Jangan biarkan diri anda discrew! Kalau anda rasa diri anda discrew lihatlah cermin dan muhasabahlah diri anda itu. Anda akan lihat jawapan kenapa anda discrew!
Cuba kita nilai apa yang dimaksudkan Mohd Sabu dalam ceramahnya pada 21 Ogos 2011 di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Adakah terlalu hina mempertahankan tanah air daripada komunis walaupun berkhidmat dengan British? Kenapa Mat Indera tidak serang sahaja pegawai-pegawai berbangsa Inggeris? Rasanya elok juga Ketua Penerangan UMNO menyahut debat terbuka dengan PAS berhubung perkara ini. Tapi apa kene mengena isu ini dengan UMNO? UMNO mempertikaikan berdasarkan sejarah. Jadi Tukang Screw rasa eloklah pakar sejarah sendiri berdebat dengan PAS untuk membetulkan fakta sejarah sekiranya benar Mat Indera pejuang kemerdekaan.
Bahagian III dan terakhir pemeriksaan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos 2011 yang dipertikaikan banyak pihak. Apapun kita jangan lari dari isu pokok iaitu gerakan kristianisasi terancang oleh pihak yang tidak menghormati kesucian Islam dan Perlembagaan Malaysia. Isu ini menuntut kerjasama semua pihak yang mengaku mempertahankan kesucian Islam di Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang melihat isu ini dari perspektif meneruskan kelansungan politik di Malaysia dalam cubaan "menuju ke Putrajaya".
Insya Allah, Tukang Screw akan dedahkan konspirasi terancang pihak-pihak yang tidak mahu melihat Islam terus subur di bumi bertuah ini pada masa-masa akan datang. Apapun isu ini mendedahkan kelemahan umat Islam dan pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga dan mempertahankan Islam. Diharap ianya dapat menjadi iktibar bersama supaya masing-masing dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan manakala di satu pihak lain perlu menyedari bahawa status Islam sebagai agama rasmi negara ini jelas termaktub dalam perlembagaan dan wajib dihormati jika mahu anutan dan pegangan anda dihormati oleh umat Islam di negara ini. Wallahualam.
Sebelum menonton bahagian kedua majlis Thanksgiving Dinner di GMDU eloklah kita mengetahui perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) dalam usaha menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU. Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka. Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas. Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor. Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik? Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke GMDU?
Bagi menutup konspirasi tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam YANG SEALIRAN dengan mereka bagi mempertahankan Kumpulan 12 dan sokongan daripada Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kes ini. Mereka juga merancang berkomplot dengan Kumpulan 12 supaya tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS. Kumpulan 12 juga akan dipertemukan dengan PAS secara tertutup kerana Teresa Kok melihat hanya PAS sahaja YANG BOLEH DIPERKUDAKAN BAGI MENUTUP GERAKAN MURTAD yang dijalankan gereja. Kita tunggu apa kenyataan PAS selepas ini. Patutlah PAS asyik menyalahkan UMNO dalam isu ini.