Thursday, September 8, 2011

PENGERUSI PKM AKUI KOMUNIS GAGAL DAN MENIPU!!!



Memandangkan PAS sekarang menggunakan strategi merujuk ahli keluarga Mat Indera dan bahan-bahan sejarah, Tukang Screw sahut strategi tersebut dengan satu lagi pendedahan! Musa Ahmad, bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya yang berpengkalan di Beijing, China semasa pemberontakan bersenjata PKM sebelum Perjanjian Hadyai 1989 membuat pendedahan berikut:

"Dari awal-awal lagi PKM sukar mendapat sambutan di kalangan rakyat, khususnya orang-orang Melayu kerana orang-orang Melayu menolak sama sekali ideologi yang menafikan ketuhanan. Usaha PKM mendapatkan sedikit sebanyak sokongan adalah berasaskan kepada penipuan. Sebelum merdeka PKM bertopengkan nasionalis dan anti kolonialis kononnya berjuang untuk mencapai kemerdekaan daripada Inggeris.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, topeng yang dipakai oleh PKM itu telah didedahkan sama sekali. Oleh kerana enggan menerima hakikat ini maka PKM berselindung di sebalik teori-teorinya yang palsu itu. Kemerdekaan Malaya kononnya tidak tulin kerana masih banyak terdapat unsur-unsur kolonial dan feudal. PKM menggambarkan Malaya sebagai sebuah negeri "neokolonialisma", iaitu suatu istilah yang telah dilaungkan oleh D.N Aidit Ketua Parti Komunis Indonesia. Ini dijadikan oleh PKM bagi meneruskan perjuangan bersenjata.

Dari masa ke semasa Chin Peng yang berada di China mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang panjang lebar menonjolkan yang kononnya keadaan tempat dan antarabangsa telah mengujudkan suasana revolusioner. Tapi apa yang dinyatakan oleh Chin Peng itu adalah khayalannya sendiri.

Sejak kebelakangan ini PKM cuba pula menipu orang-orang Melayu dengan mengujudkan identiti nasionalisma.

PKM MENDAKWA PERJUANGAN MEREKA ADALAH LANJUTAN KEPADA PERJUANGAN YANG DIPIMPIN OLEH TOK BAHAMAN, TOK GAJAH DAN BEBERAPA ORANG PAHLAWAN MELAYU SEMASA MENENTANG INGGERIS DIABAD YANG LALU. INI ADALAH KARUT DAN JANGANLAH TERPEDAYA DAN TERPERANGKAP DENGAN KEDUSTAAN INI."

Tukang Screw bukan sengaja atau sesuka hati mereka-reka kenyataan ini yang dikeluarkan sendiri oleh Musa Ahmad pada 6 Januari 1981 selepas beliau menyerah diri kepada Kerajaan Malaysia kerana berasa tertipu dengan perjuangan komunis yang banyak menyusahkan orang Melayu dan merosakkan masa depan anak-anak Melayu yang menyertai Rejimen Ke-10 PKM. Mungkin Suhaizan Kaiat atau Dr. Dzulkifly Ahmad boleh mengeluarkan hujah dan bukti ilmiah lain untuk menyangkal kenyataan Musa Ahmad. Atau lebih baik bawa balik Chin Peng dan buatlah road show ke seluruh negara. Sudah terang lagi bersuluh perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia sedikit demi sedikit cuba dirosakkan oleh segelintir pemimpin yang kurang latar belakang agama dan gila untuk berkuasa. Mohd Sabu tersilap langkah membangkitkan isu ini dan tanggunglah akibatnya. Sedar tidak sedar Mohd Sabu dan beberapa pemimpin PAS yang bodoh sombong dan perasan pandai seperti ahli sejarah terkenal mereka iaitu SUHAIZAN KAIAT telah menyokong perjuangan komunis menjatuhkan kerajaan secara bersenjata dan tersiratnya itulah yang cuba dilaksanakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat iaitu menjatuhkan kerajaan seperti di Mesir, Libya dan Tunisia. Waspadalah dengan duri dalam daging ini.

Akhir kata, Tukang Screw akan berehat sehingga Selasa ini untuk menyiasat dan mendedahkan beberapa lagi bahan bukti sebelum berkampung di Bukit Kepong pada minggu hadapan menunggu ahli sejarah PAS, SUHAIZAN KAIAT berdebat dengan ahli sejarah dan penduduk Kg.Bukit Kepong. Itupun kalau SUHAIZAN KAIAT anak jantan!

9 comments:

  1. Mak oi, habislah riwayat Mat Bintang Tiga dengan Suhaizan Indera. Syabas Tukang Screw.

    ReplyDelete
  2. Sejarah itu berulang ulang, hanya samada kita mahu menginsafinya atau tidak shj.

    Dulu PKM memanupulasikan org Melayu utk matlamat songsang mereka...

    KINI

    DAP pula memanupulasikan org Melayu dlm PAS utk meneruskan matlamat mereka

    Mereka bijak mencipta alasan untuk menjustifikasikan tujuan tersirat mereka.

    Yang rugi adalah Melayu yg berjuang kerana emosi dari akal.

    Kesian....

    ~ Peneroka

    ReplyDelete
  3. Cam ner pula ngan Sam Ketot AMK tu yg berucap mengajak rakyat jatuhkan kerajaan secara kekerasan tu??..tak ada apa2 follow up ke dari kenyataan bewak ketot tu??

    ReplyDelete
  4. komunism
    revolusi menentang penjajahan (imperialis)
    revolusi rampaskuasa secara kekerasan dan bersenjata
    protes, demo, berontak, jatuhkan kerajaan raja berperlembagaan sedia ada mealui chaos, anarki

    sesuai dgn jiwa tim presiden pas, ketua umum pkr, tapi dap reserve krn chauvinis takakan beri beri wala selagi chinpeng tak jadi kalipah gerkan revolusi bungaraya tersasul anwar

    tersirat kini tersurat

    parti sosialis malaysia tersurat
    sebelum 090711 kuning lambang tradisi raja berperlembagaan dibiaya NED dan ranting diintip HRW dilatih Freedom House untuk kawal selat melaka laluan geopolitk dan geoekonomi kuasa dunia

    ya ALLAH lindungi ibubapa datuk nenek anak cucu kaum kelaurga mukmin muslim nusantara amiin

    ReplyDelete
  5. Apa-apa perjuangan melalui jalan keganasan membunuh dan merosakkan harta benda patut ditolak. Itu yang dilakukan oleh komunis Terang dan nyata.Kenapa nak sokong komunis dan iktiraf jadi pejuang pulak. Pejuang pun kalau tak cerdik nak buat apa. Menyusahkan rakyat saja. Datuk Onn Jaafar dan rakan-rakan dalam UMNO lagi cerdik. Tak payah gaduh-gaduh, pakat baik-baik dan dapat kemerdekaan. Tak perlu ada kena bunuh
    Kalau Mat Sabun sokong Mat Indera, maknanya Mat Sabun sokong cara berjuang ala gerila atau perang untuk membunuh.So, saya cadangkan agar blogger-blogger suruh Mat Sabun daftarkan pejuang-pejuang PAS yang lurus bendul agar pergi berjuang angkat senjata bantu rakyat Palestin lawan Israel. Ada berani tak? Setakat berkokok kat Malaysia yang aman, masih boleh makan-makan KFC, duduk rumah tengok Astro, kerja cukup bulan dapat gaji lepas tu cerita sokong berjuang cara membunuh...tengok depa semua ada berani tak gi berjuang lawan Israel tu.

    ReplyDelete
  6. Pengerusi PKM juga akui UMNO merupakan peranan penting dalam mencapai kemerdekaan bagi Malaya. Sila rujuk di www.wongiler.blogspot

    ReplyDelete
  7. Mcm mne musa ahmad ni balik dr beijing ek? Siapa yg smugle dia blk? Kt mne dia menyorok masa dok kt malaysia? Korang ni semua buta kayu xtau sejarah. G cari dn baca sejarah kongsi gelap 360 komunis dulu...pastu baru sembang k.

    ReplyDelete
  8. Baca sejarah dulu baru boleh bercakap!! Malaysia telah melalui cabaran yang panjang untuk sampai ke tahap macam sekarang!! Angkatan tentera Malaysia telah berkorban nyawa & airmata jadi hargailah pengorbanan mereka!! Malaysia satu satu negara di dunia INI yg berjaya mengalahkan pihak komunis!! Jadi insaflah!! Kejayaan malaysia bukan di capai dengan mudah!!!

    ReplyDelete
  9. Baca sejarah dulu baru boleh bercakap!! Malaysia telah melalui cabaran yang panjang untuk sampai ke tahap macam sekarang!! Angkatan tentera Malaysia telah berkorban nyawa & airmata jadi hargailah pengorbanan mereka!! Malaysia satu satu negara di dunia INI yg berjaya mengalahkan pihak komunis!! Jadi insaflah!! Kejayaan malaysia bukan di capai dengan mudah!!!

    ReplyDelete

sila komen, komen anda amat dihargai