Thursday, August 11, 2011

KRONOLOGI KEJADIAN: SERBUAN JAIS TERHADAP GMDU












Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah Tukang Screw perjelaskan secara kronologi agar senang difahami.



  • Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.


  • Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).


  • Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.


  • Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.


  • Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.


  • SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).


  • Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.


  • Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'.


  • Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.


  • Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.


  • Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

Apa yang ingin Tukang Screw pertikaikan dalam kejadian ini ialah beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, iaitu:-




  1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?


  2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?


  3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?


  4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?


  5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?


  6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?


  7. Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?


  8. Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?


  9. Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan untuk menarik orang Islam menjadi Kristian?


  10. Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?


  11. Mengapa NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenNumbered Listalannya tertera beliau Islam?

Nampaknya hanya NADEANE@SOPHIA yang mampu menjawab persoalan Tukang Screw ini. InsyaAllah Tukang Screw akan dedahkan beberapa maklumat menarik perhatian tentang isu ini dalam waktu terdekat termasuk petikan rakaman program tersebut yang diambil oleh salah seorang hadirin majlis tersebut yang merupakan sahabat Tukang Screw. Nauzubillah, awasilah keluarga dan saudara-mara kita dari terjebak dalam usaha memurtadkan orang-orang Islam. janganlah lokek membantu saudara mara kita yang susah. Wallahualam.

37 comments:

Anonymous said...

Mak oi...muka macam Nurul Izzah

Anonymous said...

Bab-bab agama Muslim mesti bersatu. Pada masa yang sama institusi zakat/baitulmal jangan hanya pandai kutip zakat tapi perlu lebih bijak agihkan ke asnaf supaya golongan kafir tak mendaayah ajaran mereka.

Anonymous said...

kene tanye org islam yg datang tu, kenapa kesitu perginya untuk mengadu. dengar cerita diorg selalu datang situ minta bantuan. kalau aku susah sgt, gereja bukan satu pilihan. Nauzubillah, ya Allah jauhkan aku dari perkara mungkar, berikanlah hamba mu ini kesudahan yg baik..amin

http://ruim-al-rembawi.blogspot.com/2011/08/hidayah.html

Anonymous said...

dolah dalih pun dianggap menipu...sahlah program tu
utk menyesatkan orang islam...

kalau premispun haram macam pusat urut@batin apa yg elok di dalamnya?

Anonymous said...

Kalau dah murtad dlm ic patut tulis MURTAD pas tu tak boleh guna BIN ataupun BINTI

Anonymous said...

nauzubillah, mana perginya tentera fisabilillah PAS yang sanggup bergadai nyawa dan harta dalam hal ini? Pasal ini isu bukan isu pilihan raya yang boleh memenangkan PAS maka tidak perlulah turun ke jalan raya untuk berjihad! Cuba kalau isu hentam kerajaan yang boleh beri faedah kepada PAS untuk menang pilihan raya, pasti setiap malam lebai2 PAS ni berkokok satu Malaya ajak orang turun ke jalanraya. Tolonglah Melayu/islam, bersatulah demi agama bukan demi parti!

mat debu said...

Nak tunggu tindakan umno. Jangan riuh aja. Apa pun tiadak ! itu lah umno.

Megat Alam Gempita said...

Percayakah anda bahawa Marina Mahathir dan anggota Sister in Islam juga turut mempunyai kaitan dengan isu memurtadkan orang Islam di Malaysia?

Kepada rakan-rakan seIslam BPN, UMNO,PAS,PKR yang masih mempunyai sekelumit iman dan takwa anda mempunyai tanggungjawab fisabilillah membongkarkannya!!!,

Teman akan memudahkan urusan kalian membongkarnya tanpa kalian sedar peranan Teman. Insya Allah, Allah swt akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang menegakkan kebenaran!!!

Anonymous said...

Pasal zakat tu mohon baca bukti disini http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/08/mufti-wahhabi-makan-duit-zakat-miskin.html

hafiz said...

Semoga Allah Memberi hidayah kepada Mereka...Amin

Anonymous said...

Abg Din Puduraya dengan YB Anak Bukit, ini cabaran buat anda untuk tackle Sophia.

syed arrahman said...

kalau la niat tu mulia,tidak berpihak kepada mana2 paarti politik,ambo rasa masalah ni boleh selesai....Yang ambo kesal kita sebagai muslim tidak bersatu pada hal penganggang kita haya satu je tauhidkan kalimah Laa ila ha iillallah,Muhammadur rasulullah.Soal masyarat islam tanggungjawab bersama,.Itu adalah fardu kifayah tuan2

nas said...

Soal pembahagian zakat...Pusat zakat yang di amanah kan hndaklah mnjalani tanggungjawab sebaik yng mungkin...Ini besar soal jawab di alam sana kelak...utamakan kepada yang memerlukan..Jgn kutib saja..salurannya biar la betul...agih-agihan pun biar jln yg betul...

Anonymous said...

JAIS dah keluarkan repot tapi dihalang oleh YB gagap. Mungkin DAP kata kalau U beritahu hal sebenar pada akhbar....i will not supply free Chinadoll or free beer to PKR and PAS forever.PAS dan PKR pun tertunduk malu......

Yang Mat Babun tu kata nak tunggu tindakan UMNO. Apa kena mengena nih.... Nak cover kelemahan SELANGORKU(Selangor Kurang Upaya).....yg kita sedia maklum.

Anonymous said...

Nasihat saya kepada SOPHIA....buat analisis berapa ramai orang kuat agama Kristian memeluk agama Islam. Kenapa dan mengapa ianya boleh berlaku.....dalam Quran ada menceritakan tentang Kristian dan Bible tapi dalam Bible tak ada cerita tentang ISLAM dan QURAN sebabya kitab BIBLE dah diubah berkali-kali oleh orang Yahudi untuk memperdayakan orang Kristian menyebelahi mereka.Kitab Quran susah untuk diubah...Itulah kelebihan agama tulen yg turun dari Allah SWT tuhan yg sebenar pencipta alam.

PAS...Islam hanya luaran dalamnya Nauzubillah. Nasihat saya pada JAIS....jangan bersekongkol dengan PAS atau PKR yang tulen dengan sifat munafiknya.

Anonymous said...

ade juga amil yg 'melarikan' duet zakat fitrah.mcm mane saluran dana dpt smpai ke pihak yg lebih memerlukan??

Anonymous said...

sophia ni bahlul. apa pasal murtad peluk agama sembah manusia. bangang.dulu suruh blajar betul-betul tapi montng memanjang. pas tu bersekedudukan ngan cina kafir agam kristian. dah puas makan babi. tu le kesudahannya
kalau boleh bagi mampus je pompuan kejadah tu.

Anonymous said...

x yah lhh nk salah kn PKR, PAS atau UMNO..dalam hal camnie kta org melayu yg beragama islam harus bersatu jgn suka menunding jari sape yg salah..tp diri sendiri pun x lakukan apa2.

Anonymous said...

Jangan tuding jari ke mana2 pihak baik pas,pkr atau umno,sepatutnya kita umat islam yang perlu bangkit,kita sendiri kena siasat,dan dapatkan lebih banyak bukti lagi....
buat rakaman tersembunyi...

AkuSeorangMuslim said...

WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU YANG BER AGAMA ISLAM. MARI KITA LUPAKAN SEKETIKA PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK DI DALAM ISU INI. KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM HARUS BERSATU PADU DI DALAM ISU YANG MELIBATKAN TENTANG AGAMA ISLAM YANG SUCI INI.KITA HARUS BERSAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN AGAMA KITA YANG SUCI SEBELUM ALLAH MENURUNKAN BALANYA KEPADA KITA SEMUA ATAS SEBAB TIDAK MEMPEDULIKAN TENTANG ISU INI. JANGAN SAMAPAI WAKTU ITU TIBA BARU KITA NAK MENYESAL.... ALLAHHUAKBAR...ALLAH MAHA BESAR

DEZAMAN COTTAGE said...

sama-samalah kita berdoa pada ALLAH semoga memberikan mereka hidayah supaya kembali pada Islam.

Anonymous said...

Undang-undang dah ade, cuma tak laksana. Tu yang orang2 kafir ni makin berani. Lagi satu kelemahan institusi zakat.kalau betul lah zakat diagihkan bebetul, rasenye tak de orang islam yang akan pegi menagih simpati daripada gereja.

edayu said...

sape mak bapak sophia bt mohd salleh tu? siann dia...singkatnya fikiran, sanggup gadaikan agama dan pegangan. subhanallah

Anonymous said...

Alaa dia nak keluar biar la dia keluar. Yg korang ni main paksa2 apahal?

Korang dh dengar kenapa dia nak murtad? Menyibuk btol!

FIROZ said...

SALAM BRO, CUBA KITA LIHAT ORANG MELAYU(PN KARTINI) MINUM AIR KENCING SETAN TELAH DIJATUHKAN HUKUMAN ROTAN TAPI SIAPA YG MELARANGKAN HUKUMAN TU DIJALANKAN DAN BELIAU TIDAK PERNAH MINTAK UNTUK DI AMPUNKAN TETAPI SULTAN PULA YG BERIKEAMPUNAN APA KOMEN ULAMAK2 umno, pak KATAK brahim ali, JADI RENUNG2KAN LAH & HAKIMILAH DIRI SENDIRI...BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM

dari AZALI said...

Utk Firoz,
Kalau nak kutuk-kutuk tak payah bagi salam la Sdr FIROZ!

Kes ni dah jelas DAP main peranan mempertahankan GEREJA haram memurtadkan orang2 ISLAM dan PAS berBERSEKONGKOL!!!!!

PAS - Parti Anak Syaitan! Seperti mana Syaitan bersumpah utk menyesatkan anak Adam hingga hari kiamat. DAN sepertimana N.Aziz kata PAS sanggup berkawan dgn SYAITAN!

Kini PAS Pertubuhan Anak Syaitan!

Anonymous said...

kita ena ingat nabi dah pesan org2 bukan islam tidak akan puas hati selagi islam itu tidak hancur....jdi marilah kira bersama bangun dari kelapaan kita. mereka memang takut kalau umat islam bersatu.... selagi umat islam bersatu selagi itulah mereka tidak dapat menglahkan umat islam. jangan kita asik fikirkan hal politik sampai sanggup menggadaikan akidah kita. menangani isu murtad ni adalah tanggung jawab bersama bukan hanya satu pihak je.

Anonymous said...

kepada anonymous August 13, 2011 4:10 PM

betul jugk tu yg awak kata.... kenapa msih ramai yg murtad tu tak boleh berfikir.... kalau ada org muslim yg masuk kristian tu pun yg memng dah lemah iman tapi bagi org kristian yg masuk islam tu pula ramai adalah org kuat agama diorang seperti ketua paderi negeri sabah yg masuk islam, dan ramai lagi cendikiawan kristian.

Anonymous said...

Ada yang ambik peluang tunjuk bodoh di sini dengan menuding jari kepada orang lain.....INI TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

NoKaKaSHiCHi HowyeaH!! said...

org pr tudoh org bn.org bn tuduh org pr...sampai bila nak abes...??

Anonymous said...

salam saudara-saudari semua,pd pndapat sy kes ni tanggungjawab sume org islam,xkire la parti ape pn..tp seelok ny pkai undang2 hudud jer bg org2 BODOH yg murtad ni..kasi nasihat,tp kalau masih ingkar lg kasi pancung jer...org mcm ni memalukan agama,bangsa dan negara jer..pelik gak,blajar tinggi2 tp bodoh tahap bwh tapak kaki!!!
ALLAH HU AKBAR!!!

ben said...

Salam semua,

Soalannya???? mengapa umat islam meinta pertolongan dari Gereja???? Sebab minta pada PPZ diambil endah tak endah sahaja. Macam mintak sedekah pulak. Pastu nak keluarkan rm100-rm 200 pulak punyak lah susah. Tapi pegawai pemegang zakat pakai kereta besar2. Bukan saya yang kata, baca laman wed drmaza.com. Jadi, tak guna ada berbillion duit ZAKAT, kalau tak diserah pada golongan Asnaf dan orang miskin. Lebih baik orang yang ingin memberi zakat, terus serahkan kepada orang miskin dan asnaf dan bukan PPZ sebab belum tentu duit diserah pada PPZ akan diberi kepada orang miskin.

Anonymous said...

Tolong jangan dok nampak salah orang padahal sendiri punya salah tak nampak!Sama-sama kita buat baik supaya allah merestui apa yang kita buat.Balasan allah bukan pada sorang tapi merangkumi semua.masyallah!!!!
dari Megat Terawih!!!!!!utara....

melayuislam said...

murtad bukan sebab susah saja tu yg sophia tu bukan susah pun cuma kebodohannya murtad sebab gila sicina kafir sanggup murtad sebab nak kahwin dengan cina bahalol tu..dah lah dia bodoh macam haramjadah lepas tu jadi penganjur nak murtad orang melayu lain pula.celaka betul budak sophia.kenapa kau tak ajak mak bapak kau murtad sekali mudah semua dok dalam neraka.mereka yg comments mcm sokong murtad tu adalah tali barut barua sophia celaka tu.

Anonymous said...

kenapa melayu yang murtad macam sophia tu tak fikir dosa pahala ke??syok makan babi tiap tiap harilah tu.aku nak bagi warning pada si sophia jangan dok murtad orang melayu lagi dan kenapa tak panggil cina dan india jadi kristian.orang yang murtad adalah manusia bodoh.wartawan tolong buat follow up dgn bapa si sophia ni sebab kita nak selidik bapa dia restu ke???

praha2 said...

cubo kito fikir sabotar dan tarik nafas lopes tu bertanyo mengapo terjadi perkaro murtad ni. eden bersetuju dongan apo yang berkato bahwa pzs,jasi dan mais tak berkosan. pzs kutip duit bukan setakat bulan puoso jo tapi kutipan zakat dari koporat banyak. oran persorangan pun berzakat. jadi kito tanyo mano poi nyo duit tu? keduo, apo pasal terjadi macam ni? jawapanyo -terlalu ramai ulama-semuo nak tujuk pandai bori ponjelasan itu dan ini sahinggo rakyat oran melayu Islam keliru. yang mano b otol kito tak tau. ado pulak yang berceramah bermotif politik. lobih keliru lah rakyat.

Anonymous said...

Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak memaksa umat mengikut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama.  Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat  berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan, kejayan, kemodenan dll.