Monday, August 22, 2011

BINGKISAN AIDILFITRI: PEMERIKSAAN JAIS BHG III



Bahagian III dan terakhir pemeriksaan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos 2011 yang dipertikaikan banyak pihak. Apapun kita jangan lari dari isu pokok iaitu gerakan kristianisasi terancang oleh pihak yang tidak menghormati kesucian Islam dan Perlembagaan Malaysia. Isu ini menuntut kerjasama semua pihak yang mengaku mempertahankan kesucian Islam di Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang melihat isu ini dari perspektif meneruskan kelansungan politik di Malaysia dalam cubaan "menuju ke Putrajaya".


Insya Allah, Tukang Screw akan dedahkan konspirasi terancang pihak-pihak yang tidak mahu melihat Islam terus subur di bumi bertuah ini pada masa-masa akan datang. Apapun isu ini mendedahkan kelemahan umat Islam dan pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga dan mempertahankan Islam. Diharap ianya dapat menjadi iktibar bersama supaya masing-masing dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan manakala di satu pihak lain perlu menyedari bahawa status Islam sebagai agama rasmi negara ini jelas termaktub dalam perlembagaan dan wajib dihormati jika mahu anutan dan pegangan anda dihormati oleh umat Islam di negara ini. Wallahualam.

Friday, August 19, 2011

UNTUK MAKLUMAN: KESALAHAN BERHUBUNGAN AQIDAH

Berhubung tindakan pemeriksaan JAIS terhadap satu majlis pada 3 Ogos 2011 di Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan turut dihadiri oleh umat Islam, beberapa tindakan dari sudut perundangan boleh diambil sekiranya siasatan pihak JAIS mendapati ada usaha atau elemen-elemen pelanggaran Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Bahagian II dan III Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Aqidah berlaku dengan mengguna pakai beberapa seksyen daripada enakmen tersebut seperti:-

Seksyen 5

Mendakwa Bukan Orang Islam Untuk Mengelakkan Tindakan

Mana-mana orang yang mendakwa dirinya bukan orang Islam untuk mengelakkan apa-apa tindakan diambil terhadap dirinya di bawah Enakmen ini atau mana-mana Enakmen lain yang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 10

Menghina atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll, agama Islam

Mana-mana orang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain:-

(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;

(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 12

Menghina Pihak Berkuasa Agama

Mana-mana orang yang bertindak dengan cara menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:-

(a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat-sifat Baginda sebagai Ketua Agama Islam;

(b) Majlis;

(c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan fatwa,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.


Jadi kepada mana-mana pihak terlibat dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap GMDU bolehlah memilih mana-mana seksyen yang sesuai. Perlu dijelaskan di sini bahawa apa yang cuba dipaparkan oleh Tukang Screw adalah tindakan pihak JAIS terhadap GMDU berdasarkan maklumat yang diterima bahawa terdapat elemen atau unsur-unsur kristianisasi sedang dijalankan oleh pihak gereja serta sejauhmana kebenaran maklumat tersebut. Dalam hal ini tiada siapa daripada 12 orang Islam yang dikesan turut hadir dalam Majlis Thanksgiving Dinner yang dituduh telah murtad atau keluar Islam dan hanya yang dipaparkan mereka turut hadir dalam majlis tersebut. Hanya ada kemungkinan atau keberangkalian bahawa mungkin terdapat atau dipercayai ada individu yang telah murtad berdasarkan tindakan atau perlakuan atau tutur kata individu tersebut yang boleh memberi persepsi bahawa dia telah murtad tanpa memberi penekanan kepada hal pemurtadan tersebut.


Wallahualam, sekadar renungan bersama dan tiada niat selain niat menegakkan kesucian Islam dan memperlihatkan di mana pendirian dan tindakan pihak yang sering mewar-warkan diri sebagai pejuang Islam yang kononnya mempertahankan kesucian Islam dalam isu ini. UMNO memang Tukang Screw telah tolak tepi sejak dari awal kerana masih tidak mampu melaksanakan sepenuhnya tuntutan Islam dan hanya menyediakan dari segi fizikalnya sahaja. Apatah lagi untuk menyelesaikan isu ini. Mungkin blogger seperti Tukang Screw ini dan rakan-rakan lain dituduh proUMNO, prokerajaan kerana tidak memihak kepada pembangkang dalam hal ini. Kami tidak mampu menyelesaikan isu ini atau isu yang melibatkan akidah umat Islam kerana kami tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif.

Sekurang-kurangnya kami cuba ketengahkan permasalahan yang berlaku untuk tindakan pihak berwajib yang mempunyai kuasa eksekutif setelah dipilih rakyat melalui pilihan raya. Rasa terhina dan tidak berbaloi apabila kami dituduh cuba merosakkan Pakatan Rakyat di Selangor yang mana sebenarnya tuduhan tersebut cuba lari daripada isu sebenar iaitu ISU AKIDAH UMAT ISLAM. JANGAN KUMAN DI SEBERANG NAMPAK TETAPI GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK! Kepada pihak berwajib, jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan seikhlas mungkin tanpa kepentingan politik. Ingatlah bahawa setelah matinya anak-anak Adam hanya tiga perkara sahaja yang dibawa: Amal kebajikan, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang akan mendoakan si mati dan bukannya UNDI!

Thursday, August 18, 2011

RALAT







Dalam artikel bertajuk "UNTUK RENUNGAN BERSAMA: GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA" bertarikh 17 Ogos 2011, Tukang Screw ada menyatakan Benjamin mendapat pendidikan di SMKA Naim Lil Banat, Jalan Yahya Petra. Terima kasih atas teguran rakan-rakan, setelah disahkan Benjamin Stephen pernah menyatakan pernah menuntut di Sek Men Yahya Petra, Kuala Krai dalam satu ceramah di sebuah gereja di Kuching. Kesilapan amat dikesali dan bagi Tukang Screw turut memohon maaf bagi pihak pemberi maklumat ini. Diharap juga ada rakan-rakan yang boleh mengesahkan maklumat ini. Wassalam.

Wednesday, August 17, 2011

ISU TINDAKAN JAIS: MUJAHID FAHAMKAH ISU SEBENAR?



Tukang Screw tidak faham sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh sesetengah pemimpin PAS yang di atas kertas mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi BEBAL memahami isu, atau buat-buat tak faham atau sengaja nak jaga hati DAP/PKR atau PAS memang tak mampu nak selesaikan masalah dan mempertahankan Islam. Cuba rujuk kenyataan Dr. (Dr konon tapi bebal) Mujahid Yusof, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dengan slogan PAS For All yang disiarkan dalam Harakahdaily berbunyi :


"LAJNAH TETAP BERUSAHA MERAPATKAN PAS DENGAN SEMUA GEREJA DI MALAYSIA SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN PAS (kalau PAS perjuangkan Islam sepatutnya frasa tersebut berbunyi...SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN ISLAM)"

Isu yang berlaku adalah melibatkan usaha GMDU dan beberapa gereja memurtadkan umat Islam, jadi tidak timbul isu PAS menjalinkan hubungan baik dengan gereja. Gereja memang menerima PAS dengan baik sebab PAS sahaja yang boleh ditunggang dan menghalalkan usaha memurtadkan umat Islam oleh gereja. PAS lebih mementingkan penganut Kristian menghormati mereka daripada menghormati kesucian Islam dengan merendahkan maruah mereka dan menagih undi. Itulah hakikatnya yang PAS tidak mampu sembunyikan dan tersilap percaturan kerana terlalu gila untuk berkuasa!

"MENGULAS TINDAKAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYERBU (sepatutnya guna perkataan MEMERIKSA) GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA (GMDU) KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN, BELIAU BERHARAP KEDUA-DUA BELAH PIHAK TAMPIL KE HADAPAN MEMBERIKAN PENJELASAN SUPAYA DI ATASI DENGAN BAIK."

Adakah Mujahid yang bebal atau wartawan Harakah yang bebal (kalau bab BEBAL ni wartawan Harakah memang top sejak dulu lagi)! JAIS telahpun memanggil 12 orang yang terlibat dalam isu ini hadir ke sesi kaunseling dan temuduga pada 15 Ogos lepas jadi tidak patut timbul kenyataan "KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN" yang sememangnya sudah terang dan bersuluh bahawa mereka hadir ke GMDU! Daripada kenyataan ini kita dapat menilai taraf keintelektualan Mujahid yang serupa macam Tukang Screw atau bawah sedikit dan dalam masa yang sama secara tersirat Mujahid sendiri tidak menyokong tindakan JAIS.

Mujahid juga tidak faham-faham lagi mengapa JAIS dan GMDU enggan berjumpa PAS bagi menerangkan isu ini? Sebab kedua belah pihak terbabit sedar bahawa mereka akan berhadapan dengan parti yang NTAHAPANTAH yang hampir pecah tembelangnya dan gagal mempertahankan kesucian Islam. Mana usaha dakwah yang diwar-war dan dibangga-bangga selalu oleh PAS terhadap DAP? DAP makin berjaya dakwah umat Islam masuk kristian dan menghina Islam adalah!!!

Tukang Screw nasihatkan agar Mujahid berdiam diri dan jangan buat sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana setiap kenyataannya makin menunjukkan kejahilan dan kejumudan dirinya sendiri. Wallahualam.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA: GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA!



Seperti dijangka nampaknya PAS masih gagal meletakkan pendirian mereka berhubung isu pemeriksaan JAIS terhadap GMDU. Apapun tahniah dan syabas kerana PAS telah berusaha menangani secara hikmah isu ini dengan cuba mendapatkan penjelasan kedua belah pihak. Harap-harap selepas ini pendekatan yang sama digunakan bagi menyelesaikan pelbagai isu di negara ini. Istiqamah dalam perjuangan politik juga penting kerana rakyat sekarang sedang menilai sejauhmana PAS mampu menggantikan UMNO bagi mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam di negara ini. Jangan salah faham, Tukang Screw bukan anti PAS sebab sebelum inipun Tukang Screw dah berjuang bersama PAS selama 35 tahun sejak berumur 7 tahun sebelum ditahan ISA!!! Jadi kepada pemimpin dan ahli PAS yang baru nak rasa pahit maung perjuangan bersama PAS teruskan hasrat mulia itu, mudah-mudahan bendera PAS berkibar megah di bumi bertuah ini.

Tukang Screw tertarik dengan artikel daripada ruangan Pendedahan, Utusan Malaysia oleh Zaini Hassan yang bertajuk MURID MELAYU ISLAM: "YA, SAYA TAHU NABI ISA SAYANGKAN SAYA..." yang antara lain mendedahkan gerakan kristianisasi secara halus dan terancang di sekitar Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh dengan menjadikan murid-murid sekolah rendah daripada keluarga Melayu yang daif sebagai sasaran! Modus operandinya mudah, buka kelas tuisyen bahasa Inggeris secara percuma dan dalam masa yang sama mendoktrin anak-anak kecil ini dengan ajaran kristian. Nauzubillah. Yang menariknya, perkara ini dilaporkan oleh seorang guru berbangsa India yang prihatin dengan masalah ini yang turut memanjangkannya kepada JAWI dan Jabatan Pelajaran Negeri. Seperti biasa responnya amat negatif kerana pegawai-pegawai terlibat sibuk berlumba-lumba balik awal untuk ke pasar Ramadhan! Syabas diucapkan kepada cikgu berbangsa India tersebut kerana faham dengan sosiobudaya negara ini dan Perlembagaan Persekutuan. Secara kebetulan SEPUTEH di wakili Teresa Kok dari DAP.

Apa yang Tukang Screw mahu kongsikan ialah tentang gerakan kristianisasi terancang di negara ini untuk renungan dan perhatian bersama sebab seperti yang Tukang Screw nyatakan sebelum ini, isu tindakan JAIS terhadap GMDU telah memberi seribu satu hikmah untuk kita fikir dan laksanakan. Elok rasanya kita mulakan pada era 80-an kerana ianya mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku sekarang. Antara kumpulan yang mempelopori gerakan kristianisasi secara terancang di negara ini ialah Neglected People's Workers (NPW) yang ditubuhkan oleh Philip Cheong pada tahun 1984 dan menjadikan First Baptist Church, Petaling Jaya sebagai tempat operasi. Kejayaan utama NPW ini ialah memurtadkan Jamaludin Othman@Joshua Jamaludin sebagai paderi Melayu pertama di Malaysia (mungkin ada yang lebih awal dari Joshua) yang turut pernah ditahan ISA. Joshua telah dihantar melanjutkan pelajaran dalam agam Kristian di Far Eastern Bible College, Singapura seterusnya melalui Joshua juga seramai 7 orang Melayu/Islam (jumlah ini mungkin lebih banyak) berjaya dimurtadkan. Mungkin sebelum ini kita ada terdengar khabar-khabar angin bahawa di First Baptist Church ini terdapat gereja khas untuk orang Melayu yang dimurtadkan. Sehingga kini tidak dapat disahkan khabar angin tersebut kerana tiada sebarang tindakan pihak berwajib ATAU sudah ada jawapannya tetapi tidak didedahkan pihak berwajib bagi menjaga sensitiviti agama di negara ini. Jadi tidak mustahil jika GMDU menjalankan tindakan yang sama melalui Dream Centre! Kebetulan pula Petaling Jaya Utara diwakili Tony Pua dari DAP sebagai ahli parlimen.

Selain Petaling Jaya, Pulau Pinang juga menjadi pusat gerakan kristianisasi apabila kes cubaan murtad SAIFUL BAHAYAH ABDUL HAMID yang mendedahkan bahawa sebuah flat kediaman di Batu Maung dijadikan pusat kegiatan kristianisasi yang mensasarkan remaja-remaja Melayu di Pulau Pinang. Mereka menjalankan aktiviti di flat tersebut pada setiap hari Khamis dengan kehadiran pada setiap sesi seramai 30 orang. Manakala pada hari Ahad mereka akan dibawa ke gereja. Modus operandi kumpulan Kristian ini ialah dengan mensasarkan remaja-remaja Melayu yang mempunyai masalah keluarga dan kesempitan wang. Dalam kes SAIFUL BAHAYAH ini, beliau menghadapi masalah kewangan dan telah berkenalan dengan ROSIATIMAH (Melayu murtad) yang telah menyelesaikan masalah tersebut dan memujuk beliau memeluk kristian! Kepada mereka yang merasakan Tukang Screw hanya mereka-reka cerita, cubalah kesan atau berjumpa SAIFUL BAHIYAH sendiri yang telah ditempatkan di Pusat Remaja Inabah, Kuala Nerang, Kedah bagi menjalani proses pemulihan. Secara kebetulan DAP cukup aktif di Pulau Pinang, dulu, kini dan selamanya.
Kita juga pernah digemparkan dengan kes remaja Islam bernama KARTINI MOHAMAD ROSLI yang didapati memakai salib pada tahun 2007 yang mengaku telah beberapa kali hadir di sebuah rumah yang dijadikan gereja yang terletak di sebuah taman perumahan di Baling, Kedah (belakang hospital lama). Secara kebetulan juga rombongan SUARAM yang diketuai AP Sungai Siput juga dikesan berada di sekitar kawasan tersebut sebelum ditangkap di Pulau Pinang pada bulan Jun 2011.

Kita juga pernah berasa sangat sakit hati setelah menonton video BENJAMIN STEPHEN menghina Islam dalam sebuah gereja di Sarawak pada tahun lepas. Untuk makluman BENJAMIN STEPHEN @ MOHD BADROL NIZAM MOHD REDZO yang berasal dari Kelantan merupakan penuntut di Sekolah Menengah Agama Naim Lil Banat, Jalan Yahya Petra, Kelantan yang telah mula didekati mubaligh kristian sejak tahun 1997 sebelum murtad pada tahun 2001 di Gereja St.Peter, Ipoh. Sejak 2006 BENJAMIN telah menyebarkan dakyah kristian sebelum menjadi guru di International School, Kuching. Mungkin kebetulan, Ipoh dan Kuching diwakili AP DAP.

Itu hanya sekelumit kes-kes murtad yang dapat Tukang Screw kongsikan untuk renungan bersama dan diharap dapat direnung-renungkan apakah sumbangan kita dalam menangani isu murtad ini! Timbul persoalan, apa kaitan DAP dalam gerakan kristianisasi ini?





Tuesday, August 16, 2011

PEMERIKSAAN JAIS DI GMDU 3 OGOS 2011: Bhg II.



Sebelum menonton bahagian kedua majlis Thanksgiving Dinner di GMDU eloklah kita mengetahui perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) dalam usaha menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU. Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka. Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas. Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor. Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik? Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke GMDU?


Bagi menutup konspirasi tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam YANG SEALIRAN dengan mereka bagi mempertahankan Kumpulan 12 dan sokongan daripada Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kes ini. Mereka juga merancang berkomplot dengan Kumpulan 12 supaya tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS. Kumpulan 12 juga akan dipertemukan dengan PAS secara tertutup kerana Teresa Kok melihat hanya PAS sahaja YANG BOLEH DIPERKUDAKAN BAGI MENUTUP GERAKAN MURTAD yang dijalankan gereja. Kita tunggu apa kenyataan PAS selepas ini. Patutlah PAS asyik menyalahkan UMNO dalam isu ini.

PERLUKAH PAS BERJUMPA PIHAK GMDU?

PAS diketuai Mohamad Sabu bersama 9 pemimpinnya yang lain akan berjumpa pihak GMDU pada hari ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu 12 ORANG ISLAM BERADA DI GEREJA TERSEBUT PADA 3 OGOS 2011 SEMASA MAJLIS THANKSGIVING DINNER! Untuk makluman, usaha PAS untuk mendapatkan penjelasan dari JAIS pada 15 OGOS 2011 tidak diperkenan DYMM Sultan Selangor kerana tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana baginda yakin campurtangan parti politik terutamanya PAS yang 'flip flop' dalam soal kesucian Islam akan mengundang 'bencana' kepada umat Islam di negara ini.

Persoalan di sini, mengapa PAS beria-ia ingin berjumpa pihak JAIS dan GMDU untuk mendapatkan penjelasan? Adakah PAS mampu menyelesaikan masalah tersebut? Adakah PAS mampu mengubah Enakmen Syariah Negeri Selangor? Atau tindakan tersebut hanya untuk menunjukkan bahawa PAS sebagai parti Islam prihatin dengan isu kesucian Islam? PAS dalam ceramah dan kuliah agama mereka sering mengingatkan kita supaya merenung kembali sejarah Nabi Muhammad S.A.W semasa peringkat awal Hijrah ke Madinah apabila baginda sering sahaja ditupu dan dianiaya oleh kaum-kaum Munafik dan Yahudi Madinah yang pura-pura menjalinkan hubungan baik dengan baginda. Pastinya pihak GMDU tidak akan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada 3 Ogos dan usaha mereka mengkristiankan umat Islam di negara ini. Yang pastinya mereka akan menyalahkan JAIS yang menceroboh privasi gereja! PAS juga pastinya dengan CUKUP BANGGA akan menyatakan kepada pihak gereja bahawa isu ini sengaja dimainkan UMNO untuk merosakkan Pakatan Pembangkang di Selangor seterusnya memburukkan saudara seIslam mereka itu di hadapan Kristian! Jangan risau, PAS akan menerangkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia bahawa isu ini hanya mainan politik UMNO dan tidak ada sebarang usaha memurtadkan umat Islam berlaku di gereja ini sepertimana dakwaan JAIS dan HASSAN ALI.

Ingatlah PAS, tindakan parti kamu ini tidak melambangkan Islam sebenar di mana musuh-musuh Islam sentiasa menunggu peluang dan ruang untuk menggunakan KEISLAMAN parti kamu untuk menodai kesucian Islam kerana parti kamu lebih pentingkan undi daripada Islam itu sendiri. Nauzubillah. Insya Allah Tukang Screw akan kongsi lagi video pemeriksaan JAIS untuk kita sama-sama muhasabah.

TMBALAN MURSYIDUL AM PAS SOKONG TINDAKAN JAIS



Bukan semua dari kalangan pemimpin PAS yang berdolak-dalik dan menuding jari kepada UMNO dalam isu ini. Seperti kenyataan Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang mempunyai maklumat dari 'orang dalam' JAIS bahawa UMNO memainkan peranan utama dalam pemeriksaan ke atas GMDU. Kenapa perlu dipertikai peranan siapa kerana dalam hal ini ialah wujudnya maklumat terdapat aktiviti atau usaha memurtadkan umat Islam di gereja tersebut! Mengapa dangkal sangat fikiran seorang Setiausaha Agung PAS yang senantiasa mencari ruang dan peluang meletakkan sesuatu kesalahan ke bahu UMNO. Kalau benar UMNO berperanan dalam isu ini, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya UMNO lebih prihatin dari PAS dalam soal akidah walaupun UMNO didakwa tidak berakidah!



Tukang Screw hormat kepada pendirian Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS yang selama ini dilihat tidak suka mencampuri urusan politik murahan PAS. Dalam hal ini beliau menyifatkan tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tepat pada masanya kerana soal akidah perlu dipertahankan dan langkah-langkah positif perlu diambil bagi menjaga akidah selain membuang dan melawan usaha MUSUH YANG TELAH MASUK KE DALAM AKIDAH PAS!!! Beliau juga berpendapat bahawa JAIS tidak menceroboh tetapi hanya memeriksa kerana berdasarkan laporan yang diterima bahawa terdapat orang Islam di dalam gereja tersebut.



Dalam hal ini juga beliau berpendapat bahawa PAS tidak perlu berjumpa dengan pihak gereja kerana secara terang-terangan 12 orang Islam yang berada di gereja tersebut semasa pemeriksaan JAIS tidak berpuasa dan solat! Beliau turut mempersoalkan kenyataan Dato' Nik Aziz dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang agak lembut dan tidak meletakkan pendirian sebenar PAS dalam hal ini. Apa yang lebih dikesalkan, kerana kegagalan PAS menangani isu ini PAS juga telah gagal memenangi undi orang Islam!!!

Monday, August 15, 2011

PEMERIKSAAN JAIS 3 OGOS 2011: PART 1



Nilai sendiri apa yang berlaku pada 3 Ogos 2011 di Gereja Methodist Damansara Utama.

ISU MURTAD: INILAH NASIB ISLAM DI BUMI ISLAM

Rasa terkilan, kecewa dan pelik apabila melihat keadaan Islam di negara ini. Kita lebih menilai perkembangan dan lestarinya Islam di Malaysia hanya secara fizikal tetapi dari segi rohani atau spiritualnya masih berkonsepkan "iman taklid" dan "iman warisan" bagi penganut Islam berbangsa Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Apa yang Tukang Screw nak tambah ialah satu lagi istilah iaitu "iman politik" iaitu iman berdasarkan kepentingan politik yang boleh memberi kebaikan dan kelebihan terutama melibatkan keputusan pilihan raya yang mampu memberi kuasa kepada pengamalnya. Di sini maruah dan nilai agama Islam itu terletak di neraca penimbang mereka yang diberi amanah atau tanggungjawab daripada jamaah untuk memelihara apa yang patut dipelihara atau apa yang akan 'terlepas' dari genggaman.

Berbalik kepada isu tindakan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos lalu yang menimbulkan pelbagai polemik politik di negara ini, Alhamdulillah JAIS telahpun menghantar laporan awal berhubung tindakan tersebut ke pihak Menteri Besar Selangor dan laporan lengkap dengan mengambil kira temuduga terhadap 12 individu "Islam" yang hadir pada majlis Thanksgiving Dinner akan menyusul. Sehingga kiji tiada sebarang kenyataan daripada pihak Menteri Besar Selangor berhubung isu ini. Manakala PAS pula akan berjumpa pihak JAIS pada 15 Ogos 2011 dan keesokannya berjumpa pihak GMDU. Itupun jika pihak GMDU mahu berjumpa PAS kerana apa yang dipertikaikan ialah bidang kuasa PAS untuk berjumpa kedua-dua pihak serta adakah PAS mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Di pihak PKR pula, sehingga kini masih belum memberi sebarang komen atau kenyataan rasmi berhubung isu ini. Reaksi hanya berlegar-legar dalam Tweeter dan Facebook ahli dan pemimpin mereka. Pastinya Tweeter terbaik datang daripada Lateefa Bibi Koya yang berbunyi "MALU BILA ORG2 YG TAK TJK SATU ZARRAH PUN CIRI KEISLAMAN SIBUK NAK "PERTAHANKAN ISLAM" TLG JGN MENGHINA LAH-ISLAM TIDAK PERLU DIPERTAHAN! Tukang Screw sebenarnya tidak faham apakah tujuan sebenar Lateefa Bibi Koya membuat kenyataan tersebut. Mungkin beliau bengang kerana mereka yang bukan propembangkang sibuk memperjuangkan isu murtad atau Si Tipah ini hanya Islam pada nama dan tiada lagi roh Islam dalam dirinya kerana lebih teruja untuk mempertahankan hak asasi dan menakluk Putrajaya.

Seperkara yang menarik, hasil perbualan Tukang Screw dengan Rafizi Ramli, Pengarah STrategik PKR Pusat, beliau secara peribadi mengetahui dan sedia maklum bahawa gereja-gereja di Malaysia sememangnya ada mengadakan gerakan mengkristiankan umat Islam di negara ini kerada dia sendiri mempunyai ramai rakan dari gereja. Modus Operandi pendakwah kristian dalam gerakan ini ialah dengan secara perlahan "menarik" umat Islam yang bermasalah sebelum akhirnya diminta menukar agama. Tambah Rafizi lagi, Pakatan Rakyat dilarang memberi sebarang komen berhubung isu ini dan hanya menunggu laporan penuh sahaja. Beliau turut mengulas kenyataann Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan bukti yang cukup dan kukuh sebelum "menceroboh" gereja. Kenyataan "play safe" daripada Ketua Penerangan PAS Pusat.

Apa yang lebih mengecewakan Tukang Screw ialah bagaimana PAS menangani isu ini. Kerana politik mereka meletakkan maruah Islam di tempat kedua sedangkan dalam perlembagaan PAS Fasal 5 (2) jelas menyatakan bahawa Tujuan PAS ialah mempertahan kesucian Islam serta kemerdakaan dan kedaulatan negara. Di mana pendirian PAS dalam hal ini. Dato' Hassan Ali yang habis-habisan mempertahankan tindakan JAIS ini dijadikan 'kambing hitam' oleh pemimpin PAS yang bermasalah dengan beliau dan secara terang-terangan melabel Dato' Hassan Ali sebagai 'barua UMNO'. Adakah dengan mempertahankan kesucian Islam dianggap 'barua UMNO'? Dato' Hassan Ali dalam perbualannya dengan Tukang Screw berasa amat kecewa kerana PAS Pusat yang meminta beliau hadir memberi penjelasan pada 7 Ogos 2011 tidak menerima penjelasan beliau malah lebih mempercayai tindakan GMDU dan PKR/DAP. Tambah beliau lagi, "PAS Pusat menyatakan tindakan beliau itu silap kerana tidak cukup bukti kukuh untuk mengambil sebarang tindakan terhadap GMDU. Apa lagi bukti yang PAS Pusat mahukan hinggakan dalam perkara yang menggugurkan akidah pun PAS Pusat masih mahu mempertahankan gereja!" Sebenarnya lebih sukar menegakkan Islam di negeri yang dikuasai oleh mereka yang merasakan lebih Islam daripada orang lain keluh Dato' Hassan Ali lagi.

Mohamad Sabu pula sekarang ini dilihat agak bengang dengan kenyataan Nasharudin Hassan yang jelas menyatakan pendiriannya berhubung isu ini di dalam blognya tetapi hanya bersikap mendiamkan diri semasa mesyuarat khas PAS Pusat berhubung isu ini pada 7 Ogos lalu. Mohamad Sabu mengeluh kerana PAS terpaksa membuat 'damage control' terhadap tindak tanduk Nasharudin Hassan yang disifatkan MERUGIKAN PAS KERANA MENYEBABKAN KEHILANGAN UNDI BUKAN ISLAM DAN ISLAM!!!

Ekoran dari kenyataan dalam blog beliau tersebut, Nasharudin Hassan teruk dibelasah oleh Dr. Dzulkefly Ahmad dan Dr. Mohd Hatta Ramli yang merupakan duri dalam daging PAS yang menggelarkan Nasharudin Hassan sebagai ORANG-ORANG BANGANG! Dr. MOHD HATTA RAMLI selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat melihat isu ini jika PAS mempertahankan tindakan JAIS dan kesucian Islam akan merugikan sokongan pengundi bukan Islam terhadap PAS!

Sudah terang lagi bersuluh seperti yang dinyatakan Tukang Screw sebelum ini bahawa PAS hanya akan memperjuangkan sesuatu isu yang memberi faedah atau yang mampu memberi kemenangan kepada parti tersebut dalam pilihan raya begitu juga sebaliknya. Persetan dengan kesucian Islam yang penting dapat jadi wakil rakyat. Takbirrrrr!

Friday, August 12, 2011

LET'S TEST YOUR KNOWLEDGE: Bahan Bukti Dari GMDU



Tukang Screw sedang meneliti soalan-soalan untuk menguji sejauhmana kefahaman hadirin dalam majlis Thanks Giving Dinner anjuran SOPHIA pada 3 Ogos lalu di GMDU. Mungkin soalan-soalan yang dikemukakan dibuat oleh SOPHIA sendiri atau orang lain. Harap-harap pembaca boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, kalau gagal boleh BERBUKA PUASA di GMDU bersama SOPHIA.


Soalan-soalan Let's Test Your Knowledge:


1. Apakah maksud perkataan ISLAM?


2. Apakah maksud perkataan MUSLIM?


3. Apakah maksud perkataan QURAN? a. pembacaan b. kefahaman c. keimanan


4. Match the statement with the correct answers



Taurat Diberikan kepada Isa Al-Masih S.A


Zabur Buku-buku Nabi Musa


Injil Diberikan kepada Nabi Mohammad S.A.W


Al-Quran Mazmur



5. Apakah 5 Rukun Islam? (write your anwers in the blank space)


6. Apakah 6 perkara Iman Muslim? (tick ya or tidak)


Allah yang satu ya/tidak


Malaikat-malaikat ya/tidak


Bomoh ya/tidak


Kitab-kitab suci ya/tidak


Kepastian untuk masuk syurga ya/tidak


Nabi-nabi ya/tidak


Hari Kiamat atau Hari Penghakiman ya/tidak


Takdir ya/tidak


Percaya dalam jin ya/tidak



7. Namakan 5 waktu solat dalam Islam


8. Malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad?


9. Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan?


10. How many surah is there in the Al-Quran?

a. 118 surah



b. 114 surah



c. 120 surah


11. Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran?


12. Orang Islam bersalam menggunakan tangan?


Kalau dilihat daripada soalan-soalan yang dikemukakan, ianya merupakan soalan yang terlalu asas bagi mengetahui pengetahuan seseorang tentang Islam. Apa yang agak menarik ialah soalan No.11 yang cuba menarik perhatian penjawab tentang jumlah disebut nama Nabi Isa A.S di dalam Al-Quran yang Tukang Screw yakin dijadikan 'turning point' untuk mempengaruhi mereka yang lemah iman bahawa sebenarnya nama Nabi Isa A.S lebih banyak disebut di dalam Al-Quran berbanding Nabi Muhammad S.A.W dan jelas bahawa Nabi Isa A.S adalah nabi pilihan Allah. Keberangkalian sebegini tetap wujud untuk memesongkan akidah umat Islam. Apapun silalah jawab soalan-soalan tersebut dan ukurlah sejauhmana pengetahuan kita tentang Islam. Siapa yang gagal menjawab ke semua soalan akan diberi hadiah berbuka puasa percuma di GDMU sehingga tamat Ramadhan bersama SOPHIA!


Alhamdulillah, ramai dalam kalangan umat Islam di negara ini prihatin dengan isu ini. Beberapa perhimpunan anti murtad dijangka akan diadakan di SELANGOR, MELAKA dan PULAU PINANG selepas solat Jumaat nanti. Tuan-tuan yang tinggal berdekatan boleh hadir menyatakan sokongan kita. Tukang Screw nak tengok juga di mana perginya PAS dalam isu ini. Adakah mereka akan mengadakan perhimpunan membantah isu ini? Atau kerana isu ini tidak memberi kelebihan kepada mereka menjelang PRU akan datang? Atau PAS khuatir akan dianggap sebagai PEMBELOT/PENGKHIANAT oleh PKR dan DAP? TUKANG SCREW CUKUP TERKILAN APABILA DR. MOHD HATTA RAMLI MASIH LAGI MENYALAHKAN UMNO DAN CAWANGAN KHAS DALAM ISU INI YANG DIDAKWA BELIAU SEBAGAI SATU KONSPIRASI UMNO DAN CAWANGAN KHAS BAGI MENUTUP ISU PENGUNDI HANTU. Tak taulah Tukang Screw nak cakap manusia jenis apalah Hatta Ramli ni. Harap-harap beliau masih Islam dan belum berbuka puasa di GMDU. Wallahualam...










Thursday, August 11, 2011

KRONOLOGI KEJADIAN: SERBUAN JAIS TERHADAP GMDU












Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah Tukang Screw perjelaskan secara kronologi agar senang difahami.



  • Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.


  • Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).


  • Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.


  • Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.


  • Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.


  • SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).


  • Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.


  • Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'.


  • Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.


  • Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.


  • Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

Apa yang ingin Tukang Screw pertikaikan dalam kejadian ini ialah beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, iaitu:-




  1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?


  2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?


  3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?


  4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?


  5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?


  6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?


  7. Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?


  8. Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?


  9. Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan untuk menarik orang Islam menjadi Kristian?


  10. Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?


  11. Mengapa NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenNumbered Listalannya tertera beliau Islam?

Nampaknya hanya NADEANE@SOPHIA yang mampu menjawab persoalan Tukang Screw ini. InsyaAllah Tukang Screw akan dedahkan beberapa maklumat menarik perhatian tentang isu ini dalam waktu terdekat termasuk petikan rakaman program tersebut yang diambil oleh salah seorang hadirin majlis tersebut yang merupakan sahabat Tukang Screw. Nauzubillah, awasilah keluarga dan saudara-mara kita dari terjebak dalam usaha memurtadkan orang-orang Islam. janganlah lokek membantu saudara mara kita yang susah. Wallahualam.

TINDAKAN JAIS TERHADAP GEREJA: KHALID SAMAD AKAN JUMPA PASTOR DANIEL HO

Pertemuan antara dua pastor utama di Selangor akan diadakan iaitu Pastor Daniel Ho dan Pastor Khalid Samad dalam waktu terdekat ini. Pertemuan terpaksa diadakan kerana Pastor Khalid Samad marah dengan Teresa Kok yang tidak jujur dan bercakap benar kepada beliau tentang isu ini selain gagal mendapatkan penjelasan daripada pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU). Alasannya Teresa Kok bukan ahli GMDU!


Pastor Khalid Samad sekarang berang kerana pihak GMDU masih berdiam diri dan mahukan mereka mereka mengaku tentang kegiatan tersebut daripada membiarkan isu ini menjadi lebih besar atau menafikan sahaja dakwaan JAIS tersebut. Teresa Kok ada menjelaskan kepada Pastor Khalid Samad bahawa memang wujud kuiz yang ada menyebut perkataan "Al-Quran" dan "sembahyang" pada malam kejadian. Teresa Kok masih marah dengan tindakan JAIS kerana menyerbu "majlis makan malam" tersebut.


Mari kita sama-sama tengok Pastor Khalid Samad pergi GMDU untuk memarahi Pastor Daniel Ho kerana mengantolkan diri!

ISU TINDAKAN JAIS TERHADAP GEREJA: TONY PUA AKUI WUJUD GERAKAN KRISTIANISASI GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA






Akhirnya Tony Pua akui yang Gereja Methodist Damansara Utama ada menjalankan gerakan kristianisasi sejak mula ditubuhkan lagi sebagai Pusat Komuniti. Tambahnya lagi, sebelum ini gereja tersebut banyak memurtadkan penagih dadah berbangsa Melayu Islam di sekitar Chow Kit Road. Gerakan ini amat agresif kerana penagih dadah adalah golongan 'soft target' mereka dan amat mudah 'dibeli' dengan dadah dan wang ringgit. Apa yang berlaku sekarang di GMDU adalah memang benar dan pemimpin PR cuba gunakan istilah yang lebih terarah kepada PENCEROBOHAN TERHADAP KAWASAN PERSENDIRIAN DAN MAKAN MALAM PERSENDIRIAN bagi mengabui mata masyarakat.

Tony Pua dalam nada berbeza akui DAP amat takut dengan isu ini kerana ianya akan memberi kesan kepada mereka yang rata-ratanya adalah penganut kristian. Sudah pastilah undi Melayu/Islam terhadap mereka akan kurang dan kerjasama dengan PAS akan menghadapi masalah. Katanya lagi, hampir separuh orang Melayu yang hadir pada malam tersebut telahpun murtad dan lebih merosakkan lagi majlis tersebut ialah ada saksi yang telah membuat pengakuan kepada JAIS bahawa "SAYALAH ORANGNYA YANG TELAH DIBERIKAN WANG DAN TELAH DIMURTADKAN!"




Dalam pada itu Khalifah Lim Guan Eng juga menyedari hakikat bahawa isu ini akan menjejaskan sokongan Melayu kepada DAP dan mendesak pihak GMDU menyelesaikannya kerana ianya bukan isu politik tetapi lebih kepada isu kepercayaan dan keimanan. Beliau tidak mahu terlibat dalam isu ini kerana takut tersilap membuat tafsiran. Khalifah Lim Guan Eng telah arahkan Khalid Ibrahim supaya mendesak JAIS mengemukakan bukti-bukti sahih bahawa wujudnya kegiatan mengkristiankan orang Melayu oleh GMDU.






Sudah terang lagi bersuluh, apa yang hendak diselindungkan lagi? Kenapa Khalid 'Gagap' Berahim minta maaf sebelum siasatan dilengkapkan JAIS? Kenapa sibuk nak jadi 'Pak Turut' untuk tutup kegiatan kristianisasi ini? Atau adakah Khalid sendiri telah menjadi ahli gereja dan al-Kitab? Tony Pua boleh saman Tukang Screw kalau artikel ini hanya dakwaan palsu untuk menjatuhkan imej beliau!!!

TINDAKAN JAIS TERHADAP GEREJA: PEMIMPIN KRISTIAN DAH MULA BERSATU, ISLAM BILA LAGI?



Isu ini nampaknya makin hari makin penuh misteri kerana banyak misteri yang akan terungkai. Misteri yang bakal terungkai itulah yang menakutkan banyak 'tangan' yang selama ini berselindung di sebalik macam-macam kebebasan di Malaysia. Semuanya nak bebas, bersuara, berhimpun, media sampaikan bebas tukar agama! Apa yang Tukang Screw cuba 'highlight'kan kali ini ialah cubaan campurtangan beberapa individu dalam isu ini yang menunjukkan mereka mula bersatu untuk tangani isu ini.


Brendan Pereira

Amat tidak senang dengan kenyataan Hassan Ali berhubung perkara ini dengan alasan ianya tidak baik buat PAS yang merupakan minoriti dalam Kerajaan Negeri Selangor. Brendan juga menganggap Hassan Ali banyak 'menimbulkan masalah' di Selangor terutama dalam hal-hal melibatkan perlaksanaan undang-undang Islam! Yang lebih mem'pukimak'kan dalam hal ini ialah kedapatan Melayu-Melayu PKR dan PAS yang setuju dengan pandangan Brendan 'Haramjadah' Pereira ini yang mempertikaikan tindakan JAIS dan Hassan Ali. Si Haramjadah ini juga mencadang dan mengarahkan Khalid 'Gereja' Samad yang berjawatan lebih tinggi dalam PAS Selangor dari Hassan Ali supaya mengeluarkan kenyataan bagi meneutralkan Hassan Ali.



Majlis Peguam

Majlis 'Gampang' Peguam ini turut tidak senang dengan tindakan JAIS ini yang telahpun mengeluarkan kenyataan MENGECAM tindakan serbuan tersebut yang didakwa tidak berlandaskan undang-undang. Majlis ini juga telah menyediakan peguam bagi mewakili 12 orang Islam yang terlibat dari dari sebarang tindakan undang-undang. Adakah tindakan gereja MENGKRISTIANKAN umat Islam mengikut undang-undang dan perlembagaan? Majlis 'Gampang' Peguam sila jawab!


Tan Sri Ramon Navaratnam

Mangkuk sekor ni pun turut prihatin dalam isu ini walaupun menjadi Pengerusi Panel Penasihat SPRM. Beliau cuba "mencurah" minyak petrol dengan mengaturkan perjumpaan dengan kumpulan pemikir bukan Islam di mana resolusinya ialah AMAT KECEWA DENGAN TINDAKAN JAIS! Selain itu turut merancang untuk 'spin' isu bahawa Hassan Ali akan masuk UMNO dan sedang berusaha mendesak Pastor Daniel Ho mengeluarkan kenyataan balas menafikan kenyataan Hassan Ali dengan menjelaskan bahawa program makan malam yang diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dengan orang Melayu/Islam.

Teresa Kok

Exco Selangor yang amat tidak berpuas hati dalam isu ini. Sedang merancang dengan beberapa pemimpin dan Exco Kristian untuk menggugurkan Hassan Ali dari jawatan Exco selain menjahanamkan karektor beliau dengan memberi gambaran negatif terhadap Hassan Ali kepada media. Menjadi penasihat utama Tan Sri Raymond Navaratnam dalam menangani isu ini (melindungi aktiviti kristianisasi). Turut mendesak Khalid Ibrahim untuk memaksa Pengarah JAIS memberikan penjelasan dalam mesyuarat Exco Selangor dan memohon maaf kepada PENGANUT KRISTIAN!


Nanti Tukang Screw akan dedahkan lagi pihak-pihak yang cuba campurtangan dalam isu ini. Kalau dilihat daripada senarai di atas, sahlah semuanya kristian kecuali Majlis Peguam (ramai kristian dalam majlis ni). Moralnya, pemimpin kristian sedang bersatu melawan JAIS dan Hassan Ali atau lebih tepatnya melawan ISLAM. Tapi apa yang pemimpin Islam di Malaysia buat? Salah menyalahkan antara satu sama lain dan menjahanamkan sesama sendiri.


Tepuk kopiah/serban tanyalah iman!











TINDAKAN JAIS TERHADAP GEREJA: DIN PUDURAYA! APELAH YANG KAU NI BAHALOL SANGAT!!!



Tukang Screw baru sahaja selesai membaca kenyataan Din Puduraya yang disiarkan Harakahdaily.net. Syabas dan tahniah kerana memperjuangkan isu murtad dalam kalangan umat Islam di negara ini. Tapi seperti biasa Din Puduraya malah juak-juak PAS parti laknatullah ini akan menyalahkan UMNO kerana menolak usul AP PAS bagi membincangkan perlaksanaan undang-undang murtad di negara ini. Kita lupakanlah perkara yang lepas tu sebagai iktibar bersama. Nah, sekarangpun dah ramai AP PAS dan PR di parlimen maka eloklah isu ini dibincangkan lagi. Itupun kalau PAS benar-benar ikhlas. Kalau AP UMNO tolak, Tukang Screw akan panjat belakang mereka sorang-sorang. Maka eloklah Din Puduraya selaku Naib Presiden PAS sokong Dato' HASSAN ALI dan JAIS dalam isu ini. Jangan asyik nak menuding jari sahaja. Tukang Screw tahulah YB nak glamor, bila glamor baru boleh menang pilihanraya. Janganlah dok praktiskan kan lagi "politik tudung jari" ni. Matanglah sikit berpolitik dan ikhlas dalam menyelesaikan isu kepentingan ummah ini. Bila UMNO nak bela isu ini, PAS kata mainan politik UMNO untuk tarik sokongan pengundi. Apalah bodohnya kepala hotak orang PAS ni, asyik-asyik nak spin pasal undi Melayu. Bodohlah kepala hotak korang ni.






Apapun Din Puduraya jangan tersilap cakap dan terlebih cari salah silap orang lain. Dosa silam YB dengan Azizah@Intan pun tak selesai lagi. Baik mengaku dan buat sidang media. Atau nak tunggu Suruhanjaya DiRaja menyiasat video Din Puduraya!!!! Ini bukan ugutan, tapi Tukang Screw naik meluat dengan sikap dan mainan politik Din Puduraya yang seperti maksum dan hanya melihat salah orang lain!






Selamat Berpuasa YB, banyakkan bersabar dan beribadat sepanjang Ramadhan ini.

Wednesday, August 10, 2011

ISU TINDAKAN JAIS TERHADAP GEREJA: THE STAR CUBA BANTU GEREJA



Masih belum selesai isu JAIS mengambil tindakan terhadap sebuah gereja di Damansara pada minggu lepas yang telah mengadakan satu majlis makan malam yang turut disertai 12 penganut Islam. Pelbagai spekulasi yang lebih terarah kepada usaha pihak gereja untuk 'mengkristiankan' 12 penganut Islam tersebut dan mungkin lebih daripada jumlah itu sebenarnya. Dalam isu ini pelbagai pihak mengeluarkan pelbagai reaksi pro dan kontra terhadap JAIS. Apa yang menarik Tukang Screw hendak kongsikan bersama tentang usaha Dato' Seri Wong Chun Hai, Ketua Editor The Star yang telah menghubungi Dr. Herman Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bagi menghulurkan 'bantuan' untuk 'spin' isu tersebut dalam akhbar The Star.



Apa yang cuba dirancang mereka berdua adalah supaya pihak gereja terlibat 'menafikan' sepenuhnya isu 'mengkristiankan' umat Islam tetapi hanya melakukan kerja amal membantu semua rakyat tanpa mengira agama. Mereka merancang untuk 'highlight' bahawa tindakan JAIS menyerbu gereja adalah melampaui batas. Dalam usaha tersebut, Dr. Herman menjelaskan bahawa pihak gereja telah mengadakan mesyuarat dan sekiranya semua setuju mereka akan mengeluarkan kenyataan yang pihak polis terutamanya JAIS tidak boleh memasuki rumah ibadat tanpa kebenaran dan tindakan mereka menyerbu tanpa waran adalah salah sama sekali. Kenyataan ini harus dibuat bagi "menyembunyikan aktiviti" yang telah lama mereka lakukan di Selangor dan di seluruh negara.


Wong Chun Hai dalam pada itu ada berbincang dengan Pastor Daniel Ho dan mencadangkan supaya menampilkan kesemua orang Islam yang hadir dalam majlis yang diserbu JAIS untuk menyatakan kepada umum bahawa mereka sebenarnya hadir sebagai tetamu dalam majlis makan malam yang dianjurkan Gereja Damansara Utama serta 'perlu' menafikan tiada upacara 'mengkristiankan' orang Islam diadakan. Bagi Wong Chun Hai kenyataan begitu amat penting bagi mengelakkan 'aktiviti' sebenar mereka terbongkar dan masyarakat Islam yang selama ini 'tidur' lena dan bergaduh sesama sendiri bangkit dan bersatu!!!!


Dr. Herman menjelaskan bahawa semua gereja di Malaysia menjalankan aktiviti dakwah yang sama dan ianya merupakan aktiviti yang 'besar'. Turut dijadikan sasaran ialah orang Melayu beragama Islam yang terabai, miskin, jauh dari Islam. Apa yang mereka lakukan selama ini adalah cukup teratur dan tertutup tanpa pengetahuan umum terutamanya majlis-majlis makan malam dan kebajikan.


Nampaknya semua pihak sekarang sedang bertungkus lumus menutup dan membongkar apa yang selama ini dilakukan oleh pihak gereja dan elemen-elemen NGO yang selama ini mengugut dan menjerat leher pemimpin Melayu Islam yang gila kuasa untuk 'mengkristiankan' seberapa ramai umat Melayu Islam. Dari penggunaan kalimah Allah di dalam Injil hingga isu IFC nampaknya mereka bersatu dengan mengugut 'undi' semasa pilihan raya akan datang. Murahnya akidah dan maruah Melayu Islam yang gila kuasa yang begitu obses mendapatkan undi puak-puak yang mahukan peha pula dari orang Melayu. Ingat dan sedarlah bahawa di Indonesia gereja lebih banyak dari masjid sedangkan umat Islam mewakili 90% daripada 220 juta populasi di negara tersebut!!!! Tidak mustahil jika perkara tersebut akan berlaku di Malaysia kerana 'gelombang'nya telah dirasai di Malaysia. Kita tidak juga boleh menyalahkan golongan yang cuba mengkristiankan Melayu Islam ini semata-mata kerana kita sendiri lemah, bergaduh kerana merebut kuasa politik, kafir mengkafir, membuka pekung sesama sendiri dan macam-macam lagi yang tak larat Tukang Screw nak sebut. Bersatulah umat Melayu Islam, jangan nanti apabila kita yang masih hidup sekarang kelak nanti mati tidak akan menyebut kalimah Lailaha Illallah........Nauzubillah



*Sumber daripada Majlis Gereja Malaysia: Mahukan kepastian sila hubungi Wong Chun Wai atau Dr. Herman Shastri sendiri.

Tuesday, August 9, 2011

YB Romantik: Bestnye Raye Tahun Ni....



PAS terus berdolak dalik dalam isu penguatkuasaan JAIS terhadap dakwaan usaha memurtadkan segelintir umat Islam di sebuah gereja di Damansara. Sikap dolak dalik PAS ini tidak menghairankan Tukang Screw sebab memang itulah sikap munafik PAS sejak ditubuhkan pada tahun 1951. Kalau isu-isu yang memberi kelebihan kepada mereka, tak perlu siasat terus serang!!!!! Termasuklah isu kahwin dua YB Amirudin Hamzah, ADUN Anak Bukit yang cukup pandai mengayat isteri orang sehingga runtuh sebuah masjid.


Nampaknya kisah YB Romantik ini dahpun di'spin' rakan-rakan dari utara yang turut dapat menghidu aroma kemanisan berpoligami secara keji YB Romantik kita ni!!! Ramai kalangan rakan-rakan YB semasa di MRSM dahulu tidak menyangka bahawa YB akan berkahwin dengan Nora Mohd Noor yang bercinta secara diam-diam semasa zaman persekolahan dahulu dan bertemu kembali pada tahun 2009 seterusnya menyambung cinta lama secara sulit. Hal hubungan sulit ini terdedah apabila Nora diceraikan suaminya di mana YB Romantik telah menjadi penjamin kepada Nora yang membeli sebuah kereta baru semasa masih sebagai isteri RA (bekas suami Nora). Bagaimana Nora seorang surirumah sepenuh masa mampu membeli sebuah kereta baru jika tiada penjamin iaitu pihak ketiga? Apabila Nora ditanya RA tentang penjamin kereta tersebutkah yang menyebabkan penceraian mereka, Nora hanya berdiam diri, tidak mengiya dan tidak juga menidak.

Akhirnya setelah bernikah dengan YB Romantik, Nora mengaku dia mengahwini YB kerana untuk mendalami Islam!!!!! Hahahahahahahahahahahhahaahaha......Adakah seorang Islam yang alim dan warak seperti YB Romantik sanggup meruntuhkan masjid orang lain? Tidak cukup Islamkah RA di sisi Nora? Kalau setakat tahap ilmu dan kewarakan YB Romantik lagi eloklah Nora memilih Din Puduraya yang lagi berpengalaman. MMMMM...dah lama jugak tak cerita pasal Din Puduraya. Sabar....nanti sama-sama kita bawa pulang VCD Aksi Din Puduraya semasa balik beraya nanti!!!


Adakah wajar alasan untuk mendalami Islam digunakan untuk menutup kesalahan besar yang telah dilakukan Nora dan YB Romantik? Adakah YB jahil tentang hukum-hakam Islam? Mengapa YB tidak menegur Nora yang menduakan suaminya dengan menjalinkan hubungan sulit dengan YB? Adakah dengan menjadi wakil rakyat PAS maka halal melakukan perkara yang haram? Sungguh hina dab memalukan apabila menggunakan Islam sebagai topeng wajah untuk menipu masyarakat!!! Tukang Screw difahamkan perkahwinan kali kedua YB ini mendapat tentangan isteri pertamanya. Malahan anak-anak mereka juga tidak merestuinya. Adakah kerana berstatus YB PAS maka kebenaran isteri pertama tidak diperlukan lagi? Adakah kerana Pok Nik memberi wang cenderahati kepada wanita yang benarkan poligami di Kelantan maka YB pun teruja untuk mendapatkannya?


Tukang Screw tidak menentang poligami kerana ianya dibenarkan dalam Islam. YB takkan lupa syarat utama poligami ialah "adil". Adakah adil YB 'merompak' Nora dari suaminya? Mampukah YB berlaku adil kepada isteri pertama dan anak-anaknya? Jangan haraplah YB, dengan diri sendiripun YB tak mampu berlaku adil inikan pula dengan orang lain. Tapi yang lebih seronoknya tahun ini YB akan beraya bersama isteri keduanya bersama Nora....wah nikmatnya beraya dengan isteri tersayang.


InsyaAllah, Tukang Screw akan berjumpa bekas suami Nora untuk mendapatkan beberapa kepastian sebab Tukang Screw dimaklumkan oleh RA bahawa dia masih lagi menyimpan SMS intim daripada YB Romantik kepada Nora.........pastinya menarik untuk dibawa pulang berhari raya nanti. Selain menonton VCD BERSIH yang dibekalkan PAS Pusat, bolehlah sekali menonton VCD Din Puduraya dan SMS YB Romantik! Wallahhualam...