Monday, September 5, 2011

SIAPA MAT INDERA?













Sebelum kita sibuk mempertikaikan adakah Mat Indera pejuang kemerdekaan atau tidak, rasa eloklah kita kenal siapa Mat Indera sebenarnya. Kita jangan jadi seperti Mat Sabu yang berkokok keliling kampung tentang Mat Indera tetapi tidak mengenali siapa Mat Indera.

Nama sebenar Mat Indera ialah Muhammad bin Indera tetapi lebih dikenali sebagai Mat Indera atau Bong Mahmudiah yang dilahirkan pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat, Johor. Bapanya Indera bin Mat Salleh berasal dari Siak, Sumatera dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Ibunya Maimunah bt Daud berasal dari Batu Pahat. Selain itu, Mat Indera juga mempunyai 4 adik beradik tiri hasil perkahwinan kedua bapanya bersama Zainah bt Dasuki yang berasal dari Bukit Pasir, Muar. Beliau mula menjadi guru agama sejak berumur 18 tahun dan mengajar di Parit Stongkat, Muar pada tahun 1938 dan turut mengajar di Pontian pada tahun 1941.

Selepas British mengambil alih semula Malaya daripada Jepun, Mat Indera telah menubuhkan Malay Nationalist Party (MNP) pada tahun 1947 di Muar dan turut menjadi setiausaha Muar Malay Harbour Board Labour Union. Memandangkan modus operandi PKM merekrut kader-kader baru komunis melalui kesatuan sekerja, Mat Indera turut dijadikan sasaran apabila beliau mula direkrut oleh G.H Jasman, wakil Seksyen Melayu PKM bermula pada bulan Januari 1948 yang sering melawatnya dan berusaha mendoktrin Mat Indera dengan ideologi perjuangan komunis sehingga mendapat simpati Mat Indera.

G.H Jasman turut memberikan beberapa buah buku berkenaan komunis kepada Mat Indera yang antaranya bertajuk What is MCP yang ditulis oleh Komrad Wright@Lai Tek sendiri. dan buku bertajuk Dialectic Materialism. Walaupun teori tentang komunis yang cuba diketengahkan oleh buku-buku tersebut jelas bertentangan dengan Islam, G.H Jasman akhirnya dapat mempengaruhi dan memujuk Mat Indera menerima perjuangan komunis dan menyertai PKM dengan alasan komunisme berbeza dengan agama dan Mat Indera turut dibenarkan mengamalkan Islam selagi tidak menjejaskan aktiviti komunis. Mat Indera akhirnya menyertai PKM pada 13 Julai 1948 dan dilantik sebagai Pegawai Am dalam Gerila Melayu Malaya, sayap Melayu PKM dan terus menjalankan aktiviti komunis dalam usaha meresapi dan menyusup dalam masyarakat orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat melalui surau dan masjid. Latar belakang sebagais eorang guru agama Mat Indera telah dieksploitasi komunis dalam usaha merekrut orang Melayu menyertai komunis dan memberi sokongan kepada perjuangan komunis yang telah banyak menzalimi orang Melayu terutama di era Bintang Tiga hingga mewujudkan kebangkitan orang Melayu melalui Perjuangan Pahlawan Parang Panjang. Akibat keganasan dan kezaliman komunis semasa Bintang Tiga terhadap orang-orang Melayu, PKM@Bintang Tiga telah dicop sebagai musuh utama orang Melayu pada waktu itu.

Mat Indera turut terlibat ketika serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan menjadi watak utama menjadi orang tengah meminta polis menyerah diri kepada komunis. Pada 14 Oktober 1952 Mat Indera telah ditangkap oleh orang-orang kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat. Mat Indera telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 18 November 1952 kerana memiliki senjata api secara haram. Rayuan Mat Indera supaya hukumannya diringankan ditolak pada 2 Disember 1950 dan hukuman gantung terhadapnya telah dijalankan pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya telah dikebumikan di Kg. Jambu Air, Taiping. Untuk makluman juga, Mat Indera pernah dipenjarakan selama 2 bulan pada tahun 1946 kerana menjual beras secara haram.

Begitulah serba sedikit tentang perjalanan hidup Mat Indera yang menimbulkan konflik bagi mengiktiraf beliau sebagai pejuang kemerdekaan tetapi cara perjuangannya jelas menyalahi norma masyarakat pada waktu itu. Tukang Screw sedang cuba menghubungi adik Mat Indera iaitu Baharum Shah Indera yang juga merupakan seorang pesara tentera bagi mendapatkan beberapa butiran lanjut kenapa keluarga mereka berhijrah keluar dari Johor kerana dikatakan tidak mahu dicop sebagai agen komunis dan menyokong perjuangan Mat Indera.


Wallahualam. Al-Fatiha untuk Allahyarham Mat Indera sebagai saudara seIslam, moga rohnya diterima bersama orang-orang beriman.

51 comments:

Anonymous said...

Baru kredible laporan mcm ni, kajian dibuat danbukan semberono fakta. Syabas.

Anonymous said...

BETUL KE MUHAMMAD SABU ANAK HARAM KEPADA KETUA KOMUNIS CHIN PIN.

MAT INDERA / MAT SHABU ADEK BERADEK TIRI KEE?

chheeee ceritaa......

Anonymous said...

Mat Sabun ni asalnya dr Rejimen ke-10 PKM (Rejimen Melayu) yang cemolot dgn Chin Peng.

Anonymous said...

Ni tukang screw lahir sebelum merdeka ke
Selepas merdeka? Kalu lepas merdeka
dan baca sejarah yg disusun penjajah British,
Tak yah lah nak caya ...

Anonymous said...

sorang guru agama sanggup bersetongkol dgn puak anti agama dgn alasan dibenarkan sembahyang. pelik jugak guru agama mat indera ni.

perbanyakkan lagi pendedahan2 mcm ni.

Melayu Raya said...

Melayu yg sokong komunis adalah petualang bangsa dan dayus. Bongkarkan sejarah Melayu pengkhianat ni utk tatapan pemimpin PAS yg amat kurang cerdik ini!!!

Anonymous said...

Salam tuan penulis blog ni.jangan cepat melatah tuan...ini info yang tuan dapat yg ..how about info dari Yayasan Warisan Johor dalam buku Pengukir Nama Johor..cuba google 'Yayasan Warisan Johor Mat Indera'..

halim tuah said...

jangan lupa buat kajian dan link kan SIAPA MAT INDERA dengan SIAPA MAT SABU ...penting nih!!! kekeke

Anonymous said...

Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.

Buku ini diterbitkan sendiri oleh Yayasan Warisan Johor dimana kata-kata aluan mengiktiraf Mat Indera antara 150 Pejuang Kemerdekaan ditulis sendiri oleh MB Johor.

halim tuah said...

Siapakah BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA? Jawapannya ialah 'KOMUNIS CHIN PENG' - jika ditanya, itulah jawapan dari AHLI & PENYOKONG PAS. Pandangan peribadi atau LIDAH MAT SABU adalah juga sebahagian dari DASAR PERJUANGAN PARTI.

Jelas ''PAS ADALAH KOMUNIS''. Kini semakin ramai rakan2 saya lihat telah menjadi KOMUNIS..na'uzubillah..!

Sejarah memBUKTIkan bahawa KOMUNIS memang memperALATkan SUKARNO, DR SUN YAT SEN, MAT INDERA dan ramai lagi, dlm DASAR PERJUANGAN menegakkan NEGARA REPUBLIK KOMUNIS..!

Anonymous said...

Cara ini juga yang cuba dilakukan oleh DAP kpd orang melayu pada masa ini,menggunakan agama islam utk mengambil hati orang nelayu dan memperkudakan ustaz2 dlm PAS sebagai umpan...AWASmelayu dan islam akan tetik licik ini....

Mr.Iskandar B Abdul Hamid said...

ramai jgak anti-pas kat sini....
dah tue tak brani plak tulis nama sendri...hanya pandai berselindung blakang pungkuq UMporNO...hahaha...geli hati aku bca komen hang pa semua....

nasir che din said...

heran aku mcm mana pa(fail)s buleh rapat dgn mat pungkoq...kena pegang teloq kot

Anonymous said...

Tah mana mamat ni dapat fakta, tak ada sumber langsung dan banyak tak logik !

JAKA said...

jgn lupa juga buat kajian siddiq ghause, setiausaha mahathir yg agen KGB tu. juga buat kajian 3 abdul zaman mahathir yg ditangkap ksebagai komunis.

serta kaji juga hubungan malaysia dgn negara2 komunis dan sekarang apco.

kita bongkar kita bongkar.

andi said...

tu dia dah bagi fakta daripada kajian seorang pekaji sejarah masih lagi tak puas hati.

kepada mereka yang duk nak hebah2kan warisan johor tu plak. cuba lah baca betul2 pengiktarafan yang dibuat itu untuk tempoh sekian waktu yang kemudiannya mat indera telah berpaling tadah untuk melupakan agama sendiri dengan membunuh umat yang SEAGAMANYA.....

janganlah baca untuk menang sahaja cuba baca gak untuk ilmu...

Cheguman said...

Niat mat indera memang baik tapi niat shj tak memadai malah boleh menjadi mudarat jika tindakan salah.

Anonymous said...

PKM tidak berniat untuk merdeka kan Tanah Melayu melainkan jika Tanah Melayu menjadi negara komunis sebagaimana doktrin Mao's yg mahu mengkomuniskan seluruh Indochina, Gugusan Melayu & Indonesia. Tapi Islam menentang komunis. Guna akal ler... Baca dan faham sejarah. Kesian aku tengok golongan PAS ni yg masih belum merdeka dan otak diskrew dengan fakta terpesong oleh pemimpin yg munafiq.

ben said...

sapa yg tak faham sebenarnya.. komen yg bukan2.. takat baca blog n paper nak komen sapa betol sape salah..

Zabidi said...

Info kau x lengkap, x sohih, Kerajaan Johor yg totok umno pun kata dia pejuang ape citer

Pemuda Kahfi said...

Tuan, saya ingin meminta kebenaran tuan utk copy-paste artikel ini dalam FB saya..sekian,terima kasih..

Anonymous said...

ape yg tak paham tentang komunis ni. ape yg perlu diterangkan lagi. komunis ni memang telah disahkan sebagai yg tak pecayakan tuhan. nak kabarkan ape lagi. komunis kat kamboja tu sampai sekarang pun ada tengkorak sebagai bukti kekejaman komunis tu. cina sampai sekarang tekan minoriti islam kat sana. walaupun british penjajah dorang masih kasi sultan jadi ketua agama islam. kalu komunis tawan malaysia, jadi cam cina le, islam kena tekan. sekarang islam agama resmi pun masih ada yg murtad dan disokong oleh pas, kalu komunis tu menang cuma ada parti komunis semalaysia le takde nya pas. mat sabu tu anuar yg sokong murtad pun dia masih terima jadi ketua, cin peng tu jadi ketua pun dia sokong. dah ketawa pun macam beruk, mana org ada hidayah ketawa macam beruk tu. nabi tu ketawa jarang nampak gigi selalu cuma senyum. ni org pas ngaku tok guru ugama ape kejadahnya ketawa macam beruk. pas tu layak komunis aje. jual ugama untuk kuasa. penyokong taklid bodoh. bodoh org pas ni.

TOK JENG said...

PAS dulu dan sekarang bersama Mat "Sapu".
DULU : Sokong PAS masuk syurga !
SEKARANG : Sokong PAS masuk komunis !!

Inilah negara berkebajikan PAS bersama Kit Siang / Guan Eng & Al Juburi

Anonymous said...

Mengapa kita suka melabel orang yang berbeza pandangan dengan kita dengan label yang tidak sepatutnya? Apa hak kita sehingga melayakkan diri sendiri sedemikian?

Pemerintahan British adalah zaman dimana orang Melayu kelihatan seperti bergantung kepadanya, apabila British mengawal ketat pentadbiran negara dengan Darurat 1948. Parti-parti Melayu yang dilabel berhaluan kiri, yang mana menuntut kemerdekaan daripada British diharamkan sama sekali. Pemimpin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan. Beberapa yang terlepas lari ke dalam hutan lalu memijakkan kaki mereka ke platform Komunis. Persoalannya mengapa lari ke hutan? Kerana tindakan kasar British-lah yang memaksa pejuang-pejuang kemerdekaan ini mencari satu alternatif yang membolehkan mereka terus perjuang.

Syamsiah Fakeh pernah mengatakan dalam wawancaranya dengan Mastika pada 2 Oktober 2007 yang diselitkan dalam Memoirnya yang berjudul MEMOIR SHAMSIAH FAKEH: Dari AWAS ke Rejimen Ke-10;

"Orang Britishlah paling aku benci. Sebegitu lama orang British nak tangkap aku tapi tak dapat. Pada abad ke-21, kita patut mengenang kembali sejarah dengan hati terbuka..."

"Aku tak mungkin masuk UMNO pada masa itu, aku tetap memilih menentang British secara terus terang. Aku takkan meminta British memberikan aku satu pangkat dalam kerajaan penjajah. Kamu (wartawan Mastika) boleh pergi tanya British, kenapa aku masuk hutan..."

Cuba direnungkan secara logik akalnya. sekiranya yang dikatakan pengganas itu adalah Parti Komunis Malaya, kita tertanya-tanya kenapa "kelambu dibakar" jika yang salah adalah "nyamuk"? mengapakah British mengharamkan Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf yang semunya ini tidak bersenjata seperti Komunis? pemimpin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan.

Apakah kerana British berasa goyah dengan perpaduan rakyat Tanah Melayu pada masa itu yang majoritinya menuntut kemerdekaan kecuali UMNO yang enggan, yang sekadar melaungkan slogan Hidup Melayu.

Pernahkah kita terfikir kenapa UMNO satu-satunya yang tidak diharamkan? Jawapannya senang saja. kerana dia tidak desak British untuk MERDEKA. Mungkin belum masanya untuk merdeka pada pandangan pemimpinnya ketika itu. Atau UMNO melihat banyak lagi hal yang memerlukan pergantungnya kepada British.

melayu malaysia said...

Melayu Raya macmana pulak dgn melayu yg menyokong british, kita nk paggil apa ??? british tlh mngaut segala kekayaan negara kita sampai tggal saki baki baru diorg serahkan pada kita..

Anonymous said...

Kita wajar melihat sejarah dari sudut tersurat dan tersirat serta secara komprehensif. Perspektif setiap orang atau kelompok nampaknya berbeza-beza jika dilihat dari satu sudut sahaja. Jika kita secara melihat secara menyeluruh, meneliti sehalus-halusnya maka kita akan dapat kesimpulan yang lebih tepat. Adakah sudut pandangan dua pihak yang sedang bertelagah ini seperti orang buta (sejak lahir) yang menerangkan hakikat fizikal gajah ? Hanya orang yang melihat dari kaca mata golongan pencatur dan penyusun agenda dunia mendapat kefahaman atau 'pencerahan' tentang hakikat yang sebenar. Sudut pandangan golongan yang dicaturkan (dua pihak yang bertelagah)sudah dirabunkan dan terperangkap dalam satu 'permainan' yang amat teliti dan halus perancangannya. :)maklumat rahsia dari YAHUDI YAKJUJ MAKJUJ.

shah gunz said...

apalah nak jd bangsa aku ni... makin bodoh semuanya... aku tak sokong mana2 pn... tak kira hg bn k pas k... kite ni nasib2 j lahir dpt jd kaum majoriti kalau tak awl2 lg "melayu hilang didunia" jom doa stiap hari supaya melayu kuat mcm zaman kegemilangan tuk nenek moyang kite... Laillahailallah Muhammadurrasulullah

faisal said...

fakta sejarah jika ditambah dengan huraian dan persepsi penulis yg nyata untuk memburukkan tokoh tertentu....akan jadi sampah..

SiamangBukit said...

Susan sangat ke pkmm nak lawan british tanpa guna Platform komunis. X Masuk Akal kalau shamsiah fakeh fan mat indera nak berjuang untuk kemerdekaan atas Platform nasionalis tanpa komunis, melainkan mereka betul komunis dan anti - ugama. Dah kalah baru nak kata pejuang. Lebih petualang dari pejuang bangsa. Itulah silap mereka tidak tahu macamana nak berjuang tapi nak merdekakan bangsa konon.

Fird Saleh said...

memang tugas syaitan menyesatkan dan memecahbelahkan umat Muhammad,lebih2 lagi yg alim2..(mat sabu????) klau aku lihat dari komen2 nh..masing2(umno & Pas,PKR x de) ada yg betul dan ada yg salah. Tidak perlu bergadoh dn mencerca. Gunakan akal dan Bnyk kan doa supaya berada di jalan yg lurus dan betul(17 kali dlm solat).Supaya dilindungi dari fitnah Syaitan yg dashat. Amin

wudaine01 said...

ye ke?tak caya langsung fakta2 ni..kami ttp kata mat indera bukan komunis..hidup PAS..Semoga Allah memberkati usaha anda.

M HalilLail M Rukiban said...

Mat Sabu memang diragui statusnya kerana dipercayai pengikut fahaman syiah (syiah adalah golongan hipokrit).Dialah yang menggelarkan Anwar dengan gelaran Al-Juburi ketika DSAI masih TPM; tetapi sekarang sekapal (sama-sama belayar)sebab nak berkuasa. Mat Indera bekas guru agama; memang betul tu,tapi terpedaya lalu jadi komunis dan bunoh bangsa sendiri -ini bukan suatu yang menghairankan sebab dia telah terpedaya. Singkap kembali sejarah Islam; Saiyidina Ali ra. telah dibunoh oleh orang Islam iaitu puak khawarij - Abdur Rahman Al-Muljam seorang ahli zakirin (orang yang lidahnya tidak putus-putus memuji Allah swt) tetapi kerana hasad dan terpedaya sanggup bertindak membunoh seorang dari khulafaur-Rasyidin. Sila rujuk fatwa alam-ghiri kerajaan Monghul tentang Syiah dan ulama-ulama ,ulama-ulama pondok yag berkecuali dari politik yag berdekatan dengan saudara-saudara bagi yang berhajat mendapatkan maklumat tepat dan terperinci.

Anonymous said...

mohon jawapan...jika polis dituduh tali barut penjajah....mat indera dan komunis mewakili siapa? adakah wakil majoroti orang2 melayu waktu tu? bolehkah mereka mendabik dada mengatakan mereka mewakili tanah melayu?

Anonymous said...

main sabun lagi baik mat sabu.......

Anonymous said...

mat sabu & DSAI....hobi depa sama jer dua orang ni....klu pasai salahkan orang....semua tak betui. Dua2 manusia hipokrit... sebab depa..wang ringgit dan masa terbuang begitu saja. Banyak perkara yg lebih baik untuk rakyat malaysia buat. Sekarang semua raakyat malaysia hidup aman damai. Anak2 kita boleh pergi dan balik dari sekolah dgn selamat..belajar dgn baik...aman. Tak de bom sana dan sini. Apa lagi kita mau...boleh berniaga, cukup bulan dapat gaji..boleh shopping.. boleh beribadat dengan aman, boleh bersantai dengan keluarga.. boleh makan sikit..makan banyak... boleh makan sampai muntah.... Org macam Mat Sabu dan DSAI boleh buat anak cucu kita jadi sama mcm di Somalia, Libya, Syria, Iraq... Tiada kerajaan dalam dunia ni telus dan ikhlas.... sekurang2nya nasib kita tidak seburuk mereka... semua manusia tidak sempurna... kita hanya boleh memperbaiki mana2 kelemahan untuk jadi lebih baik... bukan meletakkan maruah diri di bawah tapak kaki....Mat Sabu,,,mat sabu....mat sabu...Memang patut hang dan anwar pi main sabun lagi baik. pas tu Anwar bantai hang... hang bantai dia balik.... renung2kan lah......

sang sepakat said...

Jaga jaga dengan Md Sa.. dia tu Syiah..hati2 dengan kenyataan dia. Komunis adalah satu kaedah yang dicipta oleh Yahudi untuk orang rusia dan China., kaedah mereka tidak sedua degan kita. Syiah dan Komunis ni adik beradik.

yyrm stor said...

Dah namanya screwkuat, Apapun boleh diSCREWKUAT, TEMASUK YANG BEBAL DAN TAK BEBAL PUN IKUT SAMA BEBAL, SEBAB SCREW MAIN BENAM TIDAK KIRA BETUL ATAUPUN SALAH, MAIN HANTAM SEMACAM, KALAU TAK HIDUP SEZAMAN DENGANNYA JANGANLAH MEMANDAI-MANDAI BUAT FAKTA, CERMIN DIRI SENDIRI DULU... BARU CERMIN ORANG LAIN..

Anonymous said...

Video dah siap lom. Kalu lom siap cai2 kita nak tlg buat. Harap Gomo pi mampuslah. Perasan jer dia terror. Gomo banyak buat cai2 kita kantoi.

Anonymous said...

Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. ORANG KAYA bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
Nak Berjaya dunia dan akhirat WAJIB SOLAT. Kalau solat pun tak buat tak ada kehidupan.nabi MUHAMMAD beri tau orang tak solat kafir terang-terangan. Orang tak solat adalah penjenayah yang paling besar. Dosa orang yang meninggalkan solat ialah:-
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja?

Anonymous said...

Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibu sendiri bagi lelaki, dan berzina dengan bapak sendiri bagi perempuan Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.
###################
Jika anda mempunyai masa yang lebih untuk meneruskan bacaan, maka kami berharap dapatlah kita sama-sama membaca azab Allah kepada kita samaada kita sedar atau tidak.
********
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut

Anonymous said...

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.
ANCAMAN BAGI ORANG ISLAM YANG MENINGGALKAN SHOLAT 5 WAKTU
Barang siapa melalaikan sholat, Allah SWT akan menyiksanya dengan 15 siksaan. Enam siksaan di dunia, tiga siksaan ketika meninggal, tiga siksaan di alam kubur, tiga siksaan saat bertemu dengan Allah SWT.

Ketika Malaikat Jibril turun dan berjumpa dengan Rasulullah SAW, ia berkata, “Wahai Muhammad, Allah tidak akan menerima puasa, zakat, haji, sedekah, dan amal saleh seseorang yang meninggalkan sholat. Ia dilaknat di dalam Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran. Demi Allah, yang telah mengutusmu sebagai nabi pembawa kebenaran, sesungguhnya orang yang meninggalkan sholat, setiap hari mendapat 1000 laknat dan murka. Para malaikat melaknatnya dari langit pertama hingga ketujuh.

Orang yang meninggalkan sholat tidak memperoleh minuman dari telaga surga, tidak mendapat syafaatmu, dan tidak termasuk dalam umatmu. Ia tidak berhak dijenguk ketika sakit, dihantarkan jenazahnya, diberi salam, diajak makan dan minum. Ia juga tidak berhak memperoleh rahmat

Anonymous said...

Allah.Tempatnya kelak di dasar neraka bersama orang-orang munafik, siksanya akan dilipatgandakan, dan di hari kiamat ketika dipanggil untuk diadili akan datang dengan tangan terikat di lehernya. Para malaikat memukulinya, pintu neraka jahanam akan dibukakan baginya, dan ia melesat bagai anak panah ke dalamnya, terjun dengan kepala terlebih dulu, menukik ke tempat Qarun dan Haman di dasar neraka.

Ketika ia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, makanan itu berkata, ‘Wahai musuh Allah, semoga Allah melaknatmu, kamu memakan rezeki Allah namun tidak menunaikan kewajiban-kewajiban dari-Nya.’ Ketahuilah, sesungguhnya bencana yang paling dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib yang paling nista adalah kurangnya perhatian terhadap sholat lima waktu, sholat Jumaat, dan sholat berjemaah. Padahal, semua itu ibadah-ibadah yang oleh Allah SWT ditinggikan derajatnya, dan dihapuskan dosa-dosa maksiat bagi siapa saja yang menjalankannya.

Orang yang meninggalkan sholat karena urusan dunia akan celaka nasibnya, berat siksanya, merugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Ia dibenci Allah, dan akan mati dalam keadaan tidak Islam, tinggal di neraka Jahim atau kembali ke neraka Hawiyah.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa meninggalkan sholat hingga terlewat waktunya, lalu meng-Qodhonya, ia akan disiksa di neraka selama satu huqub (80 tahun).... Sedangkan ukuran satu hari di akhirat adalah 1000 tahun di dunia.” Demikian tertulis dalam kitab Majalisul Akbar.

Sementara dalam kitab Qurratul Uyun, Abu Laits Samarqandi menulis sebuah hadis, “Barang siapa meninggalkan sholat fardu dengan sengaja walaupun satu sholat, namanya akan tertulis di pintu neraka yang ia masuki.” Ibnu Abbas berkata, ”Suatu ketika Rasulullah SAW bersabda, ‘Katakanlah, ya Allah, janganlah salah seorang dari kami menjadi orang-orang yang sengsara.’ Kemudian Rasulullah SAW bertanya, ‘Tahukah kamu siapakah mereka itu?’ Para sahabat menjawab, ‘Mereka adalah orang yang meninggalkan sholat. Dalam Islam mereka tidak akan mendapat bagian apa pun’.

Disebutkan dalam hadis lain, barang siapa meninggalkan sholat tanpa alasan yang dibenarkan syariat, pada hari kiamat Allah SWT tidak akan memedulikannya, bahkan Allah SWT akan menyiksanya dengan azab yang pedih. Diriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah SAW berkata, ”Katakanlah, ya Allah, janganlah Engkau jadikan seorang pun di antara kami celaka dan diharamkan dari kebaikan.”“Tahukah kalian siapakah orang yang celaka, dan diharamkan dari kebaikan?”“Siapa, ya, Rasulullah?” “Orang yang meninggalkan sholat,” jawab Rasulullah. Dalam hadis yang berhubungan

Anonymous said...

dengan peristiwa Isra Mi'raj, Rasulullah SAW mendapati suatu kaum yang membenturkan batu ke kepala mereka. Setiap kali kepala mereka pecah, Allah memulihkannya seperti sedia kala. Demikianlah mereka melakukannya berulang kali. Lalu, beliau bertanya kepada Jibril, “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?”
“Mereka adalah orang-orang yang kepalanya merasa berat untuk mengerjakan sholat,” jawab Jibril.

Diriwayatkan pula, di neraka Jahanam ada suatu lembah bernama Wail. Andaikan semua gunung di dunia dijatuhkan ke dalamnya akan meleleh karena panasnya yang dahsyat. Wail adalah tempat orang-orang yang meremehkan dan melalaikan sholat, kecuali jika mereka bertobat. Bagi mereka yang memelihara sholat secara baik dan benar, Allah SWT akan memuliakannya dengan lima hal, dihindarkan dari kesempitan hidup, diselamatkan dari siksa kubur, dikaruniai kemampuan untuk menerima kitab catatan amal dengan tangan kanan, dapat melewati jembatan shirathal mustaqim secepat kilat, dan dimasukkan ke dalam surga tanpa hisab. Dan barang siapa meremehkan atau melalaikan sholat, Allah SWT akan menyiksanya dengan 15 siksaan. Enam siksaan di dunia, tiga siksaan ketika meninggal, tiga siksaan di alam kubur, dan tiga siksaan saat bertemu dengan Allah SAW. Adapun enam siksaan yang ditimpakan di dunia adalah dicabut keberkahan umurnya, dihapus tanda kesalehan dari wajahnya (pancaran kasih sayang terhadap sesama), tidak diberi pahala oleh Allah semua amal yang dilakukannya, doanya tidak
diangkat ke langit, tidak memperoleh bagian doa kaum salihin, dan tidak beriman ketika roh dicabut dari tubuhnya. Adapun tiga siksaan yang ditimpakan saat meninggal dunia ialah mati secara hina, mati dalam keadaan lapar, dan mati dalam keadaan haus. Andai kata diberi minum sebanyak lautan, ia tidak akan merasa puas.

Sedangkan tiga siksaan yang didapat dalam kubur ialah, kubur mengimpitnya hingga tulang-belulangnya berantakan, kuburnya dibakar hingga sepanjang siang dan malam tubuhnya berkelojotan menahan panas, tubuhnya diserahkan kepada seekor ular bernama Asy-Syujaul Aqra. Kedua mata ular itu berupa api dan kukunya berupa besi, kukunya sepanjang satu hari perjalanan. ”Aku diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyiksamu, karena engkau mengundurkan sholat Subuh hingga terbit matahari, mengundurkan sholat Zuhur hingga Asar, mengundurkan sholat Asar hingga Magrib, mengundurkan sholat Magrib hingga Isya, dan mengundurkan sholat Isya hingga Subuh,” kata ular itu.Setiap kali ular itu memukul, tubuh mayat tersebut melesak 70 hasta, sekitar 3000 meter, ke dalam bumi. Ia disiksa dalam kubur hingga hari kiamat. Di hari kiamat, di wajahnya akan tertulis kalimat berikut: Wahai orang yang mengabaikan hak-hak Allah, wahai orang yang dikhususkan untuk menerima siksa Allah, di dunia kau telah mengabaikan hak-hak Allah, maka hari ini

Anonymous said...

berputus asalah kamu dari rahmat-Nya.

Adapun tiga siksaan yang dilakukan ketika bertemu dengan Allah SWT adalah, pertama, ketika langit terbelah, malaikat menemuinya, membawa rantai sepanjang 70 hasta untuk mengikat lehernya. Kemudian memasukkan rantai itu ke dalam mulut dan mengeluarkannya dari duburnya. Kadang kala ia mengeluarkannya dari bagian depan atau belakang tubuhnya. Malaikat itu berkata, ”Inilah balasan bagi orang yang mengabaikan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan Allah.” Ibnu Abas berkata, ”Andai kata satu mata rantai itu jatuh ke dunia, niscaya cukup untuk membakarnya.”
Kedua, Allah tidak memandangnya. Ketiga, Allah tidak menyucikannya, dan ia memperoleh siksa yang amat pedih. Demikianlah ancaman bagi orang-orang yang sengaja melalaikan sholat. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada orang yang bersegera menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya. Amin..

Rasulullah SAW bersabda, “Sembahlah Allah seakan engkau melihat-Nya. Apabila engkau tidak dapat melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa meninggalkan shalat hingga terlewat waktunya, lalu ia mengqadhanya, maka ia akan disiksa di dalam neraka selama satu huqub, satu huqub sama dengan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Sedangkan ukuran satu hari ( di akhirat ) adalah 1000 tahun ( di dunia ).“

( Majalisul Abrar )

Di dalam lughat, huqub artinya waktu yang sangat panjang. Tetapi menurut kebanyakan hadist, bermakna seperti di atas, yaitu 80 tahun. Perhitungan demikian tertulis dalam kitab Durrul Mantsur.

Ali r.a. pernah ditanya oleh Hilal Hijri r.a., “Berapa lamakah satu huqub itu?” Ali r.a. menjawab, “Satu huqub adalah 80 tahun, dan setahun adalah 12 bulan, dan setiap bulan adalah 30 hari dan satu hari sama dengan 1000 tahun hari di akhirat.” Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan dalam riwayat yang shahih bahwa satu huqub sama dengan 80 tahun.

Abu Hurairah r.a. telah mendengar langsung dari Rasulullah SAW. bahwa satu huqub sama dengan 80 tahun dan satu tahun sama dengan 360 hari dan satu hari di akhirat sama dengan 1000 tahun perhitunganmu ( di dunia ). Kemudian Abdullah bin Umar r.a. berkata, “Kita jangan merasa cukup bahwa dengan iman yang kita miliki, pada akhirnya kita akan diangkat dari neraka, yaitu bila akan

Anonymous said...

diangkat dari neraka setelah 28.800.000 tahun. Dan apabila disebabkan oleh dosa lainnya, maka akan lebih lama lagi mendiami neraka.”

Manuskrip Lama Untuk Yang Tak Solat
Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara “middle east”. Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama, bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin
Seorang nasrani berkata, “saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.”
Seorang majusi pula berkata, “saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir.”
(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir… cuba kita lihat pula apa orang kafir kata… )
Seorang kafir pula berkata, “saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.”
Anjing pula berkata, “saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.”
(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia… )
Babi pula berkata, “saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang”.

Anonymous said...

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.
Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman… adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar… maha suci ALLAH.



Dosa Meninggalkan Solat Lebih Besar Dari Berzina...15 Julai 2011

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan

Anonymous said...

berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya

Anonymous said...

Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


p/s: copy paste from iluvislam..sekadar untuk perkongsian
nauzubillahiminzalikh..jauhkan lah aku dari kedua2nya YA ALLAH...ameen

Anonymous said...

ketua komunis chin peng bunuh sir henry gurney, manusia henry gurney ini yang memimpin british & yahudi semasa perang palestin 1947 & kerana kejayaan itu henry gurney ditugaskan british datang tanah melayu mase,.
sebelum tu komunis bintang tiga tu jugak yang british latih di singapura untuk berperang dgn jepun.. umno itu asuhan british, umno putar belit sejarah..

baca jangan sebelah pihak, baca dua2 pihak...

Anonymous said...

janganlah marah kepada admin.dia nie memang manusia yang tidak mengenang budi..sebagai anak cucu kepada tali barut penjajah..memang begitulah ceritanya..klu suruh dia cite pasal tuk janggut pun dia akan cakap tuk janggut pengkhianat..manusia seperti inilah yang kita perlu hapuskan dahulu..memadam sejarah..memjadikan kita buta sejarah..balai polis bukit kepong 1950 ialah balai polis british..dan siapa yang bekerja dengan british akan dianggap anjing british..jadi salahkan kita bunuh pengkhianat bangsa seperti mereka..jangan kira bangsa..sekarang nie dia main perkauman..ingat bangsa ape pon klu bekerjasama dengan penjajah akan dianggap musuh..bangsat

Anonymous said...

Korang tak tau citer sebenar..aku org Bukit Kepong aku tau sejarah telah dimanipulasikan..tak caya meh dtg Bukit Kepong..org2 tua akan bercerita sendiri..maaflah cakap..cerita yg ditulis ni pun bnyk tak betul.