Monday, September 5, 2011

Mat Sabu @ Mat Indera


video

Cuba kita nilai apa yang dimaksudkan Mohd Sabu dalam ceramahnya pada 21 Ogos 2011 di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Adakah terlalu hina mempertahankan tanah air daripada komunis walaupun berkhidmat dengan British? Kenapa Mat Indera tidak serang sahaja pegawai-pegawai berbangsa Inggeris? Rasanya elok juga Ketua Penerangan UMNO menyahut debat terbuka dengan PAS berhubung perkara ini. Tapi apa kene mengena isu ini dengan UMNO? UMNO mempertikaikan berdasarkan sejarah. Jadi Tukang Screw rasa eloklah pakar sejarah sendiri berdebat dengan PAS untuk membetulkan fakta sejarah sekiranya benar Mat Indera pejuang kemerdekaan.

3 comments:

Anonymous said...

agak hairan apabila langsung tidak disebut perkataan komunis apatah lagi "PAS menyokong atau mengiktiraf fahaman komunisme" dlm video tersebut.

Anonymous said...

lg heran psl banyak melayu yg tau sejarah bukit kepong dr citer jin samsu je boleh bg komen mcm cendikiawan. yg aku nmpk mat sabun ni cuma nk pertahan nama mat indera je org melayu jgak dr dituduh sbg pengkhianat bangsa. dh melayu 1 negara tikam lidah digelakkan bangsa lain. sape la kita ni nk ckp melayu yg ni baik melayu yg tu jahat xkire la dia dlm komunis ke x ke yg pasti kita xtau niat hati diorg semua turun berjuang waktu tu. kita ni cuma bleh sembang komen sembang komen taip sana taip sini tp yg turun padang golongan2 terdahulu juga. yg aku tau semua nye penjajah baik portugis ke belanda ke jepun ke british ke sama je.

Anonymous said...

"pengkhianat bangsa" spt ibrahim yaakob, burhanuddin helmi, pak sako, boestaman, rashid maidin, abu samah kasim, abdullah cd, kamaruzaman teh di antara pejuang kemerdekaan malaya sejak 1930 lagi. lancar perang lawan british, jepun dan kemudian british. darah diorg darah merah melayu sama mcm darah aku. tp disebabkan ahli sejarah yg buta nama dan keringat darah melayu diorg ni langsung x disebut dalam buku dan sewenang wenang dibilang pengkhianat. skrg timbul nama mat indera sorang lg bangsa melayu yg darah melayu sama mcm darah aku yg dh lama dipadam sejarah jgak dipolitikkan sebab video mat sabun. darah merah melayu aku membuak2 baca statement Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, yg bukan sama darah merah melayu mcm aku mengatakan mat indera bukan pejuang kemerdekaan. siapa dia nk komen mcm tu???