Seperti dijangka nampaknya PAS masih gagal meletakkan pendirian mereka berhubung isu pemeriksaan JAIS terhadap GMDU. Apapun tahniah dan syabas kerana PAS telah berusaha menangani secara hikmah isu ini dengan cuba mendapatkan penjelasan kedua belah pihak. Harap-harap selepas ini pendekatan yang sama digunakan bagi menyelesaikan pelbagai isu di negara ini. Istiqamah dalam perjuangan politik juga penting kerana rakyat sekarang sedang menilai sejauhmana PAS mampu menggantikan UMNO bagi mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam di negara ini. Jangan salah faham, Tukang Screw bukan anti PAS sebab sebelum inipun Tukang Screw dah berjuang bersama PAS selama 35 tahun sejak berumur 7 tahun sebelum ditahan ISA!!! Jadi kepada pemimpin dan ahli PAS yang baru nak rasa pahit maung perjuangan bersama PAS teruskan hasrat mulia itu, mudah-mudahan bendera PAS berkibar megah di bumi bertuah ini.
Tukang Screw tertarik dengan artikel daripada ruangan Pendedahan, Utusan Malaysia oleh Zaini Hassan yang bertajuk MURID MELAYU ISLAM: "YA, SAYA TAHU NABI ISA SAYANGKAN SAYA..." yang antara lain mendedahkan gerakan kristianisasi secara halus dan terancang di sekitar Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh dengan menjadikan murid-murid sekolah rendah daripada keluarga Melayu yang daif sebagai sasaran! Modus operandinya mudah, buka kelas tuisyen bahasa Inggeris secara percuma dan dalam masa yang sama mendoktrin anak-anak kecil ini dengan ajaran kristian. Nauzubillah. Yang menariknya, perkara ini dilaporkan oleh seorang guru berbangsa India yang prihatin dengan masalah ini yang turut memanjangkannya kepada JAWI dan Jabatan Pelajaran Negeri. Seperti biasa responnya amat negatif kerana pegawai-pegawai terlibat sibuk berlumba-lumba balik awal untuk ke pasar Ramadhan! Syabas diucapkan kepada cikgu berbangsa India tersebut kerana faham dengan sosiobudaya negara ini dan Perlembagaan Persekutuan. Secara kebetulan SEPUTEH di wakili Teresa Kok dari DAP.
Apa yang Tukang Screw mahu kongsikan ialah tentang gerakan kristianisasi terancang di negara ini untuk renungan dan perhatian bersama sebab seperti yang Tukang Screw nyatakan sebelum ini, isu tindakan JAIS terhadap GMDU telah memberi seribu satu hikmah untuk kita fikir dan laksanakan. Elok rasanya kita mulakan pada era 80-an kerana ianya mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku sekarang. Antara kumpulan yang mempelopori gerakan kristianisasi secara terancang di negara ini ialah Neglected People's Workers (NPW) yang ditubuhkan oleh Philip Cheong pada tahun 1984 dan menjadikan First Baptist Church, Petaling Jaya sebagai tempat operasi. Kejayaan utama NPW ini ialah memurtadkan Jamaludin Othman@Joshua Jamaludin sebagai paderi Melayu pertama di Malaysia (mungkin ada yang lebih awal dari Joshua) yang turut pernah ditahan ISA. Joshua telah dihantar melanjutkan pelajaran dalam agam Kristian di Far Eastern Bible College, Singapura seterusnya melalui Joshua juga seramai 7 orang Melayu/Islam (jumlah ini mungkin lebih banyak) berjaya dimurtadkan. Mungkin sebelum ini kita ada terdengar khabar-khabar angin bahawa di First Baptist Church ini terdapat gereja khas untuk orang Melayu yang dimurtadkan. Sehingga kini tidak dapat disahkan khabar angin tersebut kerana tiada sebarang tindakan pihak berwajib ATAU sudah ada jawapannya tetapi tidak didedahkan pihak berwajib bagi menjaga sensitiviti agama di negara ini. Jadi tidak mustahil jika GMDU menjalankan tindakan yang sama melalui Dream Centre! Kebetulan pula Petaling Jaya Utara diwakili Tony Pua dari DAP sebagai ahli parlimen.
Selain Petaling Jaya, Pulau Pinang juga menjadi pusat gerakan kristianisasi apabila kes cubaan murtad SAIFUL BAHAYAH ABDUL HAMID yang mendedahkan bahawa sebuah flat kediaman di Batu Maung dijadikan pusat kegiatan kristianisasi yang mensasarkan remaja-remaja Melayu di Pulau Pinang. Mereka menjalankan aktiviti di flat tersebut pada setiap hari Khamis dengan kehadiran pada setiap sesi seramai 30 orang. Manakala pada hari Ahad mereka akan dibawa ke gereja. Modus operandi kumpulan Kristian ini ialah dengan mensasarkan remaja-remaja Melayu yang mempunyai masalah keluarga dan kesempitan wang. Dalam kes SAIFUL BAHAYAH ini, beliau menghadapi masalah kewangan dan telah berkenalan dengan ROSIATIMAH (Melayu murtad) yang telah menyelesaikan masalah tersebut dan memujuk beliau memeluk kristian! Kepada mereka yang merasakan Tukang Screw hanya mereka-reka cerita, cubalah kesan atau berjumpa SAIFUL BAHIYAH sendiri yang telah ditempatkan di Pusat Remaja Inabah, Kuala Nerang, Kedah bagi menjalani proses pemulihan. Secara kebetulan DAP cukup aktif di Pulau Pinang, dulu, kini dan selamanya.
Kita juga pernah digemparkan dengan kes remaja Islam bernama KARTINI MOHAMAD ROSLI yang didapati memakai salib pada tahun 2007 yang mengaku telah beberapa kali hadir di sebuah rumah yang dijadikan gereja yang terletak di sebuah taman perumahan di Baling, Kedah (belakang hospital lama). Secara kebetulan juga rombongan SUARAM yang diketuai AP Sungai Siput juga dikesan berada di sekitar kawasan tersebut sebelum ditangkap di Pulau Pinang pada bulan Jun 2011.Kita juga pernah berasa sangat sakit hati setelah menonton video BENJAMIN STEPHEN menghina Islam dalam sebuah gereja di Sarawak pada tahun lepas. Untuk makluman BENJAMIN STEPHEN @ MOHD BADROL NIZAM MOHD REDZO yang berasal dari Kelantan merupakan penuntut di Sekolah Menengah Agama Naim Lil Banat, Jalan Yahya Petra, Kelantan yang telah mula didekati mubaligh kristian sejak tahun 1997 sebelum murtad pada tahun 2001 di Gereja St.Peter, Ipoh. Sejak 2006 BENJAMIN telah menyebarkan dakyah kristian sebelum menjadi guru di International School, Kuching. Mungkin kebetulan, Ipoh dan Kuching diwakili AP DAP.
Itu hanya sekelumit kes-kes murtad yang dapat Tukang Screw kongsikan untuk renungan bersama dan diharap dapat direnung-renungkan apakah sumbangan kita dalam menangani isu murtad ini! Timbul persoalan, apa kaitan DAP dalam gerakan kristianisasi ini?
17 comments:
Bro,
For your info, Ina (salah sorang dari 12 org tu) mempunyai mak yg berasal dari indon yg namanya pelik. Ayahnya, nama seperti IC Ina.
Ada yg kata, family dia org ada masalah. siapa tahu, kalau masalah ini berpunca dari Mak yg bawa anak2 yg rapat dengannya utk kembali ke agama asal selepas bermasalah ngan ayah? Kita tak tahu, tapi minta siasat juga latar belakang keluarga. Sometimes, anak2 ni tak nampak?
Btw, adik beradik Ina ni, lebih dari 3 org. Tq
~yg pernah kenal Ina Reima fitriza~
Terima kasih saudara atas maklumat yang diberikan. InsyaAllah Tukang Screw akan cuba bongkar tapi bukan untuk didedahkan. Tukang Screw cuba melihat aspek lain iaitu dalang di sebalik gerakan ini. Syukran Jazilan.
jika ALLAH NAK ..SEMUA MANUSIA JD MUSLIM...KUN FAYAKUN..
SEKARANG PELUANG DI TGN PAS SAMADA NAK DIKAWAL DAP ATAU NAIK..BERSEBELAHAN UMNO...INGAT PAS PARTI MELAYU KE2 Terbesar KUASA PAS BOLEH JD SEIMBANG JK HA & HarunDin naik sama..
SERUPA DGN FATAH DAN YASER ARAFAH PLO DAN
Hamas 2.0..dan rupa byk lg ngo palestin...kalau xreti bersatu jgn harap lah nak tundukkan israel
pernah dengar fatah dan hamas tembak menembak pakai peluru hidup ?? xsalah dlm bulan posa correct me if iam wrong..
sama mcm kes berbuka posa kat gereja ni...PALING MUDAH DAN KURANG RISIKO TUDUH JE UMNO..ABIH CRITA... yg dlm jais pun bila dikena tekanan tukar2 tempat keja mungkin lantak umno jugak...HASSSAN ALI DAH XPENTINGKE??? DIA EXCO YG SAH Bai!!! APA DIA CAKAP..
ko lihat penderitaan dua pelajar pas ni..
http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2011/07/pengakuan-bekas-kader-pas-kenapa-kami.html
..
Anon 1:07
Panjang ceritanya kalau nak ceritakan buruk PAS ni. Buruk yang nampak baik sebenarnya di sebalik kopiah, serban dan ceramah agama. Nanti akan dibongkarkan sedikit demi sedikit.
Apabila ada sesaorang Islam Murtad tanggung jawab tersebut bukan terletak pada sesuatu parti politik semata-mata. Sedangkan ianya adalah tanggung jawab semua umat Islam untuk menyelamatkan semua umat Islam dari Murtad, Pihak Berkuasa ada peranannya, Parti Memerintah ada peranannya, Parti Pembangkang ada Peranannya malah masyarakat seluruhnya ada peranannya. Tidak akan kembali mereka yang murtad itu kepada Islam jika senantiasa menuding jari kepada orang itu dan orang ini. Yang penting apa tindakan kita untuk menyelamatkan umat Islam dari murtad dan apa harus kita buat. Sekurang-kurang setiap orang Islam melihat akan letak duduk ahli keluarganya sendiri dan bertanya ada kemungkinan kah ahli-ahli kekuargaku akan murtad. Kemudian lihat sekeliling kita, sahabat-sahabat dan jiran dan rancangkan sedikit sebanyak tindakan yang boleh mendekatkan mereka kepada Allah swt. Kristian tak perlu parti politik pun nak sebarkan kristian. Tetapi orang Melayu tidak sedikit pun tergerak nak sebarkan Islam tanpa Parti Politik dan apatah lagi bila Parti Politik Melayu juga mengenepikan dakwah dan mengkesampingkan Islam dan wang ringgit dijadikan Tuhan.
Jika orang Islam kuat Imannya datanglah dakyah kristian segagahmana sekalipun tidak sedikit pun akan tergugat imannya.
Salam,
DUMC tu kat Sec13 PJ ... kat Jalan 13/4 ni ... ade 3 atau 4 buah gereja ... tak pasti sebab perkataan 'church' tak tertulis dibangunan tu !
Glads Tiding ... sekali baca bukan gereja ... tapi siap adakan Service Bahasa Melayu lagi ... tak tahu samada yg dtg tu indon atau memang melayu murtad ?
Tak kan org awam nak masuk gereja ni ... sy harap pihak berwajib pantau dan ambik tindakan jika perlu.
Nak Kongsi je ... pekerja Jalan 13/4.
naim lilbanat bukan ke skolah ppuan?
terima kasih atas maklumat yang diberikan; sek men naim lil banat tu ada ke pelajar lelaki? musykil ...
so...ape yg telah kerajaan pusat dah buat selama 54 thn utk membentuk generasi islam yg berpegang teguh pd ajaran islam???
Kenapa kita asyik nak menyalahkan satu sama lain? ...
Apakah tindakan kita selanjutnya untuk mengekang perkara ini dari berlaku lagi?
Di bulan yang paling mulia ini, cuba-cuba lah kita buat satu program kerjasama antara pas dan umno.. mengimarakan kefahaman kita orang Islam tehadap agama Islam...
Saya dah bosan dengan suasana politik kat negara saya ini .. isu-isu yang dikeluarkan lebih kepada kepentingan peribadi . dua-dua pihak sama saja .. baik pas mahupun umno ... berubah lah wei
Si Screwkuat ni asyik cakap orang lain bangang....article sendiri menampakkan kebangangan sendiri...
cerita2 pengkristianan melayu ni dah lama dah...bukan baru timbul sekarang...dah berkurun2...so sebelum negeri2 diperintah pembangkang...agak2 sapa yang perintah ye? Apa pemerintahan dahulu buat? diam? atau buat tak tahu saja? Kalau PAS buat bangang pun boleh paham la jugak...depa bukan ada kuasa sangat pun...tapi UMNO yang lama berkuasa kenapa bertahun2 buat bangang? Mcm saudara juga la...baru dapat hidayah gamaknya nak pertahan Islam...
Banggang la Melayu Pembangkang ni. Semua salah UMNO. Dah mampos nanti pun salahkan UMNO. Otak banggang...
Macam zaman dulu masa mat Salleh menjajah tanah melayu saja...
Melayu sama melayu gaduh. Orang luar kudakan pertelingkahan itu untuk menjajah. Last last hilang kuasa
Usaha menjadikan Melayu/Islam kristian tak ada kena mengena dengan DAP. Masalah utamanya ialah Melayu/Islam sangat suka bersahabat dengan SYAITAN. Macam mana tu? Paling utama ialah SYAITAN yang disalurkan menerusi pelbagai rancangan TV. SYAITAN sudah bercokong di rumah orang Melayu/Islam. Lain lagi SYAITAN di luar rumah. Tetapi SYAITAN TV sudah memadai untuk memurtadkan Melayu/Islam. Yang keduanya ialah SYAITAN menerusi wang. Negara kita langsung tidak peka dengan masalah kemiskinan yang dihadapi oleh orang Islam. Cuba lihat, berapa ramai keturunan Ronghya, iaitu rakyat Burma beragama Islam yang dihalau dari negara mereka oleh pemerintah zalim beragama Buddha, yang terpaksa mencari rezeki dengan mengutip bahan dari sampah sarah untuk dikitar semula. Apa ada yang dilakukan orang pihak berkuasa Islam untuk membantu mereka. Samalah keadaannnya dengan rakyat Melayu/Islam yang dilanda kemiskinan. Mereka terbiar dan dipandang hina. Tetapi pada masa yang sama, pihak Kristian menjalankan usaha membantu mereka. Jadi, tidak hairanlah mereka mudah dimurtadkan.
aku rasa penulisan kau ni berat sebelah..
atau kau perlu luaskan lagi pandangan mata kau lagi.
Inilah sikap MELAYU, sentiasa nak menuding jari kat orang lain,
sesiapa pun bangga menjadi pengikut yesus kerana yesus tidak pernah melakukan dosa(suci) tetapi muhamad kawin ramai (tidak mampu mengawal nafsu) membunuh dan mengajar umatnya membunuh yang murtad dan banyak lagi...
Saya orang Kelantan. Naim lil banat tu sekolah pompuan.Nama pun lil banat. Kalau lelaki lil banin. Rasanya. Saya pun tak pandai Arab.
Post a Comment