Monday, November 30, 2009

SIAPA KOLONEL MAT?

Nik Aziz makin mengaruk dan makin meroyan akhir-akhir ini. Terkini semasa Program Penghayatan Hari Wukuf yang diadakan di PUTIK Kota Bharu pada 26 November lepas Nik Aziz mendakwa wujud satu konspirasi terancang yang didalangi oleh 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkan beliau. Persoalannya siapa Kolonel Mat? Mengapa sekarang baru muncul nama tersebut?

Kickdefella menyatakan Kolonel Mat ialah ayahnya yang merupakan pesara tentera berpangkat Lt.Kol dan pernah menjalankan perang saraf di dalam PAS. Adakah tindakan Kickdefella membongkar penyelewengan Ariffahmi di PMBK telah menyebabkan Nik Aziz mendakwa konspirasi tersebut dilakukan oleh Kickdefella? Jika kita mempelajari bahasa Arab kita akan melihat ganti nama seseorang itu diletakkan kepada ayahnya seperti Ibn Masud iaitu anak kepada Masud, Ibn Battutah iaitu anak kepada Battutah dan sebagainya. Jadi adakah Kol Mat itu bermaksud anak kepada Kol Mat walaupun nama ayah Kickdefella ialah Syed Abdul Aziz yang nama panggilannya Mat. Itu teori pertama.

Teori kedua yang Tukang Screw tidak menolak kewajarannya dan didedahkan oleh sumber-sumber dalam PAS Kelantan sendiri ialah Timbalan Menteri Besar sendiri iaitu Ahmad Yaakob! Pada kebiasaannya orang bernama Ahmad akan dipanggil Mat sahaja. Dari segi hirarkinya maka wajarlah Ahmad Yaakob diberikan pangkat Kolonel kerana dalam sesuatu formasi yang besar seperti Briged hanya memerlukan seorang sahaja jeneral bertaraf Brigedier Jeneral. Ahmad Yaakob dilihat sebagai seorang individu yang merendah diri, taat kepada pemimpin dan istiqamah. Tetapi kita harus sedar bahawa dalam teori konspirasi watak sebegini sebenarnya watak utama dalam menggerakkan satu konspirasi kerana ia berjaya berselindung dalam watak politiknya tanpa mendedahkan wataknya yang sebenar. Dikatakan Ahmad Yaakob sudah mula menggerakkan perancangan halus ini sejak selepas PRU 1999 lagi apabila Nik Aziz mula berhasrat untuk meletakkan jawatan. tetapi memandangkan wujud 3 kem dalam PAS Kelantan yang melobi untuk jawatan tersebut, terpaksalah Nik Aziz menyimpan kembali hasrat tersebut sehingga berjumpa calon yang sesuai.

Dalam posting akan datang Tukang Screw akat mendedahkan sedikit demi sedikit konspirasi terancang yang dijalankan Ahmad Yaakob untuk menjatuhkan Nik Aziz. Harap bersabar.

MAT SABU DIKEJAR BANK?


Mat Sabu sejak akhir-akhir ini dilihat agak kurang berceramah. Kalau sebelum ini hampir setiap malam Mat Sabu dijemput untuk berceramah di seluruh negara. Almaklumlah, Mat Sabu dianggap penganjur-penganjur ceramah PAS sebagai "crowd puller" yang pasti memenuhkan kantung-kantung derma jihad PAS di setiap ceramah yang dihadirinya. Dengan penuhnya kantung derma jihad PAS maka besarlah habuan yang bakal diterima Mat Sabu. Khabarnya untuk mendapatkan Mat Sabu berceramah, penganjur perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM 500 untuk duit kopi tidak termasuk penginapan dan sebagainya. Betapa hebatnya Mat Sabu sehebat skandalnya dengan Normah.


Tetapi sekarang Mat Sabu agak keputusan pendapatan daripada berceramah kerana PAS sudah melahirkan ramai wakil rakyat (menang banyak kerusi DUN dan Parlimen pun susah gak) yang secara automatik akan mendapat peluang menaiki pentas ceramah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat di samping memenuhkan kantung masing-masing. Kesannya Mat Sabu sekarang dikejar oleh bil-bil kad kredit yang sudah melebihi kadar limitasinya. Antaranya hutang kad kredit dengan HSBC Malaysia Bhd sebanyak RM 11,505.22 melalui kad kredit bernombor 5400-4100-0131-8274. Terdapat 2-3 bank lagi yang mula mencari Mat Sabu untuk menjelaskan bayaran tertunggak kad kredit masing-masing dan Mat Sabu khabarnya dah mula pening kepala untuk membayar hutang-hutang tersebut. Sekiranya kurang ceramah bagi Mat Sabu berkemungkinan kuranglah kemampuan untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Wednesday, November 25, 2009

WAJAH BARU MURSYIDUL AM PAS?


Dalam tempoh sebulan dua ini, PAS dilihat menghadapi 'waktu gelora' umpama banjir yang sedang melanda beberapa negeri yang dikuasainya. Walaupun ramai pemimpin PAS beranggapan situasi ini hanya sementara bagi mematang dan memantap parti, Tukang Screw pula cuba melihat lebih dari itu! Kalau dikaji dan dianalisa segala permasalahan dan gelora yang sedang melanda PAS sekarang ianya berpunca daripada satu faktor iaitu NIK AZIZ! Kalau dahulu amat payah untuk melihat dan mengesan 'kelemahan' ikon PAS ini. Tetapi kita perlu muhasabah diri dan sentiasa ingat peringatan Allah yang mengingatkan manusia supaya sentiasa menjaga keaiban dan tidak mengeji sesama manusia walau dengan apa sebab sekalipun.


Ramai dalam kalangan pemimpin PAS Pusat dan mantan AJK PAS Pusat membicarakan isu ini secara formal dan tidak formal bagi mencari punca segala masalah dan jawapannya masih sama 'NIK AZIZ'. Beberapa sumber dalaman PAS mendedahkan kepada Tukang Screw bahawa sekarang wujud gerakan untuk 'menolak secara baik' NIK AZIZ bagi menyelamatkan PAS. Gerakan ini dibuat oleh beberapa orang AJK PAS Pusat dan mantan AJK PAS Pusat yang kecewa melihat melihat senario sekarang yang jelas tidak memihak kepada PAS. Tegasnya, artikel Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang 'memanaskan' PAS tidak lama dahulu memang ada kebenarannya dan lebih daripada itu tersiratnya supaya NIK AZIZ berundur diri walaupun beliau sendiri yang melatah gara-gara artikel tersebut. Khabarnya juga Majlis Syura Ulama PAS yang diterajui NIK AZIZ akan dibubarkan dalam waktu terdekat ini untuk menghilangkan pengaruh beliau yang dilihat sebagai liabiliti dalam PAS. Ramai kalangan pemimpin PAS melihat NIK AZIZ sudah semakin berusia dan semakin 'ntah ape-ape' sehingga merosakkan PAS di mata masyarakat umum tetapi memberi kelebihan kepada DAP dan PKR. Perkara ini khabarnya telah dibincangkan di dalam beberapa 'mesyuarat sulit' kumpulan yang berpengaruh dalam PAS.


Bagaimanapun pembubaran Majlis Syura Ulama hanya dalam masa yang singkat kerana dilakukan untuk 'membersihkan' pengaruh NIK AZIZ sahaja. Yang menjadi persoalan kumpulan tersebut ialah calon yang bakal menduduki kerusi Mursyidul Am PAS menggantikan NIK AZIZ. Dalam perbincangan yang dilakukan kumpulan tersebut terpacul nama HARUN DIN yang Tukang Screw lihat sebagai calon yang ada wibawa walaupun kurang pengalaman politik. Jadi tidak hairanlah mengapa HARUN DIN begitu ditonjolkan kebelakangan ini seperti usaha menyelesaikan isu ARIFFAHMI ABDUL RAHMAN baru-baru ini.


Yang agak menarik, perkara yang menjadi kebimbangan kumpulan tersebut ialah sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan segera, NIK AZIZ akan jatuh dalam keadaan yang 'agak tidak baik' sebagai spiritual leader PAS. Jadi pendekatan yang akan diambil ialah dengan membubarkan Majlis Syura Ulama supaya NIK AZIZ berundur secara terhormat. Tukang Screw agak bersetuju dengan pendekatan ini tetapi harus diingat kesan yang bakal timbul apabila ianya berlaku. ANWAR dan HUSAM tidak akan duduk diam...

Friday, November 20, 2009

WAHAI TOK GURU!


Harun Din dan Nasharudin Mat Isa khabarnya begitu tidak senang dan bimbang dengan isu yang timbul daripada Mursyidul Am yang bagaikan tiada noktahnya. Mereka amat pelik kenapa Nik Aziz boleh mendedahkan kepada umum tentang tajaan hajinya sebanyak RM 65 ribu. Kebimbangan mereka agak berasas apabila SPRM telahpun menyerbu Tabung Haji untuk mendapatkan segala dokumen yang akan mendedahkan amalan 'rasuah' Nik Aziz yang menggunakan cek atas nama orang lain. Bersama Nik Aziz terdapat 5-6 orang lain yang turut mendapat penajaan dan tak lain adalah ahli keluarganya sendiri. Yang menarik tauke balak yang sponsor kos haji melebihi RM 600,000 pun dijadualkan akan mengiringi Nik Aziz. Kerana malu alah sebab selama ini mengutuk mengeji pengamal rasuah, Nik Aziz membatalkan hasratnya. Bagaimanapula dengan ibadah haji yang dikerjakan sebelum ini? Patutlah Nik Aziz makin merepek sebab hajinya tidak mabrur! Nampaknya Harun Din dan Nasharudin sendiri dah mula mempertikaikan haji Nik Aziz.


Harun Din turut meramalkan kemungkinan Nik Aziz tak akan lepas daripada tuduhan rasuah kerana SPRM telahpun mendapatkan dokumen dan bukti yang cukup untuk mendakwa beliau. Nampaknya PAS perlu bersiap sedia dari sekarang sekiranya Nik Aziz didakwa. Tukang Screw mula terfikir, patutlah Harun Din begitu prihatin dengan isu ini kerana tidak lain peluangnya untuk menjadi Mursyidul Am PAS mula menampakkan sinarnya!

PAS TAKUT PRK KOTA SIPUTEH?


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 November 2009 sudah pun menetapkan bahawa wujud kekosongan bagi kerusi DUN Kota Siputeh dan meminta SPR untuk mempertimbang untuk diadakan PRK di kawasan itu. Seperti yang dihajatkan PAS KEDAH, PRK Kota Siputeh bakal diadakan jika rayuan UMNO ditolak.


Apa yang Tukang Screw nak hebahkan ialah Azizan Razak, MB Kedah yang sebenarnya agak keberatan untuk mengadakan PRK di situ. Perkara ini diberitahu oleh orang kuat Azizan Razak sendiri kepada Tukang Screw. Apa tidaknya, UMNO pasti akan mengerahkan jentera pilihanraya seluruh negara untuk 'melanggar' Kota Siputeh ditambah dengan momentum kemenangan dari Bagan Pinang. Azizan bimbang jika UMNO berjaya mempertahankan Kota Siputeh kerana secara tidak langsung akan meningkatkan moral UMNO di Kedah. Sebenarnya apa yang ditakuti ialah perang kempen yang bakal menelanjangkan Kerajaan PAS Kedah yang selama ini turut tumpang menyeleweng hasil mahsul negeri seperti balak. Bukan itu sahaja, banyak perkara yang akan didedahkan yang akhirnya membuka seluas-luasnya pekung Azizan sama seperti yang berlaku di Kelantan sekarang ini.


Yang paling menarik apabila Mat Sabu sendiri melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Azizan Razak atas beberapa perkara yang akan Tukang Screw dedahkan sedikit masa lagi. Mat Sabu juga berkehendakkan PAS kalah dan akan mula menjalankan gerak saraf secara perlahan bermula dengan Sambutan Memali pada 19 November 2009 yang mana beliau sendiri telah memberi peluru dan bom atom kepada UMNO untuk menyerang kerana kenyataannya menyokong perjuangan Chin Peng dan komunis di negara ini. Abang Mat! Sila Jawab. Mat Sabu juga cukup risau jika rakaman perbualannya dengan teman khalwat beliau (Normah) kembali didedahkan kepada umum. Khabarnya Mat Sabu sendiri terpaksa tebalkan muka dengan rakaman tersebut sebab apa yang penting baginya ialah PAS kalah! Untuk rakaman tersebut, Tukang Screw akan dedahkan sedikit masa lagi serentak dengan PRK Kota Siputeh. Tungguuuuu!

Thursday, November 19, 2009

RAHMAT DARI BANJIR




Tukang Screw minta maaf banyak-banyak sebab gagal buat sebarang posting dalam tempoh seminggu ini. Sebenarnya Tukang Screw baru sahaja nak pulih dari demam melawan banjir di Kelantan. Walaupun banjir baru sahaja nak surut di Kelantan macam-macam pulak yang timbul di Kelantan. Itulah rahmatnya banjir!

Apa yang Tukang Screw cuba nak timbulkan dari banjir di Kelantan ialah beberapa perkara yang menjadi kerisauan di kalangan orang-orang kuat Nik Aziz terutamanya Husam Musa. Husam cukup bimbang dengan beberapa isu yang sedang melanda Kelantan (bukan isu banjir). Sebelum ini tidak pernah Kelantan dilanda isu sebegini dan sebab itulah ada kewajaran kenapa Husam perlu berasa bimbang. Rakan baik Husam, Kickdafella yang menghuru-harakan Kelantan pula gagal dihubungi Husam untuk menjernihkan semula suasana. Khabarnya Nik Aziz enggan mendengar semua penjelasan Husam mengenai perkara yang sedang melanda Kelantan sekarang. Apa yang amat ditakuti Nik Aziz dan Husam sekarang ialah 'serangan' SPRM ke Negeri Serambi Mekah dan mereka percaya Kickdafella sekarang berada bersama SPRM untuk menelanjangkan Kerajaan Kelantan yang selama ini mendakwa bersih daripada korupsi dan kronisme.


Bagi menyelesaikan masalah besar di Kelantan, Husam merancang sesuatu supaya Ariffahmi, menantu Nik Aziz untuk meletakkan jawatannya supaya isu seperti tajaan haji dapat diselesaikan tanpa menjatuhkan maruah Nik Aziz. Husam sebenarnya mengakui bahawa isu tajaan haji ini adalh benar-benar terjadi dan bakal menjejaskan imej maksum Nik Aziz. Nik Aziz amat marah dengan Husam sekarang ini kerana dialah yang mengambil Kickdafella bekerja dengan PMBK walaupun Husam sedar yang dia adalah ahli UMNO! Nampaknya Kickdafella akan bertukar tuan baru iaitu Media Prima Berhad yang mampu 'membela' beliau sambil-sambil menelanjangkan terus Kelantan.

Apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini pada Tukang Screw berpunca daripada Nik Aziz sendiri yang terlalu suka 'berterus-terang' dan bercakap apa sahaja perkara yang terlintas di serbannya. Tidak semua perkara yang kita perlu dedahkan untuk makluman umum hingga 'terlucut kain'. Jadi sekarang masyarakat sudah melihat Nik Aziz yang maksum turut sama terima rasuah walaupun niatnya bukan begitu. Sedarkah Nik Aziz, siapa sebenarnya Ariffahmi? Bukan sekadar menantu tetapi sudah menjadi 'anak hantu' bagi Nik Aziz yang termakan cakap isterinya yang amat menyayangi menantu kesayangganya. Dengar-dengar Ariffahmi adalah ejen UMNO yang berjaya penetrate keluarga Nik Aziz dan kerajaan Kelantan. Sebenarnya banyak perkara yang telah dilakukan Ariffahmi untuk merosakkan imej Nik Aziz dan kerajaan Kelantan. Kita sama-samalah tunggu dan tengok siapa yang kena! Tukang Screw juga nak ingatkan kepada Husam Musa dan Nik Aziz yang kita ini bukannya maksum dan tidak lama lagi balak dan Ladang Rakyat akan membuat kedua-dua manusia maksum ini tak senang tidur!

Monday, November 9, 2009

SIAPA SCREW SIAPA?


Makin panas nampaknya suasana politik di Selangor. Lepas satu, satu 'bom torpedo' dihantar sesama pemimpin Pakatan Rakyat. Yang tengah dok panas sekarang pertandingan screw Heavyweight di antara Hassan Ali dengan Khalid Samad. Sepatutnya selepas seminar PAS Sabtu lalu akan membuatkan Khalid Samad tersenyum ala-ala Ebby Yus tapi sebaliknya. Apa yang diharapkannya terjadi masa seminar tu tak menjadi kenyataan. Banyak rancangan-rancangan 'underground' yang diatur untuk mengaibkan Hassan Ali pada hari tu tak menjadi sebab arahan Presiden yang melarang sebarang unsur khianat dan aib dibuat sepanjang seminar berlangsung.


Khalid Samad terlupa yang Hassan Ali adalah Pesuruhjaya PAS Selangor yang dilantik Presiden yang juga menghadiri mesyuarat AJK PAS Pusat pada 8 November 2009. Untuk menyingkirkan Hassan Ali dari PAS Selangor, Khalid Samad perlu pengaruhi Presiden yang dilihat lebih favor kepada Hassan Ali berbanding dirinya. Dalam mesyuarat tersebut seperti yang dikhabarkan oleh orang kuat PAS Johor, Hassan Ali sudah naik angin sebab dia dijadikan mangsa atau 'kambing hitam' untuk dibelasah segenap sudut. Apa ke tidaknya, yang sebok-sebok berbincang dengan UMNO tempoh hari ramai tapi yang kena screw dia sorang. Hassan Ali khabarnya beri kata dua kepada Presiden sama ada ambil tindakan terhadap Khalid Samad atau dia sendiri yang akan ambil tindakan atas kapasiti beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Kalau macam tu, yang akan kena screw atau korban sempena Aidiladha ni ialah Khalid Samad. Sebabnya, banyak rahsia perancangan atau gerak kerja awal muqabalah bersama UMNO diketahui Hassan Ali termasuk usaha untuk menidakkan pengaruh Kelantan di dalam PAS!


Lembaga Disiplin PAS yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka akan umumkan keputusan hasil siasatan pemimpin-pemimpin yang bermasalah dalam PAS pada 17 November ini. Itupun kalau tidak ada tangan-tangan ajaib! Dijangkakan Khalid Samad dan beberapa kuncunya akan dikenakan tindakan yang hanya akan diumumkan pada tarikh tersebut. Sekiranya Hassan Ali yang dikenakan tindakan, beliau dalam pertemuan dengan beberapa orang blogger mengumumkan untuk mengadakan road show penerangan seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu kepimpinan PAS Selangor. Jika benar-benar terjadi nescaya akan berlaku 'Perang Saudara' di Selangor mengulangi perang di antara Tunku Kudin dan Sultan Abdul Samad dua abad yang lalu!


Yang lagi menarik, usaha Presiden untuk menyingkirkan kumpulan pro Anwar dalam PAS yang dituduh menyalurkan banyak maklumat dalaman PAS kepada Anwar Ibrahim. Terdapat 2-3 pemimpin PAS Pusat yang disenaraipendekkan Presiden untuk diambil tindakan dalam waktu terdekat ini. Salah seorangnya ialah Kamarudin Jaafar yang terpaksa melepaskan jawatan Setiausaha Agung kerana tidak tahan dengan tekanan daripada kumpulan proPresiden yang terlalu prejudis terhadap beliau. Kamarudin Jaafar dikatakan membawa imej Anwar di dalam PAS. Klimaksnya semasa mesyuarat PAS Pusat 8 November lalu, Presiden secara terbuka telah menuduh Kamarudin Jaafar sebagai penjual maklumat PAS kepada Anwar! Bagi mengelakkan konfrantasi, Kamarudin Jaafar terpaksa mengangguk walau pada hakikatnya beliau tidak lagi mengadakan pertemuan peribadi dengan Anwar sejak menyertai PAS!


Apa yang Tukang Screw nak jelaskan di sini ialah peperangan persepsi yang sedang melanda PAS sekarang. Ada juga kebenaran dalam desakan Nik Abdul Aziz untuk megadakan Muktamar Khas Luar Biasa bagi membersihkan PAS daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah atau memang sudah menjadi lumrah apa sahaja yang datang dari Kelantan adalah masalah (rujuk insiden final Piala Malaysia). Walaupun mungkin ini hanya kebetulan tetapi perlu juga diberi perhatian. Tukang Screw harap Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah dapat buat kajian ilmiah tentang perkara ini untuk dibentangkan dalam satu lagi seminar. Sebab Tukang Screw rasa terkilan sangat kalau PAS tunggang langgang dan yang DAP/PKR!!!

APA DAH JADI DENGAN SEMINAR MEMPERKASA PAS?


Kecewa, kecewa, kecewa. Itulah luahan rasa sebilangan besar perwakilan PAS seluruh negara yang hadir Seminar Memperkasakan Parti di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada 7 November lepas. Tukang Screw agak terkejut dengan reaksi spontan perwakilan dari Kelantan yang ditemui, walaupun niat asalnya memanglah untuk menghadiri seminar tersebut tetapi terpaksa diubah untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia kerana hilangnya 'ummmph' seminar tersebut.


"Sabarlah Abe, nak buat lagu mane lagi" pujuk Tukang Screw. Setelah pekena teh tarik dengan pisang goreng panas di Greenwood (hujan renyai-renyai), Abe pun bercerita dengan Tukang Screw perihal kejadian sepanjang seminar. Ramai memanglah ramai yang hadir, adalah hampir 1,500 orang juga pasal nak dengar cara mana Presiden nak selesaikan masalah dalaman PAS. Abe dengan penuh khusyuk mendengar ucap tama presiden sambil melihat-lihat salinan ucapan tersebut. Mukadimah memanglah hebat, tapi bila masuk isi, hampeh! Abe rasa macam dengar ucapan semasa muktamar agung pulak. "Daripada isi ucapan tu menampakkan yang Presiden memang mahukan kerjasama dengan UMNO" kata Abe. "Mu tak caye mu tengok teks ucape ni, itupun kalau mu panda bace jawi, hehehehehe".


Petikan ucapan tersebut:

"...tanpa menafikan bahawa semua kumpulan Islam dan pendukungnya, di mana sahaja mereka berada, adalah sahabat perjuangan."


"Hah, mu nampok tu! Itu bunyinye meme nak kerjesame denge UMNO, sebab UMNO pun Isle". kata Abe lagi. Dalam hati Tukang Screw tergelak, "Ngaku jugak puak-puak PAS Kelantan ni yang UMNO ni Islam".


"Yang ni lagi sedap, mu baca Abe nak denga!"


"Kita akan memainkan peranan lebih aktif, sebagaimana yang telah sama-sama kita bahaskan dua muktamar PAS yang lalu."


"Yang ini Abe setuju sangak. Sebab selama dalam Pakatan Rakyat, PAS ni serupa ke lembu yang dicucuk hidung, ke depan ditarik ke depanlah dia, ke lubok ditarik keluboklah kita. Yang itu Abe taknak ikut".


"Cuba kita sama-sama muhasabah PAS ni, umurnya muda sikit ke UMNO tu banding DAP dengan PKR. Tapi kenapa kita kena ikut Yakjud Makjud tu? PAS ni dah lame, dah meme ade kekuate tersendiri, tak perlu ngikut sangat lenggok DAP/PKR sebab kita ni abe had yang besar sekali!"


Tukang Screw amat bersetuju kenyataan Abe tu. Yelah, PAS sebagai sebuah parti yang sudah berusia lebih kurang 57 tahun, yang dah puas bergelumang dengan sepak terajang politik terpaksa ikut rentak permainan DAP/PKR dan media. Sepatutnya PAS kena ego dan style tersendiri sebagai 'big brother'.


Sesi yang paling ditunggu-tunggu dalam seminar tersebut ialah Percambahan Minda yang melibatkan Prof.Dr. Abdul Aziz Bari, Prof.Dr. Abu Hassan Hasbullah dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Kalau dengar tajuk percambahan minda tu memanglah gempak "Ulasan dan Unjuran Masa Depan PAS Dalam Konteks Politik Malaysia". Perwakilan amat teruja hendak mendengar dari mulut Aziz Bari sendiri tentang kebobrokan PAS. Nampaknya Aziz Bari cuba berselindung atau mengelak daripada mengulas artikel "Pengajaran Dari Bagan Pinang" yang menjadi punca sebenar seminar ini diadakan. Beliau hanya lebih mengulas bagaimana PAS perlu menghadapi PRU Ke-13 dengan melakukan anjakan paradigma.


Abu Hassan Hasbullah pula dalam komen pedasnya menyatakan bahawa hasil kaji selidik beliau terhadap 2,000 orang responden berumur di antara 21-30, 30-40 dan 40-50 mendapati bahawa persepsi terhadap imej PAS makin merudum berbanding sebelum PRU 2008. Untuk itu PAS perlu berubah dalam semua aspek yang dijadikan kajian iaitu kewibawaan pemimpin PAS, sistem pentadbiran PAS, kepimpinan pemuda PAS,kepimpinan Muslimat PAS, persepsi kepimpinan PAS, persepsi pengaruh PAS dalam PR dan persepsi media terhadap PAS.


Tuan Ibrahim Tuan Man patut dipuji dalam komen beliau yang melihat penceramah-penceramah PAS terlalu 'syok sendiri' bila berceramah hingga menjauhkan diri golongan muda dari parti tersebut. Pendapat yang berbeza perlu diuruskan dengan baik bukan melebarkan perbezaan pendapat. Kalau ada isu dalam parti janganlah disebarkan ke luar dan pemimpin serta ahli PAS perlu dukung keputusan parti bukan keputusan peribadi .(Ni memang saje nak kutuk Nik Aziz)


Selepas itu majlis membuka soalan kepada perwakilan untuk diajukan kepada 3 ahli panel tadi. Tukang Screw yakin, inilah peluang yang baik untuk 'belasah' Aziz Bari. Nampak gaya begitulah, Aziz Bari ditembak bertalu-talu oleh perwakilan yang mahukan beliau mengemukakan bukti wujudnya pemimpin PAS yang bermasalah dan sekiranya tiada bukti Aziz Bari perlu tarik balik artikel tersebut dan minta maaf kepada PAS. Terkebil-kebil Aziz Bari nak menjawab, tak tahu nak guna perkataan dan ayat yang sesuai. Tapi dengan sombongnya dia mempertahankan kenyataannya dan menyatakan bahawa beliau hanya ahli akademik dan bukan Tok Bomoh! Yang menarik, pendekar tua PAS, Abu Bakar Chik tiba-tiba mengamuk dengan mengecam secara sinis Aziz Bari. "Kalau saya tahu Aziz Bari akan hadir seminar ini, tak ingin saya nak datang!" Begitu meluatnya orang tua tu kat Aziz Bari. Kamarulzaman Mohamad pula mencabar Aziz Bari menyertai politik untuk memberi komen terhadap PAS. Nah ambik kau!


Sesi perbahasan petang itu yang sepatutnya panas hanya suam-suam kuku. Perwakilan lebih banyak membahas isu memantapkan parti daripada menyelesaikan masalah dalaman PAS. Tapi Tukang Screw agak tertarik dengan Solehin Mukhyi yang mewakili PAS Selangor. Beliau mahukan PAS mengurus kelemahan pemimpin sendiri dan jangan terpengaruh dengan blog. Yang sedapnya, beliau juga minta Hassan Ali jelaskan kenapa kerap tidak hadir mesyuarat Exco Selangor dan apakah perancangan Hassan Ali untuk memperkasakan PAS Selangor. Tukang Screw bertanya kat Abe mana pergi Hassan Ali waktu itu. Abe sambil menghembus asap rokok kreteknya menjawab "Entoh, Abe pun tak nampok dia. Tadi pagi dia mari, tengahari ghaib ntah kemana. Hase ni meme ahli silap mata".


"Mu nak tau Tuke Screw, Nik Ajis tak jadi nak tutup seminar sebab tak berape nak sihat. Tapi Abe tau kenapa dia balik awal". Ha, kenapa dia balik awal? "Sebab nak tengok bola! Ha, ha, ha" gelak Abe. Hmmm, orang kuat Tok Guru Nik Ajis pun dah mula nak ngutuk dia. Inikan pulak orang lain.


Jadi terpaksalah Presiden tutup seminar yang gagal mecapai matlamatnya itu. Tukang Screw nampak seminar ini hanya untuk meredakan keadaan tapi gagal melakukan 'pembedahan' untuk mengubat kanser yang sedang bersarang dalam PAS. Hanya sekadar membalut yang luka tapi tak menyembuhkannya. Apa yang menarik presiden semasa ucapan penutupnya ada menyentuh isu baiah dalam PAS. Katanya calon-calon PAS berbaiah dengan dosa dan pahala bukan dengan menceraikan isteri sebab perkara ini tidak diputuskan Dewan Ulama PAS!!!!!! Apa nak jadi dengan PAS sebenarnya? Cuba renung-renungkan kenyataan Tukang Screw ini; PAS patut keluar dari Pakatan Rakyat yang selama ini menjadikan PAS serba salah untuk menghentam UMNO kerana DAP/PKR lebih teruk dari UMNO hingga menyebabkan persepsi terhadap PAS jatuh merudum. Eloklah PAS 'single' kembali sebab parti ini dah memang kuat dan tak perlu harap kerjasama dengan Yakjud dan Makjud!

Thursday, November 5, 2009

Nizar Penyapu Burok 2: Menjelang 7 Nov.

Munafik sungguh partai PAS. Tukang Screw cakap sebab memang betul PAS munafik. Tak percaya..? Dulu Nik Aziz dan lain-lain pemimpin PAS kata PAS tiada konflik dalaman diperingkat pusat ataupun negeri. Kononnya nak cover line panas mengelegak dari bawah. Sebenarnya PAS memang dalam situasi konflik dan conflict denial.

Tukang Screw mendapat khabar daripada teman yang sudah letih dengan permainan politik PAS. Teman khabarkan bahawa kepimpinan PAS Selangor sangat kacau bilau. Khalid Samad sudah lama impikan kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor. Khalid rasa dia yang paling layak untuk berada disitu.

Alasannya, dalam banyak-banyak pemimpin PAS, Khalid paling senior dan berkebolehan (Khalid yang perasan). Tapi bila Hassan Ali muncul semasa zaman reformasi 1999 peluang Khalid seperti dicantas olehnya. Khalid terasa hati dan mula merangka strategi. Teman Tukang Screw cerita tanyalah ahli PAS Shah Alam, mereka tahu bagaimana Khalid Samad mengatur strategi untuk merampas kerusi Pesuruhjaya dari tangan Hassan Ali.

Khalid tidak dilantik sebagai Pesuruhjaya kerana jawatan itu adalah dilantik oleh presiden parti. Hassan Ali orang Hadi Awang tapi Khalid lebih suka menentang arus. Khalid lebih moderat untuk tidak bersefahaman dengan presiden yang lebih kearah ulama'.

Yang paling memeranjatkan bila ditabur cerita insiden kepala lembu sek.23 dalangnya adalah Hassan Ali dengan bantuan UMNO. Nauzubilillah..teman Tukang Screw mengucap panjang membuang kopiah kerana menceritakan perihal orang takut dikatakan fitnah.

Lagi satu, katanya Khalid Samad sudah menghantar memo kepada Khalid Ibrahim pada 30 Okt 09 agar membuang Hassan Ali daripada jawatan exco kerana bersikap bertentangan dengan prinsip Pakatan Rakyat. Ini sudah diwar-warkan oleh sahabat blog Tukang Screw [Rujuk].

Tapi Tukang Screw percaya sebenarnya Khalid Samad mahu membunuh terus karier politik Hassan Ali demi cita-cita politiknya. Semua ahli PAS Shah Alam tahu akan long term interest Khalid untuk merampas jawatan no.1 PAS Selangor.

Menjelang 7 Nov, seminar PAS pasti ada kejutan kerana Khalid Samad sudah memasang strategi untuk mengenakan Hassan Ali yang pasti akan mengejutkan ramai pihak dan penyokong totok PAS. Teman Tukang Screw mengatakan Khalid sudah menyalakan api dan Aziz Bari sudah menambah minyak untuk membakar Hassan Ali.

Sebelum mengakhiri perbualan teman Tukang Screw kecewa dan mengaku ini adalah musibah Allah setelah PAS mempermainkan hukum Allah.

Nanti Tukang Screw ceritakan apa Aziz Bari nak buat 7 Nov nanti. Tunngguu....!

Wednesday, November 4, 2009

KEADILAN UNTUK ANWAR DAN SAIFUL

Tukang Screw dah lama jugak tak pekena kopi o dan roti kukus Jalan Tangling. Pastinya 'best in town'. Pagi emalam Tukang Screw dan rakan-rakan 'sekursus' di Kemunting pergilah melepak kat sana. Apa yang menarik perhatian Tukang Screw ialah dua kain rentang yang terpampamg gambar Anwar dan Saiful di bulatan Masjid Negara. Baru Tukang Screw ingat, hari tu perbicaraan kes liwat Anwar. Nampak gaya macam tertangguh lagi. Apapun selamat dibicarakan kepada kedua-duanya. Moga selesai segera kes liwat yang menimbulkan banyak persoalan. Tukang Screw malas nak komen lebih-lebih sebab nak cari tiket final Piala Malaysia.

Monday, November 2, 2009

NIZAR PENYAPU BUROK...

Selepas menyelesaikan projek di Melaka, Tukang Screw bergegas ke Ipoh atas jemputan seorang rakan baik di sana. Tukang Screw pun tak tahu kenapa dia begitu beriya-iya ajak ke Ipoh. Sesampai aje di Syuen Hotel Ipoh, Tukang Screw faham kenapa di bawa ke sini. Rupa-rupanya sahabat baik Tukang Screw nak tunjukkan bahawa Pakatan Rakyat Perak mampu adakan konvensyen 'best in town' walaupun tak dapat memerintah Perak. Ramai jugak di ballroom hotel tu, adalah 600 orang kot geng-geng 'hard core' pengkhianat baginda Sultan Perak. Yang bestnye hampir semua pemimpin Parti Komunis Perak yang hadir.

Apa yang Tukang Screw amat tertarik ialah si penyapu burok ni dalam kertas kerja bertajuk 'Pengalaman, Permasalahan dan Cabaran Pakatan Rakyat perak' yang dibentangkannya mengisytiharkan akan mengadap Baginda Sultan Perak pada 5 November ni untuk membubarkan DUN Perak, itupun kalau keputusan Mahkamah Persekutuan memihaknya. Yang lagi menarik dan menyakitkan hati Tukang Screw, si penyapu burok ni mencadangkan untuk memberi geran tanah kekal kepada 369 penduduk Kg.Tersusun dan 134 penduduk Kg.Baru serta potongan sebanyak 80% ke atas premium tanah di Perak. Astaga, maka akan tergadailah tanah-tanah di Perak!

Selain hal geran tanah, PR juga akan mansuhkan cukai dalam masa 5 tahunakan datang di Perak. Bunyinye memang sedap dan amat manis, tetapi mampukan PR Perak nak memerintah negeri tanpa dana yang cukup yang 30% adalah daripada hasil cukai? Mana nak dikorek dana untuk mengurus negeri? Ha ha ha, jawapannya sebatlah kawasan-kawasan balak.

Kepada kakitangan kerajaan Melayu, ingat-ingatlah sikit. Kerjalah dengan penuh komitmen dan semangat sebab PR Perak akan menawarkan lebih banyak tempat kepada kaum Cina dan India bagi mengisi kekosongan jawatan yang memang kosong dan dipaksa untuk dikosongkan di seluruh Perak. Walaupun nampak macam takde ape tapi ianya bakal menjejaskan perjalanan pentadbiran dan pengurusan negeri di mana bakal memihak kepada bukan Melayu. Bukanlah Tukang Screw nak bersikap perkauman, nak lantik pegawai kerajaan tu biarlah dengan saluran yang betul jangan main tangkap sumbat semata-mata untuk memuaskan hati sebelah pihak dan memberi kelebihan kepada kita.

Yang paling kelakar bagi Tukang Screw ialah cadangan untuk menubuhkan Yayasan India Perak bagi membela nasib kaum India yang selama ini gagal dibela oleh BN di Perak. Masalah orang India di Kg.Buah Pala pun tak dapat nak dibela ada hajat pula nak bela India di Perak.

Bagi Tukang Screw, kalau nak mencadangkan sesuatu kepada rakyat tu biarlah ada rasionalnya dan fikirkan kesan di kemudian hari. Jangan nak dijadikan pemanis mulut dan telinga saje. NIZAR PENYAPU BUROK kena ingat, PR di Selangor pun tak berapa nak gagah mentadbir negeri walaupun hasil mahsyul cukup banyak. Fikir-fikirkanlah, dan kalau boleh kembalilah ke pangkal jalan wahai NIZAR PENYAPU BUROK! Hari ni Tukang Screw tak nak screw tapi nak sapu aje terus.....blllllllllllllllppppppppussssssss!

* rasa-rasa Tukang Screw kena mulakan projek screw Perak. Dah tak boleh tahan lagi dah!