Friday, November 20, 2009

PAS TAKUT PRK KOTA SIPUTEH?


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 November 2009 sudah pun menetapkan bahawa wujud kekosongan bagi kerusi DUN Kota Siputeh dan meminta SPR untuk mempertimbang untuk diadakan PRK di kawasan itu. Seperti yang dihajatkan PAS KEDAH, PRK Kota Siputeh bakal diadakan jika rayuan UMNO ditolak.


Apa yang Tukang Screw nak hebahkan ialah Azizan Razak, MB Kedah yang sebenarnya agak keberatan untuk mengadakan PRK di situ. Perkara ini diberitahu oleh orang kuat Azizan Razak sendiri kepada Tukang Screw. Apa tidaknya, UMNO pasti akan mengerahkan jentera pilihanraya seluruh negara untuk 'melanggar' Kota Siputeh ditambah dengan momentum kemenangan dari Bagan Pinang. Azizan bimbang jika UMNO berjaya mempertahankan Kota Siputeh kerana secara tidak langsung akan meningkatkan moral UMNO di Kedah. Sebenarnya apa yang ditakuti ialah perang kempen yang bakal menelanjangkan Kerajaan PAS Kedah yang selama ini turut tumpang menyeleweng hasil mahsul negeri seperti balak. Bukan itu sahaja, banyak perkara yang akan didedahkan yang akhirnya membuka seluas-luasnya pekung Azizan sama seperti yang berlaku di Kelantan sekarang ini.


Yang paling menarik apabila Mat Sabu sendiri melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Azizan Razak atas beberapa perkara yang akan Tukang Screw dedahkan sedikit masa lagi. Mat Sabu juga berkehendakkan PAS kalah dan akan mula menjalankan gerak saraf secara perlahan bermula dengan Sambutan Memali pada 19 November 2009 yang mana beliau sendiri telah memberi peluru dan bom atom kepada UMNO untuk menyerang kerana kenyataannya menyokong perjuangan Chin Peng dan komunis di negara ini. Abang Mat! Sila Jawab. Mat Sabu juga cukup risau jika rakaman perbualannya dengan teman khalwat beliau (Normah) kembali didedahkan kepada umum. Khabarnya Mat Sabu sendiri terpaksa tebalkan muka dengan rakaman tersebut sebab apa yang penting baginya ialah PAS kalah! Untuk rakaman tersebut, Tukang Screw akan dedahkan sedikit masa lagi serentak dengan PRK Kota Siputeh. Tungguuuuu!

No comments: