Berhubung tindakan pemeriksaan JAIS terhadap satu majlis pada 3 Ogos 2011 di Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan turut dihadiri oleh umat Islam, beberapa tindakan dari sudut perundangan boleh diambil sekiranya siasatan pihak JAIS mendapati ada usaha atau elemen-elemen pelanggaran Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Bahagian II dan III Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Aqidah berlaku dengan mengguna pakai beberapa seksyen daripada enakmen tersebut seperti:-
Seksyen 5
Mendakwa Bukan Orang Islam Untuk Mengelakkan Tindakan
Mana-mana orang yang mendakwa dirinya bukan orang Islam untuk mengelakkan apa-apa tindakan diambil terhadap dirinya di bawah Enakmen ini atau mana-mana Enakmen lain yang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 10
Menghina atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll, agama Islam
Mana-mana orang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain:-
(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;
(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau
(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
Seksyen 12
Menghina Pihak Berkuasa Agama
Mana-mana orang yang bertindak dengan cara menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:-
(a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat-sifat Baginda sebagai Ketua Agama Islam;
(b) Majlis;
(c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan fatwa,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Jadi kepada mana-mana pihak terlibat dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap GMDU bolehlah memilih mana-mana seksyen yang sesuai. Perlu dijelaskan di sini bahawa apa yang cuba dipaparkan oleh Tukang Screw adalah tindakan pihak JAIS terhadap GMDU berdasarkan maklumat yang diterima bahawa terdapat elemen atau unsur-unsur kristianisasi sedang dijalankan oleh pihak gereja serta sejauhmana kebenaran maklumat tersebut. Dalam hal ini tiada siapa daripada 12 orang Islam yang dikesan turut hadir dalam Majlis Thanksgiving Dinner yang dituduh telah murtad atau keluar Islam dan hanya yang dipaparkan mereka turut hadir dalam majlis tersebut. Hanya ada kemungkinan atau keberangkalian bahawa mungkin terdapat atau dipercayai ada individu yang telah murtad berdasarkan tindakan atau perlakuan atau tutur kata individu tersebut yang boleh memberi persepsi bahawa dia telah murtad tanpa memberi penekanan kepada hal pemurtadan tersebut.
Wallahualam, sekadar renungan bersama dan tiada niat selain niat menegakkan kesucian Islam dan memperlihatkan di mana pendirian dan tindakan pihak yang sering mewar-warkan diri sebagai pejuang Islam yang kononnya mempertahankan kesucian Islam dalam isu ini. UMNO memang Tukang Screw telah tolak tepi sejak dari awal kerana masih tidak mampu melaksanakan sepenuhnya tuntutan Islam dan hanya menyediakan dari segi fizikalnya sahaja. Apatah lagi untuk menyelesaikan isu ini. Mungkin blogger seperti Tukang Screw ini dan rakan-rakan lain dituduh proUMNO, prokerajaan kerana tidak memihak kepada pembangkang dalam hal ini. Kami tidak mampu menyelesaikan isu ini atau isu yang melibatkan akidah umat Islam kerana kami tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif.
Sekurang-kurangnya kami cuba ketengahkan permasalahan yang berlaku untuk tindakan pihak berwajib yang mempunyai kuasa eksekutif setelah dipilih rakyat melalui pilihan raya. Rasa terhina dan tidak berbaloi apabila kami dituduh cuba merosakkan Pakatan Rakyat di Selangor yang mana sebenarnya tuduhan tersebut cuba lari daripada isu sebenar iaitu ISU AKIDAH UMAT ISLAM. JANGAN KUMAN DI SEBERANG NAMPAK TETAPI GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK! Kepada pihak berwajib, jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan seikhlas mungkin tanpa kepentingan politik. Ingatlah bahawa setelah matinya anak-anak Adam hanya tiga perkara sahaja yang dibawa: Amal kebajikan, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang akan mendoakan si mati dan bukannya UNDI!
5 comments:
gambar ky jelly
buleh buangg tak..xkena dgn gambar muka tu
dah setahun tegur.. letak la gambar pakai ribbon
Mengapa pula pakai seksyen-seksyen untuk kes 'menghina agama atau pihak berkuasa agam'? Bukankah itu kes untuk memurtadkan orang-orang Islam? Pakailah seksyen untuk kes 'cuba menyebar agama lain selain Islam kepada orang Islam'. Tiada bukti?
Kalau tiada bukti, mengapa pula tergesa-gesa nak serbu gereja itu? Lebih biak buat selidik diam-diam dan kumpulkan bukti-bukti kukuh. Lepas serbu, tiada bukti-bukti kukuh pula, yang ada hanyalah keratan video yang tersunting, dan lapuran yang kononnya 'sulit' tapi boleh diheboh-hebohkan untuk menyerang pihak politik yang tertentu.
Untuk saya, serbuan itu memang bermotifkan sesuatu selain daripada nak menjalankan kewajiban yang hak.
anon 11.51 anda spt pemimpin anda memang seorang pembangkang pas @ keldai DAP yg sentiasa cipta ayat utk menghentam kerajaan walaupun apa yg kerajaan buat itu betul..seksyen2 utk menyelamatkan akidah umat islam mmg ada malangnya org spt anda dan pemimpin anda yg merosakkan keadaan..ingat tak kes lina joy,penggunaan kalimah Allah,isu bacaan Ayat suci Al Quran di p.pinang..contoh2 tersebut sepatutnya anda dan pemimpin PAS bekerjasama dgn k.jaan bagi mengatasi masalah tersebut..cubalah fikirkan kesan yg sgt buruk pada masa hadapan dan tolonglah jgn lari dari tujuan asal berpolitik..
bagi saya dan keluarga yg selama ini menyokong PAS mengucapkan selamat tinggal PAS..INI KERANA UMNO WALAUPUN ADA JUGA MELAKUKAN KESILAPAN TETAPI MASIH ADA PRINSIP
DAN PARTI GABUNGAN YG LAIN SPT MCA DAN MIC MASIH JUGA MENDENGAR KATA..BERBEZA DGN PAS YG BYK MENJADI PAK TURUT SHJ DEMI TUJUAN POLITIK..LBH KURANG SAMA DGN ANDA YG MENJADI PAK TURUT SHJ APA SHJ YG DILUAHKAN OLEH TGNA
dahtu kalau undang2 kjaan AMNO skrg bagus sgt, kenapa xleh settle kes2 mcm ni?ko bjuang la,tp bl undg2 lemah,kalah gak kat mahkamah
biarlaaa gambar ky jelly untuk peringatan orang yang mengunakanya....
Post a Comment