Tuesday, October 11, 2011

ISU JAIS-GMDU-MENJUNJUNG KASIH TUANKU



Alhamdulillah, akhirnya isu tindakan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos lalu dapat diselesaikan. Menjunjung kasih Tuanku Sultan Selangor kerana keprihatinan baginda terhadap isu umat Islam di Selangor yang terlalu kerap dipolitikkan. Kepada pihak-pihak yang terlalu lama "bermain onar" dalam usaha memurtadkan umat Islam baik di Selangor atau mana-mana negeri, Tukang Screw ingatkan berpeganglah kepada pepatah Melayu ini "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung" bermaksud hormatilah undang-undang yang telah ditetapkan.
Dalam isu ini, baginda melahirkan rasa tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor. Dalam hal ini JAIS tidak dapat membuat tindakan perundangan terhadap GMDU ataupun 12 individu Islam yang terlibat kerana hanya 3 daripada 12 sahaja yang memberi kerjasama dalam memberi keterangan ketika dipanggil JAIS. Apa yang Tukang Screw kesalkan ialah penglibatan beberapa ahli politik dari DAP dan PAS selain peguam-peguam pro Pakatan Rakyat yang berusaha menutup usaha memurtadkan atau memesongkan akidah umat Islam terlibat. Mereka jugalah yang menasihatkan supaya tidak memberi sebarang keterangan semasa dipanggil JAIS di samping disediakan peguam. Pada hemat Tukang Screw sekiranya tidak berlaku sebarang usaha memesongkan akidah umat Islam maka tidak perlulah Teresa Kok dan Annou Xavier takutkan tindakan JAIS ini. Berani kerana benar, takut kerana salah. Apapun Tukang Screw ucapkan syabas kepada Teresa dan Annou kerana berjaya melindungi usaha memurtadkan umat Islam yang "mereka sendiri ketahui dan sedia maklum". Insya Allah Tukang Screw akan dedahkan beberapa lagi gereja yang turut menjalankan kegiatan yang sama kepada pihak JAIS untuk tindakan selanjutnya dan apa peranan Annou dan Teresa dalam hal ini. Sebenarnya ramai lagi pemimpin PR yang terlibat dalam usaha memurtadkan umat Islam, biarlah laporan yang bakal menyusul ini diperhalusi oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri berkaitan untuk tindakan seterusnya.
Kalau rakan-rakan baca mengikut kronologi posting Tukang Screw tentang isu ini pasti akan tergambar dan terbayang kesudahan tindakan JAIS ini. Dan tanpa berselindung, selain motif politik DAP juga cuba menyambung usaha-usaha negara Kristian menjajah Asia Tenggara suatu masa dahulu dengan membawa slogan 3G; Gold, Gospel, Glory!Sekarang baru Tukang Screw faham kenapa Teresa Kok cukup risau jika Undang-Undang Hudud dilaksanakan!
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.Mungkin DAP berasa mereka boleh buat apa sahaja di negara ini kerana akan dipertahankan oleh rakan-rakan lain dalam PR. Harus diingat, sarang tebuan jangan dijolok. Isu murtad dan isu agama Islam adalah isu yang sensitif dan jangan cabar kesabaran umat Islam negara ini.

5 comments:

Anonymous said...

Nampaknya kenelah kita sama-sama dedahkan konspirasi memurtadkan umat islam oleh ahli-ahli politik yang mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi!

Anonymous said...

Dan juga sila dedahkan apa yang berlaku dengan insiden Bob Lokman kena tahan Jais baru2 ini... terima kasih...

Anonymous said...

dah mula ada yg dok pertikai titah Tuanku Sultan Selangor pasal kes DUMC. Kalau check dlm internet dah banyak, ulasan tu kebanyakannya sudah terlampau kasar.....pihak KDN kena pantau keadaan ni. MB Selangor bukan nak tengok saja kot.......Sultan Selangor sultan dia jugak.

Anonymous said...

Umat Islam kena kembali semula kepada al-Quran dan Sunnah...

Anak muda zaman sekarang makin jauh dari ajaran agama... macam mana nak jaga aqidah tanpa ilmu...

Datanglah pope atau bishop besar sekali pun berdakwah kpd agama mereka, kalau ilmu dan iman kuat they can offer nothing to us...

Kes yg lebih teruk dari kes JAIS dan gereja ni ramai muslim meninggalkan solat... fikirkanla

Anonymous said...

Isu paling bodoh di abad ini