Thursday, September 8, 2011

EDISI DEDAH: KISAH MAT INDERA DALAM BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DICIPLAK?

Tukang Screw telahpun membaca kisah Mat Indera yang ditulis oleh Ismail Adan dalam buku Pengukir Nama Johor. Kalau dibaca sekali imbas Tukang Screw boleh rasakan bahawa rujukan untuk kisah ini hanya daripada bukti temubual dengan penduduk kampung atau waris-waris terdekat Mat Indera. Sumber rujukan yang digunakan Ismail Adan juga agak terhad. Apa yang menarik perhatian Tukang Screw, salah satu sumber rujukan Ismail Adan ialah Maklumat Lisan Johor iaitu iaitu satu projek yang dikendalikan pelajar-pelajar kewartawanan Kajian Sebaran Am Institu Teknologi Mara dan diterbitkan oleh Biroteks, Institut Teknologi Mara Shah Alam pada tahun 1987.

Setelah Tukang Screw membaca Maklumat Lisan Johor pada muka surat 213 yang menceritakan tentang Mat Indera hasil maklumat lisan daripada orang perseorangan di sekitar Johor yang diperoleh pelajar ITM Shah Alam yang membuat kajian mendapati bahawa isi kandungan kisah Mat Indera tulisan Ismail Adan dicedok hampir 90% daripada kisah Mat Indera dalam Maklumat Lisan Johor! Tidak salah jika Ismail Adan merujuk beberapa kenyataan di dalam Maklumat Lisan Johor, tetapi malangnya hampir 90% dicedok. Di mana kredibiliti penulis seperti Ismail Adan? Insya Allah Tukang Screw akan dedahkan isi kandungan sebenar Maklumat Lisan Johor untuk kita sama-sama nilai bahan rujukan yang diambil oleh PAS terutama oleh AHLI SEJARAH mereka, SUHAIZAN KAIAT!!!

6 comments:

marilyn said...

salam bro...keluar dari topik skejap.

mana nak dapat VCD Din pudu Sentral?

SCREWKUAT said...

Maaf, Tukang Screw tidak menyimpan VCD Din Pudu. Tapi ada rakan-rakan lain yang memilikinya, Tukang Screw akan dapatkan.

Anonymous said...

Ismail Adnan telah meninggalkan dunia ini pada 23 Nov 2007. Sudah tentu beliau tidak akan dapat menjelaskan dapatan tulisan bersumberkan apa. Setahu saya dia bukan graduan sejarah. Usah beliau dikutuk tapi sedekahkan beliau al-fatihah.

Anonymous said...

salam bro, boleh scan dan siarkan tak artikel yg ditulis oleh Ismail Adan tu?

Anonymous said...

Salam.

Ada Blog dedah mak we tukang skrew. Cuba cek Gerakan Timur.

Anonymous said...

Hang ni Tukang Screw, suka buat cerita tak abis. Mane dia bukti yg hang cakap pasal Ismail Adnan ni ciplak dari Maklumat Lisan Johor? Binawe tul la hang ni.