Jangan biarkan diri anda discrew! Kalau anda rasa diri anda discrew lihatlah cermin dan muhasabahlah diri anda itu. Anda akan lihat jawapan kenapa anda discrew!
Wednesday, September 14, 2011
GEMPAR: ISU MAT INDERA, "KNOCK OUT" UNTUK PAS!
PANAS: USAHA MOHD SABU DAN SUHAIZAN KAIAT UNTUK PERTAHANKAN MAT INDERA!
Thursday, September 8, 2011
PENGERUSI PKM AKUI KOMUNIS GAGAL DAN MENIPU!!!

EDISI DEDAH: KISAH MAT INDERA DALAM BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DICIPLAK?
Wednesday, September 7, 2011
PAS PERALAT ADIK MAT INDERA
Dengan bangganya PAS mengadakan sidang media sebentar tadi dengan membawa Baharum Syah Indera, adik kepada Mat Indera yang juga merupakan pesara tentera dari Kor Perkhidmatan. Sekarang beliau tinggal di Bandar Tun Razak, Cheras. Sebelum sidang media ini diadakan pun, Baharum Shah menyatakan Mohd Sabu ada menghubunginya beberapa kali pada hari raya ke 4 dan ke 5 di mana sewaktu itu beliau masih beraya di Terengganu. Mohd Sabu dan PAS jangan fikir mereka lebih awal atau lebih pantas mengenal pasti adik beradik Mat Indera untuk dieksploitasi! Baharum Shah juga agak teruja apabila Mohd Sabu memuji-muji arwah abangnya dan menjelaskan bahawa beliau seorang ustaz dan bukan komunis. Mohd Sabu juga mendakwa ada menyimpan kitab-kitab agama karangan Mat Indera. Perkara itu cukup mengejutkan Baharum Shah kerana beliau sendiri tidak ada buku-buku tersebut dan setahunya Mat Indera tidak ada menulis apa-apa buku agama pun. Apapun Baharum Shah meminta supaya Mohd Sabu tidak lagi menjaja nama abangnya yang sudah dikenali rakyat negara ini tentang penglibatannya dalam aktiviti komunis. Begitu juga dengan Suhaizan Kaiat, ahli sejarah PAS yang berjaya menghubungi Johan Shah di Yon Peng untuk diekspolitasi PAS. Tukang Screw tabik spring juga kepada Mohd Sabu dan Suhaizan Kaiat kerana akhirnya berjaya mengeksploitasi ahli keluarga Mat Indera untuk membersihkan tahi yang telah dilemparkannya. Syabas. Eloklah selepas ini Rashid Maidin dan Abdullah CD serta rakan-rakan Rej Ke-10 akan minta PAS iktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan.BEKAS PAHLAWAN AKAN "SERANG" IBU PEJABAT PAS
Semalam Tukang Screw sempat menghayati dan membaca sajak bertajuk 'Pahlawan' nukilan Mej (B) Mohamad Hj. Awang yang rasanya hampir setiap tahun dideklamasikan sempena hari Pahlawan. Dan tak semena-mena keluar juga air mata walaupun dah hampir 35 tahun Tukang Screw tidak 'mengeluarkan air mata'. Rasanya elok juga kalau Mohd Sabu dan pemimpin PAS lain yang tidak tahu menghargai jasa-jasa 'wira tidak didendang' ini menghayati sajak ini yang antara bait-baitnya berbunyi:-Tuesday, September 6, 2011
SAKSI PERISTIWA BUKIT KEPONG ENGGAN TEMUI MOHD SABU


Semalam, 5 September 2011 Mohd Sabu dan rombongannya berhasrat berjumpa dengan Puan Jamilah Abu Bakar, mangsa serangan komunis yang disertai Mat Indera terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Puan Jamilah Abu Bakar juga ialah anak kepada Allahyarham MM Abu Bakar Daud yang cedera parah semasa serangan tersebut. Beliau sekarang tinggal Taman Skudai Kanan, Tampoi, Johor. Tujuan utama Mohd Sabu dan rombongan ke rumah Puan Jamilah berkemungkinan untuk menjelaskan kenyataannya yang benar-benar mengguris hati mangsa serangan Bukit Kepong dan mungkin juga untuk membela nasib mereka.Monday, September 5, 2011
SIAPA MAT INDERA?
Mat Sabu @ Mat Indera
Cuba kita nilai apa yang dimaksudkan Mohd Sabu dalam ceramahnya pada 21 Ogos 2011 di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Adakah terlalu hina mempertahankan tanah air daripada komunis walaupun berkhidmat dengan British? Kenapa Mat Indera tidak serang sahaja pegawai-pegawai berbangsa Inggeris? Rasanya elok juga Ketua Penerangan UMNO menyahut debat terbuka dengan PAS berhubung perkara ini. Tapi apa kene mengena isu ini dengan UMNO? UMNO mempertikaikan berdasarkan sejarah. Jadi Tukang Screw rasa eloklah pakar sejarah sendiri berdebat dengan PAS untuk membetulkan fakta sejarah sekiranya benar Mat Indera pejuang kemerdekaan.