Tuesday, August 16, 2011

TMBALAN MURSYIDUL AM PAS SOKONG TINDAKAN JAIS



Bukan semua dari kalangan pemimpin PAS yang berdolak-dalik dan menuding jari kepada UMNO dalam isu ini. Seperti kenyataan Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang mempunyai maklumat dari 'orang dalam' JAIS bahawa UMNO memainkan peranan utama dalam pemeriksaan ke atas GMDU. Kenapa perlu dipertikai peranan siapa kerana dalam hal ini ialah wujudnya maklumat terdapat aktiviti atau usaha memurtadkan umat Islam di gereja tersebut! Mengapa dangkal sangat fikiran seorang Setiausaha Agung PAS yang senantiasa mencari ruang dan peluang meletakkan sesuatu kesalahan ke bahu UMNO. Kalau benar UMNO berperanan dalam isu ini, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya UMNO lebih prihatin dari PAS dalam soal akidah walaupun UMNO didakwa tidak berakidah!



Tukang Screw hormat kepada pendirian Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS yang selama ini dilihat tidak suka mencampuri urusan politik murahan PAS. Dalam hal ini beliau menyifatkan tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tepat pada masanya kerana soal akidah perlu dipertahankan dan langkah-langkah positif perlu diambil bagi menjaga akidah selain membuang dan melawan usaha MUSUH YANG TELAH MASUK KE DALAM AKIDAH PAS!!! Beliau juga berpendapat bahawa JAIS tidak menceroboh tetapi hanya memeriksa kerana berdasarkan laporan yang diterima bahawa terdapat orang Islam di dalam gereja tersebut.



Dalam hal ini juga beliau berpendapat bahawa PAS tidak perlu berjumpa dengan pihak gereja kerana secara terang-terangan 12 orang Islam yang berada di gereja tersebut semasa pemeriksaan JAIS tidak berpuasa dan solat! Beliau turut mempersoalkan kenyataan Dato' Nik Aziz dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang agak lembut dan tidak meletakkan pendirian sebenar PAS dalam hal ini. Apa yang lebih dikesalkan, kerana kegagalan PAS menangani isu ini PAS juga telah gagal memenangi undi orang Islam!!!

9 comments:

Anonymous said...

Inilah pemimpin PAS sejati yang patut pimpin jemaah PAS. Bukannya Mohamad Sabu!!!Takbir!!!!
Kalau dalam isu BERSIH Mohamad Sabu dan PAS lah yang paling hadapan tetapi dalam isu kesucian Islam di mana PAS?

Anak Perelih said...

sebab NGO yang anjur majlis di GMDU tu adalah condong terhadap UMNO/BN.. MAjlis Aids Malaysia... http://my.news.yahoo.com/ex-top-cop-zaman-khan-shoots-down-jais-060958141.html

siapa dibelakang majlis Aids Malaysia ni..?? http://www.mac.org.my

Rosmah sendiri pun bagi prakata untuk annual report MAC ni... http://www.mac.org.my/v2/wp-content/uploads/attachment/annual09.pdf

Anonymous said...

Salam..saya merasakan ini semua kerana matlamat perjuangan telah berubah..dari hendak mewujudkan sebuah negara islam...dah jd pd..TUMBANGKAN BN..so..apa jd pun..walupun kesilapan PAS,PKR or DAP..BN akan disalahkan dgn alasan..BN dibelakang..persoalan..JAIS bawah siapa?..Datuk Hassan ALi bawah siapa..Arahan dtg dr siapa?...ingatkan..PAS pasti akan dikorban oleh DAP untuk mencapai matlamatnya..dan semasa PAS sedar..semuanya sudah tiada...

Umat Muhammad said...

Harun Din adalah Pemimpin dan Ulama' Islam Sejati......

Hok lain hanya pemimpin dan ulamak untuk UNDI.....

Janji Allah ITU BENAR!!

Kesian pd pengikut PAS yg taksub ikut pemimpin mereka brpikir guna kepala lutut.. tak guna akal dah setaraf mcm binatang...


Ustaz Haron Din / Hassan Ali tolonglah tarbiyahkan mereka-mereka yg rugi ini.

Anonymous said...

Undi anda lebih penting!

Anonymous said...

anakperelih hang jangan timbulkan syak wasangka atau spekulasi pulak,nanti jadi fitnah pulak.Fitnah tu lebih dahsyat daripada membunuh.

Anonymous said...

Anak Perlih, masyaallah.. kenapalah saudara membutakan mata dan menganggap semua pekara adalah politik. Berpada-padalah.


jamilisa

Anonymous said...

Anak Perelih @ Anak Haram

Ini isu murtad bukan isu BERSIH. Kenapa tak tengok siapa di belakang BERSIH plak?

Anonymous said...

Saya dari kecil sokong pas. naik motor dengan ayah, dengar ceramah pas merata2.

pegi ke US join pula gerakan pelajar pas. usrah dan macam macam.

Balik malaysia dah 3 pru, semuanya undi pas. DAP pun saya pangkah sebab benci sangat ke BN.

Tiba2 bila timbul isu yg jelas langgar akidah, PAS pilih untuk menikus.

PAS menekankan amal makruf nahi mungkar. sampai Lim Guan Eng pun plagiarise slogan ni. Memurtadkan orang islam ialah kemungkaran terbesar. Kenapa tak pakai prinsip nahi mungkar ni dan bersama dengan JAIS?

Saya respect DAP kerana konsisten dengan perjuangan malaysian malaysia. tapi saya sedih kerana PAS kini menjadi alas kaki masuk tandas kepada karpal singh dan kit siang.

ahmad albab