Tuesday, August 16, 2011

PEMERIKSAAN JAIS DI GMDU 3 OGOS 2011: Bhg II.



Sebelum menonton bahagian kedua majlis Thanksgiving Dinner di GMDU eloklah kita mengetahui perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) dalam usaha menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU. Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka. Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas. Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor. Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik? Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke GMDU?


Bagi menutup konspirasi tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam YANG SEALIRAN dengan mereka bagi mempertahankan Kumpulan 12 dan sokongan daripada Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kes ini. Mereka juga merancang berkomplot dengan Kumpulan 12 supaya tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS. Kumpulan 12 juga akan dipertemukan dengan PAS secara tertutup kerana Teresa Kok melihat hanya PAS sahaja YANG BOLEH DIPERKUDAKAN BAGI MENUTUP GERAKAN MURTAD yang dijalankan gereja. Kita tunggu apa kenyataan PAS selepas ini. Patutlah PAS asyik menyalahkan UMNO dalam isu ini.

93 comments:

Anonymous said...

Nauzubillah, harap-harap boleh buka mata orang Islam yang selama ini bertelingkah sesama sendiri berebut kuasa politik. Itulah sebabnya musuh-musuh Islam amat berharap sesama Islam bertelingkah supaya mudah mereka merosakkan akidah umat Islam. Wallahualam.

Setuju PAS tukar jadi Parti Gereja SeMalaysia

Johan Ramli said...

Mengapa kita salahkan Gereja apabila ada umat Islam murtad. Memang itulah kerja pendakwah Kristian, berdakwah agar umat manusia mempercayai agama mereka. Bila mereka berjaya mengkristiankan manusia, maka mereka percaya syurga adalah balasannya. Bagi umat Islam, yakni Kita salahkn diri kitalah... 1. Kita langsung tidak mahu mengerti mengapa kita dilahirkan ISLAM. Nabi Muhammad S.A.W. meminta umat Islam mengikut jejak langkahnya berdakwah ke pelusuk dunia agar semua umat dalam dunia ini menjadi umat Islam. Namun apa yang kita kata dan bincangkan hnyalah hal-hal pentingkan diri sendiri, syok sendiri,... makan itu kerana nabi makan, memanah kerana nabi memanah, berkuda kerana nabi berkuda, pakai ini kerana nabi pakai ini, simpan janggut kerana nabi ada janggut... Tetapi nabi berdakwah, pergi mengislamkan umat tanpa rasa takut. Tapi kita rata-rata hanya mahu jaga kubur kita sahaja. Kita mahu kita sahaja masuk syurga manakala orang lain seperti Ah Kow, Ramasamy dalan lain-lain jiran kita biar mereka masuk neraka 2. Apabila nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang Baginda suka ramai umat... terus kita ambil jalan mudah dengan katakan banyak-banyak berbini dan banyak-banyak buat anak. Sedangkan hakikatnya nabi suruh kita berdakwah agar ramai umat menyembah Allah.
Tanyalah pada diri anda...sudah berapa ramai manusia di bumi ini telah anda dakwah dan berapa ramaikah yang telah masuk Islam?
Cuba kagumi Perdana Menteri Malaysia pertama YM Tunku A Rahman, ramai rakan-nya yang bukan Islam memeluk agama Islam. Gunalah pendekatan yang baik bukannya asyik gunakan ancaman dan hinaan.
Dahulu kala tahun 1400 Masehi Padri Kristian sanggup meninggalkan kemewahan hidup bersama dengan manusia bengis dalam kapal, nekad hidup atau mati dalam perlayaran yang entah kemana hala tujunya, terlantar di bumi yng jauh dari tanah air...semata-mata berdakwah untuk mengkristiankan umat....Tabah mereka berdakwah agar dapat mereka mengkristiankan umat dan mereka sebenarnya berjaya.
Tapi kita? Apa yang kita umat Islam buat... tak ada apa-apa kecuali hanya untuk jaga diri dan kaum kita sahaja. Kita nampak anjing dalam kampung dah tak sanggup nak berdakwah, belum lagi nampak babi berkeliaran.... Terus kita ambil keputusan jauhkan diri kita dari orang-orang sebegini... Kita syok sendiri bahawa biarlah kita sahaja yang jadi Islam...Orang lain biarle kafir.. Itulah muslim... dalam zon selesa... Saya tabik azam orang Kristian....

Anonymous said...

pihak pas nak dengar dari 2 belah pihak.bukannya terus nak menuding jari salah siapa.

Anak Perelih said...

Saya setuju dgn apa Johan Ramli komen..

Gerakan kristianisasi ni dah lama.. tapi selama ni JAIS dan jabatan agama negeri lain dok lena saja... tapi bila selangor dapat kat PR... JAIS 'terjaga' dari tidur utk melihat masalah murtad ni semata mata kerana kerajaan selangor tu yang memerintahnya adalah PR... cuba BN/UMNO masih lagi berkuasa di Selangor... JAIS masih lagi dibuai tidur... Tak percaya tanya Datuk Seri Haruissani mufti Perak tu, dia pernah dakwa yang 250 ribu dah murtad.. tapi apa tindakan kerajaan selama ni... ??? apa tindakan UMNO... PAS bentang usul undang undang murtad di parlimen pun ditentang MP UMNO....

Satu lagi JAIS dan jabatan agama lain masih lagi tidur terhadap masalah umat islam yang miskin... boleh baca harian metro sejak beberapa minggu ini la tentang ibu tunggal terpaksa terima bantuan gereja utk hidup... mana pi duit baitumal Zakat??? padahal tiap tiap tahun beratus juta dikutip..??? Pernah terjadi duit zakat Wilayah persekutuan hilang akibat rugi dalam pelaboran masa Yusof Noor jaga jadi menteri agama dulu... SubhanAllah.. duit zakat pun boleh melabor.. padahal duit tu kena habiskan dalam 1 tahun tu juga.. dan tak boleh dilaborkan... kena beri pada asnaf...

Sultan pula apa peranan??? bila timbul kes ni yang disalah adalah kerajaan PR selangor.. dikata JAIS/MAIS dibawah kerajaan selangor... tapi bab lain.. kata kerajaan PR selangor tak boleh campurtangan, ianya dibawah Sultan... Sepatutnya ketua agama mestilah orang yang kuat beragama... bukan atas nama...

Anonymous said...

SAYA SOKONG PENDAPT JOHAN RAMLI SAID DAN ANAK PERELIH.BUDAYA MERMUTADKAN UMAT ISLAM MELAYU DAH LAMA BERJALAN.SEHINGGA MUFTI PERAK PERNAH BERESUARA TETAPI TIADA TINDAKAN DARI PIHAK PEMERINTAH.

Jermang said...

Tidak ada kata2 PAS yang menyokong Kristian atau Gereja, sama ada dari pihak individu atau harakah. Buktikanlah sebelum menyembur. PAS bertindak dengan mendapatkan kepastian berita sebenar dari pihak-pihak yang terlibat secara langsung sebelum memberi komen. Sepatutnya blog ini mencela MCA yang awal2 lagi dah menentang. Mana UMNO? diam jerr...takut ngan MCA ke ape?

Anonymous said...

Video yang bagus utk menjelaskan apa yangberlaku tapi ulasan yg sungguh tidak adil dan berat sebelah.... guna video ni nak nampkakkan kebenaran atau nak serang satu pihak? Nama2 yg dipetik tu ada bukti ka nak kaitkan mereka.... lebih baik bercakap dgn bukti .... Tegakkankan Islam jangan gunakan isu Islam utk tegakkan UMNO ....

Anonymous said...

jika ada rakan yang sesama Islam agak sedikit lari dari landasan kita cuba tegur dan ingatkan secara lembut agar tidak berlaku pertelingkahan. jangan biarkan mereka terus terjerumus ke lembah sesat. janganlah kita murtad, nauzubillah. tiada ampun, melainkan taubat Nasuha yang muktamad. tak dapat cium bau pintu syurga wahai sahabat. cerita lah yang indah mengenai Islam. jagalah nama baik Islam. Insya'Allah. semoga mereka yang hilang arah itu mendapat hidayah Allah.

Anonymous said...

tak abis2 nak salahkan PAS, kalau UMNO islam, mana hududnya kat negara ni. takyah banyak la, kalendar pun pakai kalendar masihi, suratkabar pun ade sports toto, melaka tambah masa berhibur bulan ramadhan, kenapa tak raid genting bulan2 puasa ni?

skang kau tengok siapa paling terrer luluskan org murtad.

http://4.bp.blogspot.com/-UwK9UZA9M1E/Tjon3R7vBOI/AAAAAAAAANk/7wvHVORqNqU/s1600/dafa2c51600c64ed5ea57f6b1a845ff4.gif

Anonymous said...

Anon 2:08PM...

Ngko dgn pemimpin2 hamPAS ni x abis2 lg ke politikkan benda ni..

Klu aku cakap BANGANG krg ngko & juak2 ngko tau plak marah..tp memg korg BANGANG x abis2...

Woiiiiii..sedar la skit..ni mslah umat..bukan masa ngko nak politikn benda ni..

Menataliti puak hamPAS kt Malaysia ni dah di SET-kan...apa saja yg tdk baik / negatif mesti di point-kan kpd UMNO..apa punya turrr laa korg ni mangkok hamPAS.!!!

PAS...bersikap ADIL & ISLAM sgtkah..?

Kih kih Kih...memg BAGHAL !!!

Anonymous said...

Anon 2:19Pm pun PAS yg x abis2 nak jadi hamPAS...

umno..umno..umno..apa laa korg nak jadi woii hamPAS....

Anonymous said...

err... anon dia atas, pas pun cakap dah tak nak hudud, ia bukan keutamaan lagi sejak berkawan dgn kafir harbi. tapi satu perkara di malaysia ni saya perhatikan, senang jadi pembangkang, apa saja yang berlaku salahkan umno. kelakar betul.sepatutnya kita muhasabah diri. cuba sama-sama cari jalan untuk membendung perkara ini. jihad ini bukan tugas kerajaan saja, ia adalah tugas semua yang mengaku dirinya hamba Allah. Ada faham yang tak berapa cerdik tu?

Anonymous said...

tak habis2 nak melaga2kan org dlm bulan puasa ni
kalau kau yakin kau betul, x perlu la edit2 video tu. blum apa2 kau da jatuhkan hukuman. sudah2 la. bab azan pun org UMNO tak settle lagi. suruhan nabi pun die kata tindakan politik. ni la kalau islam sebab keturunan je.

Unknown said...

Apa yang berlaku diwaktu dahulu semasa seluruh umat Islam tidur apabila pendakwah Kristian mengkristiankan orang Islam adalah kurang penting jika dibandingkan dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Sekarang kita sudah ada bukti-bukti dari video dan risalah-risalah yang didapati dari dalam GMDU itu sendiri. Apa yang kita nak buat sekarang? Adakah kita masih mahu berpolitik tuding jari sana sini sambil membenarkan GMDU terlepas begitu sahaja? Atau kita mahu menyokong JAIS dan menggunakan peruntukan undang2 yang sedia ada untuk melindungi orang Islam yang sedang kita selamatkan akidah mereka dan generasi orang Islam akan datang.

Anonymous said...

puak2 ni tgk ke tak video tu. sape yg politikkan benda ni. video tu blom ape2 da ckp PAS, korg baca x entry atas tu, blum apa2 da ck PAS. adoi.. buta urup ke..

Anonymous said...

PAS bukan ISLAM
TAPI PAS adalah ISLE..

TAKEBEER,,ISLE PAS !!!

Anonymous said...

baguslah islam mcm tu, main2 kan sebutan Membesarkan Allah. macam mane la tak jadi fitnah pada islam tu sdri.. bulan2 puasa pulak tu.. astaghfirullah

Anonymous said...

dgr cerita ada tangan2 ghaib UMNO dalam ni. mcm biasala, isu ni last2 org UMNO kene paku gitu je mcm isu azan kt p.pinang. tok mufti jawab pakai hujah, pencacai najis ni tak abis2 fitnah. korg benfas la dgn fitnah tu. moga Allah membalas apa yang korang buat ni, tambah lagi di bulan ramadhan ni.

Anonymous said...

isunya bukanlah "tak abis2 nak salahkan PAS atau apapun ,tapi masalahnya kerana undi dan nak jaga hati kafir harbi PAS telah berubah sikap dan pendirian dalam hal sebesar ini.playsafe takut hilang undi atau kena tekan DAP

PERCAYALAH
kalau Pas tak join PR rasanya roadshow satu malaysia dah start dah mengatakan ini kerana salah lawannyya mentadbir.

tapi sekarng semangat itu dah takde yang penting dapat putrajaya

rijal said...

Tak perlu cakap banyak.. Gaduh dlm bulan puasa pun tak guna..

Bagi aku ambil kesimpulan mudah,

1. Undang2 Murtad perlu di segerakan ( dah 2 kali Hadi Awang nak bentang kena reject, paling last salehudin nak bentang pun kena reject). Kalau benar-benar ikhlas nak pertahankan aqidah ummah, sekali lagi kita mtk dibentang dan diluluskan!

2. Pastikan duit zakat dikumpul dan diagih dengan sebaik mungkin. (Cuba bygkan kalau Petronas sahaja keluar zakat 5% sbgmana yang perintah Allah, dan duit yg dizakatkan diagih dgn baik, Insya Allah, akan jadi sbgmana zaman Umar Abdul Aziz, tiada yg layak terima zakat lagi)

Kpd tuan tanah.. sebelum buat tuduhan berat sebelah, kaji sejarah dulu.. jangan jadi penulis yg buta sejarah.. awal2 dah kena skrew masuk neraka (sebar cerita fasik)

Jo said...

Sya sangat setuju dengan Johan.
Lihat apa ada pada Ustaz/tok-tok guru di negara kita...tak lebih nak cari makan..macam kita orang awam je...Mereka lebih suka bergaduh sesama ustaz...Dr Ustaz itu kataustaz sana tak betul..jadi barua dsbb...suga berdebat yg. tak sampai kemana..tak tahu stretegi musuh...Ok aku senaraikan kelemahan Pendawah/ustaz/tok Guru kita:
i. Bangga dengan Ilmu
ii. rasa diri sendiri sorang yg. pandai ..ustaz, mufti dianggap tak pandai tak ngaji abis.
iii. tak suka bermuzakarah sesama mereka untuk mencari kebaikan
iv. Kalu dapat masuk TV..dan popular..mula cari jalan untuk kepentingan diri
v. takut tinggalkan jawatan untuk berdawah...macam kata johan..takut babi..kotor..semua nak macam dilondon
vi. Suka kalu orang hulur sampul lepas ceramah (bukan nak kutuk tapi ye)...cuba mis kan dua tiga kali..tak mai punya
vii. suk berbahas hal ranting...yang buat kita org awam kompius
...bnayak lagi..boleh tambah??

Anonymous said...

Moral of the story:

1.Kita tahu dan sedar bahawa gerakan mengkristiankan umat Islam telah lama berjalan di Malaysia tetapi kita masih menunggu bukti yang kukuh untuk bertindak. Walaupun sudah ada bukti yang kukuh kita masih mahukan saksi yang cukup syarat untuk bertindak.

2. Kita sering menyalahkan kerajaan yang memerintah kerana gagal menyekat gerakan ini kerana kerajaan pun mempunyai banyak kekangan untuk bertindak selain perlu menjaga sensitiviti agama lain. Tetapi setelah menjadi kerajaan kita masih menyalahkan kerajaan terdahulu kerana gagal mengambil tindakan.

3. Kita sedar bahawa UMNO tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu ini dan turut menuduh UMNO sebagai punca berlakunya gejala ini. Tetapi kita terlupa bahawa setelah kita berkuasa kita pun terpaksa menjaga hati rakan-rakan kita demi secalit undi untuk berkuasa dan kita juga gagal mengambil tindakan sewajarnya.

4. Gejala ini berlaku kerana orang Islam asyik berpolitik dan memburukkan satu sama lain sampai terlupa menjaga kebajikan umat Islam dan kesucian Islam itu sendiri. Institusi zakat dan baitulmal perlu diperkasa dan lantiklah amil yang amanah.

5. Kenapa PAS dihighlight dalam video ini? Kerana PAS lebih suka berjuang dan mempertahankan isu yang mampu beri kelebihan kepada mereka berbanding isu kesucian Islam yang dilihat menjauhkan pengundi bukan Islam daripada PAS.

6. Gereja memang mempunyai objektif khusus dalam berdakwah tetapi pendakwah Islam masih tidak mampu menyaingi mubaligh kristian dalam hal ini. Kita juga gagal dalam mendakwah umat islam sendiri mengikut Al-Quran dan Hadis sebab kita lebih pentingkan politik.

Rasanya elok jugalah kita bertelingkah kerana politik biar tergadai semuanya. Kemudian barulah kita insaf dan bertindak tetapi malangnya Nasi dah jadi kerak!!!!

Anonymous said...

Toksah laa korg nak bertekak dgn puak2 hamPAS ni..

Kita dpt rasa yg diorg (hamPAS) sendiri pun tau doirg salah..tp disbbkan perangai bermuka-muka dan lebih RELA berkawan dgn SYAITAN (akuan Nicky Ajis), maka apa yg org lain buat KHUSUSNYA UMNO semuanya x betul...

Weii..lg satu isu azan kt Penang tu..Satu je nak tanya ikhlas puak2 hamPAS..
nape baru skrg..?!
nape baru sekkrggg..?!
nape baru sekkranggggggg..?!

MANA2 YG X BRPE TAU TU,
TOLONGLAH, TOLONGLAH...
JGN MANDAI2 NAK JAWAB MCM TAU...
AGAK2 KPD YG DEFEND LEBIH2 MUFTI PENANG TU, KO BOLEH JAMIN KE PERKARA NI DAH DIRUJUK KPD RUJUKAN YG BENAR2 HAK, SOHIH..DAN TIADA PERTIKAIAN...

KLU KORG X BOLEH JAMIN, LEBIH BAIK SENYAP DARI ASYIK NAK SALAHKAN PARTI LAWAN KORANG..fAHAM!!

Anonymous said...

yang sebenornya yag mungkin banyak memenuhi Neraka kelah adala...Ustaz-ustaz dan tok-tok guru dari PAS...Mereka ini lah yg. memecahbelahkan dan melemahkan ummah...hanya nawaitu untuk berkuasa..Apa salah ujudkan perpaduan dan gabungan sesama Islam..agar nampak kuat..Ini tak apa DAP buat..mereka akan sokong dan sanggah pendapat ulamak lain..yang tak berkepentingan..Mereka juga inilah yg. telah memesongkan pemikiran pengikut-pengikut..hingga merasakan kalu tak masuk PAS tak Islam..kalu masuk UMNO tu kafir..hujah senang tanpa sandaran..atau sandaran yg. dibuat-buat...

Jermang said...

Video yg bagus tapi blog ni kaitkan dengan politik secara tidak benar. Isu azan tiada berbangkit dalam penang. Nampak sgt tidak mengikuti perkembangan sebenar..suka dengan cerita rumors dan fitnah.

Anonymous said...

Ini masalah aqidah umat islam..tlg la jgn di politikkan..dah terang2 ada org islam dalam majlis tu..yg PAS nak defend sgt gereja tu kenapa...ni lah payah bila dah terlalu taksub dengan parti..dah terang2 salah pun masih nak sokong..akai tadak!! Sejak 'berkawan' dengan DAP n PKR ni PAS dah caca merba..semua hal nak dipoosingkan ...xtau la bila puak2 ni nak sedar yang depa tu diperguna dan diperkudakan oleh DAP n PKR..takbirrrrr....

Anonymous said...

Jermang@Jerbal ni jahil murakkab betul. Isu azan di Penang tu isu melibatkan perselisihan pendapat dari segi Furu' atau cabang dalam menyelesaikan masalah2 dalam Islam sendiri bagi menjaga kemaslahatan umum. Berbeza dengan isu murtad, ini bukan perselisihan pendapat lagi dah memang terang lagi bersuluh!!!!

Anonymous said...

Ape yg saya lihat pas ini parti pak turut,,tunduk pada dapat bab terdesak sgt nak jaga undi untuk berkuasa,

kenapa nasih berkawan dgn dap dan pkr dimana ahlinya menentang islam,,,masih ingat ke kt damansara dan puchong laungan azan dari surau dan masjid disuruh perlahankan oleh puak dap dan pkr,,

masih ingt ke tulis kawi pada nama jln hendak di hapuskan oleh teresa kok dan skrg kes bacaan ayat2 suci tidak lagi guna speaker dan ini dpt sokongan pula dari passs,,,hampasssssss

sebenarnyaa itulah cara halus dan perlahan lahan cara puak2 dap dan pkr utk melenyapkan ciri2 islam yg ada di malaysia,,,serupa dgn singapore lah hingga skrg azan pun hanya boleh dgr kt radio jer,,,tak ada azan guna speaker kt singapore tu,,dan malaysia semcm meniji kerarah tu gara2 puak dap dan pkr dan disokong oleh passsssss

tapi senang jer dorg ni,,,keja pembangkang mudah,,,apa2 hal salahkan umno jer,,,,

undi pas masuk syurga,,,senangkan?

Jermang said...

Isu sebenar di Penang ialah Bacaan alQuran menggunakan pembesar suara..bukanya azan lar. Aduhaiii... Awak kata jangan berpolitik tetapi menuduh PAS pak turut. Poltik la tu. PAS tidak menyokong mana2 pihak selagi belum ada laporan JAIS secara rasmi..tak faham ka?

Anonymous said...

isu murtad dah lama dah org dok bincang.....sampai pParti PAS mengusulkan di Parlimen utuk gubalkan....tapi Parti UMNOPORNO menghalang supaya undang2 PUak Yahudi di teruskan.....bodoh punya UMNO+YAHUDI..

Anonymous said...

aku rasa masalahnya sekarang Kubu pertahan terakhir iaitu Pas telah roboh..dirobohkan oleh pemimpin sendiri..dulu bab murtad atau akidah umat islam di malaysia heronya adalah Pas...habis ditempelak pemerintah dari setiap sudut...malahan dulu sebelum Pas bersahabat dengan Pkr dan Dap,orang kafir begitu takut berkaitan agama islam di malaysia..kerana kuasa semuanya prinsip hilang begitu saja...siapa yang melacurkan agama la ni...Pas menuju kehancuran jika tidak dibendung...sifir untuk memerintah malaysia tidak boleh melawan sifir Allah...renungkanlah

Anonymous said...

TAK ABIS-ABIS KO SALAH KAN UMNO.. BABI PUNYE PR.. HANCURKAN PR..

Anonymous said...

ada statement menyamar,orang islam sejati mana sokong murtad.
apb sokong bermakna golongan yg sama.
dunia akhir zaman, ramai orang alim masuk neraka.
dulu fikir juga bgm, kononnya tidak ikhlas.
malas nak urai panjang,tepuk dada tanya hati.

apiez said...

mne bhg satu?

apiez said...

mne bhg satu?

Anonymous said...

berpuluh tahun ayat alquran diperdengarkan melalui corong pembesar suara dimana2 negeri di semenanjung malaysia..pegi la di masjid abu bakar johor,masjid muhammadi di kelantan,masjid besar klang atau di mana2 sehingga sekarang masih kedengaran lagi ayat2 alquran..tiba2 tanpa angin ada peraturan baru berkaitan kekuatan bunyi pembacaan alquran di masjid...hinanya umat islam bila isu ini timbul di negara bermajoriti islam...kalau di china,india kita boleh dikhayal dengan bunyi2 alunan muzik upacara agama sepanjang malam kerana kita menghormati majoriti agama negara itu..tidak sedikit pun rasa nak tegur didalam masyarakat itu...tapi disini bagaikan tidak siuman...orang islam berbalah akibat ditegur bunyi bising...gila betul mereka semua ini...adakah kerana undi islam dihina dan dikeji...bermacam2 alasan mereka berikan tapi mereka semua hilang kewarasan,...

Grand Marquis said...

Apa yang mahu saya katakan ialah Allah hu Akbar. Allah maha besar telah menjadikan wujudnya video ini dan juga membuka hati hambanya untuk mendedahkannya.

Ia dapat merungkaikan kekusutan serta tuduhan rambang sebelum ini yang tak habis-habis mahu menyalahkan Jais.

Nampaknya penyokong Pas yang komen sudah mula bersifat apologetik dan konar (atau screw) ke arah gejala murtad, salahkan zakat, salahkan jais lagi (atas isu lain), salah umat tak dakwah, dll. Kepada Johan, memang ramai bersetuju dengan anda. Saya pun setuju juga. Tapi ini bukan masanya untuk kita berforum pasal isu kristianisasi atau salah siapa.

Apa yang membuatkan saya sebagai umat Islam yang tidak berpihak ini begitu terkilan dengan kes DUMC ni ialah sikap pemimpin PR, khususnya yang Muslim. Belum apa-apa lagi, jari sudah di tuding pada JAIS. Tuduhan sudah dilemparkan. Mereka gunakan perkataan-perkataan yang keras lagi memburuk-burukkan JAIS seperti SERBUAN. Juga mereka menggambarkan JAIS ni seperti orang yang gila menyerbu tempat ibadat agama lain, tidak bertolak ansur, bersifat kasar, rakus, tak bertoleransi, tak tau hormat tempat ibadat orang, tak bertamadun dll. Tak kurang juga yang kaitkan dengan UMNO.

Korang baca contoh yang ditulis di sini

Itulah sebabnya pada awal saya kata Allah hu Akbar. Ini kerana kebesaran Allah yang telah mendedahkan tuduhan-tuduhan mereka ini semua adalah palsu.

Jadi, kembali pada isu sebenar. Kita bukan tak tau ada proses kristianisasi sedang giat berjalan. Kita bukan tak tau institusi zakan, baitulmal, JAIS, JAKIM ada banyak kelemahan. Itu semua kita tahu.

Yang buat kita terkilan sangat ialah sikap pemimpin Islam dalam PR. Sikap mereka terhadap institusi Islam seperti JAIS. Sikap mereka terhadap isu kristianisasi, terhadap tindak tanduk orang bukan Islam. Sikap mereka yang terlebih apologetik sampai membelakangkan institusi Islam sendiri. Kerana apa? Kerana takut hilang undi?

Oleh itu, kepada para penyokong PAS disini, tak perlulah tulis berjela-jela bagi kutbah pasal kristianisasi. Lebih baik anda tanya, dimana kedudukan anda sewaktu Jais di asak tanpa belas kasihan oleh puak-puak ini, sama ada dari yang Muslim atau yang non-Muslim.

Allah hu akbar.

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHAHA...seronooooknya tengok orang Islam berbalah sesama sendiri.

Anonymous said...

Persoalan ? Apa pendirian PAS dalam perkara ini ? Kenapa dibiarkan JAIS terkontang kanting menepis tohmahan ? Ohh..PAS mahu mendengar dari 2 belah pihak..? Kenapa timbul isu ini tiba-tiba berminat nak mendengar dari kedua belah pihak, habis tu, isu liwat anwar dan isu pendedahan video seks, kenapa tak diusulkan hal yang sama ? Ooh..kerana yang terlibat dalam kedua-dua kes itu ialah orang ISLAM, jadi PAS boleh membuat kesimpulan berdasarkan fatwa tersendiri..!
Berbeza dengan kes ini, PAS "TERPAKSA" membuat pendirian lain disebabkan pengaruh sekutu kuat mereka DAP dalam pakatan mereka. Yang penting ialah pengaruh UNDI tidak merosot, jadi mereka spin pendirian dan pendapat mereka yang terarah kepada kepentingan politikal sempit. Islam bagi mereka hanya pada nama, bukan dalam akidah....!!

Anonymous said...

Cadangan ana kepada PAS untuk selesaikan isu ini. Pergilah menyantuni GMDU dan buatlah majlis berbuka puasa besar-besaran di sana ataupun buat Muktamar Agung kat sana. Kalau PAS boleh buat barulah PAS Boleh Ganti UMNO.

PAS FOR ALL

*Ana masih menunggu tentera fisabilillah PAS (Unit Amal) untuk bertindak

Anonymous said...

bila Pas berlari dongak ke langit...
langkah nya sumbang salahkan UMNO..

bila BERSIH ada sanggup yg mati...
bila kes murtad pun salahnya UMNO..

PAS= Parti Kebajikan Malaysia betul tak?

matjep said...

bagi saya
UMNO baik
PAS baik
PKR baik

sama2 bersatu, bergabung, bertekad untuk membanteras isu MURTAD ini. bab politik....tolak tepi....untuk ISLAM sebenar kita bersatu...

tak yah penat bertegang lidah memenatkan jari jemari menaip just nak sampaikan UMNO salah, PAS betol, UMNO betol, pas salah

bangkitlah umat ISLAM semua!!!!
kita kena tindas dalam diam ni
kita sedang dijajah dalam senyap nih

ayyoiyyaii

apo la...korang semua ni....ermmm

Junaidi Julai @ (Xanos) said...

please la jgn bergaduh lagi,yg penting sekarang bersatu membetulkan akidah yang terpesong then menguatkan akidah yang sedia ada.Sesungguhnya org-org yang bertaqwa sama sekali tidak akan terjerumus ke lembah murtad.Sama-samalah kita membawa mereka ke jalan yang benar.

Anonymous said...

Alhamdulillah, hikmah di sebalik isu ini diharap dapat mengembalikan umat islam tanpa mengira warna kulit dan parti politik kembali ke tali-tali Allah menyelamatkan saudara-saudara kita yang terlanjur dan terbabas dari jalan yang benar. Insya Allah. Tapi itu hanya harapan, hakikatnya umat Islam di Malaysia tak boleh bersatu walaupun kepala bercerai dari badan. Apapun selagi kita tidak berusaha ke arah itu kita tidak akan jawapannya PENYATUAN ATAS NAMA ISLAM.

sham said...

cukup lah... kita masih tak sedar lagi masih nk mempolitikan isu nie.. tolong la sedar.. kita di bawah panji2 islam di bawah satu kalimah.. muhasabah diri carilah penyelesaian bukan menunding jari atas mempersalahkn mana2 pihak.. tanggungjawab kita selesaikan isu ini..pergi mampus la dengan agenda politik..jgn pandai cakap jer.. cube kite tanye ape yang kite dah buat dalam membantu selesaikan kekusutan ini..ayuh lupakan idealogi politik kita bersatu rapatkan saf perangi kafir harbi yang mahu memecah belah umat islam

Anonymous said...

Anon August 16, 2011 12:48 PM

Bernas pandangan awak tetapi jangan lupa hidup bermasyarakat perlu ada peraturan dan begitu juga adab dalam menyebarkan agama masing-masing biarlah nampak berhemah dan ada darjat tetapi bukannya ambil kesempatan atas tekanan yang dihadapi individu untuk dicucuk benih kebencian terhadap agama asalnya. Tanpa mematuhi etika murni apalah ertinya menganuti agama lain?

Anonymous said...

pihak pas nak dengar dari 2 belah pihak.bukannya terus nak menuding jari salah siapa.

August 16, 2011 1:33 PM

Komen:

Dalam konteks yang sama kankah baik kalau sikap suka 'dengar dua belah pihak itu' diamalkan secara konsisten dan dalam semua keadaan?

Contohnya, alangkah baiknya kalau pareti berkenaan tunggu dulu keputusan mahkamah sebelum membuat keputusan sama ada percaya atau tidak kes melibatkan ketua pembangkang?

Anonymous said...

suratkhabar kata JAIS tidak boleh membincangkan dengan sesiapa pun berkenaan kes tersebut dengan pemerintah Sultan....mana screwkuat dapat video ni? rasa ingin tahu ja..

Anonymous said...

Blogger Anak Perelih said...

Saya setuju dgn apa Johan Ramli komen..

Gerakan kristianisasi ni dah lama.. tapi selama ni JAIS dan jabatan agama negeri lain dok lena saja... tapi bila selangor dapat kat PR... JAIS 'terjaga' dari tidur utk melihat masalah murtad ni semata mata kerana kerajaan selangor tu yang memerintahnya adalah PR..

Komen:

Itu hanyalah andaian anda. Nampaknya bukan saja MB bersikap antijais apabila jais bertembung dengan aktiviti kurang hemah yang dilakukan oleh parti komponen PR malah penyokong fanatik PR juga terikut-ikut rentak antijais cuma kerana MB jadi lesu kerana dikritik kiri dan kanan dek dek kelembaman sendiri! Baru korang rasa, kah kah kah.

Anonymous said...

Anonymous said...

isu murtad dah lama dah org dok bincang.....sampai pParti PAS mengusulkan di Parlimen utuk gubalkan....tapi Parti UMNOPORNO menghalang supaya undang2 PUak Yahudi di teruskan.....bodoh punya UMNO+YAHUDI..

Komen:

Yang penting bukannya angan-angan sebelum ada kuasa tetapi penangan-penangan yang diambil selepas mendapat kuasa.

Makanya usah bernostalgia dengan tindak tanduk lalu walhal ia sekadar angan-angan.

Oleh itu nilaikan perbuatan semasa mana-mana parti tetapi bukannya mengagung-agungkan cita-cita basi mereka.

Anonymous said...

bro(pertanyaan),

adakah pada slide 0.48 tu adalah paderi melayu Jamaluddin Osman @ Father Joshua Jamaluddin??? seperti yang dinyatakan oleh YB Kulim Zulkifli Nordin???

Anonymous said...

Aku tak kisah korang samada PAS, UMNO atau PKR. Apa agama anda semua?

aku rasa antara anda adalah orang yang bijak pandai.

Tapi memalukan bangsa dan agama.

Anonymous said...

sial laa dorg ni..PAS xpayah jadi bodoh laaa..sepatutnye PAS kena support JAIS..

Pencinta Keamanan said...

berhubung kes JAIS dan DUMC ni saya yg tidak berparti secara peribadi memandang secara begini:

1. selama ini PAS melaung-laungkan dgn gegak gempita keseluruh pelusuk tanahair bahawa hanya PAS lah yg lebih Islam dari UMNO, sehingga keluar macam2 motto spt "Membangun bersama Islam", "Undi PAS masuk syurga" dll, seolah-olah org yg tidak menyokong PAS bukanlah dari golongan Muslim yg sejati.

2. PAS melabelkan UMNO dan penyokongnya sbg kafir, menolak Islam dlm pentadbiran, dan bermacam-macam lagi seolah-olah apa pun yg dilakukan UMNO tidak akan mendatangkan pahala sekelumit pun, malah akan terus menjerumuskan UMNO dan penyokong2nya semakin jauh kedasar neraka.

3. KERANA MENGAKU DIRI TERLALU ISLAM DARI ORG LAINLAH, ALLAH MEMBERIKAN SEDIKIT KUASA LAGI KPD PAS UTK MERASA MENJADI PEMERINTAH DINEGERI2 LAIN SELAIN KELANTAN UTK DITADBIR BERLANDASKAN HUKUM2 ALLAH, SPT YG SELALU DICANANG-CANANGKAN ...

4. Tapi apa yg belaku? setelah kuasa diperolehi, terkeluar pula cerita bahawa tidak terdapat pula dlm Al-Quran tentang perlunya Negara Islam. Hukum hudud yg suatu ketika menjadi senjata utk meraih undi dikalangan org Melayu sudah tidak perlu diperaktikkan dan lenyap begitu saja dibawa angin berlalu. Mengapa jadi begini? Dimana ikrar kpd Tuhan utk melaksanakan hukumNYA setelah berjuta-juta org lain telah mendengar dan menjadi saksi?

5. kerana itulah Tuhan menurunkan ujian demi ujian kpd PAS tanpa mereka sendiri sedari agaknya, utk mempertahankan Islam kerana janji2 yg telah dibuat selama ini, termasuklah dlm kes JAIS dan DUMC ini. dimanakah pendirian PAS dlm memperjuangkan Agama Islam spt diucapkan selama ini? adakah memadai dgn hanya mengatakan bahawa kemelut ini adalah angkara UMNO sahaja? pemimpin2 PAS, pandanglah jauh2 kedlm diri sendiri drp menuding jari pada org lain, dimana janjimu pd Allah swt Yg Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui selama ini?

Anonymous said...

SALAM PADA SEMUA. DIORANG NI DOK MEMURTADKAN ORANG ISLAM! HANGPA SEMUA ISLAM KAN? APA DOK UMNO, PAS, UMNO, PAS DALAM NI? KITA DOK GADUH DALAM NI LAGI LA DIORANG SUKA.. ESOK LUSA DIORANG BUAT LAGI! YANG PENTING SEKARANG KITA KENA SUPPORT JAIS! DIORANG MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL!

Anonymous said...

JAIS to siapa ? Boleh geledah mana-mana tempat ke?? Dah gila...

Anonymous said...

Pencinta keamanan 9 : 07 your comment is the best

Anonymous said...

Tuan Ibrahim Tuan Man kata kita kena bersangka baik jangan bersangka buruk dengan orang-orang Islam yang masuk gereja tu...kata-kata seorang mantan ostat ITM. (sila lihat dalam laman web PAS kenyataannya tentang kes gereja dan murtadini)

Anwar Ibrahim dalam temubualnya dengan CNN: "It's her right", apabila ditanya tentang Lina Joy yang ingin murtad dahulu.

Mat Sabu (kini Timbalan Presiden PAS) pernah kena tangkap khalwat tahun 1993 di Kelantan tetapi tidak dikenakan hudud oleh PAS...jadi sekarang puak-puak PAS jangan nak gegar pasal Hudud lagilah.

Mat Sabu juga yang mengelarkan Anwar Ibrahim sebagai "Al-Juburi" didalam Parlimen pada tahun 1997 kerana katanya dia ada bukti liwat Anwar. Kelau betul kenapa sokong Al-Juburi itu lagi? Kalau tak betul tuduhan Mat Sabu itu kenapa pula tak diqazabkan Mat Sabu?...

PAS kalau kena batang hidung sendiri akan twist salahkan pada UMNO pula...PAS typical escape yang dipelajari daripada DAP.

rh said...

Dalam mempertahankan Islam, UMNO tak boleh pakai, PAS tak boleh pakai, PKR lagi lah tak boleh pakai..

saya BEBAS dan perjuangan saya adalah ISLAM. Allahuakbar!

Anonymous said...

sungguh menyedihkan apa yang berlaku quiet recently, aku masih ingat bila jais menyerbu orang melayu yang menyertai ratu cantik 10 tahun dulu yang menyebabkan pemecatan SAS mufti Selangor Datuk Ishak Baharom , PASlah yang membela JAIS dan juga Datuk Mufti, aku begitu kagum dengan PAS prinsip Islamnya begitu kuat mendorong aku untuk menjadi kader PAS dalam setiap pilihanraya, tapi sekarang harapan ku berkecai, Allah memberikan sedikit kemenangan pemimpin2 sudah lupa dengan tanggungjawab menjaga agama Allah lebih kepada nak jaga undi org bukan melayu, ramai yang menyokong pas bukannya kerana parti tetapi kerana aliran agama yang didukungnya tapi sekarang harapan sudah berkecai pegi mampus pas , hidup islam, martabatkan agama islam di malaysia allahuakbar

Anonymous said...

kepada pas tinggalkan kafir harbi yang banyak dengan muslihat. kalau benar org kristian sokong pas atau pas for all kenapa kat dun sarawak tidak ada kerusi. wahai PAS KUKUHKAN SAF DAN KUATKAN TEKAD. HARAP BULAN MASIH MENGAMBANG DI PRU13 NANTI.

Unknown said...

PAS pis pus

Ingat PAS ingat bulan pecah dek roket!!

DEZAMAN COTTAGE said...

Semoga Allah merahmati kita semua....sama-sama lah kita berdoa pada Allah semoga akidah dan iman mereka yang terlibat dalam program tidak terpesong.....semoga mereka yang terlibat dapat hidayah dari Allah supaya kembali pada Islam....

Anonymous said...

Hanya UMNO yang boleh diharap membendung kes2 murtad di Malaysia. PAS ialah parti ajaran sesat dan golongan kafir yang tak boleh dipercayai sama sekali oleh umat Islam. Nik Aziz adalah dajal yang turun ke bumi untuk menyesatkan orang Islam. Orang Islam jangan sembahyang berimamkan orang PAS sebab depa sembah iblis bukan Allah. Allahuakbar!

Anonymous said...

anon 2:45 PM: "awal2 dah kena skrew masuk neraka (sebar cerita fasik)"

Astaghfirullah! cepatnya menghukum! tengok habis2 dulu sblm menjatuhkan hukuman! jgnla krn tok guru kamu ada kuasa menghukum & mengampunkan, kamu pun terus mengambil contoh yg sama! sapa kamu? syurga neraka hak kamu & puak2 kamu saja ke?

Allah SWT shj yg berhak menentukan! ingat! pelacur tua yg selamatkan seekor anjing dari lemas dlm perigi pun Allah SWT masukkan dia dlm syurga! tak semestinya orang2 yg berserban, berjubah, bertudung labuh sj yg akan masuk syurga! belum tentu lagi asudara! disaat maut menjemput pun blm tentu kita dpt mneyebut Allah jika tidak diizinkan! belajar2lah amil iktibar!

Anonymous said...

selagi kita mengucap dua kalimah syahadah, mengaku ALLAH itu tuhan yang satu dan nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH, maka adalah orang islam. islam itu bersaudara. kenapa kita nak gaduh2, tak kira la islam pas, islam umno, islam pkr, kita adalah BERSAUDARA. kita siapa nak menggelarkan orang islam itu yahudi? umno-yahudi, pas-yahudi? kalau kita sayangkan ISLAM dan Rasullullah, maka kita kena bersatu, bersaudara, tak perlu nak tuding mana-mana, yang salahnya adalah diri kita sendiri, kita leka dengan duniawi, tak sayupkah anda di saat wafatnya nabi, nabi berkata "ummati, Ummati", ummatku, ummatku. tengok apa yang terjadi sekarang,ummat nabi muhammad, tidak mementingkan perpaduan ummah bahkan bergaduh sesama sendiri. wallahualambissawab.

HangLekiu said...

Tak perlu nak di layan penyokong2 PAS nih. Mereka ni boleh diibaratkan sebagai taik. Maaf kerana menggunakan bahasa yg kurang enak tapi itulah perumpamaan untuk Parti PAS, ahli-ahlinya dan juga penyokong2 nya.

Undi PAS dapat masuk syurga? Confirm ke?

Maaf ya, takde satu pun benda elok yg PAS dah buat sejak ditubuhkan jadi parti politik selain mengajar ahli-ahlinya membenci sesama Islam, mengkafir sesama Islam, mengeji, mencarut, etc...Nak ke kita ada pemimpin low-class mcm tuh? Pemimpin PAS yg takde maruah bila DAP berdehem sikit dah berubah perwatakan!!

Go to hell lah PAS!!

Anonymous said...

DEPA SANGGUP BUAT APA PON...JILAT PUNGKOQ PON DEPA SANGGUP ASAIKAN...IKATAN DEPA TAK PUTUIH SALAHKAN ORANG NI ...SALAH KAN ORANG TU LAH....TU KERJA DEPA ...SENDIRI PUNYA SALAH TAK MAU MENGAKU..PIKIAQ...LAH

Anonymous said...

erm.. camni lah... tolak politik jauh2.. skrg nih pilih..

1. sokong tindakkan JAIS

atau

2. sokong tindakkan Gereja


Tak perlu la buat khutbah camnih..

"Tapi kita? Apa yang kita umat Islam buat... tak ada apa-apa kecuali hanya untuk jaga diri dan kaum kita sahaja. Kita nampak anjing dalam kampung dah tak sanggup nak berdakwah, belum lagi nampak babi berkeliaran.... Terus kita ambil keputusan jauhkan diri kita dari orang-orang sebegini... Kita syok sendiri bahawa biarlah kita sahaja yang jadi Islam...Orang lain biarle kafir.. Itulah muslim... dalam zon selesa... Saya tabik azam orang Kristian...."

- tabik je.. baik join je.. hahah..

dalam perlembagaan dah tulis.. tak leh nak murtadkan umat islam dalam malaysia nih.. so.. bukan ke tuh melanggar perlembagaan.. emm.. aku pun tabik kat ko.. sebab.. ko pun tak berusaha macam pendakwah Kristian yang ko sebut tuh.. lebih kurang je kite nih ye.. tapi. yang penting.. aku sayang agama aku.. buat atau tak, tunai atau tak.. aku bangga aku islam.. dan biar aku munafik asalkan aku pertahankan agama aku.. aku berjuang untuk agama aku..

(sorry ye.. tak yah la korang nak tukar sambung ayat jadikan Umno atau Pas ye.. sebab agama aku bukan parti.. parti tuh hanya lah langkah penyatuan masyarakat, tak lebih dari itu. agama ada lah asas kehidupan, sama ada agama keturunan.. itu hak ko nak cakap. mungkin ko lebih senang kalau ko dari keturunan yahudi pass tuh ko masuk islam.. em.. mungkin.. mungkin.. )

adiwira said...

kenapa mesti kecohkan umno dalang serbuan?...tak kira sapa pon dalang serbuan, apabila dah melibatkan akidah muslim, politik perlu diketepikan...yang bernama muslim harus sama2 bersatu berjuang untuk menyelamatkan akidah saudara seislam yang mula goyah...bukan sibuk nak tuduh-menuduh atau mempolitikkan isu murtad ni...

pelik betul dengan pendirian org2 politik...jangan pijak agama untuk naik dalam politik...dah tiba masa semua muslim bersatu...isu murtad lebih utama daripada agenda untuk menang dalam pilihanraya...takkan nak tunggu menang dulu pilihanraya baru nak tangani isu murtad sebab kononnya bila menang pilihanraya, barulah ada kuasa...kalau nak tunggu menang pilihanraya, dah brapa orang muslim yang dah terpesong akidahnya...sama2 kita renungkan...

Anonymous said...

apa nak wat..bunyi azan dah di slowkan..ada tempat senyap terus...

bacaan quran disenyapkan..

malidur rasul ditiadakan

Allah reda disyirikan

murtad di senyapkan (padahal dia lah rimau menyalak dulu)

NAMPAK SGT PERJUANGAN ISLAM YG TIDAK IKHLAS..TERJERIT2 Nak hudud nak negara islam terbatas pd mainan politik saja...

haram haram mengundi depa

PAS PKR KE ARAH KETIDAKMERDEKAAN UMAT !!! PENGKIANAT KEMERDEKAAN 1957

(ibarat kembali ke 1957 dan tukar semua yg ada..

bahasa=kantonis
agama=kristus
gereja melayu byk

)

PENGKIANAT KEMERDEKAAN
(perit jelah org2 tua kita yg dah bwraemaditu..melawan Malayan Union...
pas & pkr kembali 1957 dan menerima Malayan Union==Malaysian Malaysia)

Anonymous said...

Serbuan JAIS di aturkan oleh UMNO dengan tujuan menimbulkan kekecohan.

Kita mesti faham ini bukan pasal agama tapi untuk tujuan politik.

Jangan kita tertipu oleh UNMO untuk mengundi BN

Anonymous said...

Serbuan JAIS di aturkan oleh UMNO dengan tujuan menimbulkan kekecohan. Kita mesti faham ini bukan pasal agama tapi untuk tujuan politik. Jangan kita tertipu oleh UNMO untuk mengundi BN August 17, 2011 12:08 PM

..…......

SALAH TU BAI ROSMAH YG PLAN..DIA DAH GADAIKAN..DIA DAH JUAL CINCIN $24juta dah..so duit buat operasi gila...cayalah investigation promurtad pas

Anonymous said...

12.08 jika ALLAH NAK ..SEMUA MANUSIA JD MUSLIM...KUN FAYAKUN..

SERUPA DGN FATAH DAN YASER ARAFAH PLO DAN
Hamas 2.0..dan rupa byk lg ngo palestin...kalau xreti bersatu jgn harap lah nak tundukkan israel

pernah dengar fatah dan hamas tembak menembak pakai peluru hidup ?? xsalah dlm bulan posa correct me if iam wrong..

sama mcm kes berbuka posa kat gereja ni...PALING MUDAH DAN KURANG RISIKO TUDUH JE UMNO..ABIH CRITA... yg dlm jais pun bila dikena tekanan tukar2 tempat keja mungkin lantak umno jugak...HASSSAN ALI DAH XPENTINGKE??? DIA EXCO YG SAH Bai!!! APA DIA CAKAP..


ko lihat penderitaan dua pelajar pas ni..

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2011/07/pengakuan-bekas-kader-pas-kenapa-kami.html

..

Anonymous said...

Mungkin boleh timbul fatwa: Haram undi PAS kerana undi PAS bererti kita bersubahat dengan DAP dan mubaligh kristian yang mengkristiankan saudara Islam kita.

Mat B said...

hahaha...

tahukah korang yg menyalak di sini bahawa umat Islam sedang murtad di Malaysia?

Kalau ada pihak dh try byk kali nk bentang undang2 anti murtad dan kena rejek, kenapa tak try lagi dan lagi..

takan dah putus asa kot? Allah tak pernah putus asa dengan kita.

Baca surah muhammad Ayat 7 tu

takan dah putus asa kot bro? kitorang undi sebab yakin korang blh tegakkan Islam dan keadilan.

salah kan sultan dan raja melayu
salah kan PAS
salah kan umno
salah kan gereja
salah kan JAIS
salah kan tv3 suku
salah kan artis
salah kan perkasa
salah kan majlis peguam

but please dont blame yourself. blame others!!


p/s: esok kalau anak2 kita bagitahu nk murtad dan tukar nama, kita pakat2 masuk TV3 buat muka sedih dan salahkn semua orang

Anonymous said...

umno lah dalang mengkristiankan orang melayu itu . Kalo bener umno islam kenapa lesen judi dikasi sama umno dan hukum hudud umno nggak mau pake. cis munafik banget ini umno.

Anonymous said...

Salam!

Pendedahan video ini sangat baik utk membuktikan adanya usaha meng kristian kan umat islam. Usaha ini saya yakin telah lama bermula.

Isu yang sebenar ialah...bagaimana ianya boleh berlaku? Adakah ini korban kemajuan semasa ini? Apa pula inisiatif pergerakan, organisasi dan kerajaan islam?

Yang tidak patut menjadi isu pula ialah, perkara ini dikaitkan dengan parti politik. Adalah lebih baik semua umat islam bersatu pendapat dalam soal ugama. Sudah cukup banyak perkara remeh yang diperbesarkan sedangkan yang patut dijulang di diamkan pula.

JD said...

Salam Sejahtera kpd semua.saya seorang bukan Islam yang menentang Gereja Kristian yang mengkristiankan umat ugama lain dengan menggunakan alasan memberi bantuan atau bantuan amal kepada umat ugama lain yang miskin atau yang menderita.Sebenar nya gereja Kristian telah lama bertindak sedemikian,beribuan yang menganut ugama Hindu telah mereka mengkristiankan.Cara mereka memang berkesan,tengok saja Sabah dan Sarawak.Berapa ramai orang asli di kedua dua negeri ini telah murtadkan dari ugama asal mereka.saya setuju jika iman kita kuat,tidak ada sesiapa pun yang boleh memesongkan pegangan kita.saya cuma ingin menumpukan kepada semua terhadap berkesanan cara Gereja Kristian berdakwah.

Jomfikir said...

Masalahnya majoriti mnusia ini suka lebih membesar-besarkan akibat dan mengabaikan saja punca.

Punca asanya bagi orang Melayu di Malaysia ini pemerintah negara tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an secara total dan memertabatkan semua hukum-hukum Allah untuk rakyat yang beragama Islam.

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.". [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

Bila berlaku sesuatu mulalah menuding jari pihak itu dan pihak ini tetapi melupakan bahawa yang berkuasa adalah pemerintah negara. Apabila pemerintah negara sendiri tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an secara total dan tidak mahu hendak memertabatkan semua hukum Allah maka itulah sebabnya rakyat yang beragama Islam terbai dalam banyak hal dan bila terabai maka syaitan pun menjana mengwujudkan pelbagai masalah.
.

SAM SAYA ANAK MALAYSIA said...

TOLONG TRANSLATE KE BAHASA MALAYSIA:
QUESTIONS TO JAIS AND MALAYSIAN MUSLIM EXPERTS:
This is only a question and answer posting for all to understand.
I hope only the qualified and experts will provide a "Professional Answer"
1. I wish to know why Muslims are not allowed to study, hear or try to understand
other religions ?
2. Is this only applicable to Malaysian Muslims or Muslims all over the world ?.
From what I understand there is no such issues in Indonesia.
3. Is it written in Muslim holy book that a Muslim cant learn about other religion?
4. If it not written in the Muslim holy book, why is the Malaysian Politician want to
practice something which is not written in the holy book?
5. If Muslims are not exposed to other religion teaching how are they going to do a
comparison?
6. How will this help them to be strong in their own belief?
7. How are they going to promote Islam to their non Muslim Friends ?

Anonymous said...

Di sini je dah jelas perpecahan orang Melayu & Islam kat Malaysia ni. Look back into the big picture, apa motif korang sbenarnye. Editor video ni jangan la senang² menuding jari pada PAS even apa yang kau nak reveal tu benar. Cari solution dulu, bukan simply salahkan orang lain, orang Islam sendri! Jangan sampai lpas ni azan pon kena ban kalau DAP take over administration, sebab apa? Majoriti dalam parti Melayu@Islam sudah tiada. fikir²kan lah.

Anonymous said...

There are took many unemployed Islamic Studies graduates in the country. They need to create "jobs" to make themselves relevant and earn some income. This is just one of the "jobs". There will be more to come

Anonymous said...

KPD MEREKA YG REDHA ALLAH DISYIRIKAN DI GEREJA RASAKAN AZABNYA

Anonymous said...

umno lah dalang mengkristiankan orang melayu itu . Kalo bener umno islam kenapa lesen judi dikasi sama umno dan hukum hudud umno nggak mau pake. cis munafik banget ini umno. August 17, 2011 3:49 PM

....'''

CIS KO INGAT BILA KO DAH BERKWN DGN DAP..KO TAK AKAN BAGI KE 'LESEN' DAN LESEN JUDI ARAK GEREJA PADA DAP...

PENGALAMAN BERSAMA DAP XMENGAJARKAN APA2 Ke..(ADA BIJAK PANDAI TELAH RAMALKAN PAS AKAN JADI LEBIH LIBERAL DARI UMNO JIKA BERKUASA..KENAPA??)

Anonymous said...

hebat kamu ?? maklumat video ni sepatutnya sampai kat sultan selangor dulu. tapi kamu dah medahului sultan. makan bawah pa.

Anonymous said...

Itulah kita tengok di atas, orang Melayu tak habis2 yang salahkan satu smam lain: Umno salahkan PAS dan sebaliknya. Itulah yg memberi ruang kepada bangsa/agama lin ambil kesempatan. Kita Melayu nak bercakaran sesama sendir, org lain yg untung. Cuba beri pandangn sesuatu yg membina cara menyelesaikan isu murtad ni, Semua org Melayu Islam rasa dah selamat takut anak2 dan ankbuah dimurtadka...

Anonymous said...

ko cakap xde bukti bro nak kait2kan org lain....perlu kah aku percaya cerita ko?

Dodie said...

Walau apa pun, PAS adalah keturunan bangsat sebangsatnya. Kononnya agama Ahli PAS ni Islam tapi berkiblatkan Al-Juburi. Pari Islam la sangat. Pegi mampos la PAS. PAS pengkhianat negara.

Rev. John said...

Dengar Wujud Video ini maka lebih ramai NGO antarabangsa simpati kepada Kristian di Malaysia kerana kepayahan , digangu oleh Masyarakat Moslem Malaysia .

Kami tidak getar kerana Kami tahu , Pemimpin Malaysia tetap menglindungi Kami kerana mereka juga perlukan kami.

Anonymous said...

Ada video yang penuh? Adake dalam video itu atau dalam 'permeriksaan' itu mendapati apa-apa bukti kukuh bahawa pihak penganjur sedang berdakwah agama Kristian kepada orang-orang Muslim yang hadir? Kalau ada bukti-bukti kukuh, bawahlah mereka kepada mahkamah.

Mengapa video yang orang berucap atas pentas itu hanyalah sekerat? Apa yang kita dapat dengar ialah pengalamannya apabila budak... adakah dia kata Islam itu tak benar dan Kristian itu benar? Atau selepas itu dia kata bagaimana dia berinsaf dan benar-benar mengenali Allah dan mendapat hidayah dan kekuatan daripadaNya untuk berjaya melepaskan diri daripada jerat dadah? (maklumlah itu NGO yang melibatkan kerja amal kepada penagih dadah)

Apakah lagu 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' itu nasyid Islam ataupun nasyid Kristian? Adakah itu lagi itu 'Syukur kepada Jesus' atau 'Jesus itu Maha Besar'?

Lagi satu, maklumat-maklumat ini adalah sulit untuk JAIS sahaja. Mengapa kamu boleh dapat pula untuk diheboh-hebohkan?

Ben! Ang said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ajaran Kristian lebih toleransi dan kebebasan berbanding agama Islam. Ia tidak memaksa umat mengikut ajaran agama dengan paksaan. Agama Kristian tidak perlu sembahyang 5 kali sehari, tidak perlu pilih makanan asalkan ia tak meracunkan badan manusia, tak payah puasa sebulan, boleh bela anjing, perempuan tak payah bertudung dll. Ajarannya sama juga beritahu manusia supaya berkelakuan baik boleh dapat masuk surga. Ajaran Kristian ada perubahan mengikut zaman dimana ia tidak terlampau ikut ajaran lama.  Jika agama ada pilihan haruslah kita pilih agama yang toleransi, tidak paksaan, perubahan ikut zaman kerana ia boleh menyebab masyarakat  berharmoni, toleransi, kegigihan, kerajinan, kejayan, kemodenan dll.