Wednesday, November 25, 2009

WAJAH BARU MURSYIDUL AM PAS?


Dalam tempoh sebulan dua ini, PAS dilihat menghadapi 'waktu gelora' umpama banjir yang sedang melanda beberapa negeri yang dikuasainya. Walaupun ramai pemimpin PAS beranggapan situasi ini hanya sementara bagi mematang dan memantap parti, Tukang Screw pula cuba melihat lebih dari itu! Kalau dikaji dan dianalisa segala permasalahan dan gelora yang sedang melanda PAS sekarang ianya berpunca daripada satu faktor iaitu NIK AZIZ! Kalau dahulu amat payah untuk melihat dan mengesan 'kelemahan' ikon PAS ini. Tetapi kita perlu muhasabah diri dan sentiasa ingat peringatan Allah yang mengingatkan manusia supaya sentiasa menjaga keaiban dan tidak mengeji sesama manusia walau dengan apa sebab sekalipun.


Ramai dalam kalangan pemimpin PAS Pusat dan mantan AJK PAS Pusat membicarakan isu ini secara formal dan tidak formal bagi mencari punca segala masalah dan jawapannya masih sama 'NIK AZIZ'. Beberapa sumber dalaman PAS mendedahkan kepada Tukang Screw bahawa sekarang wujud gerakan untuk 'menolak secara baik' NIK AZIZ bagi menyelamatkan PAS. Gerakan ini dibuat oleh beberapa orang AJK PAS Pusat dan mantan AJK PAS Pusat yang kecewa melihat melihat senario sekarang yang jelas tidak memihak kepada PAS. Tegasnya, artikel Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang 'memanaskan' PAS tidak lama dahulu memang ada kebenarannya dan lebih daripada itu tersiratnya supaya NIK AZIZ berundur diri walaupun beliau sendiri yang melatah gara-gara artikel tersebut. Khabarnya juga Majlis Syura Ulama PAS yang diterajui NIK AZIZ akan dibubarkan dalam waktu terdekat ini untuk menghilangkan pengaruh beliau yang dilihat sebagai liabiliti dalam PAS. Ramai kalangan pemimpin PAS melihat NIK AZIZ sudah semakin berusia dan semakin 'ntah ape-ape' sehingga merosakkan PAS di mata masyarakat umum tetapi memberi kelebihan kepada DAP dan PKR. Perkara ini khabarnya telah dibincangkan di dalam beberapa 'mesyuarat sulit' kumpulan yang berpengaruh dalam PAS.


Bagaimanapun pembubaran Majlis Syura Ulama hanya dalam masa yang singkat kerana dilakukan untuk 'membersihkan' pengaruh NIK AZIZ sahaja. Yang menjadi persoalan kumpulan tersebut ialah calon yang bakal menduduki kerusi Mursyidul Am PAS menggantikan NIK AZIZ. Dalam perbincangan yang dilakukan kumpulan tersebut terpacul nama HARUN DIN yang Tukang Screw lihat sebagai calon yang ada wibawa walaupun kurang pengalaman politik. Jadi tidak hairanlah mengapa HARUN DIN begitu ditonjolkan kebelakangan ini seperti usaha menyelesaikan isu ARIFFAHMI ABDUL RAHMAN baru-baru ini.


Yang agak menarik, perkara yang menjadi kebimbangan kumpulan tersebut ialah sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan segera, NIK AZIZ akan jatuh dalam keadaan yang 'agak tidak baik' sebagai spiritual leader PAS. Jadi pendekatan yang akan diambil ialah dengan membubarkan Majlis Syura Ulama supaya NIK AZIZ berundur secara terhormat. Tukang Screw agak bersetuju dengan pendekatan ini tetapi harus diingat kesan yang bakal timbul apabila ianya berlaku. ANWAR dan HUSAM tidak akan duduk diam...