Jangan biarkan diri anda discrew! Kalau anda rasa diri anda discrew lihatlah cermin dan muhasabahlah diri anda itu. Anda akan lihat jawapan kenapa anda discrew!
Wednesday, June 15, 2011
Muktamar dan VCD
Alhamdulillah, selesai sudah Muktamar PAS Ke-57 yang sudah terang lagi bersuluh memaparkan jati diri PAS sebenarnya. Tahniah juga kepada pemimpin-pemimpin yang kekal dan baru dipilih dalam saf kepimpinan PAS. Harapan Tukang Screw supaya saf baru ini mampu memelihara kesucian Islam dan penganutnya di Malaysia dan bukan hanya sibuk berpolitik mengejar kuasa yang tidak kekal itu. Tukang Screw sudah lama bergelumang dalam PAS yang jelas membentuk imej dan pemikiran. Tapi itu hanya tinggal kenangan dan kenangan itulah yang membentuk pemikiran Tukang Screw sekarang. Betapa berbezanya nilai perjuangan dulu dan sekarang dan doktrin yang dibawa mula berubah mengikut lenggok 'tarian' pemimpin. Tidak perlu dipertikai dan diperdebat slogan 'Membangun Bersama Islam', 'Bersama Kepimpinan Ulama' kerana ianya hanya slogan lapuk yang hanya ingin membuktikan bahawa PAS lebih Islam dari UMNO. Sekarang PAS sama sahaja dengan UMNO dan disebabkan itu perlu ditolak slogan-slogan berbau Islam supaya tidak dijadikan peluru untuk 'ditembak' di kepala pemimpin PAS.
Berbalik kepada saf kepimpinan baru PAS, ada rasionalnya kemenangan Mohamad Sabu bagi mengisi jawatan No.2 PAS kerana beliau dilihat lebih popular dan sanggup 'belarak' di jalanraya bagi memperjuangkan doktrin Pakatan Rakyat yang selama ini melihat beliau sebagai satu instrumen peraih sokongan dan tidak lebih dari itu. Perwakilan PAS di Muktamar sendiri sudah muak dengan method perjuangan pemimpin ulama yang dilihat hanya pandai berfatwa dan melihat. Senario ini berlaku apabila PAS dilihat gagal mendominasi PR sedangkan parti tersebut lebih establish dan mangli dengan sepak terajang politik di Malaysia. Para perwakilan PAS tidak lagi melihat latarbelakang dan peribadi pemimpin tetapi lebih praktikal melihat bagaimana mereka bekerja. Mereka sudah melupakan skandal Mohamad Sabu dengan Normah. Jadi tidak perlulah PAS mempertikai peribadi pemimpin lain kerana mereka sendiri memilih pemimpin yang berkeperibadian rendah dan lebih tepat tidak layak menjadi salah seorang daripada saksi dalam kes zina!!!
VCD Mohamad Sabu dengan teman skandalnya Tukang Screw telahpun menontonnya dengan rasa geli geleman dan mual kerana pemimpin yang menyalak di pentas-pentas ceramah menceritakan keburukan orang lain walhal dirinya sendiri tidak layak dijadikan contoh terbaik. Tukang Screw masih ingat satu puisi Arab yang berbunyi begini: "Sekiranya kamu menceritakan keaiban orang lain nescaya Allah akan membuka keaiban kamu walaupun di dalam perut unta sekalipun". Kepada Mohamad Sabu dan PAS tabahlah menerima VCD lama yang dibarukan ini. Terima kasih kepada insan yang mengedarkannya yang dahulu pernah menjadi pengikut setia Mohamad Sabu dan rasanya dah terlalu penat menyimpan tembelang Mohamad Sabu.
Sebut tentang VCD ini juga, Tukang Screw ada menerima e-mail dan kiriman daripada insan yang tidak dikenali daripada Negeri Serambi Mekah yang mahukan VCD "Kenangan Di Puduraya" yang dikirimnya dimasukkan di dalam You Tube atau diedarkan kepada rakan-rakan terdekat supaya mereka kenal dengan lebih dekat pemimpin yang telah dipilih mereka. Dalam hal ini Tukang Screw perlu pertimbangkan sewajarnya permintaan insan tersebut yang tidak perlu disebutkan namanya. Tukang Screw tidak mahu terlibat dengan sebarang tindakan undang-undang yang akan menjejaskan pengajian Tukang Screw. Seperkara lagi, aktor dalam VCD tersebut baru sahaja menyambut menantu dan tidak elok jika menantunya sendiri melihat aksi bapa mentuanya dirakamkan. Nauzubillah. Kalau mahu pemimpin tersebut keluar dari parlimen di negeri tersebut eloklah berbincang janganlah diaibkan. Itulah politik PAS yang tiada bezanya dengan UMNO. Wallahualam. Mungkin kebetulan atau memang PAS layak mendapat pemimpin tertinggi yang mempunyai koleksi VCD peribadi.
Insya Allah, Tukang Screw akan paparkan selepas ini kisah dari utara hasil lawatan dan pertemuan dengan rakan-rakan lama di sana yang pastinya membuat seseorang tak senang duduk. Ilal Liqa'.
Subscribe to:
Posts (Atom)