Wednesday, August 17, 2011

ISU TINDAKAN JAIS: MUJAHID FAHAMKAH ISU SEBENAR?



Tukang Screw tidak faham sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh sesetengah pemimpin PAS yang di atas kertas mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi BEBAL memahami isu, atau buat-buat tak faham atau sengaja nak jaga hati DAP/PKR atau PAS memang tak mampu nak selesaikan masalah dan mempertahankan Islam. Cuba rujuk kenyataan Dr. (Dr konon tapi bebal) Mujahid Yusof, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dengan slogan PAS For All yang disiarkan dalam Harakahdaily berbunyi :


"LAJNAH TETAP BERUSAHA MERAPATKAN PAS DENGAN SEMUA GEREJA DI MALAYSIA SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN PAS (kalau PAS perjuangkan Islam sepatutnya frasa tersebut berbunyi...SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN ISLAM)"

Isu yang berlaku adalah melibatkan usaha GMDU dan beberapa gereja memurtadkan umat Islam, jadi tidak timbul isu PAS menjalinkan hubungan baik dengan gereja. Gereja memang menerima PAS dengan baik sebab PAS sahaja yang boleh ditunggang dan menghalalkan usaha memurtadkan umat Islam oleh gereja. PAS lebih mementingkan penganut Kristian menghormati mereka daripada menghormati kesucian Islam dengan merendahkan maruah mereka dan menagih undi. Itulah hakikatnya yang PAS tidak mampu sembunyikan dan tersilap percaturan kerana terlalu gila untuk berkuasa!

"MENGULAS TINDAKAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYERBU (sepatutnya guna perkataan MEMERIKSA) GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA (GMDU) KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN, BELIAU BERHARAP KEDUA-DUA BELAH PIHAK TAMPIL KE HADAPAN MEMBERIKAN PENJELASAN SUPAYA DI ATASI DENGAN BAIK."

Adakah Mujahid yang bebal atau wartawan Harakah yang bebal (kalau bab BEBAL ni wartawan Harakah memang top sejak dulu lagi)! JAIS telahpun memanggil 12 orang yang terlibat dalam isu ini hadir ke sesi kaunseling dan temuduga pada 15 Ogos lepas jadi tidak patut timbul kenyataan "KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN" yang sememangnya sudah terang dan bersuluh bahawa mereka hadir ke GMDU! Daripada kenyataan ini kita dapat menilai taraf keintelektualan Mujahid yang serupa macam Tukang Screw atau bawah sedikit dan dalam masa yang sama secara tersirat Mujahid sendiri tidak menyokong tindakan JAIS.

Mujahid juga tidak faham-faham lagi mengapa JAIS dan GMDU enggan berjumpa PAS bagi menerangkan isu ini? Sebab kedua belah pihak terbabit sedar bahawa mereka akan berhadapan dengan parti yang NTAHAPANTAH yang hampir pecah tembelangnya dan gagal mempertahankan kesucian Islam. Mana usaha dakwah yang diwar-war dan dibangga-bangga selalu oleh PAS terhadap DAP? DAP makin berjaya dakwah umat Islam masuk kristian dan menghina Islam adalah!!!

Tukang Screw nasihatkan agar Mujahid berdiam diri dan jangan buat sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana setiap kenyataannya makin menunjukkan kejahilan dan kejumudan dirinya sendiri. Wallahualam.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA: GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA!



Seperti dijangka nampaknya PAS masih gagal meletakkan pendirian mereka berhubung isu pemeriksaan JAIS terhadap GMDU. Apapun tahniah dan syabas kerana PAS telah berusaha menangani secara hikmah isu ini dengan cuba mendapatkan penjelasan kedua belah pihak. Harap-harap selepas ini pendekatan yang sama digunakan bagi menyelesaikan pelbagai isu di negara ini. Istiqamah dalam perjuangan politik juga penting kerana rakyat sekarang sedang menilai sejauhmana PAS mampu menggantikan UMNO bagi mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam di negara ini. Jangan salah faham, Tukang Screw bukan anti PAS sebab sebelum inipun Tukang Screw dah berjuang bersama PAS selama 35 tahun sejak berumur 7 tahun sebelum ditahan ISA!!! Jadi kepada pemimpin dan ahli PAS yang baru nak rasa pahit maung perjuangan bersama PAS teruskan hasrat mulia itu, mudah-mudahan bendera PAS berkibar megah di bumi bertuah ini.

Tukang Screw tertarik dengan artikel daripada ruangan Pendedahan, Utusan Malaysia oleh Zaini Hassan yang bertajuk MURID MELAYU ISLAM: "YA, SAYA TAHU NABI ISA SAYANGKAN SAYA..." yang antara lain mendedahkan gerakan kristianisasi secara halus dan terancang di sekitar Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh dengan menjadikan murid-murid sekolah rendah daripada keluarga Melayu yang daif sebagai sasaran! Modus operandinya mudah, buka kelas tuisyen bahasa Inggeris secara percuma dan dalam masa yang sama mendoktrin anak-anak kecil ini dengan ajaran kristian. Nauzubillah. Yang menariknya, perkara ini dilaporkan oleh seorang guru berbangsa India yang prihatin dengan masalah ini yang turut memanjangkannya kepada JAWI dan Jabatan Pelajaran Negeri. Seperti biasa responnya amat negatif kerana pegawai-pegawai terlibat sibuk berlumba-lumba balik awal untuk ke pasar Ramadhan! Syabas diucapkan kepada cikgu berbangsa India tersebut kerana faham dengan sosiobudaya negara ini dan Perlembagaan Persekutuan. Secara kebetulan SEPUTEH di wakili Teresa Kok dari DAP.

Apa yang Tukang Screw mahu kongsikan ialah tentang gerakan kristianisasi terancang di negara ini untuk renungan dan perhatian bersama sebab seperti yang Tukang Screw nyatakan sebelum ini, isu tindakan JAIS terhadap GMDU telah memberi seribu satu hikmah untuk kita fikir dan laksanakan. Elok rasanya kita mulakan pada era 80-an kerana ianya mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku sekarang. Antara kumpulan yang mempelopori gerakan kristianisasi secara terancang di negara ini ialah Neglected People's Workers (NPW) yang ditubuhkan oleh Philip Cheong pada tahun 1984 dan menjadikan First Baptist Church, Petaling Jaya sebagai tempat operasi. Kejayaan utama NPW ini ialah memurtadkan Jamaludin Othman@Joshua Jamaludin sebagai paderi Melayu pertama di Malaysia (mungkin ada yang lebih awal dari Joshua) yang turut pernah ditahan ISA. Joshua telah dihantar melanjutkan pelajaran dalam agam Kristian di Far Eastern Bible College, Singapura seterusnya melalui Joshua juga seramai 7 orang Melayu/Islam (jumlah ini mungkin lebih banyak) berjaya dimurtadkan. Mungkin sebelum ini kita ada terdengar khabar-khabar angin bahawa di First Baptist Church ini terdapat gereja khas untuk orang Melayu yang dimurtadkan. Sehingga kini tidak dapat disahkan khabar angin tersebut kerana tiada sebarang tindakan pihak berwajib ATAU sudah ada jawapannya tetapi tidak didedahkan pihak berwajib bagi menjaga sensitiviti agama di negara ini. Jadi tidak mustahil jika GMDU menjalankan tindakan yang sama melalui Dream Centre! Kebetulan pula Petaling Jaya Utara diwakili Tony Pua dari DAP sebagai ahli parlimen.

Selain Petaling Jaya, Pulau Pinang juga menjadi pusat gerakan kristianisasi apabila kes cubaan murtad SAIFUL BAHAYAH ABDUL HAMID yang mendedahkan bahawa sebuah flat kediaman di Batu Maung dijadikan pusat kegiatan kristianisasi yang mensasarkan remaja-remaja Melayu di Pulau Pinang. Mereka menjalankan aktiviti di flat tersebut pada setiap hari Khamis dengan kehadiran pada setiap sesi seramai 30 orang. Manakala pada hari Ahad mereka akan dibawa ke gereja. Modus operandi kumpulan Kristian ini ialah dengan mensasarkan remaja-remaja Melayu yang mempunyai masalah keluarga dan kesempitan wang. Dalam kes SAIFUL BAHAYAH ini, beliau menghadapi masalah kewangan dan telah berkenalan dengan ROSIATIMAH (Melayu murtad) yang telah menyelesaikan masalah tersebut dan memujuk beliau memeluk kristian! Kepada mereka yang merasakan Tukang Screw hanya mereka-reka cerita, cubalah kesan atau berjumpa SAIFUL BAHIYAH sendiri yang telah ditempatkan di Pusat Remaja Inabah, Kuala Nerang, Kedah bagi menjalani proses pemulihan. Secara kebetulan DAP cukup aktif di Pulau Pinang, dulu, kini dan selamanya.
Kita juga pernah digemparkan dengan kes remaja Islam bernama KARTINI MOHAMAD ROSLI yang didapati memakai salib pada tahun 2007 yang mengaku telah beberapa kali hadir di sebuah rumah yang dijadikan gereja yang terletak di sebuah taman perumahan di Baling, Kedah (belakang hospital lama). Secara kebetulan juga rombongan SUARAM yang diketuai AP Sungai Siput juga dikesan berada di sekitar kawasan tersebut sebelum ditangkap di Pulau Pinang pada bulan Jun 2011.

Kita juga pernah berasa sangat sakit hati setelah menonton video BENJAMIN STEPHEN menghina Islam dalam sebuah gereja di Sarawak pada tahun lepas. Untuk makluman BENJAMIN STEPHEN @ MOHD BADROL NIZAM MOHD REDZO yang berasal dari Kelantan merupakan penuntut di Sekolah Menengah Agama Naim Lil Banat, Jalan Yahya Petra, Kelantan yang telah mula didekati mubaligh kristian sejak tahun 1997 sebelum murtad pada tahun 2001 di Gereja St.Peter, Ipoh. Sejak 2006 BENJAMIN telah menyebarkan dakyah kristian sebelum menjadi guru di International School, Kuching. Mungkin kebetulan, Ipoh dan Kuching diwakili AP DAP.

Itu hanya sekelumit kes-kes murtad yang dapat Tukang Screw kongsikan untuk renungan bersama dan diharap dapat direnung-renungkan apakah sumbangan kita dalam menangani isu murtad ini! Timbul persoalan, apa kaitan DAP dalam gerakan kristianisasi ini?