Monday, August 15, 2011

PEMERIKSAAN JAIS 3 OGOS 2011: PART 1



Nilai sendiri apa yang berlaku pada 3 Ogos 2011 di Gereja Methodist Damansara Utama.

ISU MURTAD: INILAH NASIB ISLAM DI BUMI ISLAM

Rasa terkilan, kecewa dan pelik apabila melihat keadaan Islam di negara ini. Kita lebih menilai perkembangan dan lestarinya Islam di Malaysia hanya secara fizikal tetapi dari segi rohani atau spiritualnya masih berkonsepkan "iman taklid" dan "iman warisan" bagi penganut Islam berbangsa Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Apa yang Tukang Screw nak tambah ialah satu lagi istilah iaitu "iman politik" iaitu iman berdasarkan kepentingan politik yang boleh memberi kebaikan dan kelebihan terutama melibatkan keputusan pilihan raya yang mampu memberi kuasa kepada pengamalnya. Di sini maruah dan nilai agama Islam itu terletak di neraca penimbang mereka yang diberi amanah atau tanggungjawab daripada jamaah untuk memelihara apa yang patut dipelihara atau apa yang akan 'terlepas' dari genggaman.

Berbalik kepada isu tindakan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos lalu yang menimbulkan pelbagai polemik politik di negara ini, Alhamdulillah JAIS telahpun menghantar laporan awal berhubung tindakan tersebut ke pihak Menteri Besar Selangor dan laporan lengkap dengan mengambil kira temuduga terhadap 12 individu "Islam" yang hadir pada majlis Thanksgiving Dinner akan menyusul. Sehingga kiji tiada sebarang kenyataan daripada pihak Menteri Besar Selangor berhubung isu ini. Manakala PAS pula akan berjumpa pihak JAIS pada 15 Ogos 2011 dan keesokannya berjumpa pihak GMDU. Itupun jika pihak GMDU mahu berjumpa PAS kerana apa yang dipertikaikan ialah bidang kuasa PAS untuk berjumpa kedua-dua pihak serta adakah PAS mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Di pihak PKR pula, sehingga kini masih belum memberi sebarang komen atau kenyataan rasmi berhubung isu ini. Reaksi hanya berlegar-legar dalam Tweeter dan Facebook ahli dan pemimpin mereka. Pastinya Tweeter terbaik datang daripada Lateefa Bibi Koya yang berbunyi "MALU BILA ORG2 YG TAK TJK SATU ZARRAH PUN CIRI KEISLAMAN SIBUK NAK "PERTAHANKAN ISLAM" TLG JGN MENGHINA LAH-ISLAM TIDAK PERLU DIPERTAHAN! Tukang Screw sebenarnya tidak faham apakah tujuan sebenar Lateefa Bibi Koya membuat kenyataan tersebut. Mungkin beliau bengang kerana mereka yang bukan propembangkang sibuk memperjuangkan isu murtad atau Si Tipah ini hanya Islam pada nama dan tiada lagi roh Islam dalam dirinya kerana lebih teruja untuk mempertahankan hak asasi dan menakluk Putrajaya.

Seperkara yang menarik, hasil perbualan Tukang Screw dengan Rafizi Ramli, Pengarah STrategik PKR Pusat, beliau secara peribadi mengetahui dan sedia maklum bahawa gereja-gereja di Malaysia sememangnya ada mengadakan gerakan mengkristiankan umat Islam di negara ini kerada dia sendiri mempunyai ramai rakan dari gereja. Modus Operandi pendakwah kristian dalam gerakan ini ialah dengan secara perlahan "menarik" umat Islam yang bermasalah sebelum akhirnya diminta menukar agama. Tambah Rafizi lagi, Pakatan Rakyat dilarang memberi sebarang komen berhubung isu ini dan hanya menunggu laporan penuh sahaja. Beliau turut mengulas kenyataann Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan bukti yang cukup dan kukuh sebelum "menceroboh" gereja. Kenyataan "play safe" daripada Ketua Penerangan PAS Pusat.

Apa yang lebih mengecewakan Tukang Screw ialah bagaimana PAS menangani isu ini. Kerana politik mereka meletakkan maruah Islam di tempat kedua sedangkan dalam perlembagaan PAS Fasal 5 (2) jelas menyatakan bahawa Tujuan PAS ialah mempertahan kesucian Islam serta kemerdakaan dan kedaulatan negara. Di mana pendirian PAS dalam hal ini. Dato' Hassan Ali yang habis-habisan mempertahankan tindakan JAIS ini dijadikan 'kambing hitam' oleh pemimpin PAS yang bermasalah dengan beliau dan secara terang-terangan melabel Dato' Hassan Ali sebagai 'barua UMNO'. Adakah dengan mempertahankan kesucian Islam dianggap 'barua UMNO'? Dato' Hassan Ali dalam perbualannya dengan Tukang Screw berasa amat kecewa kerana PAS Pusat yang meminta beliau hadir memberi penjelasan pada 7 Ogos 2011 tidak menerima penjelasan beliau malah lebih mempercayai tindakan GMDU dan PKR/DAP. Tambah beliau lagi, "PAS Pusat menyatakan tindakan beliau itu silap kerana tidak cukup bukti kukuh untuk mengambil sebarang tindakan terhadap GMDU. Apa lagi bukti yang PAS Pusat mahukan hinggakan dalam perkara yang menggugurkan akidah pun PAS Pusat masih mahu mempertahankan gereja!" Sebenarnya lebih sukar menegakkan Islam di negeri yang dikuasai oleh mereka yang merasakan lebih Islam daripada orang lain keluh Dato' Hassan Ali lagi.

Mohamad Sabu pula sekarang ini dilihat agak bengang dengan kenyataan Nasharudin Hassan yang jelas menyatakan pendiriannya berhubung isu ini di dalam blognya tetapi hanya bersikap mendiamkan diri semasa mesyuarat khas PAS Pusat berhubung isu ini pada 7 Ogos lalu. Mohamad Sabu mengeluh kerana PAS terpaksa membuat 'damage control' terhadap tindak tanduk Nasharudin Hassan yang disifatkan MERUGIKAN PAS KERANA MENYEBABKAN KEHILANGAN UNDI BUKAN ISLAM DAN ISLAM!!!

Ekoran dari kenyataan dalam blog beliau tersebut, Nasharudin Hassan teruk dibelasah oleh Dr. Dzulkefly Ahmad dan Dr. Mohd Hatta Ramli yang merupakan duri dalam daging PAS yang menggelarkan Nasharudin Hassan sebagai ORANG-ORANG BANGANG! Dr. MOHD HATTA RAMLI selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat melihat isu ini jika PAS mempertahankan tindakan JAIS dan kesucian Islam akan merugikan sokongan pengundi bukan Islam terhadap PAS!

Sudah terang lagi bersuluh seperti yang dinyatakan Tukang Screw sebelum ini bahawa PAS hanya akan memperjuangkan sesuatu isu yang memberi faedah atau yang mampu memberi kemenangan kepada parti tersebut dalam pilihan raya begitu juga sebaliknya. Persetan dengan kesucian Islam yang penting dapat jadi wakil rakyat. Takbirrrrr!