Tuesday, September 6, 2011

SAKSI PERISTIWA BUKIT KEPONG ENGGAN TEMUI MOHD SABU







Semalam, 5 September 2011 Mohd Sabu dan rombongannya berhasrat berjumpa dengan Puan Jamilah Abu Bakar, mangsa serangan komunis yang disertai Mat Indera terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Puan Jamilah Abu Bakar juga ialah anak kepada Allahyarham MM Abu Bakar Daud yang cedera parah semasa serangan tersebut. Beliau sekarang tinggal Taman Skudai Kanan, Tampoi, Johor. Tujuan utama Mohd Sabu dan rombongan ke rumah Puan Jamilah berkemungkinan untuk menjelaskan kenyataannya yang benar-benar mengguris hati mangsa serangan Bukit Kepong dan mungkin juga untuk membela nasib mereka.

Selain Mohd Sabu, turut bersama ialah Abdullah Idris, YDP PAS Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai, Onn Jaafar, AJK PAS Johor dan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor. Malangnya kehadiran mereka pada kira-kira jam 2 petang telah disambut dengan batang-batang penyapu oleh penduduk setempat yang jelas tidak dapat menerima kenyataan Mohd Sabu yang mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan anggota polis Balai Bukit Kepong yang terkorban sebagai alat British. Keluarga Puan Jamilah juga enggan menerima kehadiran rombongan tersebut yang jelas tidak pernah menghargai perjuangan datuk mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada serangan komunis.

Tukang Screw sudahpun menjangkakan sambutan yang bakal diterima Mohd Sabu dan rombongan. Tetapi yang menarik, ahli keluarga Puan Jamilah jelas amat kecewa dengan taktik penipuan PAS yang merancang perjumpaan tersebut. Sebelum perjumpaan pada 5 hb diadakan, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai telah menghubungi salah seorang dari ahli keluarga tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai PEGAWAI KERAJAAN dengan alasan untuk membantu waris tragedi serangan Bukit Kepong yang turut berjanji akan membawa Suhaizan Kaiat yang menyamar sebagai AHLI SEJARAH untuk membetulkan fakta sejarah tentang tragedi serangan tersebut. Pada awalnya kehadiran Zaaba Ibrahim dan isteri tidak disenangi keluarga tersebut tetapi memandangkan taktik penyamaran sebagai PEGAWAI KERAJAAN yang digunakan selain tujuan lawatan untuk membantu waris mangsa serangan tersebut, akhirnya keluarga tersebut menerimanya.

Bagaimanapun seperti yang dijanjikan, pada 5 hb rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut datang bersama Mohd Sabu yang cukup dikenali penduduk setempat sekaligus disambut dengan batang-batang penyapu!!! Tindakan tersebut dibuat kerana rasa marah dengan kenyataan Mohd Sabu, penipuan yang dibuat Zaaba yang mengaku sebagai PEGAWAI KERAJAAN dan kebarangkalian PAS akan mengeksploitasi perjumpaan tersebut demi kepentingan politik mereka. Setelah gagal mengadakan perjumpaan tersebut, rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut cuba berjumpa salah seorang ahli keluarga tersebut di Surau Assyakirin. Bagaimanapun mereka dinasihatkan beredar untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini daripada berlaku. Khabarnya juga keluarga Puan Jamilah akan membuat laporan polis berhubung tindakan Zaaba Ibrahim menyamar sebagai PEGAWAI KERAJAAN.

Kerana malu dengan sambutan tersebut, rombongan PEGAWAI KERAJAAN dan AHLI SEJARAH tersebut telah beredar dari tempat tersebut dan berfikir bagaimana nak menyembunyikan kemaluan mereka. Sebelum itu, Mohd Sabu sempat mengadakan sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina, Taman Maju, Johor Bahru berhubung serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong. Yang menariknya bagi memujuk dan divert isu tersebut, Mohd Sabu dalam kenyataannya menawarkan khidmat guaman percuma kepada waris atau keluarga anggota polis yang terlibat dengan tragedi Bukit Kepong bagi menuntut pampasan daripada kerajaan British. Mohd Sabu juga tetap berkeras menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan seperti yang ditulis dalam buku bertajuk "Pengukir Nama Johor" tulisan Ismail Adan yang dia sendiri masih belum membacanya apatah lagi semasa menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos lalu.

Apa yang Tukang Screw ingin ulas di sini ialah bagaimana terdesaknya PAS menipu untuk memujuk insan-insan yang telah diguris perasaannya kerana sokongan PAS terhadap perjuangan komunis Mat Indera menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dianggap sebagai aparatus penjajah British!!! Kerana pulut santan binasa, kerana mulut Mohd Sabu PAS binasa. Jadi selama ini jelaslah politik penipuan PAS yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap beberapa isu yang kononnya diperjuangkan bagi membela nasib rakyat. Tak perlulah menyebut UMNO lagi besar penipuannya kerana ianya telah menjadi satu konsep yang difahami oleh rakyat negara ini dan seperkara lagi UMNO bukanlah parti yang mendakwa parti mereka sebagai parti Islam.

Akhir kalam, eloklah kiranya pemimpin PAS berdebat secara ilmiah dengan ahli-ahli sejarah bagi menegakkan kenyataan mereka bahawa Mat Indera dan komunis adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya. Tak perlulah berdebat dengan UMNO kerana UMNO juga buta sejarah. Ramai waris-waris mangsa dan polis/tentera yang terlibat dengan kekejaman komunis mahu mendengar hujah PAS seterusnya membetulkan fakta sejarah yang kononnya ditulis UMNO. Ini cabaran Tukang Screw kepada PAS atau penyokong mereka, kalau anak jantan berdebatlah dengan ahli sejarah ataupun mangsa kekejaman komunis! Carilah pentas yang sama tinggi sama rendah untuk menari. Beranikah Tuan Ibrahim Tuan Man menyahut cabaran?

7 comments:

TOK JENG said...

Nasib disambut dgn penyapu..kalau dongan den, den sambut dongan parang yoo… org yg cakap putarbelit ni, tipu sano bohong sini kononnya perjuangkan Islam sebonarnyo org munafik… barua, babi… kalau takso polis, tentera apa Mat Sabu boleh ke duduk di singahsana Tim Presiden PAS dongan sonangx cam tu ko? Dasar mulut setan..

Anonymous said...

Habis camana nak buang daerah, ada orang dah cadang supaya mat sabu ni dibuang daerah, daerah yang dimaksudkan itu ialah Bukit Kepong.

Kalau jadi kenyataan saya percaya sakit juwa lah orang tu.

Kalau kena ISA lagi baik, tapi seminggu sekali kena pi lapor diri kat balai polis Bukit Kepong.

Awal tahun 2012 adalah masa yang amat baik untuk di adakan pilihan raya ke 13. Biarlah untuk beberapa bulan ini pemimpin-pemimpin parti pembangkang mericau, merapu dan melatah. Bila dah ranum betul2 baru kita adakan pilihan raya.


warga sebelum merdeka

TOK JENG said...

Mat Sabu (Mat "Sapu" sebonar eh.. tanyolah keluargo bokas tahanan ISA Ops Lalang dulu, apo yang dio dah "sapu", tanyo sahabat kito yg terlibat dlm "Peristiwo di Hotel Perdano, KB dulu - apo yang dio nak "sapu"?) nih... Pemimpin parti Islam konon.. Den pun pandai bercakap, baco & hafal ayatx Quran seperti "Al-Juburi" (bukan den yang bagi golaran ni - Mat "Sapu" yang bagi, den pinjamguno yo), lopeh tu den menyalak atas pontas nak bagi orang sokong den..
apo yg si barua komunis ni tahu pasal perjuangan polis dan tentera dalam mempertahankan negaro, menjago keamanan serta keharmonian hidup rakyat jelato, orang yg berjago siang malam untuk menentukan dio boleh sonang lenang mencekik/menterdarah mengisi perut buncitnyo tu? Dasar manusio tak tahu bersyukur & berterima kasih.. Negaro hancur, musnah takpo asalkan dio dapek kuaso, dapek kedudukan..
Skrg dah jadi barua komunis pulak. Samo eh wataknyo dgn si Kitol & Mandeliar di zaman Melayu Melaka silam.. Samo eh wataknyo dgn si Buang dlm filem P.Ramlee.. pembelot, pengkhianat bangsa..
Dio tak sepatutnyo di buang daerah atau ditahan di bawah ISA.. LUCUT KERAKYATAN..

Unknown said...

Kalau aku bukan setakat dgn penyapu
Mau aku kasi tea tarik dgn roti canai 2 3das
haha

Anonymous said...

kenfem besar kemaluan mat sapu ni....

Anonymous said...

Hiiiiieee... tak tahu la nak cakap macamano laie ngan si mat sabu ni.....Mat sabu ni ngan puak2 hamPAS ni ape jenis manusia la....sampai ke tahap bilo tengok muko mat sabu ni dah macam muko BABI dah....... kepada yg sesiapo yg pandai santau menyantau tu... tlg bagi santau yg gred A kek mamat ni... biar dio ghaso camno.....

Anonymous said...

Wooo...pukimaklako...sekarang mat sabu dah jadi menteri...dah terbukti mat indera pejuang negeri johor dlm buku yg orang joho sendiri tulis..woohoo..sekarang amno pun dah ranap dan takkan bangkit2 lg smpi kiamat INSYA'ALLAH...bangsat amno barua amno la ko ni kaki putar skru putar belit mak ko pelacorr...kha kha kha...kimak punye blog...kemurungan gua hr ni...