Monday, December 28, 2009

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART VI

Ini yang susahnya kalau jadi bekas tahanan ISA. Ada saje perkara yang perlu diselesaikan yang begitu merumitkan hidup. Apa nak buat, berani buat berani tanggung. Maaf Tukang Screw pinta kepada semua sebab agak lama menyepi diri hingga menimbulkan pelbagai pertanyaan, cercaan, herdikan dan sokongan daripada mereka-mereka yang sudi melawat blog ini. Apapun ramai yang tidak sabar mengetahui siapakah pemimpin PAS yang terlibat dengan hubungan terlarang dengan isteri orang yang bernama 'INTAN' (hanya nama panggilan).

Maklumat daripada 'kaki-kaki' yang Tukang Screw pasang di Puduraya mendapati cerita tentang skandal ini berlegar-legar di kalangan mereka yang bekerja di hentian tersebut yang cukup mengenali INTAN walaupun sekarang agak kurang panas sebab Tukang Screw 'bercuti'. Pelbagai spekulasi timbul dan yang agak menarik cerita ini sengaja direka oleh 'musuh' perniagaan suami INTAN di kalangan pengusaha bas-bas ekspres di situ. Di sini Tukang Screw menolak sama sekali ianya direka, apatah lagi sengaja ditimbulkan oleh 'musuh perniagaan' suami INTAN! Tiada sesenpun yang Tukang Screw terima daripada pengusaha bas ekspres apatah lagi tiket bas percuma sebab Tukang Screw memang kerap ke kampung halaman di selatan Semenanjung! Maklumlah tak mampu beli kereta lagi.

Khabarnya si polan pemimpin PAS ini mula takut identitinya akan didedahkan. Terus terang Tukang Screw katakan, tidak perlu didedahkan siapa yang terlibat sebab niat Tukang Screw hanya untuk meminta si polan dan INTAN segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan agar tidak terus terlanjur. Masih ada keluarga yang perlu dicurahkan kasih sayang walapun tidak sehangat dulu. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Alhamdulillah, si polan tersebut sudah mula berubah dan bercakap sesuatu yang bersifat fakta tanpa perlu mengada-adakan cerita yang karut marut di media atau di pentas ceramah. Tukang Screw bersumpah dengan nama Allah jika si polan ini mula mengarut dan terus menjalinkan hubungan terlarang ini, akan Tukang Screw dedahkan tanpa perlu klu-klu yang menyesakkan fikiran untuk diikuti dan diteka!

Kepada penyokong atau ahli PAS yang sentiasa melihat tohmahan terhadap pemimpin mereka sebagai satu fitnah yang dahsyat, ingatlah bahawa fitnah PAS terhadap orang lain juga amat dahsyat. Kita jangan terlalu jumud dan membabi buta mempertahankan sesuatu yang berpunca dari manusia yang tidak maksum. Mungkin di dunia ini kita tidak berjumpa, kita jumpa sahaja di Padang Mahsyar dan kita lihat di mana kedudukan kita di sisi Allah. Kalau setakat berkokok tak tentu pasal hingga bertahi ekor tak payahlah nak bercerita soal perjuangan dengan Tukang Screw. Pengorbanan antum belum cukup hebat untuk menegakkan Islam di Malaya ini meskipun dalam menyokong perjuangan PAS atau Pakatan Rakyat. Setakat bertakbir, mendengar ceramah atau menyertai perhimpunan haram/aman, berkepiah ke hulu ke hilir dan melihat orang yang bukan menyokong PAS/PR sebagai bangsat yang diharamkan masuk syurga tak perlulah nak bangga diri. Diingatkan bahawa Tukang Screw telah berjuang di dalam PAS sejak berumur 10 tahun lagi sejak PAS tiada apa-apa di Johor. Tapi apa yang PAS berikan kepada pengorbanan Tukang Screw merengkok dari lokap ke lokap, ditahan di Kamunting? Sila sebutkan!

Apapun Tukang Screw ambil keputusan untuk tidak perlu mendedahkan siapa pemimpin PAS tersebut. Cukup sebagai ingatan untuk menyedarkan beliau. Tetapi harus ingat, jangan silap langkah kerana pintu pendedahan ini sentiasa terbuka untuk Yang Berhormat! Kepada yang menganggap Tukang Screw sebagai penyebar fitnah dan mengada-adakan cerita, anda mempunyai hak untuk berkata begitu dan Tukang Screw juga ada hak untuk mendedahkan. Bila difikir-fikirkan bahawa tanggungjawab kepada manusia yang lain adalah lebih baik maka eloklah Tukang Screw matikan buat sementara waktu semoga anda tidak tertunggu-tunggu siapa sebenarnya yang terlibat. Anda juga ada hak untuk meneka siapa yang terlibat daripada klu yang diberi dan komen-komen yang diberi!

Apapun,, Jazakallah hairan kasira wa ilal liqa'.

Saturday, December 12, 2009

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART V

Terlebih dahulu Tukang Screw minta maaf sebab 3-4 hari tak dapat bersama rakan-rakan blogger lain. Almaklumlah, Tukang Screw bekasa tahanan ISA jadi sebulan sekali perlu mengadap pegawai-pegawai SB yang datang meninjau perkembangan Tukang Screw sejak dibebaskan. Jadi kita sambung klu-klu berikutnya mengenai skandal seks pemimpin PAS yang masih menjadi tanda tanya. Mengulas komen-komen yang diberikan, ramai yang agak tidak sabar menantikan jawapannya. Ada juga yang menyatakan Tukang Screw sengaja menebar fitnah untuk mengglamorkan diri dan suka-suka untuk mengaibkan orang. Tiada angin masakan pokok bergoyang. Adakah perlu dibawa ke mahkamah perkara ini? Atau perlu ditunjukkan gambar-gambar aksi perselingkuhan pasangan ini? Apa saja yang ditunjukkan pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak dan tidak akan berlaku adil. Kita sendiri tidak dapat berlaku adil kepada diri sendiri inikan pula hendak berlaku adil kepada orang lain!

Tukang Screw ada nyatakan bahawa si polan ini mempunyai hubungan yang intim (bukan secara fizikal yang kerap) melalui pelbagai cara perhubungan dengan seorang wanita berumur 40-an yang tinggal di Batu 16 Rawang. Wanita tersebut juga sudah bersuami dan mempunyai beberapa orang anak danbekerja di Puduraya. Wanita tersebut dipanggil INTAN oleh si polan tersebut yang selalu menjadikan Puduraya sebagai transit untuk bergerak ke kampung halamannya. Maklumlah, tugas seorang YB PAS yang agak sibuk ke sana ke mari. Tambahan pula YB ini tidak mempunyai pemandu khas kerana bajet yang tidak mengizinkan. Lagipun dengan menaiki bas, YB tersebut mempunyai banyak masa untuk berehat (tidur gamaknya) sebelum menjalankan khidmatnya di pentas-pentas ceramah dan melayan keluarga tercinta. Buat pengetahuan semua, isteri YB ini telah menjalani pembedahan di jantung dan pastinya 'mengurangkan' ummmppphhh semasa 'bersama'. Jadi ada sebab sebagai seorang lelaki untuk menjalinkan hubungan dengan wanita lain kerana tuntutan batin dan nafsu yang perlu dipenuhi kalau tidak meroyanlah di pentas-pentas ceramah PAS!

Apapun nama sebenar wanita tersebut bukanlah INTAN yang hanya nama timangannya sahaja. Nama sebenar wanita tersebut akan Tukang Screw dedahkan dalam masa terdekat. Sebagai klu, salah satu tajuk lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang terkenal adalah nama sebenar wanita tersebut. Jadi tidak hairanlah kalau YB tersebut sering menyanyikan lagu tersebut untuk mengubati kerinduannya...hehehehehehe. Tapi Tukang Screw tak pernah lagi dengar YB tersebut menyanyi lagu tersebut di pentas ceramah. Mat Sabu pernah menyanyikan lagu tersebut semasa sibuk mengutuk Anwar Ibrahim di pentas ceramah PAS!

Jadi cukuplah untuk setakat ini takut terlondeh segala-galanya pulak. Kepada YB tersebut bawalah bertaubat dan insaflah bahawa anda memperjuangkan Islam dengan melabelkan orang lain yang bukan di bawah bendera anda sebagai tidak Islam. Cukup-cukuplah daripada menceritakan keburukan orang lain. Allah akan balas perbuatan anda di dunia ini secara tunai!

Tuesday, December 8, 2009

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART IV


Cukup menjelekkan Tukang Screw apabila berkesempatan mendengar ceramah PAS di Rantau Panjang, Klang semalam. PAS Kawasan Kapar menjemput Mahfuz Omar dan Ghani Rahman sebagai penceramah pada malam tu. Apa yang menarik halwa telinga Tukang Screw dalam ucapan yang disampaikan oleh Mahfuz Omar ialah tuduhan bahawa banyak tindakan pemimpin UMNO telah memberi gambaran buruk tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam hingga menyebabkan banyak berlakunya kebejatan moral di kalangan remaja. Yang paling menarik apabila penceramah-penceramah PAS ini menekankan bahawa perjuangan parti tersebut adalah berlandaskan Islam. Apa lagi kalau bukan disambut dengan laungan takbir!

Tukang Screw begitu terpanggil untuk mendedahkan selanjutnya skandal seks melibatkan pemimpin utama PAS ini dan kalau boleh biarlah terdedah hujung minggu ini sahaja. Tak perlu untuk menunggu mana-mana pilihanraya sebab ucapan-ucapan pemimpin PAS ini makin mencabar Tukang Screw kononnya hanya PAS itu sahaja yang Islam dan PAS sahaja yang baik dunia akhirat.

Berbalik kepada teman wanita si polan ini. Hasil siasatan dan maklumat daripada beberapa rakan Tukang Screw termasuk staf-staf wanita tersebut yang dah tak larat nak tanggung dosa sama-sama, wanita ini tinggal di Batu 16 Rawang (alamat lengkap tak perlu didedahkan takut diserang paparazzi) dan memang berasal dari kawasan tersebut. Selain di situ, suami wanita tersebut mempunyai sebuah lagi rumah di Bandar Country Homes Rawang yang siap sedia untuk diisi oleh seorang lagi isteri! Kerana wanita tersebut agak tidak betah tinggal di Country Homes, suaminya mempunyai alasan untuk mencari suri penyeri rumah tersebut. Dikatakan hubungan wanita tersebut dengan suaminya agak dingin, maklumlah umur pun makin meningkat sehingga memaksa wanita tersebut mengamalkan makan jamu dan pasang badan maklumlah orang Jawa katakan. Maaf! Agak keterlaluan, buah dadanya yang besar itulah yang menjadi daya penarik kepada si polan ini untuk menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut yang sememangnya hauskan kasih sayang dan belaian daripada seorang lelaki. Yang peliknya, walaupun hubungan wanita tersebut agak dingin, servis tetap diberikan (nafkah zahir batin jangan lupa bang).

Dikatakan si polan tersebut kerap menelefon wanita tersebut baik di pejabat mahupun di mana sahaja untuk melepaskan rindu dendam, cukuplah sekadar mendengar suara dan bermanja-manja di talian sebelum menunggu masa yang sesuai untuk bercengkerama. Tak boleh nak dibayangkan imaginasi seks melalui talian kedua-dua pihak. Staf wanita tersebut turut mengenali si polan tersebut tetapi tidak mengetahui sejauhmana hubungan mereka. Wanita tersebut pergi dan balik bersama suaminya jadi masalah pasangan haram ini ialah untuk berjumpa di luar waktu pejabat kerana sebarang kelakuan yang mencurigakan pasti akan dihidu suami wanita tersebut. Jadi bagaimana mereka berjumpa melepaskan rindu pastinya dilakukan di waktu pejabat dan di kawasan berdekatan dengan kaunter tiket bagi memudahkan wanita tersebut kembali ke pejabatnya.

Terima kasih Garamanis kerana mempunyai imaginasi 'terlampau' dengan membayangkan perlakuan sumbang tersebut berlaku di Hotel Puduraya sebab murah, mudah diakses dan dekat (Garamanis macam selalu aje projek kat situ). Tukang Screw bersetuju dengan imaginasi Garamanis sebab telah menjawab lebih awal lokasi hubungan haram tersebut. Jadi di Hotel Puduraya lah mereka bercengkerama melepaskan rindu dendam masing-masing! Jangan pulak lepas ni korang pulak bercengkerama kat sana, hahahahahaha!

Kalau dah berdua-duaan dengan bukan muhrim dalam bilik hotel tu apa lagi yang nak dibuat, takkan baca akhbar atau tengok TV kot. Itu Tukang Screw serahkan kepada pembaca untuk menilai, menjawab dan membayangkan apakah perlakuan di dalam bilik hotel tersebut. Masa yang dilih untuk pertemuan di hotel pastinya pada sebelah siang sebab JAWI jarang raid siang-siang. Bijak sungguh pasangan ini memilih masa dan tempat yang sesuai sepandai si polan ini memilih masa dan tempat yang sesuai untuk berdemonstrasi secara besar-besaran di KL ini!

Jadi itulah sahaja klu dari tukang Screw untuk hari ini. Kita jumpa lagi. Jangan risau, Tukang Screw akan dedahkan semuanya pada hujung minggu ini. Itupun kalau blog ini tidak digropyok! Ok, jumpa lagi. Ma'as Salamah wa Ilal Liqa'.

Monday, December 7, 2009

PREVIEW: SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART IV

Penat juga jadi J Bond ni, tapi tak mengapa sebab PAS dan PKR juga yang ajar Tukang Screw bagaimana menyiasat dan mendedahkan keburukan orang lain sampai terlondeh. Banyak klu baru yang Tukang Screw dapat kumpulkan termasuk gambar! Tapi jangan fikir lain pulak, bukannya gambar sedang berasmara atau gambar bogel. Tak sampai hati nak buat hingga ke tahap itu. Mungkin bagi memuaskan hati ahli dan penyokong PAS kita perlukan gambar-gambar sebegitu. Sanggupkah mereka melihat keburukan tersebut atau terus menafikannya dengan seribu satu penafian?Tukang Screw juga ada meminta pertolongan daripada rakan blogger lain untuk mengumpulkan evidence agar tambah menarik kisah penyiasatan ini. Ibarat kita sedang bermain jigsaw puzzle, main besar dan menarik gambarnya makin banyaklah kepingan yang perlu kita kumpul dan pasang.

Kita jumpa esok, itupun kalau dipanjangkan umur dan dibei kesihatan oleh Allah Rabbul Jalil.

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART III


Hujung minggu yang agak sibuk bagi Tukang Screw. Apa tidaknya, hampir 8 tahun Tukang Screw tidak menjenguk ke Hentian Puduraya yang nampak makin canggih dengan suasana yang masih lagi sibuk tetapi lebih teratur sesibuk Tukang Screw. Dalam 3 posting tentang skandal seks pemimpin PAS ini ada komen yang meminta Tukang Screw segera menelanjang atau mendedahkan pemimpin berkenaan. Tukang Screw berasakan tidak perlu berbuat sebegitu atas alasan perkara-perkara yang melibatkan seksualiti tidak perlu didedahkan secara terus. Lebih elok dibuka sedikit demi sedikit baru akan terasa lebih nikmat dan makin panjang 'horny'nya. Serupa juga kalau kita menonton filem-filem lucah, kalau permulaan dah berbogel maka hilanglah umpphhhnya dan rasanya sekejap ajelah kita akan tukar ke cerita seterusnya. Nexttttt!

Berbalik ke Hentian Puduraya tadi, Tukang Screw diberitahu bahawa teman wanita yang menjadi mempunyai skandal dengan si polan ini bertugas di kaunter penjualan tiket di sana iaitu di kaunter bernombor 15 (Sutera Liner) dan 59 (Ekspress Maharani). Untuk makluman sahabat blogger, dua kaunter ini di bawah pengurusan wanita tersebut. Semasa Tukang Screw menjalankan siasatan lanjut, sempatlah Tukang Screw bertanya kepada petugas di kaunter-kaunter berkenaan tentang seorang wanita berumur lingkungan 40-an, bersuami (berpengaruh di kalangan pemilik bas ekspress), bertudung pendek dan mempunyai beberapa orang anak yang antaranya sedang menuntut di luar negara. Jawapan yang diberikan petugas di kaunter ialah... "Oh, itu Kak ******, dia tengah bercuti ni bang, hari Selasa atau Rabu baru balik." "Abang ni siapa? Oh, saya Pegawai Khas YB". Jawab Tukang Screw. "YB sihat? Mana dia sekarang?" solal petugas kaunter tersebut. "YB tengah seboklah, ke sana ke mari. Maklumlah berkhidmat untuk rakyat." Jawab Tukang Screw selamba karipap.

Jawapan itu mengesahkan persoalan-persoalan dan misteri yang baru 1/4 terjawab. Apa yang Tukang Screw cuba nak ketengahkan bahawa kewujudan YB tersebut turut dikesan oleh staf-staf wanita berkenaan. Maksudnya memang wujud satu hubungan yang belum dapat diklasifikasikan lagi dan cuba dibongkar dalam episod-episod akan datang. Esok kita akan didedahkan dengan pembongkaran selanjutnya.

Friday, December 4, 2009

PREVIEW: SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART III

Pagi tadi Tukang Screw sempat ke Parlimen jumpa kawan-kawan lama dalam PAS. Tiba-tiba terpacul si polan yang Tukang Screw nak dedahkan skandal seksnya ni menghulurkan tangan macamlah Tukang Screw ni 'rock star' macam dia. Dalam hati "macam tau-tau aje aku nak telanjangkan dia". Jadi apa yang Tukang Screw terbayangkan apabila melihat wajah si polan ni ialah imej-imej seks yang pelbagai dan terlampau. Hahahahaha. Apapun hujung minggu ini Tukang Screw akan mengumpulkan bukti-bukti daripada saksi-saksi hidup sebelum terus ngap si polan ini. Kat Parlimen kau sebok dengan isu royalti minyak Kelantan yek...

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART II

Tukang Screw mendapat kunjungan yang 'agak ramai' dan komen-komen yang cukup baik berhubung isu skandal seks terlarang pemimpin PAS ini. Apa yang Tukang Screw cuba beritahu ialah satu skandal yang bukan dibuat-buat semata-mata untuk menarik perhatian. Ada yang mahukan rakaman video atau gambar semasa 'projek' itu sedang dijalankan. Itu memanglah nampak sangat 'mala fide' nya dalam isu ini. Janganlah buka keaiban orang sampai macam tu sekali dan Tukang Screw tidak berniat untuk mendedahkan secara terus personaliti yang umpama 'rock star' PAS itu. Banyak klu yang akan diberi supaya blogger lain berfikir dan meneka siapakah 'rock star' itu.

Selama ini PAS dan PKR mengajar kita untuk mendedahkan keaiban orang lain seperti kes calon BN/UMNO PRK DUN Permatang Pasir, si Rohaizad. Dahlah kalah pilihanraya, rumahtangga pulak kacau-bilau. Itu sebenarnya yang PAS mahukan supaya mereka menang pilihanraya iaitu dengan mengambil pendekatan 'character assassination'. Nasharudin Hassan Tantawi sanggup ke Kuantan untuk membuat pendedahan demi pendedahan supaya pengundi Permatang Pasir menolak calon tidak bermoral kerana pada mereka hanya PAS sahaja yang layak memerintah sebab pemimpin PAS adalah maksum dan pelbagai fatwa sesat akan dikeluarkan Nik Aziz bagi menyokong tindakan mereka. Lupakanlah soal tanggungjawab sosial sebagai saudara sesama Islam bagi memelihara nama baik dan keluarga sebab yang penting mereka mahukan pengundi atau rakyat melihat BN/UMNO sebagai pelaku maksiat yang total tanpa ada usaha dakwah untuk menarik mereka semula (kecuali UMNO masuk PAS).

Berbalik kepada calon-calon yang akan didedahkan skandal seksnya itu, apa yang Tukang Screw dapat beri bayangan atau klunya ialah si polan tersebut adalah wakil rakyat dari Negeri Serambi Mekah yang kononnya kuat pegangan agamanya dan bakal masuk syurga dengan menafikan hak orang lain masuk syurga. Si polan ini juga merupakan antara tulang belakang PAS Pusat kerana tanpa dia tiadalah kegemparan di Malaya ini!

Mengapa Tukang Screw hanya memberi sedikit klu? Jawapannya mudah, kalau didedahkan sepenuhnya ianya umpama satu fitnah yang besar dan orang akan menjawab bahawa Tukang Screw hanya mencari publisiti murahan di sebalik gelora yang sedang melanda PAS sekarang. Tukang Screw sanggup bertanggungjawab di dunia dan akhirat tentang tuduhan ini! Apapun, Tukang Screw hanya mahukan si polan ini kembali ke pangkal jalan, bertaubat sebab anak bini menanti di rumah dengan setia dan redha dengan pengorbanan suaminya terhadap parti (pasal tak tau lagi skandal suaminya) sebelum Tukang Screw telanjangkan skandal si polan ini.

Mungkin waktu sekarang bukan masa yang sesuai untuk dibuat pendedahan, kerana impaknya agak kurang. Ditakdirkan PRK Kota Siputeh dijalankan, sama-samalah kita berkampung di sana dan Tukang Screw akan dedahkan di sana biar banjir Kota Siputeh dengan skandal seks terlarang pemimpin utama PAS Pusat! Mungkin si polan tidak akan mengenali Tukang Screw tapi kita jumpalah di Padang Mahsyar nanti (macam Isa Samadlah pulak). Bagi penyokong-penyokong PAS, terimalah dengan redha bahawa manusia ini tidak sempurna dan ingatlah janji Allah jika kita selalu membuka keaiban manusia di muka bumi ini dengan caci maki, mengeji dan mengumpat, Allah akan buka keaiban kita!

Thursday, December 3, 2009

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS...

Berita gempar lagi panas!!!!! Tukang Screw akan dedahkan satu skandal seks terlarang melibatkan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang pastinya meletup-letup sampai ke Parlimen nanti. Kalau dulu Chua Soi Lek, sekarang kita tengok plak siapa yang kena!
Tukang Screw agak terkejut mendengar pendedahan skandal paling panas tahun ini. Masya Allah! Tak terfikir Tukang Screw bahawa si polan ini mempunyai skandal seks sebab di pentas-pentas ceramah cukup bagus cerita pasal agama, hentam keburukan pemimpin UMNO yang kononnya menggalakkan maksiat. Tapi si polan tu terlupa bahawa dia juga manusia dan punya nafsu serakah.

Apapun Tukang Screw akan dedahkan dalam masa terdekat sebab kena juga buat siasatan terperinci (macam CSI pulak). Kepada yang berkenaan ingatlah, jangan selalu buka keaiban orang lain sebab Allah akan buka keaiban kita walau di dalam perut unta sekalipun kita menyorok! Moralnya tiada Islamnya PAS kalau sendiri pun sebok nak buat maksiat!

TASK FORCE 2010 PAS




Sumber dari PAS Pusat ada menyebut bahawa Mustafa Ali tengah sibuk-sibuk menubuhkan Task Force 2010 untuk mengukuhkan legasi dan cengkaman Hadi Awang dalam PAS seterusnya menolak pengaruh PAS Kelantan dalam PAS Pusat yang selama ini dilihat sebagai ancaman kepada PAS. Antara pemimpin yang turut serta dalam task force ini ialah HASSAN ALI, HATTA RAMLI dan MAHFUZ OMAR. Patutlah ribut-ribut PAS sekarang dengan pelbagai skandal dan kontroversi.




Task Force ini merancang untuk mendominasi PAS menjelang Muktamar Agung PAS 2010 dengan menjadikan isu yang melanda PAS Kelantan dan Nik Aziz sebagai isu perdebatan utama. Strategi yang digunakan ialah dengan menusuk jarum melalui artikel Aziz Bari 'Pengajaran Dari Bagan Pinang' sebagai 'bright spark' diikuti isu Hassan Ali di Selangor sebelum Kickdefella menjalankan peranannya menghancurkan Kelantan. Kesemua isu yang ditimbulkan semata-mata untuk melihat reaksi Nik Aziz yang pastinya akan menjalankan peranannya sebagai penyelamat PAS yang maksum sebelum Kickdefella mendedahkan semua keburukannya sepanjang memerintah Kelantan. Nampak macam teori 'reindeer game' pulak apabila sasaran utama gagal melihat dirinya sebagai sasaran tetapi melihat orang lain sebagai sasaran utama yang berjaya dibunuh!




Penggerak utama task force ini ialah Hassan Ali dengan melantik Suwardi Yaakob sebagai runnernya bagi menarik sokongan pengikut-pengikutnya di Selangor dengan menawarkan projek-projek kerajaan negeri (adakah projek tu?). Ramai pemimpin PAS di peringkat kawasan di Selangor berjaya diikat dengan kontrak tersebut sebagai habuan memberi sokongan kepada Hassan Ali bagi melanggar Khalid Samad dan sekutunya di Selangor yang pro Anwar dan Nik Aziz. Mustafa Ali melihat Anwar dan Nik Aziz sebagai api dalam sekam yang perlu dipadamkan segera bagi memastikan survival politik PAS di mana objektif seterusnya ialah keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO! Konspirasi ini cuba didedahkan dalam antihadeeth.blogspot.com yang ada kaitan dengan malaysiawave.blogspot.com.




Tukang Screw sudah lama terfikir bahawa wujud satu konspirasi untuk menolak Nik Aziz dan Anwar di dalam PAS dan sekarang kita lihat permainan tersebut sedang sibuk dicaturkan.

SULTAN SELANGOR MURKA?

Sahabat Tukang Screw dari Shah Alam ada menyampaikan berita yang agak menarik tentang Hassan Ali. Katanya baginda Sultan Selangor amat murka dengan Hassan Ali berkaitan isu arak di Selangor. Baginda telah memerintahkan Hassan Ali mengadap baginda di istana tentang isu arak yang cuba dieksploitasi Hassan Ali. Dalam perjumpaan tersebut Hassan Ali cuba mempertahankan tindakannya dalam isu arak atas kapasiti beliau sebagai Exco Agama Selangor. Yang menariknya baginda tuanku meminta Hassan Ali diam dan menyatakan bahawa baginda sangat sedih berhubung isu ini kerana Hassan Ali sibuk mengharamkan arak tetapi gagal mendakwah rakan-rakan UMNOnya!

Baginda tuanku juga mengingatkan Hassan Ali bahawa Hal Ehwal Agama Islam adalah dibawah kuasa baginda bukannya di bawah Hassan Ali dan meminta supaya jangan memandai-mandai dalam hal ini. Perkara ini sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu dengan baginda. Tuanku juga amat murka kerana selama ini Hassan Ali banyak menjual nama tuanku untuk menghalalkan segala tindakannya.

Sejauhmana kebenaran cerita ini Tukang Screw taknak komen. Tetapi sumber berita ini amat Tukang Screw percaya sebab dialah antara orang yang dipanggil bersama-sama Hassan Ali ke istana. Fikir-fikirkan...

JAWATN MURSYIDUL AM HAK MILIK KELANTAN?

Angin perubahan bertiup cukup kuat dari Kelantan dan Pejabat PAS Jalan Raja Laut tentang perubahan kepimpinan MB Kelantan dan Mursyidul Am. Dalam kalangan AJK PAS Pusat sendiri sibuk memperkatakan secara tidak rasmi siapakah yang bakal menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Antara nama yang disebut bakal menggantikan Nik Aziz ialah Ahmad Yaakob, Timbalan MB Kelantan. Itupun sekiranya mengikut hierarki dan konspirasi 'Kolonel Mat' turut dikaitkan dengan beliau.

Jika benar Ahmad Yaakob akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, siapakah yang bakal menjadi Mursyidul Am PAS? Untuk makluman semua, jawatan Mursyidul Am PAS tidak diwartakan dalam Perlembagaan PAS kerana ianya diwujudkan khas untuk Nik Aziz! Harun Din sedang bercita-cita untuk menjawat jawatan tersebut. Tetapi harus diingat, PAS Kelantan akan mempertahankan jawatan tersebut yang dikatakan adalah hak Kelantan sahaja kerana diwujudkan untuk Nik Aziz! jadi secara automatik jawatan Mursyidul Am PAS akan disandang oleh Ahmad Yaakob yang dapat kedua-duanya sekali. Dari segi teorinya, patutlah Nik Aziz sibuk-sibuk pasal Kolonel Mat sebab dia tahu Ahmad Yaakob akan dapat dua-dua jawatan tersebut.

Tukang Screw terfikir juga andai Husam Musa menjadi MB Kelantan, pastinya dia akan menjadi Mursyidul Am PAS dan pastinya juga PAS akan sekonyong-konyongnya mengubah dasar yang tdiak diwartakan itu untuk menolak Husam Musa. Sebab daripada Husam elok lagi Mat Sabu jadi Mursyidul Am PAS walaupun dia pengkhalwat!

Wednesday, December 2, 2009

GAMBAR TUANKU DULI SULTAN PERAK DIGORES...

Astargfirullahhalazim!!! Apalah yang nak jadi dengan Negeri Perak sekarang. Ke mana perginya taat setia dan hormat rakyat Perak kepada Baginda Tuanku Sultan Perak dan keluarga? Adakah kerana baginda merestui penubuhan kerajaan BN di Perak, rakyat Perak sudah hilang rasa hormat dan taat setia? Tukang Screw yakin, tak semua rakyat Perak yang tak hormat kepada Tuanku Sultan Perak. Tapi segelintir rakyat inilah yang sering memomok-momokkan dan menghasut rakyat supaya hilang rasa hormat dan taat setia kepada Tuanku kerana berasakan bahawa Tuanku telah merestui 'rampasan kuasa' terhadap mereka.

Peliknya kenapa di negeri-negeri lain rakyat boleh menghormat Raja, Sultan, Yam Tuan Besar atau TYT mereka? Atau kerana di perak lebih ramai bekas-bekas komunis berbanding negeri-negeri lain hingga tidak wujud rasa hormat terhadap Tuanku Sultan Perak dan keluarga? Kalau ye pun tindakan menggores gambar Tuanku dan keluarga di billboard dibuat atas pengaruh alkohol kenapa tidak digores muka sendiri, kereta sendiri atau gores muka kawan-kawan lain. Kenapa perlu digores gambar Tuanku dan keluarga? Jangan jadikan hilang kewarasan kerana arak untuk menghalalkan tindakan durhaka. Kalau di Thailand pasti dah kena sula!

Persoalannya di manakah maruah rakyat Perak yang cintakan negeri dan Sultan mereka? Ataupun maruah kome dah dibawa ke Pulau Sychelles? Atau telah mati bersama-sama J.W.W Birch di Pasir Salak! Hina rasa jadi rakyat Perak yang peghak bak kata orang Melaka yang tak beraja dan bersultan tetapi tinggi maruah diri!

Fikir-fikirkanlah rakyat Perak yang maruah diri makin tergadai dek kerana politik yang sempit ala komunis!

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PERAK

Tukang Screw baru sahaja selesai melawat Negeri Perak Darul Ridzuan yang masih tidak nampak serinya. Tukang Screw sempat menghabiskan masa 'mengopi' bersama orang penting PAS Perak yang pernah tinggal bersama bekas MB Nizar.

Sahabat Tukang Screw cuba mempromosi kebaikan kerajaan PR berbanding BN untuk memerintah Perak. Tukang Screw puas berhujah dengan hujah yang kadang-kadang dangkal tetapi masuk dek akal. Setelah gagal mencairkan iman Tukang Screw dengan kelebihan PR akhirnya sahabat Tukang Screw mendedahkan bahawa Nga Kor Ming sedang berbincang dengannya tentang draf manifesto PR di Perak. Tambahnya lagi, kali ini pasti rakyat akan bangun menolak BN selepas melihat manifesto tersebut. Tanpa segan sili dan dengan wajah yang riak ala-ala Din Beramboi, sahabat Tukang Screw pun memberi salinan draf manifesto tersebut yang berbunyi begini:-

Ekonomi
a. Bekalan air secara percuma kepada keluarga miskin.
b. Lesen percuma selama 3 tahun kepada semua penjaja dan dikecuali daripada sewa gerai kerajaan selama 6 bulan.
c. Pemberian geran kekal kepada semua penduduk di 369 kampung tersusun dan 134 kampung baru.
d. Sistem tender terbuka projek kerajaan.
e. Pelabur yang melabur melebih RM 500 juta atau tawar 2,000 peluang pekerjaan akan diberi insentif potongan cukai dan pintu.
f. Tiada sebarang kenaikan cukai tanah sepanjang pemerintahan PR.

Politik
a. Pilihanraya Ketua kampung akan diadakan semula.
b. Laksana Dasar Muhibah bagi tarik lebih ramai kaum Cina dan India ceburi Perkhidmatan Awam Negeri.
c. Tawar 1,000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK.

Sosial dan kebajikan
a. Tabung Warga Emas dan Ibu Tunggal akan diwujudkan iaitu sumbangan sebanyak RM 1,000 kepada golongan tersebut setiap bulan.
b. Tubuh Yayasan India Perak dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta bagi bantu kaum India di Perak.

Melopong Tukang Screw apabila melihat draf manifesto baru tersebut. Apa tidaknya, inilah kerajaan yang selama ini kita perlukan bagi menjaga kebajikan rakyat. Persoalannya, mampukah ianya dilaksanakan sebab kita belum mampu mencapai tahap negeri atau negara berkebajikan seperti di Eropah yang cukai hasil mahsulnya cukup tinggi! Apapun Tukang Screw sentiasa doakan PR berjaya membentuk kerajaan semula dan melaksanakan manifesto berkebajikan ini. Amin Ya Rabbal Alamin. Takbir!
b.