Thursday, January 21, 2010

AL KISAH DI NEGERI KELANTAN

Awal mula pertama mula dirgahayu kepada DYMM Sultan Kelantan moga cepat sembuh agar segala pergolakan di Kelantan dapat diredakan dengan kebijaksanaan dan perkenan Tuanku. Daripada nasi ulam yang amat pelbagai ulamnya terselit cerita-cerita dan khabar yang menarik perhatian Tukang Screw. Khabarnya Tengku Mohd Faris Petra, Pemangku Sultan Kelantan amat murka kepada tiga orang rakyat gedebeh di Kelantan. Mereka yang bertuah tersebut ialah Husam Musa, Takiyudin Hasan dan Anuar Tan.

Apa yang menjadi kemurkaan tuanku ialah tindakan gedebeh-gedebeh ni bersekongkol dengan kroni-kroni mereka untuk menjual tiga projek mega kepada Syarikat Lembah Sireh Sdn.Bhd. yang didalangi oleh seorang kontraktor Kelas A berbangsa Cina. Tiga projek tersebut ialah:-

a. Projek pembinaan kondominium di kawasan perumahan Buluh Kubu, Kota Bharu
b. Seribu ekar tanah di Dataran tesco
c. Tapak Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Temenggung

Baginda turut murka terhadap Peguam Nordin & Co. kerana menjadi perantara penjualan projek kepada Syarikat Lembah Sireh Sdn.Bhd. Apa yang menjadi kemurkaan baginda ialah tiga projek tersebut yang sepatutnya dijalankan oleh syarikat tersebut telah di Ali Baba kan kontraktor bukan Melayu untuk mendapat keuntungan peribadi seterusnya menguncupkan ekonomi kontraktor Melayu. Mungkin di Kelantan tiada atau kurang kontraktor Kelas A Melayu. Tukang Screw agak musykil sebab rakyat Kelantan serba lengkap dengan kepakaran dari segenap bidang. Seperkara lagi mungkin kemurkaan ini rentetan daripada penglibatan tiga individu tersebut yang mempunyai kaitan dengan projek pembalakan di Kelantan sehingga baginda Tuanku mengambil keputusan membekukan segala permit pembalakan. Silap gaya ketiga-tiga mereka bakal ditarik balik gelaran Dato' terutama Husam Musa. Nampaknya cita-cita menjadi Menteri Besar akan berkubur di Pengkalan Kubur!