Wednesday, December 2, 2009

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PERAK

Tukang Screw baru sahaja selesai melawat Negeri Perak Darul Ridzuan yang masih tidak nampak serinya. Tukang Screw sempat menghabiskan masa 'mengopi' bersama orang penting PAS Perak yang pernah tinggal bersama bekas MB Nizar.

Sahabat Tukang Screw cuba mempromosi kebaikan kerajaan PR berbanding BN untuk memerintah Perak. Tukang Screw puas berhujah dengan hujah yang kadang-kadang dangkal tetapi masuk dek akal. Setelah gagal mencairkan iman Tukang Screw dengan kelebihan PR akhirnya sahabat Tukang Screw mendedahkan bahawa Nga Kor Ming sedang berbincang dengannya tentang draf manifesto PR di Perak. Tambahnya lagi, kali ini pasti rakyat akan bangun menolak BN selepas melihat manifesto tersebut. Tanpa segan sili dan dengan wajah yang riak ala-ala Din Beramboi, sahabat Tukang Screw pun memberi salinan draf manifesto tersebut yang berbunyi begini:-

Ekonomi
a. Bekalan air secara percuma kepada keluarga miskin.
b. Lesen percuma selama 3 tahun kepada semua penjaja dan dikecuali daripada sewa gerai kerajaan selama 6 bulan.
c. Pemberian geran kekal kepada semua penduduk di 369 kampung tersusun dan 134 kampung baru.
d. Sistem tender terbuka projek kerajaan.
e. Pelabur yang melabur melebih RM 500 juta atau tawar 2,000 peluang pekerjaan akan diberi insentif potongan cukai dan pintu.
f. Tiada sebarang kenaikan cukai tanah sepanjang pemerintahan PR.

Politik
a. Pilihanraya Ketua kampung akan diadakan semula.
b. Laksana Dasar Muhibah bagi tarik lebih ramai kaum Cina dan India ceburi Perkhidmatan Awam Negeri.
c. Tawar 1,000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK.

Sosial dan kebajikan
a. Tabung Warga Emas dan Ibu Tunggal akan diwujudkan iaitu sumbangan sebanyak RM 1,000 kepada golongan tersebut setiap bulan.
b. Tubuh Yayasan India Perak dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta bagi bantu kaum India di Perak.

Melopong Tukang Screw apabila melihat draf manifesto baru tersebut. Apa tidaknya, inilah kerajaan yang selama ini kita perlukan bagi menjaga kebajikan rakyat. Persoalannya, mampukah ianya dilaksanakan sebab kita belum mampu mencapai tahap negeri atau negara berkebajikan seperti di Eropah yang cukai hasil mahsulnya cukup tinggi! Apapun Tukang Screw sentiasa doakan PR berjaya membentuk kerajaan semula dan melaksanakan manifesto berkebajikan ini. Amin Ya Rabbal Alamin. Takbir!
b.

4 comments:

The Unspinners Kembali said...

Selangor dia orang tak boleh buat Manifesto.

Rizab negeri Selangor nak kehabisan, dan bujet duit negeri defisit giler.

Belum berapa sangat janji ditunai.

Inikan pula Perak? Ketawa kita lihat Nizar-Ngeh-Nga bodoh!!!

hanizam said...

ni angan-anagn mat jenin NGO & NGA serta monyet-monyet PR kat PERAK...atas kertas bolehlah buat...tabur air liur & kencingkan rakyat masa berceramah...kalau yanag tak tahu tu, memang sedap didengar...

kat penang, kononnya akan dapat rm 5000 setiap tahun, ape jadi???sudahnya, monyet LGE kata, itu kalau dapa perintah malaysia pulak...memang bangsat...


PR hanya tahu buat janji...tapi tak tahu menunaikan...janji yang diberikan hanya sekadar omongan kosong, mimpi disiang hari...tak realistik...pada aku, biar berjanji, tapi boleh ditepati...

ni janji untuk 1 negeri, mampukah ditunaikan?? kat selangor, air percuma tak semua dapat menikmatinya..contoh kalau rumah kos rendah diuruskan oleh pihak maintenance company?? makin mahal adelah air tu dorang cas...

tabung untuk anak kecil warga selangor, indah khabar dari rupa...kononnya 1 kepala rm100, kalau ada 50000 kanak-kanak kecil, dah berape kerajaan Khalid gagap nak bagi...

banyak-banyakkan bertaubatlah pemimpin PR, anda selalu buat janji manis, tapi tak tunaikan dengan sempurna..pikir-pikirkan ape hukum orang mungkir janji???

Anonymous said...

semaremas

Wah dasat betol deraf mani-fes-to tu.
Yang aku nampak dengan jelas, kaum Cina dan India DAPpers yg ontong melebihi muatan drp kaum Melayu dr mani-fes-to.

Nampak sgt lah DAP ni cuma berminat untuk jaga kepentingan puak dan juak mereka sahaja dan gila kuasa serta tamak.

Mereka ini tidak layak dan ketandusan ide serta tidak mempunyai hala tuju yg betul untuk memerintah tapi dorang layak untuk diperintahkan!

Pemerhati said...

Pakatan Rakyat ni bodoh betul! Kalau buat manifesto biarlah realistik. Janganlah menjanjikan bulan dan bintang. Berjanji memang senang tapi bila nak ditunaikan janji, barulah kantoi.
Tengoklah di Selangor macam mana kerajaan negeri kerana tidak diuruskan dgn baik telah menghabiskan duit rakyat, tak cukup2!
Rakyat melihat dan akan membuat keputusan di PRU13!