
Walaupun mereka bermati-matian menafikan Mat Indera adalah komunis berpandukan buku Pengukir Nama Johor, PAS jangan lupa pula untuk membaca buku tulisan Abdullah CD, antara pemimpin utama Regimen Ke-10 PKM yang berpengkalan di Shukirin, Selatan Thailand. Buku bertajuk "MEMOIR ABDULLAH C.D (BAHAGIAN KEDUA): PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10 dengan jelas menyatakan dan mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis di muka surat 115: "Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor."
Menyentuh Peristiwa Bukit Kepong pula, Abdullah C.D dalam bukunya turut menyebut: "Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun."
Dalam bukunya itu juga ada menceritakan bahawa; "Mat Indera menjelaskan pertempuran tersebut kepada massa. Massa rakyat amat terberansang dengan kemenangan pertempuran tersebut. Mereka menyampaikan tahniah dan menghulurkan derma kepada pasukan."
Jadi jelas bahawa jika Abdullah C.D sebagai pemimpin utama komunis Melayu pada waktu itu mengiktiraf perjuangan komunis Mat Indera maka tidak perlu dipertikaikan lagi siapa Mat Indera kerana hanya jauhari mengenal yang mana manikam!!! Tak gunalah PAS berpandukan kepada buku Pengukir Nama Johor kerana PKM sendiri mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis Melayu! Seperkara lagi, mustahil Baharum Shah mahu memburuk-burukkan ahli keluarganya di hadapan media walaupun mereka sedar bahawa Mat Indera tersilap memilih jalan perjuangan!
10 comments:
Bagus...
Terkantoi lagi mereka.
Alhamdulillah..ada maklumat yg tepat dan bagus. Ambik kau PAS yg tak abis2 nak kelirukan rakyat. Ingat rakyat semua bahlol mcm Mat Sabu ke.
wow .. serang rumah pasung di hulu nuuun dianggap pejuang kemerdekaan? .. apa tak pi serang kem askar, ha baru buku bertemu ruas? kominis memangla bodoh, mat sabu lagi bodoh!
Mat syabu lebih kurang mat indera jugak silap masuk parti, sepatut nya masuk psrm ke dap ke yg socialis tu. Bayangkang kalau kominis memerintah malaysia, takkan mat indera dan segelintir yg lain akan pm ke tpm ke, chin peng la jadi boss, yg lain balachi saja. Dan boss besar mau tse tung laa. Hang pikiak la sendiri.
saudara screw mmg ahli anti PAS no. 1
mat sabu baru puji mat indera sikit jer korang dah kecoh, yang UMNO tu sipa buat perjanjian MOU dengan parti Komunis China tu takder plak korang nak melalak, sah-sah UMNO sendiri bersahabat dan mengiktiraf komunis.dari apa yang aku paham mengikut ayat buku abdulah CD tu, mat indera bukanlah ahli komunis, tetapi ahli PKMM dan API yang sama sama berjuang menghalau Penjanah ingeris secara keras, beliau menggunakkan hubungan kerjasama ngan dgn komunis untuk tujuan taktikal dan kemudahan persenjataan,(UMNO juga sekarang berkerjasa sama dgn komunis tapi kita tak cakap pun yg UMNO tu komunis)..itu pun susah ker nak paham...baik g sekolah balik..
pada zaman sebelum kemerdekaan banyak golongan yang tidah sehaluan dengan penjajah british telah diharamkan, mereka terpaksa bergerak secara gerila didalam hutan, mereka mngkin bekerjasama dengan komunis sebab perlukan senjata, tetepi mereka tidak menyertai komunis sebab ideolgi. penjajah british tahu dan orang islam dan melayu sangat bencikan komunis kerana ideologinya dan penjajah terus menyebarkan dahyah semua golongan yang menentangnya ni libel sebagai komunis termasuklah gerakan haluan kiri orang melayu seperti PKMM da API(dgn tujuan supaya orang melayu yg lain menyokong british),lagi pun ketika itu apa pilihan orang melayu yang ada untuk menghalau penjajah. golongan gerila berhaluan kiri ini terpaksa bekejasama dengan komunis kerana mereka mempunyi matlamat yang sama untuk menghalau penjajah..
TERBAIK
TERBAIK
TERBAIK
TERBAIK
TERBAIK
TERBAIK
TERBAIK
TERBAIK
komen 2 di atas mmg BETUL ..PAS tidak peralat adik mat indera..kalau aku famili mat indera aku pun akan tampil membantu PAS bersihkan nama mat indera..jgnlah nak diputar belit plk dr komen ahli klga dia..takbir..Allah Huakbar..
Post a Comment