Alhamdulillah akhirnya selesai juga Tukang Screw berkelana ke Kemboja dan Vietnam melawat saudar-saudara seIslam yang sentiasa bersyukur dengan segala rahmat Allah walaupun amat sukar mentauhidkanNya di negara yang tidak mengamalkan Islam. Kita yang hidup di Malaysia wajar melihat nasib saudara seagama kita di sana sebagai renungan bersama kerana kehidupan di Malaysia bagi saudara kita di sana terlalu mewah dan amat mudah beramal saleh.
Sekembalinya Tukang Screw pada minggu lepas sempat juga singgah sehari dua bertemu kawan-kawan lama di Kelantan yang pada Tukang Screw amat mudah dan praktikal gaya hidupnya tidak seperti di Kuala Lumpur. Apa yang menarik yang ingin dikongsikan Tukang Screw tentang kisah khalwat melibatkan salah seorang ADUN di KELANTAN yang diceritakan oleh rakan-rakan Tukang Screw yang hidup dan matinya di dalam PAS. Sempat juga beliau mengajak Tukang Screw kembali berjuang bersama PAS tetapi ditolak secara baik.
Ceritanya berlaku sekitar bulan Jun 2011 di kawasan rekreasi Lata Kertas Stong apabila seorang ADUN PAS ditangkap khalwat kerana berdua-duaan di dalam kenderaan Pajero oleh penduduk kampung yang amat mencurigai tingkah laku mereka. Berita penangkapan ADUn dan pasangannya itu sampai ke pengetahuan pakcik kepada pasangan ADUN tersebut yang juga ibu tunggal yang telah berjumpa dan mendesak ADUN tersebut mengahwini wanita tersebut. Wanita tersebut yang juga ahli PAS tempatan dikatakan telah lama mengenali ADUN tersebut.
Pada sekitar penghujung Julai 2011, isteri kepada ADUN tersebut telah pergi ke rumah wanita tersebut di Kg Kuala Geris, Dabong untuk berbincang dengan wanita tersebut di mana beberapa syarat telah ditetapkan oleh bapa wanita tersebut. Antara syarat yang ditetapkan ialah:
a. Menanggung kos malu yang bakal dihadapi keluarga wanita tersebut yang telah menjalankan hubungan sulit dengan ADUN berkenaan sejak awal tahun 2011
b. Menanggung nafkah wanita tersebut dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah
c. Mengahwini wanita tersebut secara sah di luar kawasan tanpa pengetahuan umum
Selepas perbincangan tersebut, wanita itu telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menutup isu tersebut selain mengelakkan daripada isu ini terus diperkatakan orang.
Kedua-dua pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan di luar kawasan pada bulan Oktober 2011 dengan diwalikan ayah wanita itu sendiri. Bagaimanapun mereka tidak hidup sebumbung dan hanya berjumpa di luar kawasan seperti di Gua Musang dan berhubung melalui telefon bimbit sahaja. ADUN tersebut sehingga sekarang masih menafikan cerita tersebut walaupun telah disiarkan dalam beberapa blog. ADUN tersebut juga pernah ditanyakan tentang isu tersebut oleh akhbar Sinar Harian pada bulan November lepas dan terus menafikannya.
Mungkin kisah yang disampaikan ini berunsur fitnah untuk menjatuhkan imej ADUN tersebut, maklumlah PRU pun hampir dekat. Rakan-rakan Tukang Screw di sekitar Dabong telah diminta Tukang Screw untuk mengesahkan cerita tersebut. Tanpa sebarang penafian mereka telah membawa Tukang Screw berjumpa bapa kepada wanita tersebut yang tinggal di Kuala Geris, Dabong untuk penjelasan lanjut. Ya, memang beliau mengakuinya dan berasa amat kecewa dengan sikap dan contoh yang telah ditunjukkan oleh ADUN tersebut. Kebelakangan ini banyak aktiviti parti yang diadakan di sana kurang mendapat sambutan dan ADUN tersebut juga makin jarang turun padang kerana malu dengan tingkah lakunya sendiri. Moral daripada kisah ini, manusia tidak sempurna dan punyai nafsu. Hanya akal dan iman yang mampu mencegah kita daripada melakukan maksiat ini. Hari ini kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita lebih islam daripada orang lain kerana ujian Allah kepada orang-orang yang beriman adalah benar. Wallahualam.
Tamat Bab 1
12 comments:
pas tu parti maksum. mana boleh berdosa kahkahkahkahkah
Kalau nak buat cerita dogeng , sesiapa pun boleh buat, tunjuk kan lah bukti yg jelas, gambar nama adun, ni nak sembunyikan siapa org nya, bauk tak payah....
kalau ada bukti atau dosa pun dah tentu n.ajis dah bersihkan. puak lahanat memang macam tu
Jngan main2 tuduh tau...ore PAS semonya berime.wasalam.
ime bukenyor harto hok bulih wat sakko...umno ko, pas ko, kalu dok smaye be tu, samo jah...
Orang2 PAS memang tak takut buat dosa kerana dah dijamin masuk Syurga oleh Nabi Nik Aziz. Undi Pas masuk syurga....
Takpe, yg penting niat baik nok nikoh hak jande. jande pun sedapppp. Moga berbahagia hendaknya smbil dengar lagu Ade seko anak tupai...
Anon 12:18,nanti kalau dedahkan nama kata ni la kerja UMNO suka aibkan org..dasar kepala otak lubang najis
Pekerjaan yang dihalalkan disisi pakatan angkat sampah, kerana dosa boleh diampun oleh walitok serumpah. Jika bagi bukti pon, masih tak releven kerana saksi tak cukup, tak cukup kota empat saksi yang "mukabebalah", lagi pun belum antan masuk dalam lesung, "katakan"...
Terlalu banyak makan ubat kuat,maka inilah jadinya
Memang benar,kalau tak percaya cuba baca Harakah ada banyak iklan Ubat Kuat dan perangsang seks,bila dah makan bini pun tak terlayan,lepas tu apalagi, pasanglah lagi satu.Itu namanya bukan Sunnah Nabi tapi sunnah syaitan.
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment