Wednesday, January 20, 2010

Selamat datang 2010

Selamat datang 2010 walaupun agak lewat ucapan diberi. Kita buka lembaran baru yang jauh dari skandal peribadi walaupun tidak dapat dielakkan. Tukang Screw mohon maaf kerana tidak dapat menamatkan skandal seorang pemimpin PAS yang cukup top. Seperti yang telah Tukang Screw beritahu jawapannya ada dalam ruangan komen. Mungkin pembaca mahukan lebih detail. Buat masa ini tidak perlu terdedah sangat tetapi nampaknya si polan tu dah mula menyalak yang bukan-bukan. Tidak mengapa, kita tunggu.

Isu skandal seks bukan topik utama yang hendak Tukang Screw bincangkan kali ini. Tukang Screw melihat ada kewajaran untuk memaparkan usaha pelbagai pihak dalam menangani isu kalimah Allah yang masih belum selesai kerana ntuk menunggu keputusan rayuan. Pelbagai cara digunakan oleh pelbagai pihak untuk memperjuangkan isu ini. NGO Melayu dengan demonstrasi, perhimpunan, memo, risalah dan sebagainya. Syabas kerana ada usaha-usaha untuk menunjukkan bahawa isu ini perlu diperjuangkan oleh orang Melayu dan Islam. Yang menariknya, UMNO mendapat kredit mudah walaupun tidak mengambil tindakan yang sewajarnya di semua peringkat kerana apa sahaja yang dibuat Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO di belakang. Kalau adapun hanya segelintir penyokong UMNO yang melakukan solat hajat dan sebagainya. Di peringkat pusat tiada sebarang tindakan yang konkrit hanya reaksi pemimpin yang kita terima.

Bagi PAS, tindakan berkecuali atau berhemah untuk menjaga hati 'rakan-rakan' politik lain terpaksa dibuat walaupun wujud 'clash of interest' di kalangan pemimpin mereka. Apapun PAS agak praktikal dengan menjadikan muzakarah sebagai platform menyelesaikan masalah. Terkini Husam Musa dan Dzulkifly Ahmad sedang merancang untuk menjayakan pertemuan di antara Nik Aziz dengan Ahli Majlis Gereja Malaysia pada 26 Januari 2010 di Kota Bharu kerana kebetulan pertubuhan tersebut akan mengadakan persidangan di Kota Bharu pada 26 hingga 28 Januari 2010. Khalid Samad juga dikatakan akan menghadiri pertemuan tersebut bagi menambah kehangatan isu yang sedia hangat. Tukang Screw percaya Nik Aziz akan mengambil peluang pertemuan tersebut untuk menunjukkan bahawa PAS boleh menyelesaikan masalah negara yang gagal ditangani UMNO. Syabas Nik Aziz dan pemimpin PAS. Tapi yang peliknya mengapa semasa isu murtad PAS begitu beriya-iya menjuarai isu ini? Atau adakah kerana Anwar menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, PAS enggan memperjuangkan isu ini secara terbuka semata-mata tidak mahu berlawanan dengan Anwar? Tukang Screw dengan ikhlas memuji pendekatan PAS berjumpa dengan apa jua persatuan kristian tapi janganlah dipolitikkan dengan menuduh UMNO sebagai pencetus isu ini sebab pada Tukang Screw UMNO tidak ada kemampuan sekarang untuk mencetuskan sebarang isu!!!!