Sunday, January 23, 2011

Salam Buat YB Salahuddin Ayub! (Epilog Cinta Dari Screwkuat)


Assalammualaikum...agak lama Tok Screw tidak berblogging. Ramai kawan blogger memujuk Tok Screw untuk berblogging. Pelbagai alasan diberi untuk tidak menceburi kembali bidang yang agak "panas" ini dan elok jika Tok Screw tumpukan perhatian kepada pengajian Phd yang bakal diselesaikan dalam tempoh terdekat. Memandangkan tesis yang Tok Screw cuba selesaikan lebih berkisar kepada propaganda dalam pilihan raya, maka terpanggillah untuk menjejakkan kaki ke bumi "Tenang" ini pada 21 Januari lalu. Memang tenang setenang namanya....

Selepas sahaja penamaan calon, Tok Screw mula menjalankan kajian terhadap propaganda yang dijalankan kerajaan dan Pakatan Rakyat. Nampaknya masih bersifat stereotaip dan agak konservatif pendekatannya. Masing-masing cuba menunjukkan kebaikan pemerintahan dan dalam masa yang sama mendedahkan keburukan lawan masing-masing. Apa yang menarik, hasil pengalaman dan penyelidikan Tok Screw sepanjang 13 pilihan raya kecil yang telah dijalankan, BN mahupun PR menyimpan "Fat Boy" (nama bom atom yang digugurkan di Hiroshima) untuk memusnahkan lawan masing-masing secara total! Fenomena sebegini berlaku juga di PRK Tenang bilamana pihak-pihak yang bertanding mula menjalankan propaganda menjatuhkan lawan masing-masing melalui taktik "Character Assassination" yang dilihat mampu mengubah persepsi pengundi terhadap calon. Sebagai contoh, Normala Sudirman mula dihentam dalam halaman Facebook yang mendakwa beliau meninggalkan suami untuk berpolitik. Propaganda sebegini dilihat hanya memberi kesan secara minimal dalam usaha membunuh karakter calon PAS dan dilihat tidak relevan.

Pom! Pom! Pom! Tup! Tup! Tup! Calon BN, Azhar Ibrahim (Tok Ai) cuba digosip dengan skandal yang entah benar entah tidak. Beberapa kain rentang berkaitan cubaan mendedahkan skandal calon BN mula dipasang malam tadi di sekitar DUN Tenang. Yang agak menarik tidak ada seorangpun petugas UMNO yang memenuhi DUN Tenang ini menurunkan kain rentang tersebut! Timbul persoalan adakah ini sabotaj UMNO atau PAS mula mengisytiharkan "perang jihad"nya di Tenang? Dalam masa yang sama, Salahuddin Ayub selaku Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang dalam sidang medianya tengah hari tadi ada memberi klu bahawa PAS akan mendedahkan skandal calon BN dalam waktu terdekat. Sebenarnya Salahuddin bukan mengisytihar perang terhadap calon BN tetapi mengisytihar perang terhadap dirinya sendiri!!!! Tok Screw harap Salahuddin faham mesej tersebut dan fikir-fikirkanlah sebelum senjata makan tuan!

Salam

Tok Screw


p/s Psssstttt....Papa Gomo tolong kasi panas

8 comments:

Anonymous said...

Selamat kembali skrew

Kami dah lama menunggu siapa Din Puduraya sudah skrew

Anonymous said...

Apa lagi brader jangan minggir2 lagi, dedahkan!!!!

Din Puduraya ingat orang main2 ....

Anonymous said...

salam bro

lama tak nampak. mana tercampak?
din puduraya dah sampai sini pun

din puduraya tersenyum simpul. tak boleh lupa la lagu di hentian puduraya miahahahaha

Anonymous said...

Gua dah geram dgn lu Tok Screw...mana gambar itu awek? Jgn main2 lagi....hantam kasi hantam

Ulat Tiket Bas said...

Din kata saya pantang dicabar

Yakin dengan sumpah yang diangkatnya

Jangan nangis tak berlagu.

Kami tahuhuhuhu....

Anonymous said...

Woi Abg Din!!!!! Ada berani kita debat sape yg benar sape yg salah, Papa Gomo boleh jadi moderator...hahahahaha

Anonymous said...

balun ja tok skrew. din pudu yg hipokrik ni tak boleh bagi muka...berlagak baik tp kat belakang, baik punya rembat...chis!

kasi dedah cepat...apa nama..azizah, country home rawang...kasi dedah!

Anonymous said...

PEMBANGKANG NI BENAR-BENAR AKU MENYAMPAH, DAH LAH WAHAI PKR PAS DAN DAP, JANGAN PERASAN SANGAT LE, SIKIT-SIKIT NAMA RAKYAT DIP PERALATKAN, SIKIT SIKIT KERAJAAN ZALIM, KALAU ZALIM DAH LAMA PARTI PEMBANGKANG TAK BOLEH BERPOLITIK, DAH LAM KENA PANCUNG, PAHAM-PAHAM ISTILAH ZALIM,KALAU ZALIM TU ZIONOS ISRAEL YANG DISANJUNG OLEH ANUAR AL JUBORI. BILA AKU BACA BLOG PEMBANGKANG BUKAN NYA AKU TERPENGARUH PUN, TAMBAH BENCI LAGI ADA, SEBAB, BANYAK SANGAT PEMBOHONGAN, MENGHASUT. DAH LE PEMBANGKANG MELUAT AKU LE TENGOK ENGKO ORANG SEMUA. BENCI BETUL.