Wednesday, December 2, 2009

GAMBAR TUANKU DULI SULTAN PERAK DIGORES...

Astargfirullahhalazim!!! Apalah yang nak jadi dengan Negeri Perak sekarang. Ke mana perginya taat setia dan hormat rakyat Perak kepada Baginda Tuanku Sultan Perak dan keluarga? Adakah kerana baginda merestui penubuhan kerajaan BN di Perak, rakyat Perak sudah hilang rasa hormat dan taat setia? Tukang Screw yakin, tak semua rakyat Perak yang tak hormat kepada Tuanku Sultan Perak. Tapi segelintir rakyat inilah yang sering memomok-momokkan dan menghasut rakyat supaya hilang rasa hormat dan taat setia kepada Tuanku kerana berasakan bahawa Tuanku telah merestui 'rampasan kuasa' terhadap mereka.

Peliknya kenapa di negeri-negeri lain rakyat boleh menghormat Raja, Sultan, Yam Tuan Besar atau TYT mereka? Atau kerana di perak lebih ramai bekas-bekas komunis berbanding negeri-negeri lain hingga tidak wujud rasa hormat terhadap Tuanku Sultan Perak dan keluarga? Kalau ye pun tindakan menggores gambar Tuanku dan keluarga di billboard dibuat atas pengaruh alkohol kenapa tidak digores muka sendiri, kereta sendiri atau gores muka kawan-kawan lain. Kenapa perlu digores gambar Tuanku dan keluarga? Jangan jadikan hilang kewarasan kerana arak untuk menghalalkan tindakan durhaka. Kalau di Thailand pasti dah kena sula!

Persoalannya di manakah maruah rakyat Perak yang cintakan negeri dan Sultan mereka? Ataupun maruah kome dah dibawa ke Pulau Sychelles? Atau telah mati bersama-sama J.W.W Birch di Pasir Salak! Hina rasa jadi rakyat Perak yang peghak bak kata orang Melaka yang tak beraja dan bersultan tetapi tinggi maruah diri!

Fikir-fikirkanlah rakyat Perak yang maruah diri makin tergadai dek kerana politik yang sempit ala komunis!

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PERAK

Tukang Screw baru sahaja selesai melawat Negeri Perak Darul Ridzuan yang masih tidak nampak serinya. Tukang Screw sempat menghabiskan masa 'mengopi' bersama orang penting PAS Perak yang pernah tinggal bersama bekas MB Nizar.

Sahabat Tukang Screw cuba mempromosi kebaikan kerajaan PR berbanding BN untuk memerintah Perak. Tukang Screw puas berhujah dengan hujah yang kadang-kadang dangkal tetapi masuk dek akal. Setelah gagal mencairkan iman Tukang Screw dengan kelebihan PR akhirnya sahabat Tukang Screw mendedahkan bahawa Nga Kor Ming sedang berbincang dengannya tentang draf manifesto PR di Perak. Tambahnya lagi, kali ini pasti rakyat akan bangun menolak BN selepas melihat manifesto tersebut. Tanpa segan sili dan dengan wajah yang riak ala-ala Din Beramboi, sahabat Tukang Screw pun memberi salinan draf manifesto tersebut yang berbunyi begini:-

Ekonomi
a. Bekalan air secara percuma kepada keluarga miskin.
b. Lesen percuma selama 3 tahun kepada semua penjaja dan dikecuali daripada sewa gerai kerajaan selama 6 bulan.
c. Pemberian geran kekal kepada semua penduduk di 369 kampung tersusun dan 134 kampung baru.
d. Sistem tender terbuka projek kerajaan.
e. Pelabur yang melabur melebih RM 500 juta atau tawar 2,000 peluang pekerjaan akan diberi insentif potongan cukai dan pintu.
f. Tiada sebarang kenaikan cukai tanah sepanjang pemerintahan PR.

Politik
a. Pilihanraya Ketua kampung akan diadakan semula.
b. Laksana Dasar Muhibah bagi tarik lebih ramai kaum Cina dan India ceburi Perkhidmatan Awam Negeri.
c. Tawar 1,000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK.

Sosial dan kebajikan
a. Tabung Warga Emas dan Ibu Tunggal akan diwujudkan iaitu sumbangan sebanyak RM 1,000 kepada golongan tersebut setiap bulan.
b. Tubuh Yayasan India Perak dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta bagi bantu kaum India di Perak.

Melopong Tukang Screw apabila melihat draf manifesto baru tersebut. Apa tidaknya, inilah kerajaan yang selama ini kita perlukan bagi menjaga kebajikan rakyat. Persoalannya, mampukah ianya dilaksanakan sebab kita belum mampu mencapai tahap negeri atau negara berkebajikan seperti di Eropah yang cukai hasil mahsulnya cukup tinggi! Apapun Tukang Screw sentiasa doakan PR berjaya membentuk kerajaan semula dan melaksanakan manifesto berkebajikan ini. Amin Ya Rabbal Alamin. Takbir!
b.