Saturday, January 29, 2011

Assalammualaikum YB: Masih Kenalkah Dengan Azizah?


Kempen PRK N.05 Tenang sudah sampai ke penghujung. Sana sini kemeriahan menjelang Hari Mengundi makin terasa, keadaan jalan raya yang sesak di Pekan Labis ditambah hujan yang renyai-renyai menambah lagi kemeriahan ibarat suasana "mantai" menjelang Aidilfitri. Selepas 30 Januari, penduduk tenang akan merindui suasana meriah ini yang entah bila lagi akan berlaku. Harap-harap mana-mana calon yang menang dipanjangkan umur dan diperelokkan kelakuan serta kekuatan untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Hari ini PR telah mendedahkan gambar seorang wanita Cina yang dikatakan mempunyai skandal dengan calon BN suatu ketika dahulu. Tukang Screw telah memberi amaran sebelum ini kepada jentera propaganda PR terutama YB Salahuddin selaku Pengarah Jentera Pilihanraya PAS agar jangan membuka keaiban yang belum tentu lagi sahih. Selepas PRK ini semua jentera akan pulang ke kawasan masing-masing dan yang ditinggalkan hanyalah keaiban calon-calon bertanding yang pastinya memberi kesan jangka panjang dan disebut-sebut orang. Perkara inilah yang menjadi kesukaan PAS yang sepatutnya menutup keaiban sesama Islam, itupun kalau PAS benar-benar menghayati fitrah Islam itu sendiri. Masih ingat lagi Rohaizad, calon BN di PRK Permatang Pasir yang diaibkan Nasharudin Hassan, Ketua DPP Pusat. Tahukah PAS bahawa selepas pendedahan tersebut rumah tangga Rohaizad runtuh? Mungkin PAS tahu tapi buat-buat tak tahu malah ketawa berguling-guling di markas-markas PAS bila mengetahui keruntuhan 'masjid' Rohaizad. Inikah ciri-ciri Islam yang PAS perjuangkan. Tak salah kalau tukang Screw labelkan PAS ini sebagai MUNAFIK terbesar di Malaysia!!!! Jangan ingat dengan berkopiah putih, berserban dan berjanggut maka pintu syurga telah terbuka luas untuk kalian! Dan jangan terkejut kalau di Hari Perhitungan nanti dan ketika Tukang Screw mahu melangkahkan kaki ke neraka, sudah tersedia menunggu di dalamnya pemimpin dan ahli-ahli PAS di dalam neraka jahanam. Nauzubillah...

Apapun, janji tetap dikotakan apabila YB Salahuddin engkar dengan perjanjian untuk tidak membuka aib calon BN. Tukang Screw berehat daripada mendedahkan skandal beliau kerana mahu memberi peluang kedua untuk beliau insaf dan mengubah peribadi agar lebih elok. Nampaknya peluang tidak akan datang selalu, hari ini terimalah hukum karma yang sepatutnya. Kalau YB Salahuddin membaca syair-syair Arab, pasti akan membaca rangkap ini,"...... sesungguhnya Allah itu akan membuka keaiban kamu walaupun kamu menyorok di dalam perut unta sekalipun...". Hari ini masyarakat akan kenal siapa Azizah atau Kak Intan sebenarnya yang sebelum ini pernah mempunyai hubungan istimewa dengan YB Salahuddin (belum masuk sekadar khasyafahnya lagi). Tukang Screw yakin, Salahuddin pasti sudah menamatkan hubungannya dengan Intan ekoran pendedahan Tukang Screw. Sama juga dengan calon BN, jika benar beliau mempunyai skandall pastinya tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan wanita tersebut. Mungkin ramai akan mempertikai kesahihan gambar tersebut. Tapi hanya YB Salahuddin sahaja yang boleh menjawabnya dan tanyalah tuan yang empunya badan. Atau kalau YB Salahuddin masih menafikannya, tukang Screw rasa terpanggil untuk menemuramah sendiri Azizah dan mendedahkannya di Youtube.

Kita kena ingat, manusia mempunyai sejarah buruk masing-masing yang cukup untuk dijadikan sempadan dan tak perlu kita dedahkan untuk mengaibkan siapa-siapapun sebab kita bukan malaikat atau para rasul yang maksum. Iman umat nabi Muhammad s.a.w ibarat buih-buih di pantai yang tak mampu menahan ombak besar. Jangan kerana gilakan kuasa politik, kita terpaksa korbankan kesucian Islam untuk mengaibkan orang lain.

Berbalik kepada Azizah tadi, nama sebenar beliau ialah Norazizah bte Mohamed Asmuni yang sekarang berumur 47 tahun. Beliau sekarang tinggal di No.18, Jalan Setia Rawang 2, Taman Setia Rawang, 4800 Rawang, Selangor. Bagi yang menuduh Tukang Screw mengada-adakan cerita, silalah ke alamat tersebut dan tanyalah Azizah tentang hubungan istimewanya dengan YB Salahuddin. Mungkin YB Salahuddin tertanya-tanya bagaimana kisah hubungan beliau ini boleh dihidu! Ingatlah bahawa beliau sendiri banyak musuh dalam PAS sendiri yang senantiasa mencari 'peluru' untuk ditembak ke sasaran! YB mesti tahu siapa musuh atau gunting dalam lipatan dalam PAS. Menjelang Muktamar Agung PAS akan datang, pastinya PAS akan bergoncang dengan hebatnya. Siapalah yang akan jadi mangsa selepas ini. Kita tunggu siapa yang akan kena screw.......

pssssst: Kenapa Papa Gomo senyap ye sekarang? Mesti dah kene ikat dengan Din Puduraya! Pastinya pasal sumpah dengan Din Puduraya. Buat apelah nak bersumpah sebab bukan Papa Gomo yang punya cerita. Kalau free, nak juga Tukang Screw minum kopi dengan Papa Gomo di Kopitiam Steven, Labis.

Wednesday, January 26, 2011

ASSALAMMUALAIKUM YB (Teka Gambar II)




Nampaknya suasana perang propaganda di PRK Tenang makin panas. YB Salahuddin semalam telah mendedahkan isu peribadi calon BN yang kononnya telah salah guna kuasa sebagai ADO dalam satu kes tanah yang tidak dibayar cukai. Salahuddin dalam kenyataannya memberi alasan isu tersebut bukan terlalu peribadi kerana ia melibatkan kredibiliti dan integriti calon BN. Sungguh dangkal dan bodoh alasan tersebut. Malah reaksi rata-rata penyokong PAS dalam isu ini yang menunjukkan kebodohan melampau mereka menyatakan memandangkan nama calon BN tertera di dalam saman tersebut menunjukkan beliau secara dasarnya bersalah!!!!! Nampaknya pemimpin dan penyokong PAS sama sahaja dangkal.

Memandangkan YB Salahuddin terus menerus menghentam kredibiliti calon BN, Tukang Screw terpaksa mendedahkan lagi dua keratan dari gambar wanita pojaan hati YB untuk disaksikan oleh sesiapa sahaja yang berminat. Pemenang teka gambar ini akan mendapat RM 1,000 dan boleh menuntutnya daripada YB Salahuddin dengan menghubungi di talian 013-7278292.
psssttt: *Baru selesai melawat kawasan banjir di Kg.Lembah Bakti, dengar cerita Cikgu Mala tak mahu redah banjir sebab takut nak angkat kain. Kalau angkat confirm menang (kata Papa Gomo)

Tuesday, January 25, 2011

Assalammualaikum YB (Peraduan Teka Gambar)


Belum pernah dalam sejarah ada peraduan teka gambar dalam blog. Tok Screw rasa elok kita mulakan peraduan teka gambar, mudah-mudahan lebih mempelbagaikan lagi corak persembahan dalam blog. Kali ini Tok Screw akan paparkan kepingan demi kepingan daripada sekeping gambar yang menjadi tanda tanya selama ini. Siapakah wanita yang dikaitkan dengan skandal Din Puduraya? Harap tuan-tuan boleh cantumkan sendiri gambar tersebut dan bolehlah bertanya kepada Din Puduraya, adakah ini wanita yang menjadi POJAAN HATI YB selama ini? Atau sudah tiada lagi hubungan mesra seperti dahulu ekoran pendedahan yang dibuat Tok Screw?

Memandangkan PAS dan PR sering melihat ke belakang terutama "bad track record" seseorang individu untuk dieksploitasi dengan tujuan membunuh karakter tersebut sekali gus mengubah persepsi masyarakat.Jadi Tok Screw mengambil inisiatif yang sama untuk membuat pendekatan yang sama dengan niat supaya PAS dan PR tidak lagi mengaibkan seseorang. Cakap banyak pun tak guna, hari ini Tok Screw akan hadir sidang media YB Salahuddin untuk mendengar sendiri apakah pendedahan selanjutnya daripada beliau.

Salam...

p/s: Papa Gomo senyap aje

Sunday, January 23, 2011

Salam Buat YB Salahuddin Ayub! (Epilog Cinta Dari Screwkuat)


Assalammualaikum...agak lama Tok Screw tidak berblogging. Ramai kawan blogger memujuk Tok Screw untuk berblogging. Pelbagai alasan diberi untuk tidak menceburi kembali bidang yang agak "panas" ini dan elok jika Tok Screw tumpukan perhatian kepada pengajian Phd yang bakal diselesaikan dalam tempoh terdekat. Memandangkan tesis yang Tok Screw cuba selesaikan lebih berkisar kepada propaganda dalam pilihan raya, maka terpanggillah untuk menjejakkan kaki ke bumi "Tenang" ini pada 21 Januari lalu. Memang tenang setenang namanya....

Selepas sahaja penamaan calon, Tok Screw mula menjalankan kajian terhadap propaganda yang dijalankan kerajaan dan Pakatan Rakyat. Nampaknya masih bersifat stereotaip dan agak konservatif pendekatannya. Masing-masing cuba menunjukkan kebaikan pemerintahan dan dalam masa yang sama mendedahkan keburukan lawan masing-masing. Apa yang menarik, hasil pengalaman dan penyelidikan Tok Screw sepanjang 13 pilihan raya kecil yang telah dijalankan, BN mahupun PR menyimpan "Fat Boy" (nama bom atom yang digugurkan di Hiroshima) untuk memusnahkan lawan masing-masing secara total! Fenomena sebegini berlaku juga di PRK Tenang bilamana pihak-pihak yang bertanding mula menjalankan propaganda menjatuhkan lawan masing-masing melalui taktik "Character Assassination" yang dilihat mampu mengubah persepsi pengundi terhadap calon. Sebagai contoh, Normala Sudirman mula dihentam dalam halaman Facebook yang mendakwa beliau meninggalkan suami untuk berpolitik. Propaganda sebegini dilihat hanya memberi kesan secara minimal dalam usaha membunuh karakter calon PAS dan dilihat tidak relevan.

Pom! Pom! Pom! Tup! Tup! Tup! Calon BN, Azhar Ibrahim (Tok Ai) cuba digosip dengan skandal yang entah benar entah tidak. Beberapa kain rentang berkaitan cubaan mendedahkan skandal calon BN mula dipasang malam tadi di sekitar DUN Tenang. Yang agak menarik tidak ada seorangpun petugas UMNO yang memenuhi DUN Tenang ini menurunkan kain rentang tersebut! Timbul persoalan adakah ini sabotaj UMNO atau PAS mula mengisytiharkan "perang jihad"nya di Tenang? Dalam masa yang sama, Salahuddin Ayub selaku Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang dalam sidang medianya tengah hari tadi ada memberi klu bahawa PAS akan mendedahkan skandal calon BN dalam waktu terdekat. Sebenarnya Salahuddin bukan mengisytihar perang terhadap calon BN tetapi mengisytihar perang terhadap dirinya sendiri!!!! Tok Screw harap Salahuddin faham mesej tersebut dan fikir-fikirkanlah sebelum senjata makan tuan!

Salam

Tok Screw


p/s Psssstttt....Papa Gomo tolong kasi panas