Monday, November 30, 2009

SIAPA KOLONEL MAT?

Nik Aziz makin mengaruk dan makin meroyan akhir-akhir ini. Terkini semasa Program Penghayatan Hari Wukuf yang diadakan di PUTIK Kota Bharu pada 26 November lepas Nik Aziz mendakwa wujud satu konspirasi terancang yang didalangi oleh 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkan beliau. Persoalannya siapa Kolonel Mat? Mengapa sekarang baru muncul nama tersebut?

Kickdefella menyatakan Kolonel Mat ialah ayahnya yang merupakan pesara tentera berpangkat Lt.Kol dan pernah menjalankan perang saraf di dalam PAS. Adakah tindakan Kickdefella membongkar penyelewengan Ariffahmi di PMBK telah menyebabkan Nik Aziz mendakwa konspirasi tersebut dilakukan oleh Kickdefella? Jika kita mempelajari bahasa Arab kita akan melihat ganti nama seseorang itu diletakkan kepada ayahnya seperti Ibn Masud iaitu anak kepada Masud, Ibn Battutah iaitu anak kepada Battutah dan sebagainya. Jadi adakah Kol Mat itu bermaksud anak kepada Kol Mat walaupun nama ayah Kickdefella ialah Syed Abdul Aziz yang nama panggilannya Mat. Itu teori pertama.

Teori kedua yang Tukang Screw tidak menolak kewajarannya dan didedahkan oleh sumber-sumber dalam PAS Kelantan sendiri ialah Timbalan Menteri Besar sendiri iaitu Ahmad Yaakob! Pada kebiasaannya orang bernama Ahmad akan dipanggil Mat sahaja. Dari segi hirarkinya maka wajarlah Ahmad Yaakob diberikan pangkat Kolonel kerana dalam sesuatu formasi yang besar seperti Briged hanya memerlukan seorang sahaja jeneral bertaraf Brigedier Jeneral. Ahmad Yaakob dilihat sebagai seorang individu yang merendah diri, taat kepada pemimpin dan istiqamah. Tetapi kita harus sedar bahawa dalam teori konspirasi watak sebegini sebenarnya watak utama dalam menggerakkan satu konspirasi kerana ia berjaya berselindung dalam watak politiknya tanpa mendedahkan wataknya yang sebenar. Dikatakan Ahmad Yaakob sudah mula menggerakkan perancangan halus ini sejak selepas PRU 1999 lagi apabila Nik Aziz mula berhasrat untuk meletakkan jawatan. tetapi memandangkan wujud 3 kem dalam PAS Kelantan yang melobi untuk jawatan tersebut, terpaksalah Nik Aziz menyimpan kembali hasrat tersebut sehingga berjumpa calon yang sesuai.

Dalam posting akan datang Tukang Screw akat mendedahkan sedikit demi sedikit konspirasi terancang yang dijalankan Ahmad Yaakob untuk menjatuhkan Nik Aziz. Harap bersabar.

3 comments:

Anonymous said...

kalau mereka keturunan Benggali..maka kenapa kikdefella..atau saya panggil juga kickdearse..tu pakai Syed.Hidung dia tak mancung pun macam hidung nik Ajis..macam hidung katak..tapi macam mana ada syed???munkin beranakk hari jumaat kut??

Anonymous said...

Bapak Kickdefella ni rupa2nya bekas tentera yang munkin berjuang juga menentang kominis Chin Peng.Maka saya percaya bila si kickdeffala ni menghasut orang Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang terbalik..( beberapa pengikut Hindraf di kawasan saya berbuat demikian!!!)..maka saya percaya roh bapa nya tak senang dengan tindak tandok anak nya yang langsung tak ada semangat kebangsaaan!!!

Anonymous said...

kickdefella kaki wayang bro