Friday, October 30, 2009

KESIAN, HASSAN ALI KENA SCREW!


Malam yang dingin di Anjung Rahmat, tempat 'orang bulan' lepak-lepak. Tukang Screw dipanggil oleh YB parti bulan untuk sembang-sembang dan pekena teh tarik, kopi tarik dan macam-macam tarik lagi. Lepas isya Tukang Screw dengan kain gombang terus pergi Anjung Rahmat. Apalah yang YB ni nak sangat jumpa Tukang Screw malam Jumaat ni. Bini Tukang Screw pun muncung aje nampaknya.

Alkisah, sesampai aje Tukang Screw di sana adelah 3-4 orang lagi ahli mesyuarat kedai kopi yang turut hadir mesyuarat khas parti bulan pada 28 Oktober lepas. YB sahabat Tukang Screw terus buka mulut bertanya Tukang Screw yang tak sempat lagi nak angkat kain gombang. "Apa yang anta tahu pasal mesyuarat semalam?" Tukang Screw pun dengan muka ala-ala Ebby Yus menjawab balik. " Ek eh, YB ni sudah gaharu cendana pula!" Alah, ana saje nak test anta. Manalah tau, anta dapat info yang lagi pelik. Kata YB kepada Tukang Screw. Apa yang Tukang Screw tahu, mesyuarat malam tu parti bulan nak bersihkan Selangor dan adakan seminar khas pada awal Disember nanti.

Ini ana nak bagitau anta, sebenarnya lebih dari tu lagi mesyuarat malam tu, sampai pukul satu pagi baru selesai. Itupun pasal 2-3 orang yang sudah buat muka macam unta padang pasir menguap panjang. Ha ha ha, syukran YB. Inilah yang ana hendak dengar. Anta punya pasal ana sanggup kasi itu tanah dekat Kubang Kerianlah. Kata YB sambil tergelak. Apa yang lebihnya YB mesyuarat malam tu? Sabarlah Tukang Screw, ana nak order maggi goreng dululah.

YB Pokok Sena sibuk dengan SMS dari mula Tukang Screw sampai... Ha ha ha..SMS dengan aweklah tu sampai senyum ke telinga. Mereka pun manusia juga yang punya nafsu. Nak dijadikan cerita, malam tu semua AJK parti bulan hadir termasuk Nik Aziz. Ana pun pelik, sebelum ni tak pernah orang tua tu nak datang mesyuarat pusat. Tu sebab dia tak berapa nak ngam dengan AJK. Nampak gaya dah nak jalan orang tua tu pasal buang tabiat datang mesyuarat. YB Pokok Sena menyampuk dengan selamba, "Kalau dia jalan, makin terang bulan kita ni." sambil ketawa terkekeh-kekeh. Tukang Screw pun balas, "Wah, YB-YB ni berani kutuk nampak, kalau depan orang tua tu pijak semut pun tak mati!"

YB pun sambung ceritanya yang ala-ala cerita penglipur lara.

Pasal nak menyedapkan hati orang tua tu, Hadi Awang terus kasi Nik Aziz memberi sepatah dua kata yang macam kuliah maghrib. Kau tau Tukang Screw, Nik Aziz mintak sangat perubahan dalam PAS sedangkan dia tak tau yang orang lain mintak dia sendiri berubah. Dia masih mahukan EGM parti bulan diadakan atas alasan untuk membersih kepimpinan parti. YB Pokok Sena dengan machonya menyampuk, " Huh, macamlah dia tu bersih sangat!" Parti bulan kena dapat mandat baru, barulah senang kita nak laksanakan dasar-dasar sedia ada terutama dasar bersama pakatan haram.

Setelah selesai bagi kuliah, ahli mesyuarat apa lagi... terus SCREW Nik Aziz tanpa belas kasihan. Kasihan ana tengok Nik Aziz, kata YB. Ahli mesyuarat dah bengang sangat dengan Nik Aziz yang selalu sangat cepat melatah tak tentu pasal terutama dalam hal-hal melibatkan parti. Kau tahu Tukang Screw, apa yang malaun tu cakap kat Nik Aziz? YB Pokok Sena tanpa disuruh menjawab terus melakonkan dialog yang digunakan untuk SCREW Nik Aziz.
"Kami hormat Tok Guru pasal tua dan lama dalam PAS, kalau macam nilah perangai Tok Guru yang kita hormati yang dok merapu, mencarut tak tentu pasal sapelah yang nak hormat lagi. Jangan sampai kami gelar Tok Guru 'TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI DAH NAK MAMPUS'!" YB Pokok Sena pun sempat beralas gak, "bukan aku yang kata, depa yang dok kata. Aku ajuk aje apa yang depa kata." Tukang Screw pun apa lagi, gatal tanya siapa yang paling kughang ajaq malam tu? Sape lagi kalau bukan si Hanipa Buncit tu...hahahahahaha". Kata YB Pokok Sena.

YB pun menyampuk, "Yang ana dok heran tengok orang tua tu, puaslah puak-puak ni dok kutuk dia, muka dia selamba je. Macam takde perasaan." YB Pokok Sena menyampuk lagi, " Dah dasar keldai tua, memang macam tu!"
Yang ana paling kesian malam tu, si Hassan Ali Al-Araki, teruk dia kena SCREW malam tu, sampai merah padam dan tak dapat nak angkat muka. Anta tau, apa yang dia kena carut malam tu? Manalah ana tau YB oiiiii! Hassan dituduh terlalu gelojoh nak jadi hero Melayu dengan melaksanakan beberapa hukum Islam di Selangor. Ana dah pesan dulu kat dia, kita ni bertopengkan hukum Islam untuk tarik sokongan orang Melayu. Apa ke tidaknya, habis arak nak diharamkan penjualannya di Selangor. Betul gak kata Khalid Berahim, kalau arak takde tak masyuklah tabung Pakatan Haram. Si Hassan dituduh lagi sebagai cuba meruntuhkan dan menikam Pakatan Haram dari belakang. Ana pun setuju gak benarnya dengan tindakan Hassan Ali, tapi ape nak buat, kena ikut majoriti gak. Ini semua politiklah Tukan Screw.

Tapi ana respek betullah dengan Hadi Awang, hebat betul lakonan dia malam tu. Habis Nik Aziz dikipas dan dipertahankannya dari tohmahan serta kutukan ahli mesyuarat. Ramai gak ahli mesyuarat yang nak Nik Aziz berundur seperti desakan Maha Firaun. Tukang Screw pun buat-buat tanya, sape pulaklah Maha Firaun tu? Che Detlah, sapa lagi. Jawab YB Pokok Sena. Hadi Awang ana tengok sebok menafikan ada masalah dalam parti bulan. Bohonglah tu, kita dalam family kecik pun ada masalah inikan pulak dalam parti bulan. Tapi ana tau kenapa dia cakap macam tu, mentang-mentanglah Nasha tu bisnes ada untung, setiap bulannya dia payung Hadi Awang. Tukang Screw dengan gatal mulut saje tanye, "Sape pulak kasi Nasha bisnes?" YB Pokok Sena apa lagi terus tepuk meja..."UMNOlah, sape lagi".

Hadi Awang jugak menafikan bahawa wujud komplot untuk pengaruh Nik Aziz untuk desak adakan EGM parti bulan. Tapi ana tau, Al Juburi yang punye keja ni. Ana dulu nyaris jadi 'boy' dia...hahahahahahahaha. Tambah Hadi Awang lagi, isu kerajaan perpaduan takkan timbul lagi dan segala masalah akan diselesaikan mengikut saluran yang betul. Pi dah! YB Pokok Sena menyampuk lagi."Kalau dah dasar tak pernah pakai underware tu, semua cerita dok merapu. Depa senyap-senyap pi bercuti kat Londonlah, Australialah, Singapuralah. Aku ni paling jauh pergi Danok aje."

Tapi yang best, wakil KL dengan Hanipa Buncit dok berkeras mintak Hassan Ali letak jawatan supaya EGM tidak diadakan. Apalah yang depa benci sangat dengan si Hassan ni. Ana pun tak fahamlah. Tapi ana agak ini mesti komplot Khalid Samad dengan depa. Bolehlah Khalid Samad jadi PJ Selangor. Ana takutlah kalau Khalid Samad jadi PJ. takut dia bukak banyak rumah urut lagi! Ait, kenapa YB cakap macam tu? Ana taulah, ana dengan dia selalu pegi 'CAKUAT' kat kedai Ronnie. Hehehehehehe.

Itu ajelah yang ana nak bagitau kat Tukang Screw. Pandai-pandailah anta nak screw sebab ana dah naik menyampah dengan puak-puak Terengganu-Kelantan ni. Macamlah hebat sangat.

Habis terlondeh kain gombang Tukang Screw mendengarkan celoteh dua orang YB parti bulan ni. Nampaknya sesama mereka pun memang tak dapat nak sebulu, banyak sangat puak-puak dalam PAS ni. Macam puak kabilah Badwi kat Arab pulak. Apapun,, apa yang Tukang Screw dapat simpulkan resolusi mesyuarat tersebut ialah:

1. Nik Aziz nak sangat diadakan EGM untuk bersihkan PAS daripada pemimpin yang tak sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan lebih mementingkan kerjasama dengan UMNO.

2. Untuk selamatkan pelakon-pelakonn utama yang nak sangat kerjasama dengan UMNO maka Hassan Ali terpaksa dikorbankan hingga ditubuhkan satu Lembaga Siasatan Khas PAS untuk menyiasat PAS Selangor.

3. Hampir semua AJK PAS Pusat yang tak suka dan meluat dengan Nik Aziz yang mereka lihat dah makin nyanyuk dan sebagai liabiliti dalam PAS. Nik Aziz juga gagal menghadiri mesyuarat AJK PAS Pusat sebelum ini.

4. Hadi Awang terpaksa berlakon untuk meredakan keadaan dengan membela Nik Aziz sambil menafikan wujudnya masalah dalaman sebab dia dah banyak berkomplot untuk menjatuhkan pemimpin PAS dari Kelantan yang dilihat sebagai ancaman utama pemimpin PAS dari Terengganu.

5. PAS akan mengadakan satu seminar khas untuk membincangkan masalah dalaman parti pada 7 Disember 2009 di Taman Melewar yang dilihat akan menghurai segala kekusutan tetapi sebenarnya bakal menelanjangkan PAS sendiri.

6. Yang paling menarik lagi apabila perjumpaan Hasan Ali dan Nasha dengan blogger tempoh hari dapat dihidu oleh beberapa orang pemimpin PAS yang sedang mencari sebarang rakaman yang dibuat semasa perjumpaan itu bagi menSCREW Hasan Ali dalam masa terdekat.

Nampaknya makin meriahlah suasana politik PAS dalam masa-masa akan datang. PAS dah mula dilihat seperti UMNO apabila diberi kuasa memerintah yang sebelum ini sibuk mengutuk dan mengeji UMNO. Allah itu Maha Adil, didunia inipun dah ditunjukkan tembelang dan temberang PAS. Sejarah Islam dah banyak buktikan bahawa keruntuhan empayar Islam sejak zaman bani Umaiyah, Abassiyah, Delhi, Moghul dan banyak lagi berpunca daripada mereka-mereka yang bertopengkan agama untuk mencapai kepentingan peribadi. Fikir-fikirkanlah sebelum kita menghadap Allah Rabbul Jalil. Wallahhualam!

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzztttttt. Dah kena screw.

Tuesday, October 27, 2009

Nizar Screwkuat: Mesyuarat Esok Ramai Yang Nak Kena Screw..!

1. Untuk posting kali ini Tukang Screw khabarkan berkaitan Mesyuarat Khas PAS esok. Media galak mengatakan Nik Aziz akan hadir sebagai menyahut desakan kepimpinan PAS setelah penat menghangatkan ruang politik negara. Tukang screw tabik spring pada tok guru kerana berani berhadapan dengan kenyataan dan realiti.

2. Semua penyokong totok dan ahli PAS tahu EGM yang dicadangkan tok guru tak jadi. Alasannya tak sesuai atau ada sebab lain yang lebih berhemah..! Tok guru berjawatan mursyidul am tidak berkelayakan. Selesai solat maghrib tadi Tukang Screw dihubungi teman, alibinya antara ahli rapat dengan kepimpinan kanan PAS.

3. Panjang ceritanya tetapi Tukang Screw rumuskan beberapa perkara yang akan dibincangkan esok. Dalam mesyuarat esok semua pimpinan PAS mahu tok guru menjelaskan punca sebenar hingga memaksanya mengeluarkan kenyataan sepertimana yang terkandung didalam laman blognya. Maksudnya kepimpinan mahu tok guru berterus terang (heart to heart) kiranya seperti tok guru dihadapkan ke tribunal displin parti.

4. Kenyataan keras tok guru dilihat seperti menghala muncung pistol ke kepala Presiden. Ini mungkin Tukang Screw gambarkan kekalahan PAS di Bagan Pinang telah menyediakan alasan yang kukuh untuk Tok Guru menghentam Presiden secara halus. Ibarat pukul anak sindir menantu. Bagaimana pun, mesyuarat esok Presiden yang disindirkan oleh ramai ortodok PAS sebagai lembik dan flip flop akan diberi ruang untuk menjelaskan berkaitan hala tuju parti mengikut situasi politik semasa tanpa merosakkan asas perjuangan PAS (Anwar dan klik pasti tak senang duduk)..!

5. Dalam blog Tok Guru dengan jelas telah menamakan beberapa tokoh pimpinan PAS yang tidak disenangi tok guru kerana tindak tanduknya yang digambarkan bertentangan dengan prinsip Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun ruang musyawarah esok akan digunakan oleh tokoh2 ini untuk memberi penjelasan dan membela diri. Mereka juga mempunyai hak walaupun dalam perjuangan PAS, tidak se'veteran' Tok guru dan Presiden.

6. Tetapi bab yang ini Tukang Screw paling suka seperti mana yang diberitahu oleh teman, kesemua Pesuruhjaya Negeri akan diberi peluang untuk memberi pandangan dan juga pendirian dalam pelbagai isu terutamanya perkara pokok..kerjasama didalam Pakatan Rakyat. Kalu diikutkan berkemungkinan topik ini paling tidak disukai oleh beberapa pimpinan yang proAnwar. Ustaz Azizan mungkin banyak perkara yang mahu disentuhnya. PAS Perak akan konsisten dengan kegilaan untuk bubar DUN dan lagi satu apa khabar PAS Penang dan Khalipap Umar. Selangor tak perlu diulas mungkin ada yang kena screw bawah meja..!

7. Agak lama juga terkedu mendengar perkara terakhir yang dikhabarkan oleh teman kepada Tukang Screw. Katanya perkara ini mungkin mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak tetapi masih ada ruang untuk berbincang dan mencapai kata sepakat. Mesyuarat esok juga akan membahaskan peruntukan undang-undang tubuh PAS berkaitan pemecatan seseorang yang mempunyai jawatan didalam parti. Nampak macam ada sorang dua yang nak kena screw esok.

8. Sebelum mengakhiri talian, teman Tukang Screw sempat berseloroh "hang jangan screw kuat sangat pasai esok ada yang lagi kuat kena screw" Tukang Screw sambut mari kita tengok sapa yang kena...Screwww...!

Tuesday, October 20, 2009

NIZAR FULAWEIIII: POST MORTEM BAGAN PINANG PARTI SYURGA






Tahniah Mohamad Sabun kerana dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Post Mortem PRK Bagan Pinang oleh Setapa Ali. Untuk makluman semua sebenarnya post mortem dah dibuat pada 17 Oktober lepas di Pejabat PAS Jalan Raja Laut yang dipengerusikan oleh Dato' Halim Abdul Rahman. Penubuhan jawatankuasa post mortem ini hanya untuk 'endorse' perkara-perkara yang telah dibincangkan pada 17 Oktober selain menokok menambah apa yang patut.

Kebetulan Tukang Screw petang tu melepak kat kedai mamak berhampiran Pejabat PAS jadi dapatlah bongkar hasil post mortem tu daripada seorang pemimpin PAS yang disegani yang disebut-sebut menggantikan Dr.Hassan Ali sebagai P/Jaya PAS Selangor selepas mesyuarat tu. Kenalah gak Tukang Screw belanjan teh tarik dengan roti telur.

Setelah berbincang lebih dua jam, ahli mesyuarat telah megenal pasti beberapa faktor kenapa pengundi Bagan Pinang tidak sudi ke syurga dengan percuma iaitu:
  1. PAS tidak mempunyai pengaruh di Bagan Pinang sebab ada 100 orang ahli berdaftar sahaja dan pengundi di sana melihat PAS sebagai parti pembangkang yang tidak tetap pendirian;
  2. Calon PAS bukan orang tempatan kerana hanya ayam sabung patah taji dari Lenggeng;
  3. Jentera pilihanraya PAS tempatan tidak bergerak sebab hampir 99% gerak kerja dilakukan oleh jentera PAS luar;
  4. Hampir 1,820 buah rumah telah dilawati jentera PAS yang berjanji mengundi PAS tetapi PAS tempatan gagal turut sama melawat rumah-rumah tersebut;
  5. Sifat agresif petugas PAS luar (Kelantan, Kedah dan Terengganu) yang sering menimbulkan masalah pergaduhan menyebabkan pengundi membenci PAS;
  6. PAS terlalu yakin mendapat undi bukan Melayu;
  7. Ceramah Pakatan Haram lebih banyak menyerang peribadi calon BN yang dihormati dan popular di kalangan pengundi;
  8. PAS gagal mempengaruhi pengundi pos dan mendakwa berlaku penyelewengan undi tersebut;
  9. Kesal dan kecewa dengan sikap jentera pilihanraya PAS Kelantan yang banyak memecahkan undi bukan Melayu.

Nampaknya PAS nampak kelemahan sendiri dan sepatutnya tidak menyalahkan sepenuhnya faktor undi pos. PAS perlu sedar selagi tidak memerintah jangan haraplah dapat sokongan pengundi pos. Apa yang PAS boleh janjikan untuk mereka? Apapun Tukang Screw tabik kepada ahli mesyuarat yang nampak kelemahan PAS sebab selama ini PAS menang di atas kelemahan UMNO dan kebencian rakyat terhadap BN bukan di atas kekuatan PAS itu sendiri. Nasihat Tukang Screw, PAS perlu lebihbanyak muhasabah diri dan fikirkan tentang nasib Melayu dan Islam di negara ini daripada memikirkan untuk tidur sebantal dengan PKR dan DAP. Wallahualam!










NIZAR KEPUNDEN: DAP PUN KAKI SONGLAP


DAP selama ini menyalak tentang integriti, ketelusan dan yang sewaktu dengannya untuk menunjukkan bahawa parti komunis ini layak memerintah Tanah Melayu. BN terutamanya UMNO sebagai parti rasuah dan penuh penyelewengan perlu dilunyaikan dengan apa cara sekalipun bagi menafikan hak-hak Melayu supaya parti komunis ini boleh mengaut segala harta Melayu. Apa yang Tukang Screw nak paparkan kali ini ialah wujudnya penyelewengan dalam DAP Perak yang amat dirisaukan oleh Ustaz Ngeh dan Ustaz Nga.

Ustaz Nga dalam satu sembang-sembang dengan Tukang Screw terbuka cerita ini. Alkisahnya, Jawatankuasa Disiplin DAP Pusat telah bersidang pada 3 Oktober lepas di PJ bagi menyiasat beberapa kes disiplin yang membabitkan pemimpin parti komunis ini di Perak. Yang dok menyonglap duit DAP kali ini ialah Leong Mee Meng, ADUN JALONG yang juga bendahari DAP Perak yang dah songlap lebih RM 30,000 duit DAP Perak. Banyak jugak bukti yang didedahkan oleh beberapa orang ahli DAP cawangan yang membuatkan Leong Mee Meng terkedu tak boleh nak menepis. Khabarnya lagi DAP Perak cukup takut kalau-kalau kes ini terdedah kepada BN Perak sebab banyak peluru akan ditembak ke DAP Perak. Leong Mee Meng dikatakan hanya diberikan amaran dan sekiranya isu ini terdedah maka tindakan lain akan dibuat termasuk dipecat atau digugur dari jawatan ADUN. PRK lagilah nmpknye!

Nampaknya baru DAP sedar yang bukan senang nak memerintah. Kita tak boleh nak tolong rakyat dengan air liur aje (ceramah sana sini). Duit pun kene huluq gak. Satu perkara lagi, DAP pun tak yakin boleh menang besar dalam PRU 13 jadi baiklah songlap apa yang ada depan mata. Bak kata pepatah "membujur lalu melintang patah, membujur aku sebat dulu melintang aku sesah". Sampai di sini aje Tukang Screw nak khabarkan.

Friday, October 16, 2009

TRAGEDI BAGAN PINANG: RUMAH ROBOH PAHAT BERBUNYI


Azmin Ali , orang kesayangan Al Juburi khabarnya mengecam sikap pengundi Bagan Pinang kerana masih memilih pemimpin yang rasuah berbanding pemimpin yang bersih tetapi bebal (PKR boleh kudakan). Katanya lagi, pengundi di sebelah selatan gagal mengambil iktibar daripada suasana politik di utara tanah air dan pantai timur yang mengangkat pemimpin Pakatan Haram sebagai wakil rakyat mereka.Tukang Screw pun pelik gak dengan pandangan skeptikal Azmin. Sepatutnya dia kena hormati pilihan pengundi sebab pengundi yang mahukan pemimpin mereka. Inilah wajah sebenar pemimpin Pakatan Haram yang terang-terangan sebenarnya menolak kehendak rakyat. Azmin kena fikir, pemimpin atau calon Pakatan Haram ni bukanlah malaikat, wali atau maksum. Baiklah Azmin pergi ziarah pengundi-pengundi India yang mengundi beliau sempena Deepavali yang bakal disambut sambil-sambil kasi ang pow raya atau apa-apa yang patut (nak sumbang Parpukari pun boleh).

Yang lagi seronoknya, Pemuda Pakatan Haram malam tadi telah membuat mesyuarat post mortem PRK Bagan Pinang. Saje nak tunjukkan yang Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Haram berfungsi dengan baik walaupun di dasarnya penuh arus yang lintang pukang. Anthony Loke (anti-Islam) dengan penuh gaya seorang ultra kiasu mempengerusikan mesyuarat di Pejabat DAP, PJ. Persoalannya, kenapa mesyuarat dibuat di Pejabat DAP sebab yang bertanding calon PAS? Kenapa tidak dibuat di Pejabat PAS? Ha, ha, ha, PAS masih tak sedar yang DAP (penolak Gagasan Negara Islam PAS) kudakan mereka selama ini? Apa yang DAP buat untuk bantu calon PAS di Bagan Pinang? Menyalak di Balai Polis sebab buat report gambar aksi Ally Wong yang terlampau, itu ajelah yang dibuat!

Persetanlah sama warisan komunis Chin Peng tu. Hasil post mortem tu agak menarik untuk dibincangkan. Cuba kita kaji:-
Pertama, Pakatan Haram mengakui yang kekalahan teruk PAS berpunca daripada jentera pilihanraya yang lemah. Alasan tak masuk akal! Satu Malaya dah dicanangkan yang Pakatan Haram berjaya memenangi 7 PRK selepas PRU 2008 kerana jenteranya yang mantap! Untuk Bagan Pinang ni, Al Juburi mengadap Al Gore untuk dapatkan dana kempen PRK. Mana pergi dana tu? Risik-risik semasa kempen Bagan Pinang, Cikgu Bard mengeluh sebab PAS tak 'pump' dana kepada jentera PKR untuk bantu kempen PAS. Mana RM 30,000.00 yang musuh politik Tan Sri Isa Samad beri sebelum Penamaan Calon? Takkan masuk kocek sendiri kot.PAS Negeri Sembilan dituduh PKR gagal sediakan bahan-bahan kempen sehinggalah 2 hari sebelum mengundi. Sedarlah, apa pun alasan jentera lembab berpunca daripada strategi kempen Pakatan Haram yang lapok. Ceramah, ceramah, ceramah, maki orang, dakwa diri sendiri bagus memerintah dan macam-macam lagilah yang tak lalu nak disebut. Tukang Screw memang nampak kelemahan tu. Memang tiada koordinasi sebab Pengarah Pilihanraya, Salahudin Ayub hilangkan diri sebab dicari polis. Puncanya Salahudin Ayub dah sebarkan berita-berita fitnah yang menggalakkan konflik sesama Melayu dengan mengada-adakan cerita seorang petugas PAS ditetak dengan parang dikepala! Harap-harap selepas ini polis dan SB boleh cari balik Salahudin Ayub dan sumbatkan ke Kemunting!

Kedua, Pakatan Haram dakwa UMNO guna pendekatan politik ganas untuk menakutkan jentera dan petugas PAS yang tak dapat menembusi beberapa kawasan di Bagan Pinang. Sedarkah PAS yang Bagan Pinang bukan pentas tarian parti syurga? Terlupakah PAS yang amalan yang sama juga digunakan masa di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pasir? Lupakah PAS yang mereka ni pun ganas sampai belasah 'budak-budak UMNO' di Bagan Pinang? Tukang Screw ada terdengar satu ungkapan atau gelaran yang diberikan oleh penduduk Bagan Pinang kepada orang-orang PAS totok sepanjang kempen tempoh hari; "Mak oi, pakai kopiah tapi hati busuk", "Harap serban aje bosa, kepalo otak kocik"! Fikir-fikirkanlah maksud tersirat daripada ungkapan itu.

Ketiga, Pakatan Haram menuduh BN guna pendekatan provokasi dan sentimen perkauman terhadap pengundi Cina dan atas pagar hingga menyebabkan mereka takut untuk mengundi pembangkang. Kelakar jugak bunyinya. DAP terlupa ke yang selama ni bahan-bahan kempen mereka lebih kuat bau perkaumannya untuk tarik sokongan pengundi Cina? Malas Tukang Screw nak komen takut dituduh 'racist'. Ini bukti yang menunjukkan DAP gagal membantu calon PAS semasa kempen sebab kurang turun jumpa pengundi Cina! Itupun PAS tak sedar yang DAP memang tak ikhlas nak bantu mereka.

Keempat, Pakatan Haram mendapati isu-isu yang mereka mainkan tak relevan dan tidak sesuai dengan budaya pengundi di Bagan Pinang. Untuk makluman Pakatan Haram, rakyat Malaya di sebelah selatan tak makan dengan kelentong putar alam korang yang begitu jijik dan menjelekkan! Isu arak dan Kg.Buah Pala pun tak selesai, inikan pulak nak cerita keburukan orang lain! Al Juburi sendiri tak selesai kes liwat di mahkamah, hahahaha. terkejut gak Tukang Screw sebab terjumpa iklan KY Jelly di Bagan Pinang. Sempat jugak Al Juburi promosi barang baik tu.

Jadi itulah ceritanya, rumah roboh pahat berbunyi! Dahlah kalah teruk, ada hati nak buat post mortem nak menyalahkan BN! Salahkanlah diri sendiri yang sebenarnya tak ikhlas dalam perjuangan. Cerminlah diri dan hiasi peribadi! ZZZZZZZZZZZZTTTTTTTTTTTTTTT....screw dah masuk!

Thursday, October 15, 2009

Selamat Hari Jadi Uncle Ong




Ucapan hari jadi yang ke-85 buat Uncle Ong@ Chin Peng Si Penyembelih! Panjang umur si penyembelih rakyat Malaya. Lantaklah umur dia panjangpun, biar dia tengok dan rasa sendiri betapa rakyat Malaysia setiap hari memaki-maki dia (elok dibina satu tugu untuk Chin Peng supaya senang dibaling batu, najis dsb. boleh gak kalungkan dengan batu nesan di sebelah pejabat DAP Perak).

Apa yang nak discrew ialah kegampangan beberapa rakyat Malaysia yang tak pernah kenal erti perjuangan menentang komunis, yang tak pernah susah-susah nak angkat senjata meninggalkan anak bini untuk lawan komunis di hutan belantara. Tahniah, inilah manusia yang bertuah hari ini untuk discrew.... Dato' Ngeh Koo Ham the Great dan M.Kulasegaran, Datuk Bandar Tanjung Rambutan.

Alkisahnya, berangkatlah Ngeh, Kula, Wong Wing On dan Chan Kok Keong-peguam DAP ke Bangkok daripada Pulau Pinang menaiki FD 3542 Thai Air Asia ke Bangkok hari Ahad lepas (orang tengah sibuk mengundi di Bagan Pinang) semata-mata untuk meraikan hari ulangtahun ikon@idola DAP iaitu Chin Peng. Apa rasionalnya pahlawan-pahlawan Pakatan Rakyat ini meraikan hari jadi Si Penyembelih tu? Inikah pemimpin yang dipilih rakyat Perak, yang diagung-agungkan PAS selama ini kerana boleh membaca Al-Quran (Nizar Jamaludin sila jawab). Rakyat Perak ingat tak lagi Tanah Hitam, Ayer Kala, Gerik, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan banyak lagi tempat yang jadi saksi kekejaman komunis satu masa dahulu. Berapa ramai rakyat tak berdosa dan pasukan keselematan kita yang terkorban angkara Chin Peng?

Wahai Debra Chong, tulislah lagi berita-berita yang menghiburkan tentang Chin Peng. Ingat, kau akan discrew selepas ini (Early birthday suprise for Chin Peng;http//malaysianinsider.com)! Kau silap betul tunjukkan gambar Ngeh belakang Chin Peng dan kau jugak bebal sebab tarik balik gambar tu (takut orang lain tahu Ngeh pun ada) Malas nak cerita banyak-banyak. Kawan-kawan lain bolehlah tolong tambah masakan yang tak berapa enak dimakan Ngeh, Kula dan Debra ni. Banyak lagi masakan yang tak berapa nak sedap untuk dihidangkan. Tunggulah ye.

MARI KITA LIHAT...SAPE YG KENA SCREW...


Assalammualaikum....Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala dapat juga saya menikmati kebebasan dan keamanan di bumi bertuah ini. Banyak bezanya sebelum saya sampai di tahap ini.Kalau dulu kurang didengari 'kokokan ayam yang bertahi diekor'. Tetapi sekarang kokokan ayam itu bersahut-sahutan dan makin jelas di sana sini tahi-tahi ayam yang bertaburan mencemari bumi bertuah ini. Saya begitu terpanggil untuk membersihkan tahi-tahi itu dan mengurangkan kokokan ayam yang menang di gelanggang yang dia sendiri tidak bersedia untuk bertarung! Harapan saya SCREWKUAT mampu memberi impak positif kepada rakan-rakan blogger lain untuk memaut atau mendapatkan ilham untuk 'screw' mana-mana yang patut agar tidak goyang dan menggoncangkan bahtera merdeka ini. Sekian, kita tunggu screw pertama yang akan keluar...