Wednesday, September 7, 2011

BEKAS PAHLAWAN AKAN "SERANG" IBU PEJABAT PAS

Semalam Tukang Screw sempat menghayati dan membaca sajak bertajuk 'Pahlawan' nukilan Mej (B) Mohamad Hj. Awang yang rasanya hampir setiap tahun dideklamasikan sempena hari Pahlawan. Dan tak semena-mena keluar juga air mata walaupun dah hampir 35 tahun Tukang Screw tidak 'mengeluarkan air mata'. Rasanya elok juga kalau Mohd Sabu dan pemimpin PAS lain yang tidak tahu menghargai jasa-jasa 'wira tidak didendang' ini menghayati sajak ini yang antara bait-baitnya berbunyi:-


Merengkoklah nadi dan sendulah hati


Kerana semalam kisah sayu memamah diri


Dalam kehitaman sejarah bumi ini


Matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi


Dengan peluru dan darah


Dengan keringat yang tumpah


Apa yang mengecewakan Tukang Screw ialah sikap segelintir pemimpin PAS yang bermati-matian mempertahankan kenyataan Mohd Sabu yang menganggap kumpulan yang diketuai Mat Indera menyerang, membakar dan membunuh anggota-anggota polis di Balai Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan. Mereka juga dengan jelas menunjukkan tahap IQ yang cukup rendah walaupun bergelar DR dengan menyamakan atau membuat analaogi bahawa perjuangan 'kumpulan yang diketuai Mat Indera' itu sama dengan perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau dan Dato Bahaman melawan Inggeris. Harus diingat bahawa perjuangan mereka adalah untuk menghalang penjajahan British di Tanah Melayu tetapi kumpulan Mat Indera berjuang menghalau British untuk menegakkan Republik Malaya atau lebih tepat lagi sebuah negara komunis!


Mohd Sabu dan segelintir pemimpin PAS dengan sengaja menggelapkan hati dan minda untuk tidak mengiktiraf askar dan polis yang berkhidmat dengan British di zaman pasca Perang Dunia Kedua walaupun jelas ramai sejarahwan dan ahli akademik termasuk pemimpin British yang mengiktiraf jasa dan pengorbanan mereka. Dato Seri JJ Raj (J) yang merupakan OCPD Pagoh semasa serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam bukunya bertajuk The Struggle For Malaysian Independence dengan bangganya mengiktiraf jasa dan pengorbanan Pahlawan Bukit Kepong .."These warriors were ordinary kampong men, recruited into the Police Force, and given a few months training at the Police Depot. These ordinary Malay policemen were not motivated by any of the above ideas. Indeed their motives were far more intangible than such rhetoric as the "defence of democracy". When their religion was threatened, and their families in great danger, the dormant fighting spirit of their Malay ancestor was awakened, and there was no turning back for these ferocious warriors. they fought and died almost to the last warrior. These Malay policemen have proved without doubt that they were tenacious fighters equal, if not better to the world famous Gurkha soldiers from Nepal in the British Army."


Bayangkan seorang yang bukan Melayu/Islam boleh mengiktiraf jasa dan pengorbanan Pahlawan Bukit Kepong. Yang sedihnya Mohd Sabu dan segelintir pemimpin PAS masih berkeras menyatakan mereka yang terkorban itu adalah alat penjajah British dan mengiktiraf penyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan!!!!! Mungkin juga mereka yang dungu ini boleh membaca novel bertajuk " Panglima Salleh Selempang Merah" karya Zaharah Nawawi yang membuat kajian terperinci sejarah perjuangan Pahlawan Parang Panjang menentang komunis di Johor. Walaupun ianya hanya sebuah novel sejarah tetapi masih wajar dipertimbangkan watak Mat Indera yang juga disebut dalam novel ini..."Benteng pertahanan diperkukuhkan.Parang yang sudah disimpan diasah semula. Kampung-kampung diseluruh Mukim Empat terutama Parit Maimon serta yang berhampiran dengan kaki bukit yang boleh dijadikan pintu masuk, dikawal ketat. Berbulan-bulan pengawasan ini dilakukan sehingga gerombolan yang dipimpin oleh Mat Indera yang dikatakan kebal itu terpaksa membatalkan niatnya untuk menyerang kawasan Penghulu Salleh."


Sebenarnya lebih banyak buku yang menolak Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan malah menyifatkan beliau sebagai pengkhianat bangsa. Tukang Screw akan cuba paparkan beberapa buku lagi dalam tempoh terdekat.


APAPUN, KERANA MULUT MOHD SABU YANG CELUPAR ITU, ESOK 8 SEP 2011 LEBIH KURANG JAM 11 PAGI ELOKLAH KITA BERAMAI-RAMAI KE IBU PEJABAT PAS JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM OLEH PERSATUAN BEKAS-BEKAS POLIS DAN PERSATUAN BEKAS-BEKAS PERAJURIT YANG JELAS TERLUKA DENGAN KENYATAAN MOHD SABU DAN PEMIMPIN PAS YANG JAHIL MURAKKAB TENTANG SEJARAH! PERHIMPUNAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM INI BAGI MENDESAK PAS BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KENYATAAN MOHD SABU DAN PERMAINAN POLITIK KOTOR MEMPERTAHANKAN KENYATAAN TERSEBUT!!!! AYUH KITA "SERANG" PEJABAT PAS DENGAN MEMORANDUM.DAN SEPERTI BIASA PAS MENGATAKAN PERHIMPUNAN INI ADALAH PERMAINAN UMNO. HARUS DIINGAT BAHAWA UMNO TERLALU LEMBIK UNTUK BERLAWAN DENGAN PAS, BIAR RAKYAT YANG MENGAJAR PAS.


Wallahualam.


5 comments:

  1. Teman memang dah lama nak pegi pejabat PAS ni, aku nak ganyang Mat Sabu!!!!!

    Gurkha Malaya

    ReplyDelete
  2. paling bangsat sekali dia menyatakan mat indera dan kontijen cinanya ke balai polis bukit kepong adalah untuk menahan polis2 ( yang 100%) Islam kerana mabuk .. bodoh punya PAS

    ReplyDelete
  3. Salam Suadara,. tak baik tuduh-tusah Mat Indera sebagai Pengkhianat. Kita sendiri tidak dengan dari pengakuan mat indera bahawa dia komunis dan mengetuai serangan dibukit kepong. Yang diketahui,.dia ditangkap dan dihukum pancung tanpa perbicaraan mahkamah.
    Oleh itu, tidak elok memperlekehkan orang yang telah meninggal dunia kerana kita tidak hidup bersebelahan dengan kehidupan beliau.
    Sebesar manapun dosa yang beliau lakukan, biarlah Allah yang membalasnya...Janganlah pulak kita menambah dosa kita terdapap orang yang tidak kita kenali dengan lebih dekat.
    Sesunggujnya, Allah lebih mengetahui hal yang berlaku dan mentakdirkan peristiwa itu berlaku.
    Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana

    ReplyDelete
  4. maaf bukan dihukum pancung tetapi dihukum gantung.

    ReplyDelete
  5. Satu lagi, mayat dibakar adalah perkara biasa kerana hari ini pun ramai yang dibunuh secara kejam walaupun mereka ini tidak mewakili mana2 pertubuhan tetapi kumpulan gangster.
    Oleh itu, kejadian kematian ini adalah hak Allah dan kita pula berhak menerima ketentuan Allah ini kerana kita sendiri tidak tahu bagaimanakah peristiwa untuk ajal kita, dibunuh dengan kejamkah, digilis lorikah, disebabkan penyakit kanserkah ataupun sebagainya kerana mati itu telah termaktub sejak azali lagi....

    ReplyDelete

sila komen, komen anda amat dihargai