Tuesday, August 16, 2011

PEMERIKSAAN JAIS DI GMDU 3 OGOS 2011: Bhg II.



Sebelum menonton bahagian kedua majlis Thanksgiving Dinner di GMDU eloklah kita mengetahui perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) dalam usaha menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU. Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka. Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas. Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor. Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik? Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke GMDU?


Bagi menutup konspirasi tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam YANG SEALIRAN dengan mereka bagi mempertahankan Kumpulan 12 dan sokongan daripada Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kes ini. Mereka juga merancang berkomplot dengan Kumpulan 12 supaya tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS. Kumpulan 12 juga akan dipertemukan dengan PAS secara tertutup kerana Teresa Kok melihat hanya PAS sahaja YANG BOLEH DIPERKUDAKAN BAGI MENUTUP GERAKAN MURTAD yang dijalankan gereja. Kita tunggu apa kenyataan PAS selepas ini. Patutlah PAS asyik menyalahkan UMNO dalam isu ini.

PERLUKAH PAS BERJUMPA PIHAK GMDU?

PAS diketuai Mohamad Sabu bersama 9 pemimpinnya yang lain akan berjumpa pihak GMDU pada hari ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu 12 ORANG ISLAM BERADA DI GEREJA TERSEBUT PADA 3 OGOS 2011 SEMASA MAJLIS THANKSGIVING DINNER! Untuk makluman, usaha PAS untuk mendapatkan penjelasan dari JAIS pada 15 OGOS 2011 tidak diperkenan DYMM Sultan Selangor kerana tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana baginda yakin campurtangan parti politik terutamanya PAS yang 'flip flop' dalam soal kesucian Islam akan mengundang 'bencana' kepada umat Islam di negara ini.

Persoalan di sini, mengapa PAS beria-ia ingin berjumpa pihak JAIS dan GMDU untuk mendapatkan penjelasan? Adakah PAS mampu menyelesaikan masalah tersebut? Adakah PAS mampu mengubah Enakmen Syariah Negeri Selangor? Atau tindakan tersebut hanya untuk menunjukkan bahawa PAS sebagai parti Islam prihatin dengan isu kesucian Islam? PAS dalam ceramah dan kuliah agama mereka sering mengingatkan kita supaya merenung kembali sejarah Nabi Muhammad S.A.W semasa peringkat awal Hijrah ke Madinah apabila baginda sering sahaja ditupu dan dianiaya oleh kaum-kaum Munafik dan Yahudi Madinah yang pura-pura menjalinkan hubungan baik dengan baginda. Pastinya pihak GMDU tidak akan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada 3 Ogos dan usaha mereka mengkristiankan umat Islam di negara ini. Yang pastinya mereka akan menyalahkan JAIS yang menceroboh privasi gereja! PAS juga pastinya dengan CUKUP BANGGA akan menyatakan kepada pihak gereja bahawa isu ini sengaja dimainkan UMNO untuk merosakkan Pakatan Pembangkang di Selangor seterusnya memburukkan saudara seIslam mereka itu di hadapan Kristian! Jangan risau, PAS akan menerangkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia bahawa isu ini hanya mainan politik UMNO dan tidak ada sebarang usaha memurtadkan umat Islam berlaku di gereja ini sepertimana dakwaan JAIS dan HASSAN ALI.

Ingatlah PAS, tindakan parti kamu ini tidak melambangkan Islam sebenar di mana musuh-musuh Islam sentiasa menunggu peluang dan ruang untuk menggunakan KEISLAMAN parti kamu untuk menodai kesucian Islam kerana parti kamu lebih pentingkan undi daripada Islam itu sendiri. Nauzubillah. Insya Allah Tukang Screw akan kongsi lagi video pemeriksaan JAIS untuk kita sama-sama muhasabah.

TMBALAN MURSYIDUL AM PAS SOKONG TINDAKAN JAIS



Bukan semua dari kalangan pemimpin PAS yang berdolak-dalik dan menuding jari kepada UMNO dalam isu ini. Seperti kenyataan Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang mempunyai maklumat dari 'orang dalam' JAIS bahawa UMNO memainkan peranan utama dalam pemeriksaan ke atas GMDU. Kenapa perlu dipertikai peranan siapa kerana dalam hal ini ialah wujudnya maklumat terdapat aktiviti atau usaha memurtadkan umat Islam di gereja tersebut! Mengapa dangkal sangat fikiran seorang Setiausaha Agung PAS yang senantiasa mencari ruang dan peluang meletakkan sesuatu kesalahan ke bahu UMNO. Kalau benar UMNO berperanan dalam isu ini, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya UMNO lebih prihatin dari PAS dalam soal akidah walaupun UMNO didakwa tidak berakidah!



Tukang Screw hormat kepada pendirian Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS yang selama ini dilihat tidak suka mencampuri urusan politik murahan PAS. Dalam hal ini beliau menyifatkan tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tepat pada masanya kerana soal akidah perlu dipertahankan dan langkah-langkah positif perlu diambil bagi menjaga akidah selain membuang dan melawan usaha MUSUH YANG TELAH MASUK KE DALAM AKIDAH PAS!!! Beliau juga berpendapat bahawa JAIS tidak menceroboh tetapi hanya memeriksa kerana berdasarkan laporan yang diterima bahawa terdapat orang Islam di dalam gereja tersebut.



Dalam hal ini juga beliau berpendapat bahawa PAS tidak perlu berjumpa dengan pihak gereja kerana secara terang-terangan 12 orang Islam yang berada di gereja tersebut semasa pemeriksaan JAIS tidak berpuasa dan solat! Beliau turut mempersoalkan kenyataan Dato' Nik Aziz dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang agak lembut dan tidak meletakkan pendirian sebenar PAS dalam hal ini. Apa yang lebih dikesalkan, kerana kegagalan PAS menangani isu ini PAS juga telah gagal memenangi undi orang Islam!!!