Sunday, January 23, 2011

Salam Buat YB Salahuddin Ayub! (Epilog Cinta Dari Screwkuat)


Assalammualaikum...agak lama Tok Screw tidak berblogging. Ramai kawan blogger memujuk Tok Screw untuk berblogging. Pelbagai alasan diberi untuk tidak menceburi kembali bidang yang agak "panas" ini dan elok jika Tok Screw tumpukan perhatian kepada pengajian Phd yang bakal diselesaikan dalam tempoh terdekat. Memandangkan tesis yang Tok Screw cuba selesaikan lebih berkisar kepada propaganda dalam pilihan raya, maka terpanggillah untuk menjejakkan kaki ke bumi "Tenang" ini pada 21 Januari lalu. Memang tenang setenang namanya....

Selepas sahaja penamaan calon, Tok Screw mula menjalankan kajian terhadap propaganda yang dijalankan kerajaan dan Pakatan Rakyat. Nampaknya masih bersifat stereotaip dan agak konservatif pendekatannya. Masing-masing cuba menunjukkan kebaikan pemerintahan dan dalam masa yang sama mendedahkan keburukan lawan masing-masing. Apa yang menarik, hasil pengalaman dan penyelidikan Tok Screw sepanjang 13 pilihan raya kecil yang telah dijalankan, BN mahupun PR menyimpan "Fat Boy" (nama bom atom yang digugurkan di Hiroshima) untuk memusnahkan lawan masing-masing secara total! Fenomena sebegini berlaku juga di PRK Tenang bilamana pihak-pihak yang bertanding mula menjalankan propaganda menjatuhkan lawan masing-masing melalui taktik "Character Assassination" yang dilihat mampu mengubah persepsi pengundi terhadap calon. Sebagai contoh, Normala Sudirman mula dihentam dalam halaman Facebook yang mendakwa beliau meninggalkan suami untuk berpolitik. Propaganda sebegini dilihat hanya memberi kesan secara minimal dalam usaha membunuh karakter calon PAS dan dilihat tidak relevan.

Pom! Pom! Pom! Tup! Tup! Tup! Calon BN, Azhar Ibrahim (Tok Ai) cuba digosip dengan skandal yang entah benar entah tidak. Beberapa kain rentang berkaitan cubaan mendedahkan skandal calon BN mula dipasang malam tadi di sekitar DUN Tenang. Yang agak menarik tidak ada seorangpun petugas UMNO yang memenuhi DUN Tenang ini menurunkan kain rentang tersebut! Timbul persoalan adakah ini sabotaj UMNO atau PAS mula mengisytiharkan "perang jihad"nya di Tenang? Dalam masa yang sama, Salahuddin Ayub selaku Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang dalam sidang medianya tengah hari tadi ada memberi klu bahawa PAS akan mendedahkan skandal calon BN dalam waktu terdekat. Sebenarnya Salahuddin bukan mengisytihar perang terhadap calon BN tetapi mengisytihar perang terhadap dirinya sendiri!!!! Tok Screw harap Salahuddin faham mesej tersebut dan fikir-fikirkanlah sebelum senjata makan tuan!

Salam

Tok Screw


p/s Psssstttt....Papa Gomo tolong kasi panas