Astargfirullahhalazim!!! Apalah yang nak jadi dengan Negeri Perak sekarang. Ke mana perginya taat setia dan hormat rakyat Perak kepada Baginda Tuanku Sultan Perak dan keluarga? Adakah kerana baginda merestui penubuhan kerajaan BN di Perak, rakyat Perak sudah hilang rasa hormat dan taat setia? Tukang Screw yakin, tak semua rakyat Perak yang tak hormat kepada Tuanku Sultan Perak. Tapi segelintir rakyat inilah yang sering memomok-momokkan dan menghasut rakyat supaya hilang rasa hormat dan taat setia kepada Tuanku kerana berasakan bahawa Tuanku telah merestui 'rampasan kuasa' terhadap mereka.
Peliknya kenapa di negeri-negeri lain rakyat boleh menghormat Raja, Sultan, Yam Tuan Besar atau TYT mereka? Atau kerana di perak lebih ramai bekas-bekas komunis berbanding negeri-negeri lain hingga tidak wujud rasa hormat terhadap Tuanku Sultan Perak dan keluarga? Kalau ye pun tindakan menggores gambar Tuanku dan keluarga di billboard dibuat atas pengaruh alkohol kenapa tidak digores muka sendiri, kereta sendiri atau gores muka kawan-kawan lain. Kenapa perlu digores gambar Tuanku dan keluarga? Jangan jadikan hilang kewarasan kerana arak untuk menghalalkan tindakan durhaka. Kalau di Thailand pasti dah kena sula!
Persoalannya di manakah maruah rakyat Perak yang cintakan negeri dan Sultan mereka? Ataupun maruah kome dah dibawa ke Pulau Sychelles? Atau telah mati bersama-sama J.W.W Birch di Pasir Salak! Hina rasa jadi rakyat Perak yang peghak bak kata orang Melaka yang tak beraja dan bersultan tetapi tinggi maruah diri!
Fikir-fikirkanlah rakyat Perak yang maruah diri makin tergadai dek kerana politik yang sempit ala komunis!
3 comments:
Ini semua disebabkan DAP! Karpal Singh pun kata nak menyaman DYMM Sultan Perak. Kerajaan buat diam sahaja. Sepatutnya sebagai pengajaran sumbatkan sahaja dia ke dalam ISA and let him rot till he dies there. Hishamuddin ni lembik (Nak kata apa bekas ketua Pemuda kan?) Beranilah sikit. Be preemptive. Sebelum 13Mei berulang!
hisham ni gay ... patut tukar jaga kebajikan masyarakat dan pembangunan keluarga dan wanita.
tak pefrom juga. jaga perancang keluarga
cuba buat kat negeri johor. hehh... kalau tak kene hentak dgn JMF tak tau laaa.
joe
Post a Comment