Tuesday, October 4, 2011

MOHD SABU AKAN BERTANDING DIKEDAH?


Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS secara terbuka sedang mengatur "orang-orangnya" di Kedah bagi membuat penilaian dan perancangan bagi bertanding salah satu kawasan Parlimen di Kedah. Mohd Sabu melihat peluangnya untuk bergelar Ahli Parlimen pada PRU Ke-13 lebih cerah jika bertanding di negeri Jelapang Padi itu. Dalam memastikan kejayaan perancangannya itu, beliau telah merancang strategi yang perlu bersama beberapa orang ADUN PAS KEDAH dan orang kuat Badan Perhubungan PAS Kedah yang amat dikenali Tukang Screw. Khabarnya dua kawasan parlimen yang disasarkan ialah Pendang dan Kuala Kedah.
Antara strategi yang telah disusun rapi Mohd Sabu dan ejen-ejen yang berselindung di Pejabat Menteri Besar ialah menghentam kredibiliti Azizan Razak dengan tohmahan gagal mentadbir dan mengurus sumber negeri selain masalah rasuah yang berleluasa. Turut dipertikaikan ialah masalah kesihatan Azizan Razak yang tidak kondusif untuk mentadbir negeri. Banyak maklumat hasil negeri dari Pejabat Menteri Besar telah diperolehi ejen-ejen Mohd Sabu yang dilihat tidak tahan dengan kerenah Azizan Razak mentadbir dengan harapan jika Mohd Sabu bertapak semula di Kedah, jawatan Menteri Besar akan berpindah tangan.
Selain menggunakan ejen-ejen di pejabat Menteri Besar, Mohd Sabu juga telah bertemu Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kg. Tualang, Pokok Sena bagi mengatur strategi menarik sokongan pengundi di dua kawasan parlimen yang dihajatinya. Apapun strateginya Tukang Screw ucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Sabu dan pastinya lebih meriah sidang Dewan Rakyat jika Mohd Sabu turut ada.

2 comments:

Anonymous said...

Itu baru betul ..orang Kedah pergi tanding Kedah. Ini orang Kedah tapi tanding di Kelantan . Orang Sitiawan pun kat Kelantan jugak ....

salman fatah said...

bagus la baru anak jantan kalau tanding kat kedah ...ni duk harap tempias kat kelantan baik xyah jd MP mcm tue...xbermaruah la...tp jgn pulak berdua2 an ngan jentera wanita dalam bilik hotel sudahlah