Friday, December 4, 2009

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART II

Tukang Screw mendapat kunjungan yang 'agak ramai' dan komen-komen yang cukup baik berhubung isu skandal seks terlarang pemimpin PAS ini. Apa yang Tukang Screw cuba beritahu ialah satu skandal yang bukan dibuat-buat semata-mata untuk menarik perhatian. Ada yang mahukan rakaman video atau gambar semasa 'projek' itu sedang dijalankan. Itu memanglah nampak sangat 'mala fide' nya dalam isu ini. Janganlah buka keaiban orang sampai macam tu sekali dan Tukang Screw tidak berniat untuk mendedahkan secara terus personaliti yang umpama 'rock star' PAS itu. Banyak klu yang akan diberi supaya blogger lain berfikir dan meneka siapakah 'rock star' itu.

Selama ini PAS dan PKR mengajar kita untuk mendedahkan keaiban orang lain seperti kes calon BN/UMNO PRK DUN Permatang Pasir, si Rohaizad. Dahlah kalah pilihanraya, rumahtangga pulak kacau-bilau. Itu sebenarnya yang PAS mahukan supaya mereka menang pilihanraya iaitu dengan mengambil pendekatan 'character assassination'. Nasharudin Hassan Tantawi sanggup ke Kuantan untuk membuat pendedahan demi pendedahan supaya pengundi Permatang Pasir menolak calon tidak bermoral kerana pada mereka hanya PAS sahaja yang layak memerintah sebab pemimpin PAS adalah maksum dan pelbagai fatwa sesat akan dikeluarkan Nik Aziz bagi menyokong tindakan mereka. Lupakanlah soal tanggungjawab sosial sebagai saudara sesama Islam bagi memelihara nama baik dan keluarga sebab yang penting mereka mahukan pengundi atau rakyat melihat BN/UMNO sebagai pelaku maksiat yang total tanpa ada usaha dakwah untuk menarik mereka semula (kecuali UMNO masuk PAS).

Berbalik kepada calon-calon yang akan didedahkan skandal seksnya itu, apa yang Tukang Screw dapat beri bayangan atau klunya ialah si polan tersebut adalah wakil rakyat dari Negeri Serambi Mekah yang kononnya kuat pegangan agamanya dan bakal masuk syurga dengan menafikan hak orang lain masuk syurga. Si polan ini juga merupakan antara tulang belakang PAS Pusat kerana tanpa dia tiadalah kegemparan di Malaya ini!

Mengapa Tukang Screw hanya memberi sedikit klu? Jawapannya mudah, kalau didedahkan sepenuhnya ianya umpama satu fitnah yang besar dan orang akan menjawab bahawa Tukang Screw hanya mencari publisiti murahan di sebalik gelora yang sedang melanda PAS sekarang. Tukang Screw sanggup bertanggungjawab di dunia dan akhirat tentang tuduhan ini! Apapun, Tukang Screw hanya mahukan si polan ini kembali ke pangkal jalan, bertaubat sebab anak bini menanti di rumah dengan setia dan redha dengan pengorbanan suaminya terhadap parti (pasal tak tau lagi skandal suaminya) sebelum Tukang Screw telanjangkan skandal si polan ini.

Mungkin waktu sekarang bukan masa yang sesuai untuk dibuat pendedahan, kerana impaknya agak kurang. Ditakdirkan PRK Kota Siputeh dijalankan, sama-samalah kita berkampung di sana dan Tukang Screw akan dedahkan di sana biar banjir Kota Siputeh dengan skandal seks terlarang pemimpin utama PAS Pusat! Mungkin si polan tidak akan mengenali Tukang Screw tapi kita jumpalah di Padang Mahsyar nanti (macam Isa Samadlah pulak). Bagi penyokong-penyokong PAS, terimalah dengan redha bahawa manusia ini tidak sempurna dan ingatlah janji Allah jika kita selalu membuka keaiban manusia di muka bumi ini dengan caci maki, mengeji dan mengumpat, Allah akan buka keaiban kita!

13 comments:

Anonymous said...

pemimpin yg ramai peminat perempuan lah ni. tak akan yang pak lebai ... hint hint

Jackstarm said...

isy isy isy isy ish!...baik2 kwn nak diam,baca saja artikel ni,rasa mcm tak best plak kalau tak ikut bagi komen.
Kiamat kecil sudah menghampiri "rock star" celupar tu...lama dia nyanyi rock tapi sumbang mambang...dan sekarang apa yang dia kata suara dia sedap lagi merdu menawan,dah pun menghampiri hujung kariernya..

Hero sebenar adalah si screwkuat yg mampu tembus kebenteng "pentagong badak"...lebih hebat dari ejen FBI atau MOSAT.Syabas screwkuat...

McTheory said...

ishh ishh..

skrew kuat ni dok wat suspen plak. cuba bagi hint lagi mana tau kami boleh tahu siapa yang dok melakukan perkara maksiat ni. contohnya dia ni dun mana ka? parlimen mana kah? selalunya Pas selalu fitnah pemimpin UMNO, kalau betul benda ni, perkara yang sama kena batang hidung diorang plak.

Pemerhati said...

Kalau nak tunggu PRK Kota Seputih nampaknya lambat lagilah baru terdedah skandal seks ini. Tapi macam mana pun PAS almaklumlah akan menutup hal ini. Biasalah bagi PAS utk menutup keaiban yg dilakukan oleh ahli2 mereka tetapi dgn rakus sekali akan mendedahkan keaiban orang lain sebab apa pun mereka lakukan mereka akan ke syurga dgn rekomen TGNA!

Anonymous said...

Ini aku teka aje...bukan nak fitnah ni cuma teka aje...tapi kalau hint selalu bikin kecoh kat satu malaya ni siapa lagi kalau bukan si s-------n A--b!!!!!!!

itu teka je.......tak betul...tolong betulkan....tapi ini hanya teka-teki je.....

Anonymous said...

aduh bro.. tgu lmbt2 nnti org PAS tutup citer.. dedah jer awal2 ni.. t time PRK kt tmbh perisa kasi sdap citer la.. kasi hancur itu PAS hahahaha~!!!

Moto perjuangan org Pas :

"Dengki sampai mati.."

SCREWKUAT said...

Makin suspen pulak, ada pula tekaan yang sipi-siput...apapen sabarlah para jemaah, bawa bertenang. Memang panas-panas-panas...

ahaa said...

benda panas kalau simpan lama-lama jadi sejuk, lemal dan mungkin terus basi. Masa tu tak guna satu sen pun, orang dah tau semua dah... kalau screwkuat tak dedah pun, esok lusa orang lain akan dedah...

Anonymous said...

Tungguuuuuu.......jgn bagi suspen sangat nanti ada yang sakit jantung

Anonymous said...

-kalu xde prk kota siputeh or ditangguhkn smpai tak bile nk prk, bile nk didedahkn tue?..time pru plak ke?..

-pru dlm thun 2012 or 2013..ermm..time tue ker?..

-zargus-

Nas Johorean said...

MP tu org Johor. Skarang MP kat kelantan.

pemerhati said...

berapa dapat hasil dari jadi umno cybertroopers?? aku pon nak la... bole nanti bagi makan anak bini....

Aa said...

Perenggan terakhir tu nampak sangat usaha itu berunsurkan politik semata mata bukan nak amal makruf nahi mungkar.