Friday, April 12, 2013

Skandal Seks PAS: Yang Seorang Lagi


Dalam artikel sebelum ini, Tukang Screw ada menyatakan wanita itu melayan 2 orang pemimpin tertinggi PAS. 

Terkejut bukan!


Dia Akan Bertanding.

Wanita ini melayan 2 orang pemimpin PAS. Persoalannya, siapakah yang menaja?

Jika dikaji, pemimpin atas PAS yang rapat dan pro Anwar ada beberapa nama. Bermula dengan hierarki tertinggi ditolak dengan Presiden PAS. Nama-nama yang pro Anwar antaranya Mat Sabu [Timbalan Presiden], Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Puduraya [Naib Presiden]. Kemudian Mustapa Ali [Setiausaha]. Selain itu, Kamaruddin Jaafar juga rapat dengan Anwar.

Kamaruddin Jaafar, manusia yang kaya raya dengan bantuan Anwar pernah dalam gerakannya untuk menaiki hierarki kepimpinan PAS. Untuk pergi sehingga Naib Presiden idahnya belum sampai tetapi jika menjadi Setiausaha Agung sudah cukup untuk memenuhi resume kerjayanya.

Tukang Screw tidak berniat untuk bermain magis dan silap mata untuk berteka teki siapakan seorang lagi yang tertangkap aksi ranjangnya tetapi Tukang Screw boleh mengagak bahawa penaja itu adalah orang luar dari PAS.

Jika Anwar adalah penajanya boleh diagak ianya datang dari DAP. Ironinya, ini adalah cara untuk mengawal PAS dengan sejata ampuh ini.

Umum sudah sedia maklum, PKR mempunyai history dalam aksi ranjang ini. Anwar dan Azmin sudah didedahkan. Pendedahan dulu sudah cukup membuatkan PAS mahu keluar dari bersenggama bersama PKR dan DAP. Aksi 'threesome' mereka sudah terbitkan ketidakpuasan hati segelintir pemimpin PAS.

Jika dilihat dalam video itu terserlah kemesraan pemimpin itu dengan wanita tersebut. Seolah-olah antara mereka sudah kenal lama dan kerap bersama. Tetapi kelibat pemimpin itu mengambil wang sudah memusatkan keyakinan wanita itu hanya pemuas nafsu pemimpin itu.

Dalam artikel sebelum ini, Tukang Screw ada menulis bakal YB ini selalu diketawakan oleh pemain media pro-kerajaan. YB itu memang melucukan.

Husam Baling Batu

Lihat bagaimana mudahnya Husam Musa menyalahkan orang lain. Langsung tidak beretika dan konkrit menyatakan komen. Tukang Screw tahu Husam Musa dicalonkan untuk bertanding di Putrajaya tetapi peringkat tertinggi PAS sudah membayangkan Mustapa Ali untuk dicalonkan disitu.

Tetapi dalam PAS menentang Husam Musa ibarat menyerah tengkuk untuk disembelih. Kekuatan jentera dan sokongan kewangan tanpa terhad adalah resepi Husam untuk mendaki hierarki politik. Mungkin Husam juga tertangkap aksi ranjangnya. Wallahualam.

Tiada Yang Mustahil

Zaman kini tiada perkara yang mustahil, Rosmah Mansor yang besar itu dan tersiarnya gambar beliau bersama anak-anak yatim di satu majlis boleh dipercayai umum akan kisah fantasi pembunuhan altantuya. Gambar superimpose PM yang dibuat Tian Chua untuk lengkapkan 'storyboard' kisah altantuya juga dijaja dan diterima walaupun si pembuat gambar itu sudah menyatakan satu fitnah terhadap PM.

Tiada yang mustahil hari ini. Jika dulu PAS berjuang untuk melelong Putrajaya kononnya 1 projek membazir Tun M kini mereka pula yang berlumba-lumba dan gila isin kepingin Putrajaya.

Skandal seks PAS sudah menjadi sejarah. Bahkan, tersiarnya video itu bakal ahli parlimen seorang lagi sudah kalut menanti pendedahan yang seterusnya. Masakan tidak merasa takut, karenah isteri, anak-anak, sahabat handai dan kepimpinan sudah terbit jika benar kisah ranjang ahli parlimen itu tersiar.

Ini bukan perkara main-main, ini soal pokok perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara islam yang berdaulat. Jika mahu berjihad menentang nafsu pun kecundang bagaimana mahu tegakkan bendera fisabillah di bumi bertuah ini.

Tukang Screw mengetahui siapa ahli parlimen itu. Bahkan, maklumat itu juga mengejutkan. YB itu sedang melangkah dengan berhati-hati. Menunjuk muka dengan mood bersalah pasti akan mengundang pertanyaan.

Tukang Screw ingin sekali menyatakan dalam dunia hari ini tiada perkara yang mustahil. Orang PAS dengan lagak maksum juga akan tewas dengan wang dan perempuan. Itu sudah pasti.


Skandal Seks PAS: Bukan Seorang Tetapi Ada 2


Setelah tersebarnya video seks babitkan pemimpin PAS, Tukang Screw menyelongkar kembali diari tahun lepas mengenai beberapa maklumat yang disampaikan oleh 'networking' Tukang Screw. 

Sebelum itu, Tukang Screw ingin peringatkan bahawa skandal seks yang berlingkar dalam politik hari ini sudah menjadi senjata ampuh orang politik. Stigma ini ada kebenaran kerana mula-mula tercetusnya ugutan seksual sebegini sudah berlaku kira-kira 15 tahun dulu.

Masih ingat dengan skandal seks DP. Vijendran? Kemudian meletup dengan skandal seks songsang Anwar Ibrahim dikuti dengan Chua Soi Lek. Ini antara rentetan skandal seks orang politik yang pernah mewarnai sejarah politik moden negara.

Berbalik kepada skandal seks orang PAS. 

Tukang Screw ingin sekali peringat bahawa tidak semestinya alim warak hafal Al-Quran mampu mengelakkan diri daripada terjebak dengan 'manifesto syaitan' menafikan kehendak diri. Nafsu syaitan ini adalah perkara yang paling kuat untuk berjihad. 

Serban, tasbih dan kehebatan membaca doa mandi junub bukanlah tiket untuk menonjolkan diri mengaburi mata rakyat akan kemuliaan diri sendiri.

1 Wanita Tapi 2 Orang Pakai

Berita ini sangat mengejutkan Tukang Screw. Apa yang dikhabarkan wanita yang tersiar dalam video itu bukanlah melayan seorang pemimpin PAS tetapi adegan ranjang itu sebenarnya secara bergilir di waktu yang berlainan tetapi lokasi yang sama!

Mudah kata, wanita yang dikhabarkan benama **T* itu melayan 2 orang pemimpin PAS. Seorang yang tertangkap dalam video ini dan seorang lagi bakal bertanding sebagai ahli parlimen di utara tanah air.

Kita lupakan seketika lagenda Puduraya. Kisahnya belum lagi habis. Belum lagi hanya masa yang sesuai untuk didedahkan.

Mengikut cerita dari sumber Tukang Screw bakal ahli parlimen itu orangnya amat lantang di peringkat nasional. Kebolehan dan kehebatannya amat memukau penyokong taksub tetapi dalam atmosfera blog bakal ahli parlimen itu selalu diketawakan pemain media baru. 

Siapa orang itu? Tukang Screw akan ceritakan nanti.....


Screwkuat Kembali


Agak lama Tukang Screw tidak update blog. 

 Apa pun Tukang Screw tersenyum bila kecoh dalam atmosfera blog mengenai kecurangan seorang suami terhadap isterinya. Ya, itu mengenai kecurangan seorang pemimpin tertinggi PAS yang tertangkap aksi ranjang bersama seorang wanita. 

 Semua orang terkejut, apatah lagi pemimpin tersebut diketahui berada dalam saf parti islam yang kononnya memperjuangkan syiar islam. Itu kata mereka. Ingin sekali Tukang Screw untuk menarik perhatian. 

Sebelum ini pernah ditulis dalam blog ini mengenai seorang pemimpin PAS yang bermadu kasih disebuah hotel di Kuala Lumpur. Habis lokasi dan identiti wanita itu didedahkan. Mengelupur pemimpin itu kerana rahsia kecurangannya diketahui. Rasanya tak perlulah ditulis lagi nama itu kerana sudah ada gelaran yang diberikan rakyat terhadapnya. 

 Jangan kita lupa kisah Puduraya. 

 Kehadiran Tukang Screw untuk mewarnai blogsfera ini kerana tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Sementalah, pilihanraya makin mendekat. Dengan ketaksuban untuk mendapatkan keenakan duniawi makin menggila parti islam kita berpolitik. 

 Tukang Screw akan kembali untuk dedahkan lagi beberapa siri mengenai hal video seks yang terbaru ini.

Tuesday, April 3, 2012

SYURGA PEMIMPIN PAS DI KUALA LUMPUR?

Maaf, agak lama tidak update sebarang isu dalam blog ini. Ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan mutakhir ini. Satu petang di cafe Starbuck Jalan Imbi Kuala Lumpur pada penghujung Mac, Tukang Screw ada berjumpa seorang lelaki Cina itupun atas cadangan teman dari selatan Terengganu. Pada awalnya Tukang Screw agak keberatan berjumpa lelaki Cina tersebut kerana kesuntukan masa di Kuala Lumpur. Setelah berjumpa di tempat dan masa yang telah ditetapkan rakan Tukang Screw, datang seorang lelaki Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr.P.

"Haiya Ustaz, gua sudah lama mau cerita ini hal, tapi gua tak tau dengan sapa mau cerita". Ooooppppssss, mesti ada perkara yang mampu "memecah panggung" yang akan diceritakan lelaki Cina itu. Teman Tukang Screw dari selatan Terengganu tersenyum sinis. Pasti banyak makna tersirat dari cara senyumannya itu. Maka Tukang Screw dengan tekunnya mendengar cerita lelaki Cina itu dengan penuh debaran.....

Setelah selesai bercerita, Mr.P melahirkan reaksi spontannya. "Gua bisnes bisnes juga ma, tapi ini orang banyak busuk. Dalam paper dalam TV cerita lain, dalam hotel buat lain. Haiyaaaaa, banyak malu lu punya agama sama tuhan Allah". Nauzubillah cetus Tukang Screw.




Ikuti sambungan selanjutnya

Tuesday, February 14, 2012

SAH! DIN PUDURAYA AKAN BERTANDING DI JOHOR

Angin-angin dari selatan yang terus bertiup sepoi-sepoi makin menambah keresahan hati. Ramai yang gundah gulana menghirup angin itu yang terus menusuk ke tulang hitam dan paru-paru. Angin itu bercampur bau ekzos bas dan teksi yang saban masa singgah di Hentian Puduraya.

Selesai menghirup sisa-sisa terakhir asam pedas Parit Raja yang amat mahsyur di hati peminat asam pedas yang sebenarnya keliru yang mana satu asam pedas sebenar, Tukang Screw didatangi rakan-rakan lama dalam ABIM dahulu yang memohon jutaan maaf atas kelewatan mereka dan sebagai balasan mereka sudi membayar bil asam pedas Tukang Screw dan rombongan. Alhamdulillah, itulah hikmat lewat. "Maaf Syeikh, ana baru selesai mesyuarat di Markas PAS Simpang Renggam tadi. Banyak yang kita bincangkan tentang bakal calon PRU nanti. Nampak gaya makin banyak bendera hijau akan berkibar di bumi UMNO dilahirkan ini". Kata teman baik Tukang Screw yang sama-sama berjuang dalam ABIM suatu ketika dahulu dengan nada penuh teruja.

"Bagaimana dengan sahabat kita YB Salahuddin? Ana dengar nak bertanding di Johor?" Satu soalan sinis tiba-tiba terpacul dari mulut Tukang Screw. "Hahahahahahaha, YB Din Pudu kita dah tetapkan dalam mesyuarat tadi akan bertanding di Johor juga. Jemaah Johor dah setuju eloklah dia bertanding di Johor sahaja dan bukan di Titiwangsa." Jawapan spontan dari salah seorang rakan kepada rakan Tukang Screw yang dinamakan A sahaja." Kan elok kalau dia bertanding di Titiwangsa sahaja, banyak sokongan di sana." Celah salah seorang dari kami. "MasyaAllah, satu Malaya dah panggil dia Din Puduraya, kalau bertanding kat sana memang naya". Jawab A. "Apa yang nayanya?" Soal Tukang Screw. "Nanti makin bersambunglag skandal Din Puduraya kat situ nanti, penat kita nak mendengar skandal tu nanti, hahahahahahaha". Disambut dengan deraian ketawa kami.

Jadi yang pastinya, Din Pudu akan bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Puteri Wangsa. Itulah percaturan PAS Johor dalam menentukan survival mereka menawan Johor. Kebarangkalian Din Puduraya untuk jadi MB Johor pertama juga cerah jika PR berjaya menawan Johor nanti. Bagi menarik sokongan pengundi bukan Islam, PAS johor juga telah menetapkan Kumutha a/p Raman sebagai calon di DUN TIRAM menggunakan lambang PAS. Tahniah PAS. Sebenarnya banyak perkara yang disembangkan kami sepanjang pertemuan tersebut. Malas Tukang Screw nak dedahkan perancangan PAS. Yang pasti Din pudu akan bertanding di Johor, itupun kalau PAS Pusat luluskan.

Selamat memasuki gelanggang YB. Tengoklah apa yang menunggu nanti.

SIAPA ZARINA DI HATI YB?

Pada bab pertama Tukang Screw ada menyatakan kisah seorang YB yang dipaksa mengahwini seorang wanita selepas ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah kenderaan di sebuah pusat rekreasi di Kuala Krai. Tukang Screw ada menemui beberapa penduduk tempatan yang terlibat dalam insiden tersebut dan telah memberitahu bahawa insiden tersebut berlaku dalam sebuah kenderaan Pajero bernombor pendaftaran WF_ 9019. Apa yang membuatkan penduduk terlibat berasa curiga kerana waktu tersebut telah menghampiri waktu Maghrib dan Pajero tersebut bergoyang tanpa sebab walaupun tiada gempa bumi berlaku. Kerana mengesyaki kemungkinan perkara tidak diingini berlaku maka penduduk berkenaan telah menuju ke kenderaan tersebut dan mendapati YB dan pasangannya berada dalam kenderaan tersebut. Di sini Tukang Screw ingin nyatakan bahawa tidak berlaku sebarang perlakuan tidak diingini hanya mereka berdua-duaan tanpa kehadiran orang ketiga dan kalau ada orang ketiga ialah SYAITAN! Dalam keadaan tersebut walaupun apa alasan baik yang diberikan pasti akan menimbulkan fitnah.
Perkara tersebut diketahui oleh bapa saudara pasangan wanita YB tersebut yang bernama Ismail. Ismail telah berjumpa YB tersebut dan mendesak supaya mengahwini anak buahnya atau beliau akan mendedahkan perkara tersebut kepada umum. Berita tentang kejadian ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan isteri YB bernama Fatimah yang mengambil inisiatif berjumpa sendiri bapa wanita tersebut bagi urusan pernikahan suami kesayangannya yang telah membuat onar di belakangnya. Akhirnya pasangan khalwat ini bernikah dengan diwalikan oleh bapa wanita itu sendiri itupun diadakan di luar mukim. Selamat berbahagia YB, selain menjaga isteri kedua jangan lupa jaga kawasan. Perkara baik sebegini perlu diumumkan dan Tukang Screw cadangkan supaya YB mengadakan kenduri bagi meraikan perkahwinan kedua ini supaya tidak timbul fitnah. Tukang Screw juga sentiasa menunggu kad jemputan daripada YB Arifabillah@Mohd Asri Ibrahim. Benda baik jangan nak dimalukan ye.

Wassalam

Thursday, February 9, 2012

VCD OMBAK RINDU: DIN PUDURAYA


Sesuatu yang memeranjat dan menjengkelkan apabila YB Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian berhajat untuk bertanding di Johor bagi merealisasikan hajatnya menjadi Menteri Besar Johor pertama dari PAS dalam sejarah Johor seterusnya bolehlah dimasukkan namanya dalam buku Pengukir Sejarah Johor. YB kene ingat Johor adalah bumi Selempang Merah yang penuh sejarah kepahlawanan menentang komunis Bintang Tiga manakan boleh menerima parti yang bersekongkol dengan DAP yang menyokong agenda komunis. Terperanjat dengan berita bakal Menteri Besar Johor 'in making', Dato Mustafa Ali memberi komen bahawa calon PAS bagi PRU 13 masih belum muktamad.
Apa yang Tukang Screw hendak nasihatkan kepada YB eloklah jangan bertanding mana-mana kerusi pun di Malaysia ini bagi menjaga maruah dan kehormatan YB. Nasihat ini ikhlas dari saudara seagama kerana musuh-musuh politik YB sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan reputasi dan imej YB dengan cara yang paling hina. Jangan sampai sejarah Dato' Seri Anwar dengan video China Doll nya berulang kembali. Tukang Screw baru sahaja menerima satu salinan VCD bertajuk "Ombak Rindu Din Puduraya" yang cover hadapannya memaparkan salah sebuah hotel berhampiran Hentian Puduraya. Setelah meneliti VCD tersebut Tukang Screw tidak mampu memberi sebarang komen kerana bakal menimbulkan fitnah. Eloklah disimpan sahaja untuk tatapan anak cucu di masa mendatang bahawa inilah Menteri Besar Johor yang kamu lihat sebenarnya.
Tukang Screw yakin VCD ini telah dicetak dengan banyaknya dan siap sedia untuk diedarkan menjelang PRU 13 akan datang. Mungkin YB rasakan VCD ini tidak wujud tetapi nasihat Tukang Screw bersiap sedialah kerana politik ini ada masa pasang surut dan turun naiknya. Kalau masih meneruskan hasrat untuk bertanding eloklah jika YB bersihkan nama YB dahulu dan bersumpah laknat bahawa YB memang tidak ada sebarang skandal atau hubungan terlarang dengan sebarang wanita. Akhir kalam, kalau takut dilanda badai jangan berumah di tepi pantai.

Wallahualam.

Tuesday, January 31, 2012

ADUN PAS DITANGKAP KHALWAT?

Alhamdulillah akhirnya selesai juga Tukang Screw berkelana ke Kemboja dan Vietnam melawat saudar-saudara seIslam yang sentiasa bersyukur dengan segala rahmat Allah walaupun amat sukar mentauhidkanNya di negara yang tidak mengamalkan Islam. Kita yang hidup di Malaysia wajar melihat nasib saudara seagama kita di sana sebagai renungan bersama kerana kehidupan di Malaysia bagi saudara kita di sana terlalu mewah dan amat mudah beramal saleh.
Sekembalinya Tukang Screw pada minggu lepas sempat juga singgah sehari dua bertemu kawan-kawan lama di Kelantan yang pada Tukang Screw amat mudah dan praktikal gaya hidupnya tidak seperti di Kuala Lumpur. Apa yang menarik yang ingin dikongsikan Tukang Screw tentang kisah khalwat melibatkan salah seorang ADUN di KELANTAN yang diceritakan oleh rakan-rakan Tukang Screw yang hidup dan matinya di dalam PAS. Sempat juga beliau mengajak Tukang Screw kembali berjuang bersama PAS tetapi ditolak secara baik.
Ceritanya berlaku sekitar bulan Jun 2011 di kawasan rekreasi Lata Kertas Stong apabila seorang ADUN PAS ditangkap khalwat kerana berdua-duaan di dalam kenderaan Pajero oleh penduduk kampung yang amat mencurigai tingkah laku mereka. Berita penangkapan ADUn dan pasangannya itu sampai ke pengetahuan pakcik kepada pasangan ADUN tersebut yang juga ibu tunggal yang telah berjumpa dan mendesak ADUN tersebut mengahwini wanita tersebut. Wanita tersebut yang juga ahli PAS tempatan dikatakan telah lama mengenali ADUN tersebut.
Pada sekitar penghujung Julai 2011, isteri kepada ADUN tersebut telah pergi ke rumah wanita tersebut di Kg Kuala Geris, Dabong untuk berbincang dengan wanita tersebut di mana beberapa syarat telah ditetapkan oleh bapa wanita tersebut. Antara syarat yang ditetapkan ialah:
a. Menanggung kos malu yang bakal dihadapi keluarga wanita tersebut yang telah menjalankan hubungan sulit dengan ADUN berkenaan sejak awal tahun 2011
b. Menanggung nafkah wanita tersebut dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah
c. Mengahwini wanita tersebut secara sah di luar kawasan tanpa pengetahuan umum
Selepas perbincangan tersebut, wanita itu telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menutup isu tersebut selain mengelakkan daripada isu ini terus diperkatakan orang.
Kedua-dua pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan di luar kawasan pada bulan Oktober 2011 dengan diwalikan ayah wanita itu sendiri. Bagaimanapun mereka tidak hidup sebumbung dan hanya berjumpa di luar kawasan seperti di Gua Musang dan berhubung melalui telefon bimbit sahaja. ADUN tersebut sehingga sekarang masih menafikan cerita tersebut walaupun telah disiarkan dalam beberapa blog. ADUN tersebut juga pernah ditanyakan tentang isu tersebut oleh akhbar Sinar Harian pada bulan November lepas dan terus menafikannya.
Mungkin kisah yang disampaikan ini berunsur fitnah untuk menjatuhkan imej ADUN tersebut, maklumlah PRU pun hampir dekat. Rakan-rakan Tukang Screw di sekitar Dabong telah diminta Tukang Screw untuk mengesahkan cerita tersebut. Tanpa sebarang penafian mereka telah membawa Tukang Screw berjumpa bapa kepada wanita tersebut yang tinggal di Kuala Geris, Dabong untuk penjelasan lanjut. Ya, memang beliau mengakuinya dan berasa amat kecewa dengan sikap dan contoh yang telah ditunjukkan oleh ADUN tersebut. Kebelakangan ini banyak aktiviti parti yang diadakan di sana kurang mendapat sambutan dan ADUN tersebut juga makin jarang turun padang kerana malu dengan tingkah lakunya sendiri. Moral daripada kisah ini, manusia tidak sempurna dan punyai nafsu. Hanya akal dan iman yang mampu mencegah kita daripada melakukan maksiat ini. Hari ini kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita lebih islam daripada orang lain kerana ujian Allah kepada orang-orang yang beriman adalah benar. Wallahualam.

Tamat Bab 1

Friday, November 4, 2011

DEWAN PEMUDA PAS BATAL DEMO ANTI SEKSUALITI MERDEKA?


Tukang Screw sukar nak faham sebenarnya pendirian Dewan Pemuda PAS dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama dan moral. Penuh dengan pelbagai alasan yang menghalal, mengharam, mengharus dan akhirnya membatalkan. Rasa bersyukur dan gembira bilamana DPP yang pernah dianggotai Tukang Screw menyokong tindakan polis membatalkan program mempromosi seks bebas sekali gus membantah penganjuran program tersebut. Inilah tanggungjawab sosial dan agama yang perlu diangkat oleh DPP dan bukan hanya isu politik. Sebagai melahirkan bantahan tersebut DPP Pusat akan mengadakan demonstrasi bantahan serentak di masjid-masjid terpilih seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini. Di Kuala Lumpur sepertimana biasa bakal diadakan di Masjid Jamek kg. Baru dan Masjid Negara. Lama juga tak berdemo, inilah masanya yang sesuai bagi tukang Screw turut sama turun padang.

Tiba-tiba Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha DPP Pusat mengumumkan semua demo yang dirancang sebelum ini dibatalkan atas alasan pihak polis telahpun mengambil tindakan. Apa sudah jadi dengan semangat jihad fisabilillah DPP bagi mempertahankan kesucian Islam? Adakah kerana penganjur program itu teman tidur sebantal PAS? Teman seperjuangan PAS yang cuba menolak kerajaan? Atau teman yang sama-sama akan menemani PAS erjun ke neraka jahanam nanti? Mengapa semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 yang telahpun diambil tindakan oleh polis, PAS tetap meneruskan perhimpunan tersebut? Mungkin BERSIH 2.0 mampu menjatuhkan kerajaan tetapi Seksualiti Merdeka tidak, malah memberi ruang kepada rakan-rakan seperjuangan yang diketuai Ambiga mempromosi budaya seks terlarang yang amat ditegah dalam Islam dan budaya hidup masyarakat Timur. Mengapa DPP beriya-iya membantah konsert seorang artis gay Barat yang bakal mengadakan konsertnya di Arena All Star?

Apapun Tukang Screw lihat Khairul Faizi Ahmad Kamil memang tak ade TELUR dalam isu ini. Kalau isu melibatkan pengundi hantu dialah yang kedepan bersama ahli sejarah PAS, Suhaizan Kaiat kerana isu tersebut mampu memberi peluang kepada PAS memperoleh kuasa politik dan membuka lebih besar pintu neraka untuk kalian. Ingatlah, dengan pepmperjuang dan mempertahan kesucian agama memberi undi yang kita kehendaki di Padang Mahsyar nanti. Wallahualam.

Thursday, November 3, 2011

PAS NEGERI SEMBILAN BERMASALAH?



Sejak Mohd Taufik Abd Ghani menggantikan Zulkifly Mohd Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejurus selepas Muktamar Agong PAS 2011 selesai, pelbagai masalah dalaman parti tersebut mula terungkai. Tukang Screw difahamkan masalah ini merupakan masalah lama berpunca daripada masalah PAS Kawasan Seremban yang berlarutan sehingga kini. Alkisah, selepas sahaja dilantik sebagai PJ, Taufik mula menyingkirkan kroni-kroni Zulkifly yang dilihat tidak seiring nada rentak tarinya. Sehingga sekarang wujud dua kem dalam PAS NS yang saling cuba jatuh menjatuhkan, perkara ini dijelaskan oleh beberapa orang kuat PAS kawasan Jelebu kepada Tukang Screw baru-baru ini. Mereka juga saling sabotaj mensabotaj aktiviti anjuran PAS kawasan dan negeri.
Terbaru, surat bantahan kepada Hanipa Maidin oleh PAS Kawasan Seremban supaya tidak hadir ke majlis ceramah di Seremban pada 7 Oktober lepas. Bantahan dibuat atas alasan Zulkifly Omar tidak menghormati dan tidak berbincang dengan YDP PAS Kawasan Seremban. Zulkifly Omar juga dituduh sering membelakangkan YDP PAS Kawasan dalam tindak tanduknya sebagai AJK PAS Pusat.
Di pihak pro Zulkifly Omar pula lain pula ceritanya, surat tohmahan kepada Taufik Ghani telah dihantar terus kepada Presiden PAS menceritakan keburukan PJ PAS baru NS. Antara tohmahan yang dibuat ialah:-
a. Taufik gagal menyiapkan bangunan PAS NS kerana terlalu asyik dengan kerja-kerja pilihan raya
b. Taufik juga telah bertindak menyerahkan DUN-DUN yang selama ini ditandingi PAS kepada PKR
c. Taufik juga mencantas dan membuang pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sealiran dengannya walaupun mereka telah banyak berjasa kepada parti.
d. Taufik menggunakan laman Facebooknya untuk menjatuhkan pemimpin PAS NS yang tidak disenanginya
e. Meletakkan bakal-bakal calon pilihannya sendiri
f. Berhutang sebanyak RM 1000 kepada Hassan Md Taha bagi membeli buku keputusan PRU Ke-12
g. Menyeleweng duit hasil jualan T-Shirt BERSIH 2.0

Sebagai tindakbalas, Taufik Ghani akan meletakkan calon PAS selain Zulkifly Mohd Omar bagi menutup pengaruhnya yang akan menjejaskan kepimpinan beliau menerajui PAS NS. Dari maklumat yang Tukang Screw terima, ramai YDP PAS Kawasan di Negeri Sembilan tidak menyokong Taufik yang dilihat lebih megejar jawatan daripada berkhidmat kepada parti dan masyarakat. Sembang-sembang dengan kawan-kawan di Seremban dengan jelas mengatakan tidak kepada Taufik Ghani yang diibaratkan sebagai "kaduk naik junjung". Apapun, Taufik boleh mula melupakan hasrat menawan beberapa DUN lagi dan 3 parlimen yang disasarkan PAS Pusat kerana Tukang Screw percaya, penyokong dan ahli PAS NS sendiri yang akan mensabotaj anda. Jangan salahkan mana-mana pihak jika kamu gagal melaksanakan amanah.

Tuesday, October 11, 2011

ISU JAIS-GMDU-MENJUNJUNG KASIH TUANKU



Alhamdulillah, akhirnya isu tindakan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos lalu dapat diselesaikan. Menjunjung kasih Tuanku Sultan Selangor kerana keprihatinan baginda terhadap isu umat Islam di Selangor yang terlalu kerap dipolitikkan. Kepada pihak-pihak yang terlalu lama "bermain onar" dalam usaha memurtadkan umat Islam baik di Selangor atau mana-mana negeri, Tukang Screw ingatkan berpeganglah kepada pepatah Melayu ini "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung" bermaksud hormatilah undang-undang yang telah ditetapkan.
Dalam isu ini, baginda melahirkan rasa tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor. Dalam hal ini JAIS tidak dapat membuat tindakan perundangan terhadap GMDU ataupun 12 individu Islam yang terlibat kerana hanya 3 daripada 12 sahaja yang memberi kerjasama dalam memberi keterangan ketika dipanggil JAIS. Apa yang Tukang Screw kesalkan ialah penglibatan beberapa ahli politik dari DAP dan PAS selain peguam-peguam pro Pakatan Rakyat yang berusaha menutup usaha memurtadkan atau memesongkan akidah umat Islam terlibat. Mereka jugalah yang menasihatkan supaya tidak memberi sebarang keterangan semasa dipanggil JAIS di samping disediakan peguam. Pada hemat Tukang Screw sekiranya tidak berlaku sebarang usaha memesongkan akidah umat Islam maka tidak perlulah Teresa Kok dan Annou Xavier takutkan tindakan JAIS ini. Berani kerana benar, takut kerana salah. Apapun Tukang Screw ucapkan syabas kepada Teresa dan Annou kerana berjaya melindungi usaha memurtadkan umat Islam yang "mereka sendiri ketahui dan sedia maklum". Insya Allah Tukang Screw akan dedahkan beberapa lagi gereja yang turut menjalankan kegiatan yang sama kepada pihak JAIS untuk tindakan selanjutnya dan apa peranan Annou dan Teresa dalam hal ini. Sebenarnya ramai lagi pemimpin PR yang terlibat dalam usaha memurtadkan umat Islam, biarlah laporan yang bakal menyusul ini diperhalusi oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri berkaitan untuk tindakan seterusnya.
Kalau rakan-rakan baca mengikut kronologi posting Tukang Screw tentang isu ini pasti akan tergambar dan terbayang kesudahan tindakan JAIS ini. Dan tanpa berselindung, selain motif politik DAP juga cuba menyambung usaha-usaha negara Kristian menjajah Asia Tenggara suatu masa dahulu dengan membawa slogan 3G; Gold, Gospel, Glory!Sekarang baru Tukang Screw faham kenapa Teresa Kok cukup risau jika Undang-Undang Hudud dilaksanakan!
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.Mungkin DAP berasa mereka boleh buat apa sahaja di negara ini kerana akan dipertahankan oleh rakan-rakan lain dalam PR. Harus diingat, sarang tebuan jangan dijolok. Isu murtad dan isu agama Islam adalah isu yang sensitif dan jangan cabar kesabaran umat Islam negara ini.

Tuesday, October 4, 2011

MOHD SABU AKAN BERTANDING DIKEDAH?


Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS secara terbuka sedang mengatur "orang-orangnya" di Kedah bagi membuat penilaian dan perancangan bagi bertanding salah satu kawasan Parlimen di Kedah. Mohd Sabu melihat peluangnya untuk bergelar Ahli Parlimen pada PRU Ke-13 lebih cerah jika bertanding di negeri Jelapang Padi itu. Dalam memastikan kejayaan perancangannya itu, beliau telah merancang strategi yang perlu bersama beberapa orang ADUN PAS KEDAH dan orang kuat Badan Perhubungan PAS Kedah yang amat dikenali Tukang Screw. Khabarnya dua kawasan parlimen yang disasarkan ialah Pendang dan Kuala Kedah.
Antara strategi yang telah disusun rapi Mohd Sabu dan ejen-ejen yang berselindung di Pejabat Menteri Besar ialah menghentam kredibiliti Azizan Razak dengan tohmahan gagal mentadbir dan mengurus sumber negeri selain masalah rasuah yang berleluasa. Turut dipertikaikan ialah masalah kesihatan Azizan Razak yang tidak kondusif untuk mentadbir negeri. Banyak maklumat hasil negeri dari Pejabat Menteri Besar telah diperolehi ejen-ejen Mohd Sabu yang dilihat tidak tahan dengan kerenah Azizan Razak mentadbir dengan harapan jika Mohd Sabu bertapak semula di Kedah, jawatan Menteri Besar akan berpindah tangan.
Selain menggunakan ejen-ejen di pejabat Menteri Besar, Mohd Sabu juga telah bertemu Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kg. Tualang, Pokok Sena bagi mengatur strategi menarik sokongan pengundi di dua kawasan parlimen yang dihajatinya. Apapun strateginya Tukang Screw ucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Sabu dan pastinya lebih meriah sidang Dewan Rakyat jika Mohd Sabu turut ada.

Wednesday, September 14, 2011

GEMPAR: ISU MAT INDERA, "KNOCK OUT" UNTUK PAS!

Alhamdulillah, Tukang Screw selesai berjumpa beberapa individu untuk mendapatkan beberapa perkara penting sebagai bukti bahawa Mohd Sabu dan Suhaizan Kaiat termasuk beberapa pemimpin PAS banyak menipu dan "menegakkan benang yang basah" dalam isu Mat Indera ini. Selain itu Tukang Screw juga akan dedahkan konspirasi PAS bersama beberapa individu untuk menyokong Mohd Sabu menangani isu ini. Ramai juga yang akan kena "screw" hari ini!

PANAS: USAHA MOHD SABU DAN SUHAIZAN KAIAT UNTUK PERTAHANKAN MAT INDERA!

Mohd Sabu dan Suhaizan Kaiat (Ahli Sejarah PAS) diberitakan sedang huru-hara untuk menutup kemaluan mereka dalam usaha mempertahankan kenyataan bahawa Mat Indera dan kumpulan yang diketuainya menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN. Harakahdaily yang sentiasa menyiarkan kenyataan dan artikel tak bertanggungjawab selama ini pun turut tertekan. Semalam pihak polis telahpun mengambil keterangan daripada dua editor Harakahdaily yang menyiarkan artikel bertajuk "Mat Indera: UMNO Guris Hati Rakyat" yang disiarkan pada 5 Sepetember lalu. Antara lain dalam artikel tersebut memetik kenyataan Suhaizan Kaiat (Ahli Sejarah PAS) sebagai berkata; "UMNO perlu berhati-hati dalam membuat ulasan tentang peristiwa di Bukit Kepong pada tahun 1950 kerana rakyat Johor tersinggung apabila UMNO menyifatkan Mat Indera sebagai pengkhianat negara". Soalan kepada Suhaizan Kaiat: Berapa ramai rakyat Johor yang tersinggung dengan UMNO? Berapa ramai pula rakyat Johor dan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan Mohd Sabu? Berapa ramai pula yang tersinggung dengan penipuan dan penyamaran Suhaizan Kaiat sebagai Ahli Sejarah?


Sabtu lepas Tukang Screw berkesempatan berjumpa dengan Md. Johan Shah bin Indera iaitu adik bongsu kepada Mat Indera (seibu sebapa) yang kini telahpun berumur 73 tahun dan merupakan pesara Majlis Daerah Yong Peng di satu lokasi yang dirahsiakan. Dalam pertemuan tersebut, Johan Shah melahirkan rasa terkilan kenapa Mohd Sabu cuba menghidupkan semula sejarah lama Mat Indera yang jelas diketahui rakyat Johor turut berjuang bersama komunis dan menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 di mana beliau pada waktu itu berumur 12 tahun. Selepas serangan tersebut, beliau bersama 3 lagi adiknya yang berlainan ibu telah mengikuti ayahnya ke Singapura kerana dibuang daerah oleh British ekoran penglibatan Mat Indera dalam serangan tersebut. Bagaimanapun pada tahun 1956 beliau kembali semula ke Peserai, Batu Pahat dan membuat kerja-kerja kampung sebelum bekerja sebagai buruh am di Majlis Daerah Yong Peng sebelum bersara pada tahun 1993. Bagi membuktikan bahawa beliau dan keluarga tidak menyokong perjuangan Mat Indera, Johan Shah telah menyertai Home Guard pada tahun 1956 bagi membantu pasukan keselamatan mengawal keselamatan penduduk Yong Peng daripada ancaman komunis.


Apa yang menarik, adik beradik Mat Indera yang masih hidup hanya tinggal 4 orang termasuk beliau yang paling tua dan 3 beradik lain berlainan ibu termasuk Baharom Shah yang kini menetap di Bandar Tun Razak, Cheras dan 2 beradik perempuan yang kini menetap di Johor Bahru. Johan Shah mengenali Mat Indera sebagai seorang guru agama dan seorang abang yang tegas ketika memberi tunjuk ajar agama tetapi terpisah beberapa bulan sebelum serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong. Kali terakhir beliau berjumpa Mat Indera ialah sewaktu ditahan di Penjara Johor Bahru. Kebanyakan cerita tentang Mat Indera dan serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong hanya diketahui oleh Johan Shah melalui cerita ayahnya dan buku-buku yang dibaca. Sebenarnya Johan Shah sendiri mengakui tidak dapat menerima hakikat bahawa abangnya yang alim boleh terlibat dengan komunis dan serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong kerana ianya di luar pengetahuannya dan keluarga. Pada waktu tersebut juga ahli keluarganya tidak mengetahui dengan terperinci kegiatan Mat Indera kerana jarang bertemu ditambah dengan masalah perhubungan dan komunikasi yang cukup terbatas pada waktu itu. Seperti biasa dalam budaya masyarakat Melayu jarang dapat menerima keburukan adik beradik masing-masing disebut-sebut orang. Bagaimanapun Johan Shah tidak bersetuju Mat Indera diangkat sebagai pejuang kemerdekaan terutama apabila nama abangnya dijaja untuk tujuan politik.


Johan Shah juga melahirkan rasa terkilan dengan tindakan adiknya Baharom Shah yang cuba membersihkan nama Mat Indera dengan bersekongkol dengan PAS. Alasannya biarlah jasad dan roh Mat Indera bersemadi dengan aman dan hanya Allah sahaja yang akan mengadili arwah abangnya. Tindakan Baharom Shah berpolitik bersama PAS benar-benar memberi tekanan kepadanya hinggakan beliau mengambil keputusan tidak menghadiri sidang media di Pejabat PAS Jalan Raja Laut walaupun dijemput oleh Suhaizan Kaiat. Tambahnya lagi isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana satu Malaysia mengetahui Mat Indera terlibat dengan komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang disifatkannya sebagai pahlawan sebenar selain jika benar Mat Indera mahu menolong anggota polis balai tersebut sepatutnya Mat Indera telah memberitahu lebih awal sebelum serangan tersebut.


Tukang Screw juga tertarik dengan keluhan Johan Shah yang kecewa dengan tindakan Husin Sujak, YDP PAS Kawasan Ayer Hitam yang telah datang ke rumahnya pada 4 September lalu yang menipunya menyatakan satu tombongan NGO akan datang melawat beliau pada keesokan harinya. Rupa-rupanya Mohd Sabu telah datang ke rumahnya sekitar jam 9 pagi dan banyak bertanyakan tentang perjuangan Mat Indera. Beliau tidak banyak menjawab soalan Mohd Sabu kerana tidak mengetahui sejarah perjuangan abangnya kerana beliau masih kecil. Mohd Sabu juga ada mempelawa beliau ke Johor Bahru dalam satu majlis yang tidak diketahuinya tetapi terpaksa ditolaknya kerana tidak mahu dieksploitasi PAS. Apapun beliau mengucapkan terima kasih di atas sumbangan duit raya Mohd Sabu sebanyak RM 200 dan memohon maaf kepadanya kerana pendedahan isu Mat Indera ini. Sejak kunjungan Mohd Sabu itu, Johan Shah mengalami kemurungan dan telah menasihatkan adiknya Baharom Shah supaya tidak terikut dengan permainan politik PAS. Beliau juga cuba dilawati oleh Solidariti Anak Muda Malaysia yang menyamar sebagai kumpulan pengkaji sejarah.


Di akhir pertemuan, Johan Shah sempat mengingatkan kepada Mohd Sabu dan PAS supaya menerima fakta sejarah sedia ada dan jangan cuba mengubahnya. Dengan nada keras, beliau mahu Mat Indera tidak dipolitikkan oleh PAS bagi meraih sokongan orang bukan Melayu kerana ianya akan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang suatu ketika dahulu sama-sama menumpahkan darah mempertahankan kampung dari serangan dan ancaman komunis.


Begitulah sekelumit catatan pertemuan dengan Johan Shah atau lebih dikenali 'Mat Johan Majlis' yang jelas tertekan dengan isu ini. Tukang Screw tidak mahu memberi sebarang komen dan biarlah anda sendiri yang menilainya. Apapun kepada Mohd Sabu, selamat menyaman Utusan Malaysia dan tunggulah saman daripada rakyat Malaysia pula!


Thursday, September 8, 2011

PENGERUSI PKM AKUI KOMUNIS GAGAL DAN MENIPU!!!



Memandangkan PAS sekarang menggunakan strategi merujuk ahli keluarga Mat Indera dan bahan-bahan sejarah, Tukang Screw sahut strategi tersebut dengan satu lagi pendedahan! Musa Ahmad, bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya yang berpengkalan di Beijing, China semasa pemberontakan bersenjata PKM sebelum Perjanjian Hadyai 1989 membuat pendedahan berikut:

"Dari awal-awal lagi PKM sukar mendapat sambutan di kalangan rakyat, khususnya orang-orang Melayu kerana orang-orang Melayu menolak sama sekali ideologi yang menafikan ketuhanan. Usaha PKM mendapatkan sedikit sebanyak sokongan adalah berasaskan kepada penipuan. Sebelum merdeka PKM bertopengkan nasionalis dan anti kolonialis kononnya berjuang untuk mencapai kemerdekaan daripada Inggeris.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, topeng yang dipakai oleh PKM itu telah didedahkan sama sekali. Oleh kerana enggan menerima hakikat ini maka PKM berselindung di sebalik teori-teorinya yang palsu itu. Kemerdekaan Malaya kononnya tidak tulin kerana masih banyak terdapat unsur-unsur kolonial dan feudal. PKM menggambarkan Malaya sebagai sebuah negeri "neokolonialisma", iaitu suatu istilah yang telah dilaungkan oleh D.N Aidit Ketua Parti Komunis Indonesia. Ini dijadikan oleh PKM bagi meneruskan perjuangan bersenjata.

Dari masa ke semasa Chin Peng yang berada di China mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang panjang lebar menonjolkan yang kononnya keadaan tempat dan antarabangsa telah mengujudkan suasana revolusioner. Tapi apa yang dinyatakan oleh Chin Peng itu adalah khayalannya sendiri.

Sejak kebelakangan ini PKM cuba pula menipu orang-orang Melayu dengan mengujudkan identiti nasionalisma.

PKM MENDAKWA PERJUANGAN MEREKA ADALAH LANJUTAN KEPADA PERJUANGAN YANG DIPIMPIN OLEH TOK BAHAMAN, TOK GAJAH DAN BEBERAPA ORANG PAHLAWAN MELAYU SEMASA MENENTANG INGGERIS DIABAD YANG LALU. INI ADALAH KARUT DAN JANGANLAH TERPEDAYA DAN TERPERANGKAP DENGAN KEDUSTAAN INI."

Tukang Screw bukan sengaja atau sesuka hati mereka-reka kenyataan ini yang dikeluarkan sendiri oleh Musa Ahmad pada 6 Januari 1981 selepas beliau menyerah diri kepada Kerajaan Malaysia kerana berasa tertipu dengan perjuangan komunis yang banyak menyusahkan orang Melayu dan merosakkan masa depan anak-anak Melayu yang menyertai Rejimen Ke-10 PKM. Mungkin Suhaizan Kaiat atau Dr. Dzulkifly Ahmad boleh mengeluarkan hujah dan bukti ilmiah lain untuk menyangkal kenyataan Musa Ahmad. Atau lebih baik bawa balik Chin Peng dan buatlah road show ke seluruh negara. Sudah terang lagi bersuluh perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia sedikit demi sedikit cuba dirosakkan oleh segelintir pemimpin yang kurang latar belakang agama dan gila untuk berkuasa. Mohd Sabu tersilap langkah membangkitkan isu ini dan tanggunglah akibatnya. Sedar tidak sedar Mohd Sabu dan beberapa pemimpin PAS yang bodoh sombong dan perasan pandai seperti ahli sejarah terkenal mereka iaitu SUHAIZAN KAIAT telah menyokong perjuangan komunis menjatuhkan kerajaan secara bersenjata dan tersiratnya itulah yang cuba dilaksanakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat iaitu menjatuhkan kerajaan seperti di Mesir, Libya dan Tunisia. Waspadalah dengan duri dalam daging ini.

Akhir kata, Tukang Screw akan berehat sehingga Selasa ini untuk menyiasat dan mendedahkan beberapa lagi bahan bukti sebelum berkampung di Bukit Kepong pada minggu hadapan menunggu ahli sejarah PAS, SUHAIZAN KAIAT berdebat dengan ahli sejarah dan penduduk Kg.Bukit Kepong. Itupun kalau SUHAIZAN KAIAT anak jantan!

EDISI DEDAH: KISAH MAT INDERA DALAM BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DICIPLAK?

Tukang Screw telahpun membaca kisah Mat Indera yang ditulis oleh Ismail Adan dalam buku Pengukir Nama Johor. Kalau dibaca sekali imbas Tukang Screw boleh rasakan bahawa rujukan untuk kisah ini hanya daripada bukti temubual dengan penduduk kampung atau waris-waris terdekat Mat Indera. Sumber rujukan yang digunakan Ismail Adan juga agak terhad. Apa yang menarik perhatian Tukang Screw, salah satu sumber rujukan Ismail Adan ialah Maklumat Lisan Johor iaitu iaitu satu projek yang dikendalikan pelajar-pelajar kewartawanan Kajian Sebaran Am Institu Teknologi Mara dan diterbitkan oleh Biroteks, Institut Teknologi Mara Shah Alam pada tahun 1987.

Setelah Tukang Screw membaca Maklumat Lisan Johor pada muka surat 213 yang menceritakan tentang Mat Indera hasil maklumat lisan daripada orang perseorangan di sekitar Johor yang diperoleh pelajar ITM Shah Alam yang membuat kajian mendapati bahawa isi kandungan kisah Mat Indera tulisan Ismail Adan dicedok hampir 90% daripada kisah Mat Indera dalam Maklumat Lisan Johor! Tidak salah jika Ismail Adan merujuk beberapa kenyataan di dalam Maklumat Lisan Johor, tetapi malangnya hampir 90% dicedok. Di mana kredibiliti penulis seperti Ismail Adan? Insya Allah Tukang Screw akan dedahkan isi kandungan sebenar Maklumat Lisan Johor untuk kita sama-sama nilai bahan rujukan yang diambil oleh PAS terutama oleh AHLI SEJARAH mereka, SUHAIZAN KAIAT!!!

Wednesday, September 7, 2011

PAS PERALAT ADIK MAT INDERA




Dengan bangganya PAS mengadakan sidang media sebentar tadi dengan membawa Baharum Syah Indera, adik kepada Mat Indera yang juga merupakan pesara tentera dari Kor Perkhidmatan. Sekarang beliau tinggal di Bandar Tun Razak, Cheras. Sebelum sidang media ini diadakan pun, Baharum Shah menyatakan Mohd Sabu ada menghubunginya beberapa kali pada hari raya ke 4 dan ke 5 di mana sewaktu itu beliau masih beraya di Terengganu. Mohd Sabu dan PAS jangan fikir mereka lebih awal atau lebih pantas mengenal pasti adik beradik Mat Indera untuk dieksploitasi! Baharum Shah juga agak teruja apabila Mohd Sabu memuji-muji arwah abangnya dan menjelaskan bahawa beliau seorang ustaz dan bukan komunis. Mohd Sabu juga mendakwa ada menyimpan kitab-kitab agama karangan Mat Indera. Perkara itu cukup mengejutkan Baharum Shah kerana beliau sendiri tidak ada buku-buku tersebut dan setahunya Mat Indera tidak ada menulis apa-apa buku agama pun. Apapun Baharum Shah meminta supaya Mohd Sabu tidak lagi menjaja nama abangnya yang sudah dikenali rakyat negara ini tentang penglibatannya dalam aktiviti komunis. Begitu juga dengan Suhaizan Kaiat, ahli sejarah PAS yang berjaya menghubungi Johan Shah di Yon Peng untuk diekspolitasi PAS. Tukang Screw tabik spring juga kepada Mohd Sabu dan Suhaizan Kaiat kerana akhirnya berjaya mengeksploitasi ahli keluarga Mat Indera untuk membersihkan tahi yang telah dilemparkannya. Syabas. Eloklah selepas ini Rashid Maidin dan Abdullah CD serta rakan-rakan Rej Ke-10 akan minta PAS iktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan.


Walaupun mereka bermati-matian menafikan Mat Indera adalah komunis berpandukan buku Pengukir Nama Johor, PAS jangan lupa pula untuk membaca buku tulisan Abdullah CD, antara pemimpin utama Regimen Ke-10 PKM yang berpengkalan di Shukirin, Selatan Thailand. Buku bertajuk "MEMOIR ABDULLAH C.D (BAHAGIAN KEDUA): PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10 dengan jelas menyatakan dan mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis di muka surat 115: "Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor."


Menyentuh Peristiwa Bukit Kepong pula, Abdullah C.D dalam bukunya turut menyebut: "Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun."


Dalam bukunya itu juga ada menceritakan bahawa; "Mat Indera menjelaskan pertempuran tersebut kepada massa. Massa rakyat amat terberansang dengan kemenangan pertempuran tersebut. Mereka menyampaikan tahniah dan menghulurkan derma kepada pasukan."


Jadi jelas bahawa jika Abdullah C.D sebagai pemimpin utama komunis Melayu pada waktu itu mengiktiraf perjuangan komunis Mat Indera maka tidak perlu dipertikaikan lagi siapa Mat Indera kerana hanya jauhari mengenal yang mana manikam!!! Tak gunalah PAS berpandukan kepada buku Pengukir Nama Johor kerana PKM sendiri mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis Melayu! Seperkara lagi, mustahil Baharum Shah mahu memburuk-burukkan ahli keluarganya di hadapan media walaupun mereka sedar bahawa Mat Indera tersilap memilih jalan perjuangan!

BEKAS PAHLAWAN AKAN "SERANG" IBU PEJABAT PAS

Semalam Tukang Screw sempat menghayati dan membaca sajak bertajuk 'Pahlawan' nukilan Mej (B) Mohamad Hj. Awang yang rasanya hampir setiap tahun dideklamasikan sempena hari Pahlawan. Dan tak semena-mena keluar juga air mata walaupun dah hampir 35 tahun Tukang Screw tidak 'mengeluarkan air mata'. Rasanya elok juga kalau Mohd Sabu dan pemimpin PAS lain yang tidak tahu menghargai jasa-jasa 'wira tidak didendang' ini menghayati sajak ini yang antara bait-baitnya berbunyi:-


Merengkoklah nadi dan sendulah hati


Kerana semalam kisah sayu memamah diri


Dalam kehitaman sejarah bumi ini


Matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi


Dengan peluru dan darah


Dengan keringat yang tumpah


Apa yang mengecewakan Tukang Screw ialah sikap segelintir pemimpin PAS yang bermati-matian mempertahankan kenyataan Mohd Sabu yang menganggap kumpulan yang diketuai Mat Indera menyerang, membakar dan membunuh anggota-anggota polis di Balai Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan. Mereka juga dengan jelas menunjukkan tahap IQ yang cukup rendah walaupun bergelar DR dengan menyamakan atau membuat analaogi bahawa perjuangan 'kumpulan yang diketuai Mat Indera' itu sama dengan perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau dan Dato Bahaman melawan Inggeris. Harus diingat bahawa perjuangan mereka adalah untuk menghalang penjajahan British di Tanah Melayu tetapi kumpulan Mat Indera berjuang menghalau British untuk menegakkan Republik Malaya atau lebih tepat lagi sebuah negara komunis!


Mohd Sabu dan segelintir pemimpin PAS dengan sengaja menggelapkan hati dan minda untuk tidak mengiktiraf askar dan polis yang berkhidmat dengan British di zaman pasca Perang Dunia Kedua walaupun jelas ramai sejarahwan dan ahli akademik termasuk pemimpin British yang mengiktiraf jasa dan pengorbanan mereka. Dato Seri JJ Raj (J) yang merupakan OCPD Pagoh semasa serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam bukunya bertajuk The Struggle For Malaysian Independence dengan bangganya mengiktiraf jasa dan pengorbanan Pahlawan Bukit Kepong .."These warriors were ordinary kampong men, recruited into the Police Force, and given a few months training at the Police Depot. These ordinary Malay policemen were not motivated by any of the above ideas. Indeed their motives were far more intangible than such rhetoric as the "defence of democracy". When their religion was threatened, and their families in great danger, the dormant fighting spirit of their Malay ancestor was awakened, and there was no turning back for these ferocious warriors. they fought and died almost to the last warrior. These Malay policemen have proved without doubt that they were tenacious fighters equal, if not better to the world famous Gurkha soldiers from Nepal in the British Army."


Bayangkan seorang yang bukan Melayu/Islam boleh mengiktiraf jasa dan pengorbanan Pahlawan Bukit Kepong. Yang sedihnya Mohd Sabu dan segelintir pemimpin PAS masih berkeras menyatakan mereka yang terkorban itu adalah alat penjajah British dan mengiktiraf penyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan!!!!! Mungkin juga mereka yang dungu ini boleh membaca novel bertajuk " Panglima Salleh Selempang Merah" karya Zaharah Nawawi yang membuat kajian terperinci sejarah perjuangan Pahlawan Parang Panjang menentang komunis di Johor. Walaupun ianya hanya sebuah novel sejarah tetapi masih wajar dipertimbangkan watak Mat Indera yang juga disebut dalam novel ini..."Benteng pertahanan diperkukuhkan.Parang yang sudah disimpan diasah semula. Kampung-kampung diseluruh Mukim Empat terutama Parit Maimon serta yang berhampiran dengan kaki bukit yang boleh dijadikan pintu masuk, dikawal ketat. Berbulan-bulan pengawasan ini dilakukan sehingga gerombolan yang dipimpin oleh Mat Indera yang dikatakan kebal itu terpaksa membatalkan niatnya untuk menyerang kawasan Penghulu Salleh."


Sebenarnya lebih banyak buku yang menolak Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan malah menyifatkan beliau sebagai pengkhianat bangsa. Tukang Screw akan cuba paparkan beberapa buku lagi dalam tempoh terdekat.


APAPUN, KERANA MULUT MOHD SABU YANG CELUPAR ITU, ESOK 8 SEP 2011 LEBIH KURANG JAM 11 PAGI ELOKLAH KITA BERAMAI-RAMAI KE IBU PEJABAT PAS JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM OLEH PERSATUAN BEKAS-BEKAS POLIS DAN PERSATUAN BEKAS-BEKAS PERAJURIT YANG JELAS TERLUKA DENGAN KENYATAAN MOHD SABU DAN PEMIMPIN PAS YANG JAHIL MURAKKAB TENTANG SEJARAH! PERHIMPUNAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM INI BAGI MENDESAK PAS BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KENYATAAN MOHD SABU DAN PERMAINAN POLITIK KOTOR MEMPERTAHANKAN KENYATAAN TERSEBUT!!!! AYUH KITA "SERANG" PEJABAT PAS DENGAN MEMORANDUM.DAN SEPERTI BIASA PAS MENGATAKAN PERHIMPUNAN INI ADALAH PERMAINAN UMNO. HARUS DIINGAT BAHAWA UMNO TERLALU LEMBIK UNTUK BERLAWAN DENGAN PAS, BIAR RAKYAT YANG MENGAJAR PAS.


Wallahualam.


Tuesday, September 6, 2011

SAKSI PERISTIWA BUKIT KEPONG ENGGAN TEMUI MOHD SABU







Semalam, 5 September 2011 Mohd Sabu dan rombongannya berhasrat berjumpa dengan Puan Jamilah Abu Bakar, mangsa serangan komunis yang disertai Mat Indera terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Puan Jamilah Abu Bakar juga ialah anak kepada Allahyarham MM Abu Bakar Daud yang cedera parah semasa serangan tersebut. Beliau sekarang tinggal Taman Skudai Kanan, Tampoi, Johor. Tujuan utama Mohd Sabu dan rombongan ke rumah Puan Jamilah berkemungkinan untuk menjelaskan kenyataannya yang benar-benar mengguris hati mangsa serangan Bukit Kepong dan mungkin juga untuk membela nasib mereka.

Selain Mohd Sabu, turut bersama ialah Abdullah Idris, YDP PAS Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai, Onn Jaafar, AJK PAS Johor dan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor. Malangnya kehadiran mereka pada kira-kira jam 2 petang telah disambut dengan batang-batang penyapu oleh penduduk setempat yang jelas tidak dapat menerima kenyataan Mohd Sabu yang mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan anggota polis Balai Bukit Kepong yang terkorban sebagai alat British. Keluarga Puan Jamilah juga enggan menerima kehadiran rombongan tersebut yang jelas tidak pernah menghargai perjuangan datuk mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada serangan komunis.

Tukang Screw sudahpun menjangkakan sambutan yang bakal diterima Mohd Sabu dan rombongan. Tetapi yang menarik, ahli keluarga Puan Jamilah jelas amat kecewa dengan taktik penipuan PAS yang merancang perjumpaan tersebut. Sebelum perjumpaan pada 5 hb diadakan, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai telah menghubungi salah seorang dari ahli keluarga tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai PEGAWAI KERAJAAN dengan alasan untuk membantu waris tragedi serangan Bukit Kepong yang turut berjanji akan membawa Suhaizan Kaiat yang menyamar sebagai AHLI SEJARAH untuk membetulkan fakta sejarah tentang tragedi serangan tersebut. Pada awalnya kehadiran Zaaba Ibrahim dan isteri tidak disenangi keluarga tersebut tetapi memandangkan taktik penyamaran sebagai PEGAWAI KERAJAAN yang digunakan selain tujuan lawatan untuk membantu waris mangsa serangan tersebut, akhirnya keluarga tersebut menerimanya.

Bagaimanapun seperti yang dijanjikan, pada 5 hb rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut datang bersama Mohd Sabu yang cukup dikenali penduduk setempat sekaligus disambut dengan batang-batang penyapu!!! Tindakan tersebut dibuat kerana rasa marah dengan kenyataan Mohd Sabu, penipuan yang dibuat Zaaba yang mengaku sebagai PEGAWAI KERAJAAN dan kebarangkalian PAS akan mengeksploitasi perjumpaan tersebut demi kepentingan politik mereka. Setelah gagal mengadakan perjumpaan tersebut, rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut cuba berjumpa salah seorang ahli keluarga tersebut di Surau Assyakirin. Bagaimanapun mereka dinasihatkan beredar untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini daripada berlaku. Khabarnya juga keluarga Puan Jamilah akan membuat laporan polis berhubung tindakan Zaaba Ibrahim menyamar sebagai PEGAWAI KERAJAAN.

Kerana malu dengan sambutan tersebut, rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut telah beredar dari tempat tersebut dan berfikir bagaimana nak menyembunyikan kemaluan mereka. Sebelum itu, Mohd Sabu sempat mengadakan sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina, Taman Maju, Johor Bahru berhubung serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong. Yang menariknya bagi memujuk dan divert isu tersebut, Mohd Sabu dalam kenyataannya menawarkan khidmat guaman percuma kepada waris atau keluarga anggota polis yang terlibat dengan tragedi Bukit Kepong bagi menuntut pampasan daripada kerajaan British. Mohd Sabu juga tetap berkeras menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan seperti yang ditulis dalam buku bertajuk "Pengukir Nama Johor" tulisan Ismail Adan yang dia sendiri masih belum membacanya apatah lagi semasa menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos lalu.

Apa yang Tukang Screw ingin ulas di sini ialah bagaimana terdesaknya PAS menipu untuk memujuk insan-insan yang telah diguris perasaannya kerana sokongan PAS terhadap perjuangan komunis Mat Indera menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dianggap sebagai aparatus penjajah British!!! Kerana pulut santan binasa, kerana mulut Mohd Sabu PAS binasa. Jadi selama ini jelaslah politik penipuan PAS yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap beberapa isu yang kononnya diperjuangkan bagi membela nasib rakyat. Tak perlulah menyebut UMNO lagi besar penipuannya kerana ianya telah menjadi satu konsep yang difahami oleh rakyat negara ini dan seperkara lagi UMNO bukanlah parti yang mendakwa parti mereka sebagai parti Islam.

Akhir kalam, eloklah kiranya pemimpin PAS berdebat secara ilmiah dengan ahli-ahli sejarah bagi menegakkan kenyataan mereka bahawa Mat Indera dan komunis adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya. Tak perlulah berdebat dengan UMNO kerana UMNO juga buta sejarah. Ramai waris-waris mangsa dan polis/tentera yang terlibat dengan kekejaman komunis mahu mendengar hujah PAS seterusnya membetulkan fakta sejarah yang kononnya ditulis UMNO. Ini cabaran Tukang Screw kepada PAS atau penyokong mereka, kalau anak jantan berdebatlah dengan ahli sejarah ataupun mangsa kekejaman komunis! Carilah pentas yang sama tinggi sama rendah untuk menari. Beranikah Tuan Ibrahim Tuan Man menyahut cabaran?

Monday, September 5, 2011

SIAPA MAT INDERA?













Sebelum kita sibuk mempertikaikan adakah Mat Indera pejuang kemerdekaan atau tidak, rasa eloklah kita kenal siapa Mat Indera sebenarnya. Kita jangan jadi seperti Mat Sabu yang berkokok keliling kampung tentang Mat Indera tetapi tidak mengenali siapa Mat Indera.

Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar. Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

Selepas British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut menjadi setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union. Memandangkan modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja, Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.

G.H Jasman turut memberikan beberapa buah buku berkenaan komunis kepada Mat Indera yang antaranya bertajuk What is MCP yang ditulis oleh Komrad Wright@Lai Tek sendiri. dan buku bertajuk Dialectic Materialism. Walaupun teori tentang komunis yang cuba diketengahkan oleh buku-buku tersebut jelas bertentangan dengan Islam, G.H Jasman akhirnya dapat mempengaruhi dan memujuk Mat Indera menerima perjuangan komunis dan menyertai PKM dengan alasan komunisme berbeza dengan agama dan Mat Indera turut dibenarkan mengamalkan Islam selagi tidak menjejaskan aktiviti komunis. Mat Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid. Latar belakang sebagais eorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan Pahlawan Parang Panjang. Akibat keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang Melayu, PKM@Bintang Tiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu itu.

Mat Indera turut terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama menjadi orang tengah meminta polis menyerah diri kepada komunis. Pada 14 Oktober 1952 Mat Indera telah ditangkap oleh orang-orang kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Mat Indera telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 18 November 1952 kerana memiliki senjata api secara haram. Rayuan Mat Indera supaya hukumannya diringankan ditolak pada 2 Disember 1950 dan hukuman gantung terhadapnya telah dijalankan pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya telah dikebumikan di Kg. Jambu Air, Taiping. Untuk makluman juga, Mat Indera pernah dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun 1946 kerana menjual beras secara haram.

Begitulah serba sedikit tentang perjalanan hidup Mat Indera yang menimbulkan konflik bagi mengiktiraf beliau sebagai pejuang kemerdekaan tetapi cara perjuangannya jelas menyalahi norma masyarakat pada waktu itu. Tukang Screw sedang cuba menghubungi adik Mat Indera iaitu Baharum Shah Indera yang juga merupakan seorang pesara tentera bagi mendapatkan beberapa butiran lanjut kenapa keluarga mereka berhijrah keluar dari Johor kerana dikatakan tidak mahu dicop sebagai agen komunis dan menyokong perjuangan Mat Indera.


Wallahualam. Al-Fatiha untuk Allahyarham Mat Indera sebagai saudara seIslam, moga rohnya diterima bersama orang-orang beriman.