Wednesday, August 17, 2011

ISU TINDAKAN JAIS: MUJAHID FAHAMKAH ISU SEBENAR?



Tukang Screw tidak faham sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh sesetengah pemimpin PAS yang di atas kertas mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi BEBAL memahami isu, atau buat-buat tak faham atau sengaja nak jaga hati DAP/PKR atau PAS memang tak mampu nak selesaikan masalah dan mempertahankan Islam. Cuba rujuk kenyataan Dr. (Dr konon tapi bebal) Mujahid Yusof, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dengan slogan PAS For All yang disiarkan dalam Harakahdaily berbunyi :


"LAJNAH TETAP BERUSAHA MERAPATKAN PAS DENGAN SEMUA GEREJA DI MALAYSIA SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN PAS (kalau PAS perjuangkan Islam sepatutnya frasa tersebut berbunyi...SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN ISLAM)"

Isu yang berlaku adalah melibatkan usaha GMDU dan beberapa gereja memurtadkan umat Islam, jadi tidak timbul isu PAS menjalinkan hubungan baik dengan gereja. Gereja memang menerima PAS dengan baik sebab PAS sahaja yang boleh ditunggang dan menghalalkan usaha memurtadkan umat Islam oleh gereja. PAS lebih mementingkan penganut Kristian menghormati mereka daripada menghormati kesucian Islam dengan merendahkan maruah mereka dan menagih undi. Itulah hakikatnya yang PAS tidak mampu sembunyikan dan tersilap percaturan kerana terlalu gila untuk berkuasa!

"MENGULAS TINDAKAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYERBU (sepatutnya guna perkataan MEMERIKSA) GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA (GMDU) KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN, BELIAU BERHARAP KEDUA-DUA BELAH PIHAK TAMPIL KE HADAPAN MEMBERIKAN PENJELASAN SUPAYA DI ATASI DENGAN BAIK."

Adakah Mujahid yang bebal atau wartawan Harakah yang bebal (kalau bab BEBAL ni wartawan Harakah memang top sejak dulu lagi)! JAIS telahpun memanggil 12 orang yang terlibat dalam isu ini hadir ke sesi kaunseling dan temuduga pada 15 Ogos lepas jadi tidak patut timbul kenyataan "KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN" yang sememangnya sudah terang dan bersuluh bahawa mereka hadir ke GMDU! Daripada kenyataan ini kita dapat menilai taraf keintelektualan Mujahid yang serupa macam Tukang Screw atau bawah sedikit dan dalam masa yang sama secara tersirat Mujahid sendiri tidak menyokong tindakan JAIS.

Mujahid juga tidak faham-faham lagi mengapa JAIS dan GMDU enggan berjumpa PAS bagi menerangkan isu ini? Sebab kedua belah pihak terbabit sedar bahawa mereka akan berhadapan dengan parti yang NTAHAPANTAH yang hampir pecah tembelangnya dan gagal mempertahankan kesucian Islam. Mana usaha dakwah yang diwar-war dan dibangga-bangga selalu oleh PAS terhadap DAP? DAP makin berjaya dakwah umat Islam masuk kristian dan menghina Islam adalah!!!

Tukang Screw nasihatkan agar Mujahid berdiam diri dan jangan buat sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana setiap kenyataannya makin menunjukkan kejahilan dan kejumudan dirinya sendiri. Wallahualam.

17 comments:

Anonymous said...

Taniah screwkuat,

Blog sdr semakin top sekarang

Keep it up

UMNOngok said...

ochachlsemakin top sebar fitnah n maki hamun org laen.ini ciri2 wajib ada pade penyokong najis tun razak.muke ko si gemok mcm pelopor yahudi kt msia ni.die dok kl.aku igt muke ko ni.terserempak je mmg mkn lutut aku la ko gemok.

Anonymous said...

AKU RASA LAPORAN POLIS KENA BUAT LA . DISYAKI MUNGKIN ADA DIKALANGAN PEMIMPIN YG DAH MASUK KRISTIAN DIAM2...

HAIRANLAH..MINTA JAIS SIASAT DAN BAGI KAUNSELING SKET...

jais xboleh biar benda masuk dlm pas pulak..

Anonymous said...

Salam.Saya seorang penyokong PAS.
Saya hairan dengan pemimpin PAS sekarang bukannya payah sangat buat pendirian saja sama ada betul atau tidak gereja itu menyebar kristian kepada orang Islam. kalau ada kita perlu tentang. Tidak ada gunanya kita junjung parti ISLAM jika ada orang nak merosakkan Islam kita berdiam diri dan berdolak dalik. Mana lebih penting antara menjaga kepentingan dan keagungan Islam dengan politik kepartian.

Yang UMNOngok tu macam org gila babi tu apa pasal. Ini hal agama Islam beb. Kalau kau anggap UMNO tu ngok, jangan kau pula jadi dungu sampai tak tau nak pilih antara Islam dan gerakan kristian.

Kalau PAS tak betul betul kali ini habis kita.. Rakyat tidak akan undi kita kerana UMNO akan cakap nanti undi PAS dan PKR haram kerana menjual agama Islam dan turut menyumbang penyebaran ajaran kristian kepada orang Melayu... habis kita yob....PERKASA dah start yob...engkau jangan jadi bangang...orang kampong percaya yob... depa akan sebar risalah nanti...hampeh kita... depa tak pangkah.....

Anonymous said...

TROLOL PENCACAI

Anonymous said...

umngok memang ko durjana memporak perandakan org islam dgn kaum2 lain..

agama pun buleh jadi senjata...parah umngok ni

Singh Is Kinng said...

"LAJNAH TETAP BERUSAHA MERAPATKAN PAS DENGAN SEMUA GEREJA DI MALAYSIA SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN PAS (kalau PAS perjuangkan Islam sepatutnya frasa tersebut berbunyi...SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN ISLAM)"

Bermakna ... merapatkan jurang bukan utk memberi kefahaman Islam ... tapi utk mendapat sokongan.

Sesama umat Islam sendiri PAS menimbulkan berbagai2 kekeliruan ... PAS yg mendakwa diri mereka berpandukan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan tapi terjebak dgn berbagai2 penyelewengan ... contohnya rampasan tanah di Ulu Kelantan atas nama Ladang Rakyat dan hadiah dari konsesi balak utk Nik Aziz.

Oleh itu mana mungkin PAS boleh memberi kefahaman Islam kpd penganut Kristian jika PAS sendiri hanya mempermainkan kesucian agama Islam.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Nampaknya macam ada satu kesepakatan apabila Pas, PKR dan Dap (penasihanya) memperbesarkan isu ini mengikut kepentingan mereka tetapi tidak nampak menuju kepentingan semua agama dan masyarakat majmuk.

Pelayar Blog Politik

Anonymous said...

kepala butoh la puak2 hamPAS...ko yg bodoh da di beri bukti depan mata yg HamPAS tu memperjuangkn kristian ko x caye...cube tanyer ustad n.ajis....tp ape ade hal korang sume kn dah ader tiket ke syurga xkisah la ko nak murtad pun...dosa nanti n.ajis leh ampunkn...yea x?

lg satu haram jadah yg dok komen kt atas tu...jgn pikit ko nyer lutut jer...aku pun ader lutut gak...jgn ingt ko shahid kalo sokong hamPAS tu...

kayu said...

panas lak nampak skrg ni.. benda ni dah bertahun-tahun.. cuma skrg aje ada kesempatan sbb kerajaan negeri bukan umno yg perintah. nak marah sangat kat PAS buat apa? Apa kuasa dan apa yang PAS boleh buat pada Gereja mahupun JAIS? satu dunia tahu kuasa dan hal agama Islam kat Selangor bawah Sultan.. Sejak bila Hassan Ali ada kuasa? Dia pun hanya boleh sekadar sokong aja apa yang JAIS buat..

Anonymous said...

Rejim Zionist serang penduduk Palestin di Gaza kerana nak protect orang yahudi dari menjadi mangsa serangan bom berani mati dan mangsa baling batu penduduk yahudi. Amarika sokong Yahudi kerana mereka patut buat macam tu. Dr M sokong Palestin kerana mereka ada alasan (tanah mereka dirampas) untuk serang penduduk yahudi dengan bom dan batu. Dr M bijak suruh kaji punca Palestin lakukan serangan bom berani mati dan baling batu. Kejadian Murtad dikalangan Melayu yang berlaku dia tak suruh pulak dikaji kerapa jadi begitu. Dah nak murtad baru Jabatan Agama Islam (JAI) nak kalut, sebab musabab dia murtad JAI tak mahu tanya. Mereka murtad kerana depa dah meluat dengan orang yang menguatkuasakan Islam dalam JAI di Malaysia. Itu lah sebab dia menjauhkan diri dari Islam. Didikan lebih berkesan dari penguatkuasaan. Kristian lebihkan didikan dan toleransi membuatkan ramai melayu terpikat. Tindakan penguatkuasaan JAI tanpa didahului dengan didikan yang sempurna membuatkan orang meninggalkan Islam. Kalau pendapat ini betul, Jabatan Agama Islam bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu melayu murtad perlu menjawab di akhirat kelak.

Anonymous said...

tindakan UMNO dari dulu yg menimbulkan fitnah terhadap ISLAM...PAS parti ISLAM, secara tidak langsung fitnah itu jatuh kepada PAS juga..itu sebab beliau keluarkan kenyataan demikian..fikir2kan..

tapi aku musykil, kalo PAS yg mengepalai serbuan tiu, kenapa VIDEO2 tu blogger pro-UMNO dapat dl..?? curios yg amat d sana..apakah ada tangan ghaib??

Budak said...

Salam. Pegi mampuslah UMNO...nak bela Islam konon. Sampai skrg laporan Jais tak siap2...nak kena tunggu alter la tu. Mcm laporan Suruhanjya Diraja Pita VK Lingam....sampai skrg report tak distibute to umum... Bila MCA saman kerajaan Kelantan sebab haramkan judi, ada korang bagi komen untuk bela Islam? Mengenai isu azan Subuh di Penang, bukan main berdegar2. Walhal solat subuh kat surau rumah korang, ada istiqamah turun? Lain kali fahamilah Islam kerana ilmu, bukan ikutan & adat semata2...

Anonymous said...

Sebenarnya apakah punca sebenar masalah?

Melalui video daripada youtube, kita dapati orang Islam telah murtad.

Apakah punca orang Islam murtad? Adakah kerana kurangnya kawalan oleh Jabatan Agama Islam?

Adakah kerana PAS atau UMNO?

Bagaimana Jabatan Agama Islam hendak kawal gejala murtad, adakah dengan membuat pengintipan di gereja-gereja?

Adakah kejadian murtad ini hanya berlaku digereja sahaja?

Bagaimana dengan tahap pengetahuan Agama Islam oleh rakyat kita, adakah masih kuat seperti dahulu supaya kita boleh menangkis dakyah kristian?

Persoalan murtad ini bukanlah perkara yang senang untuk dijawap. Tambahan lagi perkara ini dipolitikkan.

Saya berasa daripada menuding jari ke sana sini,pakar cerdik pandai harus duduk semeja dan kaji bagaimana hendak menangani masalah ini.

Saya pernah tinggal di negara eropah, saya dapati, orang warga eropah sendiri sudah kurang mempraktikkan agama kristian.

Adalah pelik gejala ini timbul disini, fakta-fakta sebenar harus kita cari supaya isu murtad ini dapat dikawal daripada menjadi isu besar.

Sekarang ini, nampak gaya tidak ada usaha daripada mana-mana pihak untuk menangani masalah ini selain daripada menudin jari dan mencari habuan politik.

anonymousss said...

diorang serbu membabi buta la kot,,sbb tu smpai skg tak siap2 lg laporan...malu,maluuuuu

anonymousss said...

sesapapun,kalau tnpa usul periksa serbu, msti kena mtk maaf

pakngah santan said...

isu ni simple saja. sudah terang lagi bersuluh. tapi kerana pas adalah anjing dap, kena ikut cakap tuan. kalau tidak nanti, tak dapat tulang, bukan isi pun. tulang pun tulanglah.

kalau nak serbu kena bagi salam, sudah tentu pihak gereja akan ambil tindakan sewajarnya nak tutup aktivitinya. sebab itu kena serbu masa 'in action'. macam serbu cegah maksiat juga, takkan nak beri salam dulu.

macam kes di perak dulu. sebelum aktiviti dijalankan, pihak majlis agama dan public dah tahu dulu. bila sampai masa diserbu, aktiviti lain yang dijalankan.

untuk parti yang mengaku terlebih islam dari orang islam lain dan pengikutnya yang sebelah kaki dah masuk syurga, masa inilah unuk anda tunjukkan keberanian islam anda.

sampai terlampau bongong, umno juga nak dikambinghitamkan. sebab itu dap suka parti pas, sanggup jadi anjing.