Monday, December 28, 2009

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART VI

Ini yang susahnya kalau jadi bekas tahanan ISA. Ada saje perkara yang perlu diselesaikan yang begitu merumitkan hidup. Apa nak buat, berani buat berani tanggung. Maaf Tukang Screw pinta kepada semua sebab agak lama menyepi diri hingga menimbulkan pelbagai pertanyaan, cercaan, herdikan dan sokongan daripada mereka-mereka yang sudi melawat blog ini. Apapun ramai yang tidak sabar mengetahui siapakah pemimpin PAS yang terlibat dengan hubungan terlarang dengan isteri orang yang bernama 'INTAN' (hanya nama panggilan).

Maklumat daripada 'kaki-kaki' yang Tukang Screw pasang di Puduraya mendapati cerita tentang skandal ini berlegar-legar di kalangan mereka yang bekerja di hentian tersebut yang cukup mengenali INTAN walaupun sekarang agak kurang panas sebab Tukang Screw 'bercuti'. Pelbagai spekulasi timbul dan yang agak menarik cerita ini sengaja direka oleh 'musuh' perniagaan suami INTAN di kalangan pengusaha bas-bas ekspres di situ. Di sini Tukang Screw menolak sama sekali ianya direka, apatah lagi sengaja ditimbulkan oleh 'musuh perniagaan' suami INTAN! Tiada sesenpun yang Tukang Screw terima daripada pengusaha bas ekspres apatah lagi tiket bas percuma sebab Tukang Screw memang kerap ke kampung halaman di selatan Semenanjung! Maklumlah tak mampu beli kereta lagi.

Khabarnya si polan pemimpin PAS ini mula takut identitinya akan didedahkan. Terus terang Tukang Screw katakan, tidak perlu didedahkan siapa yang terlibat sebab niat Tukang Screw hanya untuk meminta si polan dan INTAN segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan agar tidak terus terlanjur. Masih ada keluarga yang perlu dicurahkan kasih sayang walapun tidak sehangat dulu. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Alhamdulillah, si polan tersebut sudah mula berubah dan bercakap sesuatu yang bersifat fakta tanpa perlu mengada-adakan cerita yang karut marut di media atau di pentas ceramah. Tukang Screw bersumpah dengan nama Allah jika si polan ini mula mengarut dan terus menjalinkan hubungan terlarang ini, akan Tukang Screw dedahkan tanpa perlu klu-klu yang menyesakkan fikiran untuk diikuti dan diteka!

Kepada penyokong atau ahli PAS yang sentiasa melihat tohmahan terhadap pemimpin mereka sebagai satu fitnah yang dahsyat, ingatlah bahawa fitnah PAS terhadap orang lain juga amat dahsyat. Kita jangan terlalu jumud dan membabi buta mempertahankan sesuatu yang berpunca dari manusia yang tidak maksum. Mungkin di dunia ini kita tidak berjumpa, kita jumpa sahaja di Padang Mahsyar dan kita lihat di mana kedudukan kita di sisi Allah. Kalau setakat berkokok tak tentu pasal hingga bertahi ekor tak payahlah nak bercerita soal perjuangan dengan Tukang Screw. Pengorbanan antum belum cukup hebat untuk menegakkan Islam di Malaya ini meskipun dalam menyokong perjuangan PAS atau Pakatan Rakyat. Setakat bertakbir, mendengar ceramah atau menyertai perhimpunan haram/aman, berkepiah ke hulu ke hilir dan melihat orang yang bukan menyokong PAS/PR sebagai bangsat yang diharamkan masuk syurga tak perlulah nak bangga diri. Diingatkan bahawa Tukang Screw telah berjuang di dalam PAS sejak berumur 10 tahun lagi sejak PAS tiada apa-apa di Johor. Tapi apa yang PAS berikan kepada pengorbanan Tukang Screw merengkok dari lokap ke lokap, ditahan di Kamunting? Sila sebutkan!

Apapun Tukang Screw ambil keputusan untuk tidak perlu mendedahkan siapa pemimpin PAS tersebut. Cukup sebagai ingatan untuk menyedarkan beliau. Tetapi harus ingat, jangan silap langkah kerana pintu pendedahan ini sentiasa terbuka untuk Yang Berhormat! Kepada yang menganggap Tukang Screw sebagai penyebar fitnah dan mengada-adakan cerita, anda mempunyai hak untuk berkata begitu dan Tukang Screw juga ada hak untuk mendedahkan. Bila difikir-fikirkan bahawa tanggungjawab kepada manusia yang lain adalah lebih baik maka eloklah Tukang Screw matikan buat sementara waktu semoga anda tidak tertunggu-tunggu siapa sebenarnya yang terlibat. Anda juga ada hak untuk meneka siapa yang terlibat daripada klu yang diberi dan komen-komen yang diberi!

Apapun,, Jazakallah hairan kasira wa ilal liqa'.