Thursday, December 3, 2009

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS...

Berita gempar lagi panas!!!!! Tukang Screw akan dedahkan satu skandal seks terlarang melibatkan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang pastinya meletup-letup sampai ke Parlimen nanti. Kalau dulu Chua Soi Lek, sekarang kita tengok plak siapa yang kena!
Tukang Screw agak terkejut mendengar pendedahan skandal paling panas tahun ini. Masya Allah! Tak terfikir Tukang Screw bahawa si polan ini mempunyai skandal seks sebab di pentas-pentas ceramah cukup bagus cerita pasal agama, hentam keburukan pemimpin UMNO yang kononnya menggalakkan maksiat. Tapi si polan tu terlupa bahawa dia juga manusia dan punya nafsu serakah.

Apapun Tukang Screw akan dedahkan dalam masa terdekat sebab kena juga buat siasatan terperinci (macam CSI pulak). Kepada yang berkenaan ingatlah, jangan selalu buka keaiban orang lain sebab Allah akan buka keaiban kita walau di dalam perut unta sekalipun kita menyorok! Moralnya tiada Islamnya PAS kalau sendiri pun sebok nak buat maksiat!

TASK FORCE 2010 PAS




Sumber dari PAS Pusat ada menyebut bahawa Mustafa Ali tengah sibuk-sibuk menubuhkan Task Force 2010 untuk mengukuhkan legasi dan cengkaman Hadi Awang dalam PAS seterusnya menolak pengaruh PAS Kelantan dalam PAS Pusat yang selama ini dilihat sebagai ancaman kepada PAS. Antara pemimpin yang turut serta dalam task force ini ialah HASSAN ALI, HATTA RAMLI dan MAHFUZ OMAR. Patutlah ribut-ribut PAS sekarang dengan pelbagai skandal dan kontroversi.




Task Force ini merancang untuk mendominasi PAS menjelang Muktamar Agung PAS 2010 dengan menjadikan isu yang melanda PAS Kelantan dan Nik Aziz sebagai isu perdebatan utama. Strategi yang digunakan ialah dengan menusuk jarum melalui artikel Aziz Bari 'Pengajaran Dari Bagan Pinang' sebagai 'bright spark' diikuti isu Hassan Ali di Selangor sebelum Kickdefella menjalankan peranannya menghancurkan Kelantan. Kesemua isu yang ditimbulkan semata-mata untuk melihat reaksi Nik Aziz yang pastinya akan menjalankan peranannya sebagai penyelamat PAS yang maksum sebelum Kickdefella mendedahkan semua keburukannya sepanjang memerintah Kelantan. Nampak macam teori 'reindeer game' pulak apabila sasaran utama gagal melihat dirinya sebagai sasaran tetapi melihat orang lain sebagai sasaran utama yang berjaya dibunuh!




Penggerak utama task force ini ialah Hassan Ali dengan melantik Suwardi Yaakob sebagai runnernya bagi menarik sokongan pengikut-pengikutnya di Selangor dengan menawarkan projek-projek kerajaan negeri (adakah projek tu?). Ramai pemimpin PAS di peringkat kawasan di Selangor berjaya diikat dengan kontrak tersebut sebagai habuan memberi sokongan kepada Hassan Ali bagi melanggar Khalid Samad dan sekutunya di Selangor yang pro Anwar dan Nik Aziz. Mustafa Ali melihat Anwar dan Nik Aziz sebagai api dalam sekam yang perlu dipadamkan segera bagi memastikan survival politik PAS di mana objektif seterusnya ialah keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO! Konspirasi ini cuba didedahkan dalam antihadeeth.blogspot.com yang ada kaitan dengan malaysiawave.blogspot.com.




Tukang Screw sudah lama terfikir bahawa wujud satu konspirasi untuk menolak Nik Aziz dan Anwar di dalam PAS dan sekarang kita lihat permainan tersebut sedang sibuk dicaturkan.

SULTAN SELANGOR MURKA?

Sahabat Tukang Screw dari Shah Alam ada menyampaikan berita yang agak menarik tentang Hassan Ali. Katanya baginda Sultan Selangor amat murka dengan Hassan Ali berkaitan isu arak di Selangor. Baginda telah memerintahkan Hassan Ali mengadap baginda di istana tentang isu arak yang cuba dieksploitasi Hassan Ali. Dalam perjumpaan tersebut Hassan Ali cuba mempertahankan tindakannya dalam isu arak atas kapasiti beliau sebagai Exco Agama Selangor. Yang menariknya baginda tuanku meminta Hassan Ali diam dan menyatakan bahawa baginda sangat sedih berhubung isu ini kerana Hassan Ali sibuk mengharamkan arak tetapi gagal mendakwah rakan-rakan UMNOnya!

Baginda tuanku juga mengingatkan Hassan Ali bahawa Hal Ehwal Agama Islam adalah dibawah kuasa baginda bukannya di bawah Hassan Ali dan meminta supaya jangan memandai-mandai dalam hal ini. Perkara ini sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu dengan baginda. Tuanku juga amat murka kerana selama ini Hassan Ali banyak menjual nama tuanku untuk menghalalkan segala tindakannya.

Sejauhmana kebenaran cerita ini Tukang Screw taknak komen. Tetapi sumber berita ini amat Tukang Screw percaya sebab dialah antara orang yang dipanggil bersama-sama Hassan Ali ke istana. Fikir-fikirkan...

JAWATN MURSYIDUL AM HAK MILIK KELANTAN?

Angin perubahan bertiup cukup kuat dari Kelantan dan Pejabat PAS Jalan Raja Laut tentang perubahan kepimpinan MB Kelantan dan Mursyidul Am. Dalam kalangan AJK PAS Pusat sendiri sibuk memperkatakan secara tidak rasmi siapakah yang bakal menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Antara nama yang disebut bakal menggantikan Nik Aziz ialah Ahmad Yaakob, Timbalan MB Kelantan. Itupun sekiranya mengikut hierarki dan konspirasi 'Kolonel Mat' turut dikaitkan dengan beliau.

Jika benar Ahmad Yaakob akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, siapakah yang bakal menjadi Mursyidul Am PAS? Untuk makluman semua, jawatan Mursyidul Am PAS tidak diwartakan dalam Perlembagaan PAS kerana ianya diwujudkan khas untuk Nik Aziz! Harun Din sedang bercita-cita untuk menjawat jawatan tersebut. Tetapi harus diingat, PAS Kelantan akan mempertahankan jawatan tersebut yang dikatakan adalah hak Kelantan sahaja kerana diwujudkan untuk Nik Aziz! jadi secara automatik jawatan Mursyidul Am PAS akan disandang oleh Ahmad Yaakob yang dapat kedua-duanya sekali. Dari segi teorinya, patutlah Nik Aziz sibuk-sibuk pasal Kolonel Mat sebab dia tahu Ahmad Yaakob akan dapat dua-dua jawatan tersebut.

Tukang Screw terfikir juga andai Husam Musa menjadi MB Kelantan, pastinya dia akan menjadi Mursyidul Am PAS dan pastinya juga PAS akan sekonyong-konyongnya mengubah dasar yang tdiak diwartakan itu untuk menolak Husam Musa. Sebab daripada Husam elok lagi Mat Sabu jadi Mursyidul Am PAS walaupun dia pengkhalwat!