Thursday, December 3, 2009

SULTAN SELANGOR MURKA?

Sahabat Tukang Screw dari Shah Alam ada menyampaikan berita yang agak menarik tentang Hassan Ali. Katanya baginda Sultan Selangor amat murka dengan Hassan Ali berkaitan isu arak di Selangor. Baginda telah memerintahkan Hassan Ali mengadap baginda di istana tentang isu arak yang cuba dieksploitasi Hassan Ali. Dalam perjumpaan tersebut Hassan Ali cuba mempertahankan tindakannya dalam isu arak atas kapasiti beliau sebagai Exco Agama Selangor. Yang menariknya baginda tuanku meminta Hassan Ali diam dan menyatakan bahawa baginda sangat sedih berhubung isu ini kerana Hassan Ali sibuk mengharamkan arak tetapi gagal mendakwah rakan-rakan UMNOnya!

Baginda tuanku juga mengingatkan Hassan Ali bahawa Hal Ehwal Agama Islam adalah dibawah kuasa baginda bukannya di bawah Hassan Ali dan meminta supaya jangan memandai-mandai dalam hal ini. Perkara ini sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu dengan baginda. Tuanku juga amat murka kerana selama ini Hassan Ali banyak menjual nama tuanku untuk menghalalkan segala tindakannya.

Sejauhmana kebenaran cerita ini Tukang Screw taknak komen. Tetapi sumber berita ini amat Tukang Screw percaya sebab dialah antara orang yang dipanggil bersama-sama Hassan Ali ke istana. Fikir-fikirkan...

JAWATN MURSYIDUL AM HAK MILIK KELANTAN?

Angin perubahan bertiup cukup kuat dari Kelantan dan Pejabat PAS Jalan Raja Laut tentang perubahan kepimpinan MB Kelantan dan Mursyidul Am. Dalam kalangan AJK PAS Pusat sendiri sibuk memperkatakan secara tidak rasmi siapakah yang bakal menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Antara nama yang disebut bakal menggantikan Nik Aziz ialah Ahmad Yaakob, Timbalan MB Kelantan. Itupun sekiranya mengikut hierarki dan konspirasi 'Kolonel Mat' turut dikaitkan dengan beliau.

Jika benar Ahmad Yaakob akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, siapakah yang bakal menjadi Mursyidul Am PAS? Untuk makluman semua, jawatan Mursyidul Am PAS tidak diwartakan dalam Perlembagaan PAS kerana ianya diwujudkan khas untuk Nik Aziz! Harun Din sedang bercita-cita untuk menjawat jawatan tersebut. Tetapi harus diingat, PAS Kelantan akan mempertahankan jawatan tersebut yang dikatakan adalah hak Kelantan sahaja kerana diwujudkan untuk Nik Aziz! jadi secara automatik jawatan Mursyidul Am PAS akan disandang oleh Ahmad Yaakob yang dapat kedua-duanya sekali. Dari segi teorinya, patutlah Nik Aziz sibuk-sibuk pasal Kolonel Mat sebab dia tahu Ahmad Yaakob akan dapat dua-dua jawatan tersebut.

Tukang Screw terfikir juga andai Husam Musa menjadi MB Kelantan, pastinya dia akan menjadi Mursyidul Am PAS dan pastinya juga PAS akan sekonyong-konyongnya mengubah dasar yang tdiak diwartakan itu untuk menolak Husam Musa. Sebab daripada Husam elok lagi Mat Sabu jadi Mursyidul Am PAS walaupun dia pengkhalwat!

Wednesday, December 2, 2009

GAMBAR TUANKU DULI SULTAN PERAK DIGORES...

Astargfirullahhalazim!!! Apalah yang nak jadi dengan Negeri Perak sekarang. Ke mana perginya taat setia dan hormat rakyat Perak kepada Baginda Tuanku Sultan Perak dan keluarga? Adakah kerana baginda merestui penubuhan kerajaan BN di Perak, rakyat Perak sudah hilang rasa hormat dan taat setia? Tukang Screw yakin, tak semua rakyat Perak yang tak hormat kepada Tuanku Sultan Perak. Tapi segelintir rakyat inilah yang sering memomok-momokkan dan menghasut rakyat supaya hilang rasa hormat dan taat setia kepada Tuanku kerana berasakan bahawa Tuanku telah merestui 'rampasan kuasa' terhadap mereka.

Peliknya kenapa di negeri-negeri lain rakyat boleh menghormat Raja, Sultan, Yam Tuan Besar atau TYT mereka? Atau kerana di perak lebih ramai bekas-bekas komunis berbanding negeri-negeri lain hingga tidak wujud rasa hormat terhadap Tuanku Sultan Perak dan keluarga? Kalau ye pun tindakan menggores gambar Tuanku dan keluarga di billboard dibuat atas pengaruh alkohol kenapa tidak digores muka sendiri, kereta sendiri atau gores muka kawan-kawan lain. Kenapa perlu digores gambar Tuanku dan keluarga? Jangan jadikan hilang kewarasan kerana arak untuk menghalalkan tindakan durhaka. Kalau di Thailand pasti dah kena sula!

Persoalannya di manakah maruah rakyat Perak yang cintakan negeri dan Sultan mereka? Ataupun maruah kome dah dibawa ke Pulau Sychelles? Atau telah mati bersama-sama J.W.W Birch di Pasir Salak! Hina rasa jadi rakyat Perak yang peghak bak kata orang Melaka yang tak beraja dan bersultan tetapi tinggi maruah diri!

Fikir-fikirkanlah rakyat Perak yang maruah diri makin tergadai dek kerana politik yang sempit ala komunis!

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PERAK

Tukang Screw baru sahaja selesai melawat Negeri Perak Darul Ridzuan yang masih tidak nampak serinya. Tukang Screw sempat menghabiskan masa 'mengopi' bersama orang penting PAS Perak yang pernah tinggal bersama bekas MB Nizar.

Sahabat Tukang Screw cuba mempromosi kebaikan kerajaan PR berbanding BN untuk memerintah Perak. Tukang Screw puas berhujah dengan hujah yang kadang-kadang dangkal tetapi masuk dek akal. Setelah gagal mencairkan iman Tukang Screw dengan kelebihan PR akhirnya sahabat Tukang Screw mendedahkan bahawa Nga Kor Ming sedang berbincang dengannya tentang draf manifesto PR di Perak. Tambahnya lagi, kali ini pasti rakyat akan bangun menolak BN selepas melihat manifesto tersebut. Tanpa segan sili dan dengan wajah yang riak ala-ala Din Beramboi, sahabat Tukang Screw pun memberi salinan draf manifesto tersebut yang berbunyi begini:-

Ekonomi
a. Bekalan air secara percuma kepada keluarga miskin.
b. Lesen percuma selama 3 tahun kepada semua penjaja dan dikecuali daripada sewa gerai kerajaan selama 6 bulan.
c. Pemberian geran kekal kepada semua penduduk di 369 kampung tersusun dan 134 kampung baru.
d. Sistem tender terbuka projek kerajaan.
e. Pelabur yang melabur melebih RM 500 juta atau tawar 2,000 peluang pekerjaan akan diberi insentif potongan cukai dan pintu.
f. Tiada sebarang kenaikan cukai tanah sepanjang pemerintahan PR.

Politik
a. Pilihanraya Ketua kampung akan diadakan semula.
b. Laksana Dasar Muhibah bagi tarik lebih ramai kaum Cina dan India ceburi Perkhidmatan Awam Negeri.
c. Tawar 1,000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK.

Sosial dan kebajikan
a. Tabung Warga Emas dan Ibu Tunggal akan diwujudkan iaitu sumbangan sebanyak RM 1,000 kepada golongan tersebut setiap bulan.
b. Tubuh Yayasan India Perak dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta bagi bantu kaum India di Perak.

Melopong Tukang Screw apabila melihat draf manifesto baru tersebut. Apa tidaknya, inilah kerajaan yang selama ini kita perlukan bagi menjaga kebajikan rakyat. Persoalannya, mampukah ianya dilaksanakan sebab kita belum mampu mencapai tahap negeri atau negara berkebajikan seperti di Eropah yang cukai hasil mahsulnya cukup tinggi! Apapun Tukang Screw sentiasa doakan PR berjaya membentuk kerajaan semula dan melaksanakan manifesto berkebajikan ini. Amin Ya Rabbal Alamin. Takbir!
b.

Monday, November 30, 2009

SIAPA KOLONEL MAT?

Nik Aziz makin mengaruk dan makin meroyan akhir-akhir ini. Terkini semasa Program Penghayatan Hari Wukuf yang diadakan di PUTIK Kota Bharu pada 26 November lepas Nik Aziz mendakwa wujud satu konspirasi terancang yang didalangi oleh 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkan beliau. Persoalannya siapa Kolonel Mat? Mengapa sekarang baru muncul nama tersebut?

Kickdefella menyatakan Kolonel Mat ialah ayahnya yang merupakan pesara tentera berpangkat Lt.Kol dan pernah menjalankan perang saraf di dalam PAS. Adakah tindakan Kickdefella membongkar penyelewengan Ariffahmi di PMBK telah menyebabkan Nik Aziz mendakwa konspirasi tersebut dilakukan oleh Kickdefella? Jika kita mempelajari bahasa Arab kita akan melihat ganti nama seseorang itu diletakkan kepada ayahnya seperti Ibn Masud iaitu anak kepada Masud, Ibn Battutah iaitu anak kepada Battutah dan sebagainya. Jadi adakah Kol Mat itu bermaksud anak kepada Kol Mat walaupun nama ayah Kickdefella ialah Syed Abdul Aziz yang nama panggilannya Mat. Itu teori pertama.

Teori kedua yang Tukang Screw tidak menolak kewajarannya dan didedahkan oleh sumber-sumber dalam PAS Kelantan sendiri ialah Timbalan Menteri Besar sendiri iaitu Ahmad Yaakob! Pada kebiasaannya orang bernama Ahmad akan dipanggil Mat sahaja. Dari segi hirarkinya maka wajarlah Ahmad Yaakob diberikan pangkat Kolonel kerana dalam sesuatu formasi yang besar seperti Briged hanya memerlukan seorang sahaja jeneral bertaraf Brigedier Jeneral. Ahmad Yaakob dilihat sebagai seorang individu yang merendah diri, taat kepada pemimpin dan istiqamah. Tetapi kita harus sedar bahawa dalam teori konspirasi watak sebegini sebenarnya watak utama dalam menggerakkan satu konspirasi kerana ia berjaya berselindung dalam watak politiknya tanpa mendedahkan wataknya yang sebenar. Dikatakan Ahmad Yaakob sudah mula menggerakkan perancangan halus ini sejak selepas PRU 1999 lagi apabila Nik Aziz mula berhasrat untuk meletakkan jawatan. tetapi memandangkan wujud 3 kem dalam PAS Kelantan yang melobi untuk jawatan tersebut, terpaksalah Nik Aziz menyimpan kembali hasrat tersebut sehingga berjumpa calon yang sesuai.

Dalam posting akan datang Tukang Screw akat mendedahkan sedikit demi sedikit konspirasi terancang yang dijalankan Ahmad Yaakob untuk menjatuhkan Nik Aziz. Harap bersabar.

MAT SABU DIKEJAR BANK?


Mat Sabu sejak akhir-akhir ini dilihat agak kurang berceramah. Kalau sebelum ini hampir setiap malam Mat Sabu dijemput untuk berceramah di seluruh negara. Almaklumlah, Mat Sabu dianggap penganjur-penganjur ceramah PAS sebagai "crowd puller" yang pasti memenuhkan kantung-kantung derma jihad PAS di setiap ceramah yang dihadirinya. Dengan penuhnya kantung derma jihad PAS maka besarlah habuan yang bakal diterima Mat Sabu. Khabarnya untuk mendapatkan Mat Sabu berceramah, penganjur perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM 500 untuk duit kopi tidak termasuk penginapan dan sebagainya. Betapa hebatnya Mat Sabu sehebat skandalnya dengan Normah.


Tetapi sekarang Mat Sabu agak keputusan pendapatan daripada berceramah kerana PAS sudah melahirkan ramai wakil rakyat (menang banyak kerusi DUN dan Parlimen pun susah gak) yang secara automatik akan mendapat peluang menaiki pentas ceramah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat di samping memenuhkan kantung masing-masing. Kesannya Mat Sabu sekarang dikejar oleh bil-bil kad kredit yang sudah melebihi kadar limitasinya. Antaranya hutang kad kredit dengan HSBC Malaysia Bhd sebanyak RM 11,505.22 melalui kad kredit bernombor 5400-4100-0131-8274. Terdapat 2-3 bank lagi yang mula mencari Mat Sabu untuk menjelaskan bayaran tertunggak kad kredit masing-masing dan Mat Sabu khabarnya dah mula pening kepala untuk membayar hutang-hutang tersebut. Sekiranya kurang ceramah bagi Mat Sabu berkemungkinan kuranglah kemampuan untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Wednesday, November 25, 2009

WAJAH BARU MURSYIDUL AM PAS?


Dalam tempoh sebulan dua ini, PAS dilihat menghadapi 'waktu gelora' umpama banjir yang sedang melanda beberapa negeri yang dikuasainya. Walaupun ramai pemimpin PAS beranggapan situasi ini hanya sementara bagi mematang dan memantap parti, Tukang Screw pula cuba melihat lebih dari itu! Kalau dikaji dan dianalisa segala permasalahan dan gelora yang sedang melanda PAS sekarang ianya berpunca daripada satu faktor iaitu NIK AZIZ! Kalau dahulu amat payah untuk melihat dan mengesan 'kelemahan' ikon PAS ini. Tetapi kita perlu muhasabah diri dan sentiasa ingat peringatan Allah yang mengingatkan manusia supaya sentiasa menjaga keaiban dan tidak mengeji sesama manusia walau dengan apa sebab sekalipun.


Ramai dalam kalangan pemimpin PAS Pusat dan mantan AJK PAS Pusat membicarakan isu ini secara formal dan tidak formal bagi mencari punca segala masalah dan jawapannya masih sama 'NIK AZIZ'. Beberapa sumber dalaman PAS mendedahkan kepada Tukang Screw bahawa sekarang wujud gerakan untuk 'menolak secara baik' NIK AZIZ bagi menyelamatkan PAS. Gerakan ini dibuat oleh beberapa orang AJK PAS Pusat dan mantan AJK PAS Pusat yang kecewa melihat melihat senario sekarang yang jelas tidak memihak kepada PAS. Tegasnya, artikel Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang 'memanaskan' PAS tidak lama dahulu memang ada kebenarannya dan lebih daripada itu tersiratnya supaya NIK AZIZ berundur diri walaupun beliau sendiri yang melatah gara-gara artikel tersebut. Khabarnya juga Majlis Syura Ulama PAS yang diterajui NIK AZIZ akan dibubarkan dalam waktu terdekat ini untuk menghilangkan pengaruh beliau yang dilihat sebagai liabiliti dalam PAS. Ramai kalangan pemimpin PAS melihat NIK AZIZ sudah semakin berusia dan semakin 'ntah ape-ape' sehingga merosakkan PAS di mata masyarakat umum tetapi memberi kelebihan kepada DAP dan PKR. Perkara ini khabarnya telah dibincangkan di dalam beberapa 'mesyuarat sulit' kumpulan yang berpengaruh dalam PAS.


Bagaimanapun pembubaran Majlis Syura Ulama hanya dalam masa yang singkat kerana dilakukan untuk 'membersihkan' pengaruh NIK AZIZ sahaja. Yang menjadi persoalan kumpulan tersebut ialah calon yang bakal menduduki kerusi Mursyidul Am PAS menggantikan NIK AZIZ. Dalam perbincangan yang dilakukan kumpulan tersebut terpacul nama HARUN DIN yang Tukang Screw lihat sebagai calon yang ada wibawa walaupun kurang pengalaman politik. Jadi tidak hairanlah mengapa HARUN DIN begitu ditonjolkan kebelakangan ini seperti usaha menyelesaikan isu ARIFFAHMI ABDUL RAHMAN baru-baru ini.


Yang agak menarik, perkara yang menjadi kebimbangan kumpulan tersebut ialah sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan segera, NIK AZIZ akan jatuh dalam keadaan yang 'agak tidak baik' sebagai spiritual leader PAS. Jadi pendekatan yang akan diambil ialah dengan membubarkan Majlis Syura Ulama supaya NIK AZIZ berundur secara terhormat. Tukang Screw agak bersetuju dengan pendekatan ini tetapi harus diingat kesan yang bakal timbul apabila ianya berlaku. ANWAR dan HUSAM tidak akan duduk diam...

Friday, November 20, 2009

WAHAI TOK GURU!


Harun Din dan Nasharudin Mat Isa khabarnya begitu tidak senang dan bimbang dengan isu yang timbul daripada Mursyidul Am yang bagaikan tiada noktahnya. Mereka amat pelik kenapa Nik Aziz boleh mendedahkan kepada umum tentang tajaan hajinya sebanyak RM 65 ribu. Kebimbangan mereka agak berasas apabila SPRM telahpun menyerbu Tabung Haji untuk mendapatkan segala dokumen yang akan mendedahkan amalan 'rasuah' Nik Aziz yang menggunakan cek atas nama orang lain. Bersama Nik Aziz terdapat 5-6 orang lain yang turut mendapat penajaan dan tak lain adalah ahli keluarganya sendiri. Yang menarik tauke balak yang sponsor kos haji melebihi RM 600,000 pun dijadualkan akan mengiringi Nik Aziz. Kerana malu alah sebab selama ini mengutuk mengeji pengamal rasuah, Nik Aziz membatalkan hasratnya. Bagaimanapula dengan ibadah haji yang dikerjakan sebelum ini? Patutlah Nik Aziz makin merepek sebab hajinya tidak mabrur! Nampaknya Harun Din dan Nasharudin sendiri dah mula mempertikaikan haji Nik Aziz.


Harun Din turut meramalkan kemungkinan Nik Aziz tak akan lepas daripada tuduhan rasuah kerana SPRM telahpun mendapatkan dokumen dan bukti yang cukup untuk mendakwa beliau. Nampaknya PAS perlu bersiap sedia dari sekarang sekiranya Nik Aziz didakwa. Tukang Screw mula terfikir, patutlah Harun Din begitu prihatin dengan isu ini kerana tidak lain peluangnya untuk menjadi Mursyidul Am PAS mula menampakkan sinarnya!

PAS TAKUT PRK KOTA SIPUTEH?


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 November 2009 sudah pun menetapkan bahawa wujud kekosongan bagi kerusi DUN Kota Siputeh dan meminta SPR untuk mempertimbang untuk diadakan PRK di kawasan itu. Seperti yang dihajatkan PAS KEDAH, PRK Kota Siputeh bakal diadakan jika rayuan UMNO ditolak.


Apa yang Tukang Screw nak hebahkan ialah Azizan Razak, MB Kedah yang sebenarnya agak keberatan untuk mengadakan PRK di situ. Perkara ini diberitahu oleh orang kuat Azizan Razak sendiri kepada Tukang Screw. Apa tidaknya, UMNO pasti akan mengerahkan jentera pilihanraya seluruh negara untuk 'melanggar' Kota Siputeh ditambah dengan momentum kemenangan dari Bagan Pinang. Azizan bimbang jika UMNO berjaya mempertahankan Kota Siputeh kerana secara tidak langsung akan meningkatkan moral UMNO di Kedah. Sebenarnya apa yang ditakuti ialah perang kempen yang bakal menelanjangkan Kerajaan PAS Kedah yang selama ini turut tumpang menyeleweng hasil mahsul negeri seperti balak. Bukan itu sahaja, banyak perkara yang akan didedahkan yang akhirnya membuka seluas-luasnya pekung Azizan sama seperti yang berlaku di Kelantan sekarang ini.


Yang paling menarik apabila Mat Sabu sendiri melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Azizan Razak atas beberapa perkara yang akan Tukang Screw dedahkan sedikit masa lagi. Mat Sabu juga berkehendakkan PAS kalah dan akan mula menjalankan gerak saraf secara perlahan bermula dengan Sambutan Memali pada 19 November 2009 yang mana beliau sendiri telah memberi peluru dan bom atom kepada UMNO untuk menyerang kerana kenyataannya menyokong perjuangan Chin Peng dan komunis di negara ini. Abang Mat! Sila Jawab. Mat Sabu juga cukup risau jika rakaman perbualannya dengan teman khalwat beliau (Normah) kembali didedahkan kepada umum. Khabarnya Mat Sabu sendiri terpaksa tebalkan muka dengan rakaman tersebut sebab apa yang penting baginya ialah PAS kalah! Untuk rakaman tersebut, Tukang Screw akan dedahkan sedikit masa lagi serentak dengan PRK Kota Siputeh. Tungguuuuu!

Thursday, November 19, 2009

RAHMAT DARI BANJIR




Tukang Screw minta maaf banyak-banyak sebab gagal buat sebarang posting dalam tempoh seminggu ini. Sebenarnya Tukang Screw baru sahaja nak pulih dari demam melawan banjir di Kelantan. Walaupun banjir baru sahaja nak surut di Kelantan macam-macam pulak yang timbul di Kelantan. Itulah rahmatnya banjir!

Apa yang Tukang Screw cuba nak timbulkan dari banjir di Kelantan ialah beberapa perkara yang menjadi kerisauan di kalangan orang-orang kuat Nik Aziz terutamanya Husam Musa. Husam cukup bimbang dengan beberapa isu yang sedang melanda Kelantan (bukan isu banjir). Sebelum ini tidak pernah Kelantan dilanda isu sebegini dan sebab itulah ada kewajaran kenapa Husam perlu berasa bimbang. Rakan baik Husam, Kickdafella yang menghuru-harakan Kelantan pula gagal dihubungi Husam untuk menjernihkan semula suasana. Khabarnya Nik Aziz enggan mendengar semua penjelasan Husam mengenai perkara yang sedang melanda Kelantan sekarang. Apa yang amat ditakuti Nik Aziz dan Husam sekarang ialah 'serangan' SPRM ke Negeri Serambi Mekah dan mereka percaya Kickdafella sekarang berada bersama SPRM untuk menelanjangkan Kerajaan Kelantan yang selama ini mendakwa bersih daripada korupsi dan kronisme.


Bagi menyelesaikan masalah besar di Kelantan, Husam merancang sesuatu supaya Ariffahmi, menantu Nik Aziz untuk meletakkan jawatannya supaya isu seperti tajaan haji dapat diselesaikan tanpa menjatuhkan maruah Nik Aziz. Husam sebenarnya mengakui bahawa isu tajaan haji ini adalh benar-benar terjadi dan bakal menjejaskan imej maksum Nik Aziz. Nik Aziz amat marah dengan Husam sekarang ini kerana dialah yang mengambil Kickdafella bekerja dengan PMBK walaupun Husam sedar yang dia adalah ahli UMNO! Nampaknya Kickdafella akan bertukar tuan baru iaitu Media Prima Berhad yang mampu 'membela' beliau sambil-sambil menelanjangkan terus Kelantan.

Apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini pada Tukang Screw berpunca daripada Nik Aziz sendiri yang terlalu suka 'berterus-terang' dan bercakap apa sahaja perkara yang terlintas di serbannya. Tidak semua perkara yang kita perlu dedahkan untuk makluman umum hingga 'terlucut kain'. Jadi sekarang masyarakat sudah melihat Nik Aziz yang maksum turut sama terima rasuah walaupun niatnya bukan begitu. Sedarkah Nik Aziz, siapa sebenarnya Ariffahmi? Bukan sekadar menantu tetapi sudah menjadi 'anak hantu' bagi Nik Aziz yang termakan cakap isterinya yang amat menyayangi menantu kesayangganya. Dengar-dengar Ariffahmi adalah ejen UMNO yang berjaya penetrate keluarga Nik Aziz dan kerajaan Kelantan. Sebenarnya banyak perkara yang telah dilakukan Ariffahmi untuk merosakkan imej Nik Aziz dan kerajaan Kelantan. Kita sama-samalah tunggu dan tengok siapa yang kena! Tukang Screw juga nak ingatkan kepada Husam Musa dan Nik Aziz yang kita ini bukannya maksum dan tidak lama lagi balak dan Ladang Rakyat akan membuat kedua-dua manusia maksum ini tak senang tidur!