. Mungkin kita boleh panggil sekali wanita tu buat pengakuan.

Anonymous said...

aku tak percayaaa..percayalah

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK