Masih belum selesai isu JAIS mengambil tindakan terhadap sebuah gereja di Damansara pada minggu lepas yang telah mengadakan satu majlis makan malam yang turut disertai 12 penganut Islam. Pelbagai spekulasi yang lebih terarah kepada usaha pihak gereja untuk 'mengkristiankan' 12 penganut Islam tersebut dan mungkin lebih daripada jumlah itu sebenarnya. Dalam isu ini pelbagai pihak mengeluarkan pelbagai reaksi pro dan kontra terhadap JAIS. Apa yang menarik Tukang Screw hendak kongsikan bersama tentang usaha Dato' Seri Wong Chun Hai, Ketua Editor The Star yang telah menghubungi Dr. Herman Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bagi menghulurkan 'bantuan' untuk 'spin' isu tersebut dalam akhbar The Star.
Apa yang cuba dirancang mereka berdua adalah supaya pihak gereja terlibat 'menafikan' sepenuhnya isu 'mengkristiankan' umat Islam tetapi hanya melakukan kerja amal membantu semua rakyat tanpa mengira agama. Mereka merancang untuk 'highlight' bahawa tindakan JAIS menyerbu gereja adalah melampaui batas. Dalam usaha tersebut, Dr. Herman menjelaskan bahawa pihak gereja telah mengadakan mesyuarat dan sekiranya semua setuju mereka akan mengeluarkan kenyataan yang pihak polis terutamanya JAIS tidak boleh memasuki rumah ibadat tanpa kebenaran dan tindakan mereka menyerbu tanpa waran adalah salah sama sekali. Kenyataan ini harus dibuat bagi "menyembunyikan aktiviti" yang telah lama mereka lakukan di Selangor dan di seluruh negara.
Wong Chun Hai dalam pada itu ada berbincang dengan Pastor Daniel Ho dan mencadangkan supaya menampilkan kesemua orang Islam yang hadir dalam majlis yang diserbu JAIS untuk menyatakan kepada umum bahawa mereka sebenarnya hadir sebagai tetamu dalam majlis makan malam yang dianjurkan Gereja Damansara Utama serta 'perlu' menafikan tiada upacara 'mengkristiankan' orang Islam diadakan. Bagi Wong Chun Hai kenyataan begitu amat penting bagi mengelakkan 'aktiviti' sebenar mereka terbongkar dan masyarakat Islam yang selama ini 'tidur' lena dan bergaduh sesama sendiri bangkit dan bersatu!!!!
Dr. Herman menjelaskan bahawa semua gereja di Malaysia menjalankan aktiviti dakwah yang sama dan ianya merupakan aktiviti yang 'besar'. Turut dijadikan sasaran ialah orang Melayu beragama Islam yang terabai, miskin, jauh dari Islam. Apa yang mereka lakukan selama ini adalah cukup teratur dan tertutup tanpa pengetahuan umum terutamanya majlis-majlis makan malam dan kebajikan.
Nampaknya semua pihak sekarang sedang bertungkus lumus menutup dan membongkar apa yang selama ini dilakukan oleh pihak gereja dan elemen-elemen NGO yang selama ini mengugut dan menjerat leher pemimpin Melayu Islam yang gila kuasa untuk 'mengkristiankan' seberapa ramai umat Melayu Islam. Dari penggunaan kalimah Allah di dalam Injil hingga isu IFC nampaknya mereka bersatu dengan mengugut 'undi' semasa pilihan raya akan datang. Murahnya akidah dan maruah Melayu Islam yang gila kuasa yang begitu obses mendapatkan undi puak-puak yang mahukan peha pula dari orang Melayu. Ingat dan sedarlah bahawa di Indonesia gereja lebih banyak dari masjid sedangkan umat Islam mewakili 90% daripada 220 juta populasi di negara tersebut!!!! Tidak mustahil jika perkara tersebut akan berlaku di Malaysia kerana 'gelombang'nya telah dirasai di Malaysia. Kita tidak juga boleh menyalahkan golongan yang cuba mengkristiankan Melayu Islam ini semata-mata kerana kita sendiri lemah, bergaduh kerana merebut kuasa politik, kafir mengkafir, membuka pekung sesama sendiri dan macam-macam lagi yang tak larat Tukang Screw nak sebut. Bersatulah umat Melayu Islam, jangan nanti apabila kita yang masih hidup sekarang kelak nanti mati tidak akan menyebut kalimah Lailaha Illallah........Nauzubillah
*Sumber daripada Majlis Gereja Malaysia: Mahukan kepastian sila hubungi Wong Chun Wai atau Dr. Herman Shastri sendiri.
6 comments:
Saya Islam sebab sampai sekarang takde pihak Kristian dapat menjawab kenapa Nabi Isa a.s. dianggap anak Tuhan sedangkan Allah swt bukan manusia boleh ada anak. kalau dia anak tuhan siapa pulak cucu tuhan -The Templers dari England ? Tak boleh jawab jugak. Astaghfirullah!
Patutlah The star letak menu babi dalam iklan juadah ramadhan. Ade kaitan betul.
tak pahm betul bila masih ada umat islam yg tak dapat buka minda tu dan berfikir. benda sebenarnya dah lama terutama di sabah ketika di bawah pentadbiran pembangkang. cuba datang ke tawau berapa banyak gereja ada semuanya di bina masa di bawah pembangkang sedangkan masjid besar hanya ada satu sampai umat islam terpaksa sembahyang raya di stadium sedagkan hampir 80%penduduk tawau adalah islam. bila kerajaan dah masuk barulah di buat masjid lain dan lebih besar.
setuju dengan anonymous 12 august
sebab tu lah star letak menu babi tu sebb nak alihkan perhatian org rami tentang isu gereja tu...jadi dapatlah kurangkn tekanan diorang tu kan
Akhbar The Star terang-terang pro-Kristian dan kini berfungsi macam the rocket lak dalam memperjuangkan isu-isu chauvinist.
Ada sesiapa baca kolum Putik Lada dalam the star semalam. Pandangan loyer mentah tu terang-terang berunsur hasutan (seditious). Kementeri Dalam Negeri wajar siasat penulis kolum tu dan soal pengarang the star lagi. Makin kurang ajar (lacking education) dia orang ni.
Post a Comment