Monday, January 25, 2010

KLU BARU?

Setelah agak lama menyiasat dan mencari klu-klu baru, Tukang Screw dapatlah serba sedikit petunjuk dari kaunter bas ekspres Maharani, Sutera, Tenaga dan Konsurtium Bas. Untuk makluman INTAN dipercayai ada kaitan dengan salah seorang staf yang mengendalikan kaunter Maharani Ekspres. Setiap pergerakan INTAN hanya diketahui adiknya yang sering membawanya ke hulu-kehilir termasuk ke HOTEL ANCASA! INTAN juga mempunyai sahabat baik di Konsortium Bas sewaktu beliau bekerja di sana dahulu. Jadi banyaklah cerita perihal INTAN diperolehi dari seseorang di sana.

Si Polan mungkin agak gembira sebab Tukang Screw agak lama menyepikan diri dari menceritakan perihal tak bermoral beliau. Yang pastinya, untuk tidak terkantol besar-besaran kemungkinan Si Polan pastinya meminta INTAN mendelete nombor handphonenya atau akan bertindak menyaman Tukang Screw atas berita-berita yang didakwa palsu terhadap beliau. Saman, satu perkara yang cukup berat untuk dihadapi. Kalau Tukang Screw kena saman maka akan terdedahlah siapa sebenarnya Si Polan itu, itupun kalau dia sanggup saman. Nak buat macam mana pastinya bala ini akan ditanggung Tukang Screw seorang. Mungkin jika terdedah Si Polan sanggup membawa INTAN berjumpa isteri kesayangannya untuk memberitahu hal sebenar? Atau berjumpa suami INTAN untuk menjelaskannya? Seperti biasa UMNO akan dipersalahkan oleh Si Polan kerana menyebarkan khabar-khabar angin seperti ini. Terimalah UMNO, kerana segala keburukan di Malaya ini kononnya datang dari UMNO. Lagi menarik kalau Si Polan buat satu sidang media untuk menjelaskan segala-galanya di situ. Biar terpampang di muka surat hadapan Utusan Malaysia cerita skandal Si Polan. Tunggulah apa-apa yang patut didedahkan dan jangan dipaksa kerana ianya hanya akan membawa kepada satu cerita yang direka-reka.

Thursday, January 21, 2010

AL KISAH DI NEGERI KELANTAN

Awal mula pertama mula dirgahayu kepada DYMM Sultan Kelantan moga cepat sembuh agar segala pergolakan di Kelantan dapat diredakan dengan kebijaksanaan dan perkenan Tuanku. Daripada nasi ulam yang amat pelbagai ulamnya terselit cerita-cerita dan khabar yang menarik perhatian Tukang Screw. Khabarnya Tengku Mohd Faris Petra, Pemangku Sultan Kelantan amat murka kepada tiga orang rakyat gedebeh di Kelantan. Mereka yang bertuah tersebut ialah Husam Musa, Takiyudin Hasan dan Anuar Tan.

Apa yang menjadi kemurkaan tuanku ialah tindakan gedebeh-gedebeh ni bersekongkol dengan kroni-kroni mereka untuk menjual tiga projek mega kepada Syarikat Lembah Sireh Sdn.Bhd. yang didalangi oleh seorang kontraktor Kelas A berbangsa Cina. Tiga projek tersebut ialah:-

a. Projek pembinaan kondominium di kawasan perumahan Buluh Kubu, Kota Bharu
b. Seribu ekar tanah di Dataran tesco
c. Tapak Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Temenggung

Baginda turut murka terhadap Peguam Nordin & Co. kerana menjadi perantara penjualan projek kepada Syarikat Lembah Sireh Sdn.Bhd. Apa yang menjadi kemurkaan baginda ialah tiga projek tersebut yang sepatutnya dijalankan oleh syarikat tersebut telah di Ali Baba kan kontraktor bukan Melayu untuk mendapat keuntungan peribadi seterusnya menguncupkan ekonomi kontraktor Melayu. Mungkin di Kelantan tiada atau kurang kontraktor Kelas A Melayu. Tukang Screw agak musykil sebab rakyat Kelantan serba lengkap dengan kepakaran dari segenap bidang. Seperkara lagi mungkin kemurkaan ini rentetan daripada penglibatan tiga individu tersebut yang mempunyai kaitan dengan projek pembalakan di Kelantan sehingga baginda Tuanku mengambil keputusan membekukan segala permit pembalakan. Silap gaya ketiga-tiga mereka bakal ditarik balik gelaran Dato' terutama Husam Musa. Nampaknya cita-cita menjadi Menteri Besar akan berkubur di Pengkalan Kubur!

Wednesday, January 20, 2010

Selamat datang 2010

Selamat datang 2010 walaupun agak lewat ucapan diberi. Kita buka lembaran baru yang jauh dari skandal peribadi walaupun tidak dapat dielakkan. Tukang Screw mohon maaf kerana tidak dapat menamatkan skandal seorang pemimpin PAS yang cukup top. Seperti yang telah Tukang Screw beritahu jawapannya ada dalam ruangan komen. Mungkin pembaca mahukan lebih detail. Buat masa ini tidak perlu terdedah sangat tetapi nampaknya si polan tu dah mula menyalak yang bukan-bukan. Tidak mengapa, kita tunggu.

Isu skandal seks bukan topik utama yang hendak Tukang Screw bincangkan kali ini. Tukang Screw melihat ada kewajaran untuk memaparkan usaha pelbagai pihak dalam menangani isu kalimah Allah yang masih belum selesai kerana ntuk menunggu keputusan rayuan. Pelbagai cara digunakan oleh pelbagai pihak untuk memperjuangkan isu ini. NGO Melayu dengan demonstrasi, perhimpunan, memo, risalah dan sebagainya. Syabas kerana ada usaha-usaha untuk menunjukkan bahawa isu ini perlu diperjuangkan oleh orang Melayu dan Islam. Yang menariknya, UMNO mendapat kredit mudah walaupun tidak mengambil tindakan yang sewajarnya di semua peringkat kerana apa sahaja yang dibuat Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO di belakang. Kalau adapun hanya segelintir penyokong UMNO yang melakukan solat hajat dan sebagainya. Di peringkat pusat tiada sebarang tindakan yang konkrit hanya reaksi pemimpin yang kita terima.

Bagi PAS, tindakan berkecuali atau berhemah untuk menjaga hati 'rakan-rakan' politik lain terpaksa dibuat walaupun wujud 'clash of interest' di kalangan pemimpin mereka. Apapun PAS agak praktikal dengan menjadikan muzakarah sebagai platform menyelesaikan masalah. Terkini Husam Musa dan Dzulkifly Ahmad sedang merancang untuk menjayakan pertemuan di antara Nik Aziz dengan Ahli Majlis Gereja Malaysia pada 26 Januari 2010 di Kota Bharu kerana kebetulan pertubuhan tersebut akan mengadakan persidangan di Kota Bharu pada 26 hingga 28 Januari 2010. Khalid Samad juga dikatakan akan menghadiri pertemuan tersebut bagi menambah kehangatan isu yang sedia hangat. Tukang Screw percaya Nik Aziz akan mengambil peluang pertemuan tersebut untuk menunjukkan bahawa PAS boleh menyelesaikan masalah negara yang gagal ditangani UMNO. Syabas Nik Aziz dan pemimpin PAS. Tapi yang peliknya mengapa semasa isu murtad PAS begitu beriya-iya menjuarai isu ini? Atau adakah kerana Anwar menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, PAS enggan memperjuangkan isu ini secara terbuka semata-mata tidak mahu berlawanan dengan Anwar? Tukang Screw dengan ikhlas memuji pendekatan PAS berjumpa dengan apa jua persatuan kristian tapi janganlah dipolitikkan dengan menuduh UMNO sebagai pencetus isu ini sebab pada Tukang Screw UMNO tidak ada kemampuan sekarang untuk mencetuskan sebarang isu!!!!