Tuesday, August 9, 2011

YB Romantik: Bestnye Raye Tahun Ni....



PAS terus berdolak dalik dalam isu penguatkuasaan JAIS terhadap dakwaan usaha memurtadkan segelintir umat Islam di sebuah gereja di Damansara. Sikap dolak dalik PAS ini tidak menghairankan Tukang Screw sebab memang itulah sikap munafik PAS sejak ditubuhkan pada tahun 1951. Kalau isu-isu yang memberi kelebihan kepada mereka, tak perlu siasat terus serang!!!!! Termasuklah isu kahwin dua YB Amirudin Hamzah, ADUN Anak Bukit yang cukup pandai mengayat isteri orang sehingga runtuh sebuah masjid.


Nampaknya kisah YB Romantik ini dahpun di'spin' rakan-rakan dari utara yang turut dapat menghidu aroma kemanisan berpoligami secara keji YB Romantik kita ni!!! Ramai kalangan rakan-rakan YB semasa di MRSM dahulu tidak menyangka bahawa YB akan berkahwin dengan Nora Mohd Noor yang bercinta secara diam-diam semasa zaman persekolahan dahulu dan bertemu kembali pada tahun 2009 seterusnya menyambung cinta lama secara sulit. Hal hubungan sulit ini terdedah apabila Nora diceraikan suaminya di mana YB Romantik telah menjadi penjamin kepada Nora yang membeli sebuah kereta baru semasa masih sebagai isteri RA (bekas suami Nora). Bagaimana Nora seorang surirumah sepenuh masa mampu membeli sebuah kereta baru jika tiada penjamin iaitu pihak ketiga? Apabila Nora ditanya RA tentang penjamin kereta tersebutkah yang menyebabkan penceraian mereka, Nora hanya berdiam diri, tidak mengiya dan tidak juga menidak.

Akhirnya setelah bernikah dengan YB Romantik, Nora mengaku dia mengahwini YB kerana untuk mendalami Islam!!!!! Hahahahahahahahahahahhahaahaha......Adakah seorang Islam yang alim dan warak seperti YB Romantik sanggup meruntuhkan masjid orang lain? Tidak cukup Islamkah RA di sisi Nora? Kalau setakat tahap ilmu dan kewarakan YB Romantik lagi eloklah Nora memilih Din Puduraya yang lagi berpengalaman. MMMMM...dah lama jugak tak cerita pasal Din Puduraya. Sabar....nanti sama-sama kita bawa pulang VCD Aksi Din Puduraya semasa balik beraya nanti!!!


Adakah wajar alasan untuk mendalami Islam digunakan untuk menutup kesalahan besar yang telah dilakukan Nora dan YB Romantik? Adakah YB jahil tentang hukum-hakam Islam? Mengapa YB tidak menegur Nora yang menduakan suaminya dengan menjalinkan hubungan sulit dengan YB? Adakah dengan menjadi wakil rakyat PAS maka halal melakukan perkara yang haram? Sungguh hina dab memalukan apabila menggunakan Islam sebagai topeng wajah untuk menipu masyarakat!!! Tukang Screw difahamkan perkahwinan kali kedua YB ini mendapat tentangan isteri pertamanya. Malahan anak-anak mereka juga tidak merestuinya. Adakah kerana berstatus YB PAS maka kebenaran isteri pertama tidak diperlukan lagi? Adakah kerana Pok Nik memberi wang cenderahati kepada wanita yang benarkan poligami di Kelantan maka YB pun teruja untuk mendapatkannya?


Tukang Screw tidak menentang poligami kerana ianya dibenarkan dalam Islam. YB takkan lupa syarat utama poligami ialah "adil". Adakah adil YB 'merompak' Nora dari suaminya? Mampukah YB berlaku adil kepada isteri pertama dan anak-anaknya? Jangan haraplah YB, dengan diri sendiripun YB tak mampu berlaku adil inikan pula dengan orang lain. Tapi yang lebih seronoknya tahun ini YB akan beraya bersama isteri keduanya bersama Nora....wah nikmatnya beraya dengan isteri tersayang.


InsyaAllah, Tukang Screw akan berjumpa bekas suami Nora untuk mendapatkan beberapa kepastian sebab Tukang Screw dimaklumkan oleh RA bahawa dia masih lagi menyimpan SMS intim daripada YB Romantik kepada Nora.........pastinya menarik untuk dibawa pulang berhari raya nanti. Selain menonton VCD BERSIH yang dibekalkan PAS Pusat, bolehlah sekali menonton VCD Din Puduraya dan SMS YB Romantik! Wallahhualam...

7 comments:

Sahabat-Gunung said...

Assalammualaikum Tuan...

Satu pendedahan yang menarik. saya mohon tarik artikel nie ke dalam blog saya .... Sahabat-Gunung.


Saya juga akan linkkan blog saudara di dalam blog saya....

Salam perjuangan dari Sahabat-Gunung

Burung Merbok said...

1. DULU, ketayap putih, jubah labuh, janggut panjang, warna hijau di pakaian , warna hijau di rumah dan hijau hijau di masjid ...... semuanya melambangkan keIslaman dalam sebuat parti yang memperjuang Islam.

2. SEKARANG, mana pergi segala kemuliaan dan kesuciaan keagamaan dalam parti tersebut ? Hinggakan boleh diganti slogan perjuangan dari "Negara Islam (NI)' kepada 'Negara Kebajikan'(NK). Gara-gara menagih kuasa politik, Islam pun boleh didagaikan. Kepada mereka , jika Islam dilihat sebagai penghalang kepada pencapaian kuasa politik, Islam pun tergamak ditentang atau sekurang-kurangnya diperkecil atau diperemehkan !!!!

3. Kalau agama Islam yang suci itu pun boleh mereka ini "gadai"kan ; apa ada pada kelakuan , tertib- sopan dan budi-bahasa kepada puak hamPAS ini ? Apa ada pada pada kelakuan sumbang ; bukankah sekarang ini, naluri dan nafsu diri sendiri (NK) lebih penting daripada segala apa yang diajar oleh Islam (NI)? Bukankah NK lebih diutamakan dari NI sekarang ini ???

4. Ya, kerana lebih penting diri inilah yang tergamak seseorang "merebut" seorang wanita dari suaminya ! Atas apa alasan sekali pun, kecurangan sebelum bernikah tidak boleh melupuskan dosa terdahulu ! Tak mahu bicara tentang hukum sebat ke, sula ke , rejam ke ??? Oh, mungkin SMS2 yang ghairah tidak boleh diguna sebagai bahan bukti kerana hanya DUA orang sahaja yang menulis dan membacanya !

5. Budaya "pembetulan diri" nampaknya akan memakan diri puak munafik ini. Fatwa songsang yang dikeluarkan untuk menjustifikasi sesuatu kesalahan nampaknya tak reda lagi. Demi menjaga hati "rakan se gagasan" ; strategi licik mahu memurtadkan sesama Islam pun sudah tak jadi penting lagi. Malah ber"ketua" kepada manusia yang moralnya amat memalukan sudah dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada kesetiaan yang tak berbelah-bagi ; satu penghormatan pula.

6. Rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, sudah mula melihat, mengkaji dan dalam proses membuat penilaian semula. Hasilnya akan diterjemahkan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Puak munafik ini tidak boleh "mengugut" orang Melayu Islam dengan retorik AGAMA lagi kerana perjuangan mereka bukan lagi bersandar kepada AGAMA. Bersyarah, berpidato berapi-api, memaki-hamun, fitnah-memfitnah dengan berlapik kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, TIDAK boleh digunapakai lagi sebagai tektik dan strategi pengaruh ! Umat Melayu Islam dewasa ini sudah cerdik. Mengalih pandangan pengikut2 sendiri kepada kesalahan2 dan kepincangan pihak parti lawan PUN tak ada kredibiliti lagi. Tak boleh pakai dah cara ini ! Dah tak laku sebenarnya !

7. Sementara boleh berkuasa sedikit masa lagi, teruskanlah dengan kemunafikan "kamu semua". Rakyat dah nampak !!!!! Selamat Pengantin Baru ; buah yang dicuri memang lebih enak dari yang dibeli ! Itu kata budak-budak yang seronok mencuri buah mempelam dan jambu di kebun jiran sebelah.

Burung Merbok said...

1. Maaf, salah ejaan di ayat 3, Para 2 : tukar "didagaikan" kepada "digadaikan"

tokgaru said...

Awat hangpa ingat orang Pas yang kuat berpegang pada islam nih tak kuat nafsu batin ker.

Kalau tak kuat tak kan dia boleh sauk bini orang. Dan bini orang tak kan nak kan dia kalau dia kurang kuat daripada bekas laki Nora.

Pasal Duit sama B****, jangankan orang parti Pas, sama sendiri punya bapak pun belum tentu selamat lagi lor.

theprofessor said...

Mak Datuk, tidak berakhlak betul YB2 Pas ni. Jadi tidak salah ler saya keluarkan fatwa bahawa umat Islam yang undi Pas bakal masuk neraka kerana Pas sudah menggadai Islam kepada si kafir laknatullah.

Anonymous said...

PAS LAKNATULLAH 'ALAIHH!!

SEMOGA ALLAH HANCURKAN PARTI PAS BERSAMA DENGAN KEBUSUKAN DAN KEJAHATAN ORANG2 DI DALAMNYA YANG MEMPERDAGANGKAN KETINGGIAN ISLAM DEMI NAFSU JAHAT DAN KUASA DI DUNIA!!

AMINNNNN

PAS LAKNATULLAH!!
PAS LAKNATULLAHH!!
PAS LAKNATULLAHH!!

theprofessor said...

Siapa-siapa yang undi Pas, bakal masuk neraka jahannam.