Popular Posts

Monday, September 5, 2011

SIAPA MAT INDERA?













Sebelum kita sibuk mempertikaikan adakah Mat Indera pejuang kemerdekaan atau tidak, rasa eloklah kita kenal siapa Mat Indera sebenarnya. Kita jangan jadi seperti Mat Sabu yang berkokok keliling kampung tentang Mat Indera tetapi tidak mengenali siapa Mat Indera.

Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar. Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

Selepas British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut menjadi setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union. Memandangkan modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja, Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.

G.H Jasman turut memberikan beberapa buah buku berkenaan komunis kepada Mat Indera yang antaranya bertajuk What is MCP yang ditulis oleh Komrad Wright@Lai Tek sendiri. dan buku bertajuk Dialectic Materialism. Walaupun teori tentang komunis yang cuba diketengahkan oleh buku-buku tersebut jelas bertentangan dengan Islam, G.H Jasman akhirnya dapat mempengaruhi dan memujuk Mat Indera menerima perjuangan komunis dan menyertai PKM dengan alasan komunisme berbeza dengan agama dan Mat Indera turut dibenarkan mengamalkan Islam selagi tidak menjejaskan aktiviti komunis. Mat Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid. Latar belakang sebagais eorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan Pahlawan Parang Panjang. Akibat keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang Melayu, PKM@Bintang Tiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu itu.

Mat Indera turut terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama menjadi orang tengah meminta polis menyerah diri kepada komunis. Pada 14 Oktober 1952 Mat Indera telah ditangkap oleh orang-orang kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Mat Indera telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 18 November 1952 kerana memiliki senjata api secara haram. Rayuan Mat Indera supaya hukumannya diringankan ditolak pada 2 Disember 1950 dan hukuman gantung terhadapnya telah dijalankan pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya telah dikebumikan di Kg. Jambu Air, Taiping. Untuk makluman juga, Mat Indera pernah dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun 1946 kerana menjual beras secara haram.

Begitulah serba sedikit tentang perjalanan hidup Mat Indera yang menimbulkan konflik bagi mengiktiraf beliau sebagai pejuang kemerdekaan tetapi cara perjuangannya jelas menyalahi norma masyarakat pada waktu itu. Tukang Screw sedang cuba menghubungi adik Mat Indera iaitu Baharum Shah Indera yang juga merupakan seorang pesara tentera bagi mendapatkan beberapa butiran lanjut kenapa keluarga mereka berhijrah keluar dari Johor kerana dikatakan tidak mahu dicop sebagai agen komunis dan menyokong perjuangan Mat Indera.


Wallahualam. Al-Fatiha untuk Allahyarham Mat Indera sebagai saudara seIslam, moga rohnya diterima bersama orang-orang beriman.

37 comments:

Anonymous said...

Baru kredible laporan mcm ni, kajian dibuat danbukan semberono fakta. Syabas.

Anonymous said...

BETUL KE MUHAMMAD SABU ANAK HARAM KEPADA KETUA KOMUNIS CHIN PIN.

MAT INDERA / MAT SHABU ADEK BERADEK TIRI KEE?

chheeee ceritaa......

Anonymous said...

Mat Sabun ni asalnya dr Rejimen ke-10 PKM (Rejimen Melayu) yang cemolot dgn Chin Peng.

Anonymous said...

Ni tukang screw lahir sebelum merdeka ke
Selepas merdeka? Kalu lepas merdeka
dan baca sejarah yg disusun penjajah British,
Tak yah lah nak caya ...

Anonymous said...

sorang guru agama sanggup bersetongkol dgn puak anti agama dgn alasan dibenarkan sembahyang. pelik jugak guru agama mat indera ni.

perbanyakkan lagi pendedahan2 mcm ni.

Melayu Raya said...

Melayu yg sokong komunis adalah petualang bangsa dan dayus. Bongkarkan sejarah Melayu pengkhianat ni utk tatapan pemimpin PAS yg amat kurang cerdik ini!!!

Anonymous said...

Salam tuan penulis blog ni.jangan cepat melatah tuan...ini info yang tuan dapat yg ..how about info dari Yayasan Warisan Johor dalam buku Pengukir Nama Johor..cuba google 'Yayasan Warisan Johor Mat Indera'..

halim tuah said...

jangan lupa buat kajian dan link kan SIAPA MAT INDERA dengan SIAPA MAT SABU ...penting nih!!! kekeke

Anonymous said...

Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.

Buku ini diterbitkan sendiri oleh Yayasan Warisan Johor dimana kata-kata aluan mengiktiraf Mat Indera antara 150 Pejuang Kemerdekaan ditulis sendiri oleh MB Johor.

halim tuah said...

Siapakah BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA? Jawapannya ialah 'KOMUNIS CHIN PENG' - jika ditanya, itulah jawapan dari AHLI & PENYOKONG PAS. Pandangan peribadi atau LIDAH MAT SABU adalah juga sebahagian dari DASAR PERJUANGAN PARTI.

Jelas ''PAS ADALAH KOMUNIS''. Kini semakin ramai rakan2 saya lihat telah menjadi KOMUNIS..na'uzubillah..!

Sejarah memBUKTIkan bahawa KOMUNIS memang memperALATkan SUKARNO, DR SUN YAT SEN, MAT INDERA dan ramai lagi, dlm DASAR PERJUANGAN menegakkan NEGARA REPUBLIK KOMUNIS..!

Anonymous said...

Cara ini juga yang cuba dilakukan oleh DAP kpd orang melayu pada masa ini,menggunakan agama islam utk mengambil hati orang nelayu dan memperkudakan ustaz2 dlm PAS sebagai umpan...AWASmelayu dan islam akan tetik licik ini....

Mr.Iskandar B Abdul Hamid said...

ramai jgak anti-pas kat sini....
dah tue tak brani plak tulis nama sendri...hanya pandai berselindung blakang pungkuq UMporNO...hahaha...geli hati aku bca komen hang pa semua....

nasir che din said...

heran aku mcm mana pa(fail)s buleh rapat dgn mat pungkoq...kena pegang teloq kot

Anonymous said...

Tah mana mamat ni dapat fakta, tak ada sumber langsung dan banyak tak logik !

JAKA said...

jgn lupa juga buat kajian siddiq ghause, setiausaha mahathir yg agen KGB tu. juga buat kajian 3 abdul zaman mahathir yg ditangkap ksebagai komunis.

serta kaji juga hubungan malaysia dgn negara2 komunis dan sekarang apco.

kita bongkar kita bongkar.

andi said...

tu dia dah bagi fakta daripada kajian seorang pekaji sejarah masih lagi tak puas hati.

kepada mereka yang duk nak hebah2kan warisan johor tu plak. cuba lah baca betul2 pengiktarafan yang dibuat itu untuk tempoh sekian waktu yang kemudiannya mat indera telah berpaling tadah untuk melupakan agama sendiri dengan membunuh umat yang SEAGAMANYA.....

janganlah baca untuk menang sahaja cuba baca gak untuk ilmu...

Cheguman said...

Niat mat indera memang baik tapi niat shj tak memadai malah boleh menjadi mudarat jika tindakan salah.

Anonymous said...

PKM tidak berniat untuk merdeka kan Tanah Melayu melainkan jika Tanah Melayu menjadi negara komunis sebagaimana doktrin Mao's yg mahu mengkomuniskan seluruh Indochina, Gugusan Melayu & Indonesia. Tapi Islam menentang komunis. Guna akal ler... Baca dan faham sejarah. Kesian aku tengok golongan PAS ni yg masih belum merdeka dan otak diskrew dengan fakta terpesong oleh pemimpin yg munafiq.

ben said...

sapa yg tak faham sebenarnya.. komen yg bukan2.. takat baca blog n paper nak komen sapa betol sape salah..

Zabidi said...

Info kau x lengkap, x sohih, Kerajaan Johor yg totok umno pun kata dia pejuang ape citer

Pemuda Kahfi said...

Tuan, saya ingin meminta kebenaran tuan utk copy-paste artikel ini dalam FB saya..sekian,terima kasih..

Anonymous said...

ape yg tak paham tentang komunis ni. ape yg perlu diterangkan lagi. komunis ni memang telah disahkan sebagai yg tak pecayakan tuhan. nak kabarkan ape lagi. komunis kat kamboja tu sampai sekarang pun ada tengkorak sebagai bukti kekejaman komunis tu. cina sampai sekarang tekan minoriti islam kat sana. walaupun british penjajah dorang masih kasi sultan jadi ketua agama islam. kalu komunis tawan malaysia, jadi cam cina le, islam kena tekan. sekarang islam agama resmi pun masih ada yg murtad dan disokong oleh pas, kalu komunis tu menang cuma ada parti komunis semalaysia le takde nya pas. mat sabu tu anuar yg sokong murtad pun dia masih terima jadi ketua, cin peng tu jadi ketua pun dia sokong. dah ketawa pun macam beruk, mana org ada hidayah ketawa macam beruk tu. nabi tu ketawa jarang nampak gigi selalu cuma senyum. ni org pas ngaku tok guru ugama ape kejadahnya ketawa macam beruk. pas tu layak komunis aje. jual ugama untuk kuasa. penyokong taklid bodoh. bodoh org pas ni.

TOK JENG said...

PAS dulu dan sekarang bersama Mat "Sapu".
DULU : Sokong PAS masuk syurga !
SEKARANG : Sokong PAS masuk komunis !!

Inilah negara berkebajikan PAS bersama Kit Siang / Guan Eng & Al Juburi

Anonymous said...

Mengapa kita suka melabel orang yang berbeza pandangan dengan kita dengan label yang tidak sepatutnya? Apa hak kita sehingga melayakkan diri sendiri sedemikian?

Pemerintahan British adalah zaman dimana orang Melayu kelihatan seperti bergantung kepadanya, apabila British mengawal ketat pentadbiran negara dengan Darurat 1948. Parti-parti Melayu yang dilabel berhaluan kiri, yang mana menuntut kemerdekaan daripada British diharamkan sama sekali. Pemimpin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan. Beberapa yang terlepas lari ke dalam hutan lalu memijakkan kaki mereka ke platform Komunis. Persoalannya mengapa lari ke hutan? Kerana tindakan kasar British-lah yang memaksa pejuang-pejuang kemerdekaan ini mencari satu alternatif yang membolehkan mereka terus perjuang.

Syamsiah Fakeh pernah mengatakan dalam wawancaranya dengan Mastika pada 2 Oktober 2007 yang diselitkan dalam Memoirnya yang berjudul MEMOIR SHAMSIAH FAKEH: Dari AWAS ke Rejimen Ke-10;

"Orang Britishlah paling aku benci. Sebegitu lama orang British nak tangkap aku tapi tak dapat. Pada abad ke-21, kita patut mengenang kembali sejarah dengan hati terbuka..."

"Aku tak mungkin masuk UMNO pada masa itu, aku tetap memilih menentang British secara terus terang. Aku takkan meminta British memberikan aku satu pangkat dalam kerajaan penjajah. Kamu (wartawan Mastika) boleh pergi tanya British, kenapa aku masuk hutan..."

Cuba direnungkan secara logik akalnya. sekiranya yang dikatakan pengganas itu adalah Parti Komunis Malaya, kita tertanya-tanya kenapa "kelambu dibakar" jika yang salah adalah "nyamuk"? mengapakah British mengharamkan Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf yang semunya ini tidak bersenjata seperti Komunis? pemimpin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan.

Apakah kerana British berasa goyah dengan perpaduan rakyat Tanah Melayu pada masa itu yang majoritinya menuntut kemerdekaan kecuali UMNO yang enggan, yang sekadar melaungkan slogan Hidup Melayu.

Pernahkah kita terfikir kenapa UMNO satu-satunya yang tidak diharamkan? Jawapannya senang saja. kerana dia tidak desak British untuk MERDEKA. Mungkin belum masanya untuk merdeka pada pandangan pemimpinnya ketika itu. Atau UMNO melihat banyak lagi hal yang memerlukan pergantungnya kepada British.

melayu malaysia said...

Melayu Raya macmana pulak dgn melayu yg menyokong british, kita nk paggil apa ??? british tlh mngaut segala kekayaan negara kita sampai tggal saki baki baru diorg serahkan pada kita..

Anonymous said...

Kita wajar melihat sejarah dari sudut tersurat dan tersirat serta secara komprehensif. Perspektif setiap orang atau kelompok nampaknya berbeza-beza jika dilihat dari satu sudut sahaja. Jika kita secara melihat secara menyeluruh, meneliti sehalus-halusnya maka kita akan dapat kesimpulan yang lebih tepat. Adakah sudut pandangan dua pihak yang sedang bertelagah ini seperti orang buta (sejak lahir) yang menerangkan hakikat fizikal gajah ? Hanya orang yang melihat dari kaca mata golongan pencatur dan penyusun agenda dunia mendapat kefahaman atau 'pencerahan' tentang hakikat yang sebenar. Sudut pandangan golongan yang dicaturkan (dua pihak yang bertelagah)sudah dirabunkan dan terperangkap dalam satu 'permainan' yang amat teliti dan halus perancangannya. :)maklumat rahsia dari YAHUDI YAKJUJ MAKJUJ.

shah gunz said...

apalah nak jd bangsa aku ni... makin bodoh semuanya... aku tak sokong mana2 pn... tak kira hg bn k pas k... kite ni nasib2 j lahir dpt jd kaum majoriti kalau tak awl2 lg "melayu hilang didunia" jom doa stiap hari supaya melayu kuat mcm zaman kegemilangan tuk nenek moyang kite... Laillahailallah Muhammadurrasulullah

faisal said...

fakta sejarah jika ditambah dengan huraian dan persepsi penulis yg nyata untuk memburukkan tokoh tertentu....akan jadi sampah..

SiamangBukit said...

Susan sangat ke pkmm nak lawan british tanpa guna Platform komunis. X Masuk Akal kalau shamsiah fakeh fan mat indera nak berjuang untuk kemerdekaan atas Platform nasionalis tanpa komunis, melainkan mereka betul komunis dan anti - ugama. Dah kalah baru nak kata pejuang. Lebih petualang dari pejuang bangsa. Itulah silap mereka tidak tahu macamana nak berjuang tapi nak merdekakan bangsa konon.

Fird Saleh said...

memang tugas syaitan menyesatkan dan memecahbelahkan umat Muhammad,lebih2 lagi yg alim2..(mat sabu????) klau aku lihat dari komen2 nh..masing2(umno & Pas,PKR x de) ada yg betul dan ada yg salah. Tidak perlu bergadoh dn mencerca. Gunakan akal dan Bnyk kan doa supaya berada di jalan yg lurus dan betul(17 kali dlm solat).Supaya dilindungi dari fitnah Syaitan yg dashat. Amin

wudaine01 said...

ye ke?tak caya langsung fakta2 ni..kami ttp kata mat indera bukan komunis..hidup PAS..Semoga Allah memberkati usaha anda.

M HalilLail M Rukiban said...

Mat Sabu memang diragui statusnya kerana dipercayai pengikut fahaman syiah (syiah adalah golongan hipokrit).Dialah yang menggelarkan Anwar dengan gelaran Al-Juburi ketika DSAI masih TPM; tetapi sekarang sekapal (sama-sama belayar)sebab nak berkuasa. Mat Indera bekas guru agama; memang betul tu,tapi terpedaya lalu jadi komunis dan bunoh bangsa sendiri -ini bukan suatu yang menghairankan sebab dia telah terpedaya. Singkap kembali sejarah Islam; Saiyidina Ali ra. telah dibunoh oleh orang Islam iaitu puak khawarij - Abdur Rahman Al-Muljam seorang ahli zakirin (orang yang lidahnya tidak putus-putus memuji Allah swt) tetapi kerana hasad dan terpedaya sanggup bertindak membunoh seorang dari khulafaur-Rasyidin. Sila rujuk fatwa alam-ghiri kerajaan Monghul tentang Syiah dan ulama-ulama ,ulama-ulama pondok yag berkecuali dari politik yag berdekatan dengan saudara-saudara bagi yang berhajat mendapatkan maklumat tepat dan terperinci.

Anonymous said...

mohon jawapan...jika polis dituduh tali barut penjajah....mat indera dan komunis mewakili siapa? adakah wakil majoroti orang2 melayu waktu tu? bolehkah mereka mendabik dada mengatakan mereka mewakili tanah melayu?

Anonymous said...

main sabun lagi baik mat sabu.......

Anonymous said...

mat sabu & DSAI....hobi depa sama jer dua orang ni....klu pasai salahkan orang....semua tak betui. Dua2 manusia hipokrit... sebab depa..wang ringgit dan masa terbuang begitu saja. Banyak perkara yg lebih baik untuk rakyat malaysia buat. Sekarang semua raakyat malaysia hidup aman damai. Anak2 kita boleh pergi dan balik dari sekolah dgn selamat..belajar dgn baik...aman. Tak de bom sana dan sini. Apa lagi kita mau...boleh berniaga, cukup bulan dapat gaji..boleh shopping.. boleh beribadat dengan aman, boleh bersantai dengan keluarga.. boleh makan sikit..makan banyak... boleh makan sampai muntah.... Org macam Mat Sabu dan DSAI boleh buat anak cucu kita jadi sama mcm di Somalia, Libya, Syria, Iraq... Tiada kerajaan dalam dunia ni telus dan ikhlas.... sekurang2nya nasib kita tidak seburuk mereka... semua manusia tidak sempurna... kita hanya boleh memperbaiki mana2 kelemahan untuk jadi lebih baik... bukan meletakkan maruah diri di bawah tapak kaki....Mat Sabu,,,mat sabu....mat sabu...Memang patut hang dan anwar pi main sabun lagi baik. pas tu Anwar bantai hang... hang bantai dia balik.... renung2kan lah......

sang sepakat said...

Jaga jaga dengan Md Sa.. dia tu Syiah..hati2 dengan kenyataan dia. Komunis adalah satu kaedah yang dicipta oleh Yahudi untuk orang rusia dan China., kaedah mereka tidak sedua degan kita. Syiah dan Komunis ni adik beradik.

yyrm stor said...

Dah namanya screwkuat, Apapun boleh diSCREWKUAT, TEMASUK YANG BEBAL DAN TAK BEBAL PUN IKUT SAMA BEBAL, SEBAB SCREW MAIN BENAM TIDAK KIRA BETUL ATAUPUN SALAH, MAIN HANTAM SEMACAM, KALAU TAK HIDUP SEZAMAN DENGANNYA JANGANLAH MEMANDAI-MANDAI BUAT FAKTA, CERMIN DIRI SENDIRI DULU... BARU CERMIN ORANG LAIN..