Monday, August 22, 2011

BINGKISAN AIDILFITRI: PEMERIKSAAN JAIS BHG III


video


Bahagian III dan terakhir pemeriksaan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos 2011 yang dipertikaikan banyak pihak. Apapun kita jangan lari dari isu pokok iaitu gerakan kristianisasi terancang oleh pihak yang tidak menghormati kesucian Islam dan Perlembagaan Malaysia. Isu ini menuntut kerjasama semua pihak yang mengaku mempertahankan kesucian Islam di Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang melihat isu ini dari perspektif meneruskan kelansungan politik di Malaysia dalam cubaan "menuju ke Putrajaya".


Insya Allah, Tukang Screw akan dedahkan konspirasi terancang pihak-pihak yang tidak mahu melihat Islam terus subur di bumi bertuah ini pada masa-masa akan datang. Apapun isu ini mendedahkan kelemahan umat Islam dan pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga dan mempertahankan Islam. Diharap ianya dapat menjadi iktibar bersama supaya masing-masing dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan manakala di satu pihak lain perlu menyedari bahawa status Islam sebagai agama rasmi negara ini jelas termaktub dalam perlembagaan dan wajib dihormati jika mahu anutan dan pegangan anda dihormati oleh umat Islam di negara ini. Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

inilah akibat daripada perbalahan dan tuduh menuduh antara ahli politik yg beragama islam hingga senang org lain mengambil kesempatan. mereka lebih mementingkan jawatan dan kepentingan diri daripada akidah umat islam... sampai bila kita mesti merelakan kegiatan memurtadkan umat islam secara halus seperti ini... semoga ALLAH SWT memberikan kita kekuatan untuk mengatasi masalah ini dan menetapkan iman kita agar sentiasa berada di jalanNYA

Anonymous said...

kepada encik yg telah mempamerkan video serbuan jais dan meletakkan 'subtitle' di dalam video itu yg cukup meyakinkan banyak pihak, saya harap awak betul2 tahu akan kesahihan dakwaan awak bahawa ada cubaan utk kristianisasi di makan malam itu. ahli keluarga saya berada dalam video itu dan dia mmg islam. dakwaan awak bhw dia telah murtad telah merosakkan reputasi dia dan mengakibatkan hubungan kami sekeluarga tidak semesra dulu. jika awak hanya membuat spekulasi, saya harap fitnah yg awak tabur diampunkan allah.

Ben! Ang said...

Can I just ask what this video proves? Thanks just curios about the big fuss that's going on currently.